Tidak tergambar perasaan bahagia yang sedang aku nikmati
petang itu, terasa tiada orang lain selain aku dan Amran di hospital itu. Indah
apabila melihat senyuman dan gelak tawa lelaki yang pernah buat aku menangis
kerinduan. Namun sedang kami leka bergurau senda , memintal kasih yang pernah
tersimpul suatu masa dulu , tanpa kami sedari di satu sudut sepasang mata
memerhati . Mata yang penuh pengharapan, mata yang penuh kasih dan sayang untuk
lelaki yang sedang bertarung nyawa itu..
Airmata bertakung, Ina cuba untuk tidak menangis biarpun
hatinya pedih melihat kemesraan Amran dan wanita itu. Wanita yang pernah perkenalkan
dirinya sebagai Sara. Namun melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Amran,
aku yakin dia bahagia.. Biarpun sewaktu
bersama aku, Amran pernah tersenyum tetapi tidak seperti hari ini. Aku pasrah ,
wanita yang pernah singgah di hati amran itu masih kekal dan mungkin terus
kekal di hati lelaki itu. Tak sanggup untuk terus meyaksikan saat indah mereka
berdua, perlahan kaki melangkah meninggalkan harapan yang tersisa.
****************************************************************************************************
“ Sara.. sepanjang kita berjauhan , tak pernah ke orang lain
tackle awak ..? “ Amran menyoal sayu selepas topik perbualan mengenai
perkembangan aku ke university di bicarakan.
“ Awak rasa ada ke..? Saya ni tak hot macam awak.. selalu
jadi kegilaan freshie..” aku
cuba menyakat, walaupun aku tahu tidak mustahil Amran menjadi kegilaan
wanita-wanita di kampus nya memandangkan dia seorang yang aktif di kampus .
“ Saya tanya awak, awak nak pusing kat saya pulak.. ! “
Amran tergelak kecil..
“ Takde laa.. saya berkurung dalam bilik jer masa bila orang
nak tackle saya.. pergi balik kelas takde masa nak mengorat-mengorat ni..”
balasku dalam nada rendah.
“ Kenapa awak berkurung dalam bilik?? Rindu kat saya?? “
Amran masih mahu menduga perasaan aku.. walaupun aku yakin dia susah tahu
jawapannya. Bukannya aku tak pernah luahkan apa yang aku tanggung selama
setahun terpisah.
“ Mana ada rindu ! Cuma malas jer nak keluar, sebab saya
tahu kalau saya keluar mesti ramai orang akan tackle saya “ kali ini aku cuba
bergurau tak mahu terlalu serius.
“ Sara… boleh tak awak janji dengan saya.. “ tutur Amran
kali ini lebih perlahan dan serius, sambil tangannya mengoles lembut jari
jemariku.
“ Awak… pls jangan suruh saya berjanji yang bukan-bukan…” dadaku
tiba-tiba berdegup kencang seakan tidak bersedia untuk mengikat apa –apa janji.
“ Tak… saya cuma nak awak berjanji, kalau satu hari nanti
awak betul-betul kehilangan saya, awak kene teruskan hidup dan beri ruang pada
lelaki lain untuk mencintai awak. Jangan tutup pintu hati awak lama sangat…” degupan jantungku semakin berdegup pantas
selepas mendengar apa yang Amran tuturkan.
Terasa berat untuk menerima janji itu pada waktu ini, saat
Amran di hadapan mata. Saat kami sedang
di ulit bahagia. Aku tak pasti apakah akan datang kekuatan itu untuk mencintai
lelaki lain seperti aku mencintai Amran tika ini. Tangan Amran yang kurus itu
semakin kuat mengenggam jemariku, aku merenung mata Amran yang semakin sayu.
Mata yang tersembunyi kesakitan yang amat sangat, aku dapat rasakan bukan mudah
untuk berada di tempat Amran. Aku hanya mampu mengangguk, tak mampu
mengeluarkan sepatah kata. Jauh di dalam hati aku berdoa, biarlah Amran
kembali sihat seperti dulu, agar aku bisa terus bahagiakan dia…


No comments:
Post a Comment