Friday, 15 June 2012

Perkara Menarik Di Bandung


 Pengalaman bercuti ke bandung selama 4 hari banyak perkara yang aku observe selain shopping dan makan angin.. Mungkin ada yang tak pernah pergi @ tak perasaan so entry kali ni aku cuma nak share dari sudut pandangan aku..

Langgar undang2 jalan raya takde masalah ! - Ada traffic light tapi sesiapa pon boleh jalan walaupun traffic lite merah.. Dan yang best , takde siapa yang nak marah pun dan susah betul nak tengok accident berlaku walaupun dorang bawak kereta macam jalan bapak dorang punya .. Masing2 tahu nak bg siapa jalan dulu.. Dan korang boleh u turn kat mana asal boleh !


Suka main hon2 ! -  Korang jangan pelik kalau tengok pemandu kat sana suke hon2.. Kalau kat KL kata kooo memang mintak di tunjuk jari tengah laa jawapnyaa ! Dan korang jangan silap, pemandu kat sana hon2 bukanlah sebab dorang marah tapi itu sebagai isyarat untuk beritahu pemandu lain yang dorang yang nak jalan dulu kalau kat simpang, atau alert masa kat corner yang curam2 , atau masa nak potong supaya orang depan tahu dia nak potong, dan ada juga yang hon masa traffic lite hijau supaya jalan cepat skit ! Walaupun dorang hon2 berpuluh2 kali pon memang takkan ada insiden pemandu lain maki hamun ko sebab hon2… Bagus takk depa nihh??


     Rumah dorang yang rapat2 – Mungkin 15 tahun dlu kat m'sia masih ada rumah setinggan macam ni. Tapi untuk aku yang membesar tahun 90an setinggan taraf macam ni agak unik bagi aku. Dari atas jambatan hanya bumbung rumah je nampak, tak nampak jalan langsung..  So kalau sesapa yang nak cari rumah sedara mara kat situ cmfirm sesat dulu !


      
           Tandas awam yang bersih ! – Ini memang buat aku impress sebab tanda awam yang aku masuk semuanya boleh di katakana bersih.. BUkan tahap geli ko nak pijak, dan takdelaaa busuk macam bau longkang ! Walaupun tandas awam tu terletak kat kawasan yang sesak dengan orang contoh seperti Pasar Baru, tetap masih terjaga kebersihannya.. Sorry to say lahh, kalau kat M’sia aku rasa tandas kat dalam mall pon kadang bauuu macam duduk kat sebelah loji najis !!


Peminta sedekah di mana-mana – Yang ni memang tak dapat di nafikan lah, keluar dari airport jer pon korang dah boleh jumpaa.. Kalau kat sini kita rimas dengan peminta sedekah kat kedai2 makan, tapi kat sana peminta sedekah 10x ganda ramai dari kat sini.. Dan yang paling hebat kalau ko sedekah kat sorang, datang lagi segerombolan cek kiahh nak mintak sedekahhh !! hah tak ke haruuu???



           Kat mana-mana boleh bisnes – taraf kemiskinan dorang mendorong sesiapa sahaja untuk berniaga..  Kalau keychain, fridge magnet tu toksah cakap laa memang bersepah orang meniaga ! Dan apa yang merimaskan ialah dorang akan ikut bontot korang sampai laa korang beli barang yang di jual. Ada tu sanggup ikut dekat 1km jauhnya semata2 nak pujuk korang beli.. Tapi dorang takdela marah kalau tak jadi beli, Cuma kene pandai la menolak..

Piring ‘astro’ besar gedabak ! – Kat sana hanya orang yang kaya mampu pasang piring ‘astro’ atau nama sebenar dia parabola.. Piring tu pulak bukan kecik2 macam piring astro kita yer, parabola ni sebesar2 atap rumah rumah setinggan dah ! ehehe tapi yang pasang parabola ni  rumah dorang tahap banglo2 yer, setinggan memang tak mampu !  Dan bagi yang tak tahu parabola ni boleh menangkap lebih 60 channel dari beberapa negara.. Kat M’sia parabola di haramkan yer atas sebab2 tertentu.. 


2 comments:

  1. pic 2nd last tu kt tangkuban perahu kan?sbb akk n ayah aku pun kene camtu..aku dok tngkp ga,ba dorang dari jauh je hihihi

    ReplyDelete
  2. ceklala : yerpp kat tangkuban !! masa ni aku di kejar oleh org yang jual keychain.. hehehe letih nak elak !

    ReplyDelete