Monday, 11 June 2012

Kenapa perempuan suka bawak BF ke majlis kahwin ??

Ada sesetengah lelaki memang tak suka pergi kenduri kahwin, nak pulak yang kahwin tu bukan kawan-kawan dorang sekadar teman kekasih hati yang tarik muncung sedepa kalau si jejaka tak nak ikut.. So kaum adam jom kita tengok alasan kenapa teman wanita korang suka ajak korang pergi kenduri kahwin !!

1- 40 % supaya tak rasa 'masih tak laku' / alone/ sebab bawa pasangan. 
     Biasa kenduri kahwin ni ibarat mcm small gathering, sebab ramai kawan2 lama akan hadir.. Dan masa tu siapa yang dah berpacaran sure heret bf masing2.. kalau sape yang datang single tu sure akan rasa mcm loser lah ! tp sape yang ada bf hot memang menunggu masa lah nak tayang bf kat kawan2.. bile lg yer takkk?? =D

2- 18 % driver untuk di bawa ke tempat kenduri tu..
Bagi yang takde transport sendiri, memang akan jadikan ini sebagai alasan kukuh ! yerlaa kalau ada bf yang ada kereta kenapa tak di gunakan khidmat dorang sebaiknya .. yer tak? lagipon kalau nak tumpang kawan2 jatuh laa air muka sebab comfirm kawan2 lain akan pergi bf masing2..

3-  12% nak introduce kekasih hati pada kawan2/ keluarga/ saudara mara
Ada juga bagi alasan untuk introduce bf pada kawan2, yerlaa selalu bila time kenduri kawan2/ sedara akan tanya ' dah ada bf ker?? ' ataupun soalan lazim 'bila turn awak pulak?' . so bile bawak bf semua orang dah sedia maklum yang kita ni in serious relationship.. so tunggu jerlaa kad jemputan nanti...


4- 10% tukang amikkan lauk / air bila tengah sedap berborak dengan kawan2..
Perempuan kalau dah jumpe geng memang rancak berborak, cerita zaman sekolah rendah pon di di gosipkan balik. So bila dah rancak borak yang jadi mangsa untuk amikkan air untuk basahkan mestila si bf tadi. Nak plak kalau kat kenduri tu ada kuih muih, memang sampai ke petang laa sakan berborak.. si bf tadi memang kene pasrah jeer leer..

5- 10% teman berbual dan melantaakkk 
Kalau tak kenal orang lain dalam kenduri tu, bf adalah penyelamat untuk tidak kelihatan sengal ! Perempuan memang takkan makan seorang diri, so sama ada di temani bf @ lebih baik tak payah datang langsung majlis tu.. dari kelihatan lonely lebih baik duduk di rumah layan cite hindustan.. 

5- 7% habiskan weekend bersama tanpa perlu abiskan duit yang banyak kat mall.
Makan free sapa tak nak kan? lepas makan kenduri boleh terus dating ke tempat lain pulak, so takyah nak pikir makan kat mana..

6- 3% Nak fulfill invitation request of ‘you & partner’.
Alasan macam ni pun ada ker?? mungkin tak nak menghampakan pihak yang menjemput paksa jugak bf teman dengan alasan : 'pegantin dah ajak u skali laah ! tak baik menghampakan...'

2 comments:

  1. hahaha..agree dgn entry diatas...hihhii...

    ReplyDelete
  2. Siti Shuhadah : hehehe mst pernah buat kann??? :D

    ReplyDelete