Wednesday, 13 June 2012

Lies I Told My Parents !

Ini ada lah entry jujur !! Aku yakin korang juga pernah kann? Walaupun bohong sunat, pasti tetap ada walaupun sebesar zarah.. Jujurnya aku bukanlah anak yang baik/ skema / naïf masa kecik2 dulu apatah lagi zaman remaja menjadi2 la ‘tanduk’  kat kepala…!! Mujur parents aku cepat pindah ke sg buloh yang masa tu aku anggap ‘ulu’ .. hohoho kalau tak, mungkin aku tak menulis kat sini.. hurmmm mungkin jadi jurujual kat pasaraya, takpun waitress kat starbucks @ nak up skit kerani kat syarikat swasta…

Okey ini antara pengakuan berani aku ! #matilah 

Balik skolah lambat sebab ada kelas tambahan – Padahal pergi cyber café dok layan chatting kt channel IRC, #mamak , #kampung and ntah apa2 lagi channel.. siapa yang hidup zaman ni sure pernah addicted jugak kan?? *takyah nak sengih2*  ( masa tu Friendster, fb, my space tak wujud lagi yer adik2.. tweeter jauh skali )

Bila mak call tanya pukul berapa nak balik ? aku selamba jawab dah otw balik ni - Padahal still kat shopping mall lagi tgh minum2.. Pastu bila sampai lambat bagi alasan terlepas bas @ bas penuh tadi tak sempat nak naik. #zaman skolah bas adalah pengangkutan awam paling setia untuk aku ! ( masa ni aku form 4, handfone pertama aku pki is jenama Alcatel.. fuh ada lg ke ntah brand tu ek?)
       
      Report card tak dapat lagi !! walaupun dah nak hujung tahun tetap jawab benda yang sama tahu2 dah cuti sekolah  - Padahal amik report card sendiri pastu curi2 tiru sain bapak !! #ayooo berani mati punya budak

      Kerja rumah dah siap – Nama pun kerja rumah tapi tak pernah pun aku buat kat rumah.. Semua buat kat sekolah sebab nak tiru member sebelah yang terror math..  Dan aku sangat pantas bab2 menyalin ni yerk ! walaupun lagi 5 minit kelas nak start aku boleh copy 25 soalan selamberr ! #ko mampu??

Ada study group kat rumah kawan ! – maaaanjang study group, nak pulak dekat2 exam, padahal bukan study gossip lebih, sambil buat kuiz kat majalah REMAJA !! siap tong-tong duit dgn member sebab nak beli satu2nya majalah yang femes zaman tu..  *sekarang reporter majalah tu geng2 aku jerk*

Okey takat tu jer yang aku hengat ! (walaupun dalam list banyak sebenarnya) kalau korang cool share laa pengakuan kat coment.. #berani ker??

No comments:

Post a Comment