Selepas menikmati makan tenghari di rumah, aku bergegas bersiap
ke hospital.. Semalam Amran pesan supaya aku datang selepas jam 2, dia tak mahu
aku datang awal pagi kerana bimbang aku letih setelah seharian di hospital
semalam. Aku sempat membawa bekalan kek
coklat air tangan mammy buat Amran, aku
tahu kek coklat adalah kegemaran Amran. Dua hari kebelakangan ini, Amran
kelihatan berselera untuk makan, gembira melihat perubahan Amran walaupun
wajahnya masih kelihatan cengkung dan pucat.
Sebaik sahaja menjejakkan kaki di tingkat 5 , aku terdengar
suara orang sedang bersembang dari dalam bilik Amran. Aku mengintai ke dalam ,
tidak mahu sesiapa di dalam prasan kehadiran aku, namun saat aku cuba mengintai,
kebetulan Amran juga sedang menoleh kea
rah pintu. Dan pantas melambai memanggil aku turut serta. Biarpun perasaan malu
menebal, aku hayunkan juga kaki ku menuju ke katil Amran dimana terdapat 4
orang lain di situ yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Amran tersenyum
meleret, sambil memperkenalkan aku kepada mereka yang ada di situ.
“ Sara.. saya dah lama nak kenalkan awak pada mama saya.. “
Amran menarik tangan ku tanpa segan silu.
Merah padam muka ku menahan malu, kekok tak tahu mahu member reaksi
bagaimana..
“ Owhh ini laa Sara yang Am rindu – rindu tu yer.. ” giliran
ibu Amran pula menyakat , membuatkan aku semakin kaget dengan situasi itu. Aku hanya mampu tersenyum sambil tangan
dihulur , berjabat tangan ibu Amran yang begitu lembut dan ayu berbaju kurung sutera.
“ Tengoklaa tu maa,
malu- malu pulak dia.. semalam beria-ria dia nak jumpa ma.. “ Amran menambah
lagi seolah-olah seronok dapat mengenakan aku. Aku pantas menepuk manja tangan
Amran tanda mahu dia berhenti menyakat. Kemudian Amran memperkenalkan aku pada
aunty dan unclenya yang berdiri di hujung katil.
Ternyata kehadiran aku petang itu benar-benar di tunggu oleh
mereka. Pasti Amran telah bercerita mengenai aku pada mereka, jika tidak masakan
mereka sudah tahu serba sedikit mengenai aku. Namun hati aku sedikit berbunga
menerima layanan baik dari ibu Amran yang jelas tampak ikhlas. Nampaknya Amran
sudah mengotakan janjinya untuk memperkenalkan aku pada keluarganya, Cuma ayahnya
sahaja belum berkesempatan, kerana menurut Amran, kebiasaan ayahnya akan datang
melawat selepas habis kerja sama ada petang ataupun sebelah malam.
Ibu Amran pulang selepas waktu Asar, kemudian tinggalah aku
berdua bersama Amran. Amran masih tersengih-sengih melihat aku menyusun bekas
makanan yang aku bawa tadi. Aku tahu pasti ada sesuatu yang mencuit hati Amran.
“ Awak ni kenapa tersengih-sengih dari tadi…? “ Aku menyoal
sambil tangan mencubit manja lengan Amran, geram melihat Amran yang dari tadi
tak berhenti tersenyum.
“ Saya sengih pun kene marah.. saya suka tengok awak.. tak
boleh ker??? “ Amran masih mahu bergurau.
“ Bukan tak boleh tapi saya takut muka awak kejung dari tadi
asik senyum jer… “ giliran aku pula menyindir Amran.
“ Sara… Apakata kita pergi jalan-jalan nak tak…? “ Amran menukar topik perbualan. . Aku tahu
Amran pasti bosan berhari – hari duduk didalam wad pesakit ni.
“ Jalan kemana?? Boleh ke awak keluar…? “ aku menyoal
hairan, masakan Amran bisa keluar dari hospital sedangkan menurut ibu Amran dua
hari lagi, dia perlu menjalani pembedahan tulang sum sum.
“ Jalan kat taman belakang tu jelaa cik adik.. Takkan awak nak
bawak saya jalan-jalan Pavilion pulak.. hehe " Amran tergelak melihat wajah
aku yang serius menyoal..
“ Dah cepat ambil kerusi roda tu, kalau nak suruh awak
pimpin takut awak pon jatuh nanti.. “ Amran pantas mengesa aku mengambil kerusi
roda di hujung sudut bilik.
“ Yerlaa.. saya tahu awak bosan duduk dalam ni hari-hari..
Nanti bila dah sihat , kita pergi dating tempat jauh-jauh ok.. lagipon saya dah
kenal mama awak, mesti dia bagi saya dating dengan awak jauh-jauh.." giliran
aku bergurau, walaupun sebenarnya aku memang menyimpan niat untuk bertemu janji
di luar dengan Amran sebaik sahaja dia dibenarkan keluar dari hospital.
Bersambung.........
ceritanaya asyik...
ReplyDelete