Tuesday, 31 December 2013

WELCOME 2014 !!

Assalammualaikum !!

Pejam celik pejam celik tahun 2013 hampir ke penghujung... Rasa baru sebulan tak hapdet blog , tau2 dah nak abis tahun dah.. huhu padahal banyak lagi cerita 2013 aku tak berhapdet.. memang tak boleh pakai azam aku tahun ni konon-konon nak jadi blogger tegar.. #pui ! takpelaa kita bawak ke tahun hadapan laa nampak gayanyaa.. hohoho

Gitulaa setiap tahun pun akan brought foward azam aku , dari zaman sekolah tak pernah nya laa tercapai azam aku.. tu baru satu azam , azam2 lain korang tak tahu lagi.. hehe sudahnya ayat cliche " azam aku tahun 2014 nak menunaikan azam 2013" !! hahaha 

Aku rasa bukan aku sorang yang mcm ni , dah laa korang tak payah nak tersipu-sipu.. Aku tahu ramai antara korang pon sama macam aku.. hohoho Azam nak kurus la , azam nak beli kereta baru la, azam nak saving duit laa , azam tak nak mengumpat la but end of the year check list semua azam korang ke laut !! hahaha

Okey aku tak nak cite topik azam ni , apa azam kita biar kita je sorang yang tahu .. huhu so kalau tak tercapai pon takdelaa malu or kene kutuk dengan orang kan..

Apapon  aku bersyukur tahun 2013 aku lebih baik dari tahun sebelum.. Banyak perubahan yang aku sikit-sikit dah buat.. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki.. Kalau ikutkan memang susah nak capai semua benda yang kita impikan dalam hidup ni.. Ada je alasan.. kuikui  

Tahun 2014 aku yakin pasti akan lebih mencabar , nak plak hidup kat kl / selangor ni kos sara hidup makin tinggi, .. Memang serabut kalau pikirkan harga barang akan naik , harga tol naik,  bil api , bil astro & ntah apa2 laa lagi yang nak naik.. Pendek kata kalau duduk kat kl ni , duit gaji kita memang akan negative..

Siapa yang dah ada anak tu lagi laa, nak pikir perbelanjaan anak2 lagi .. Kadang2 bila dengar rungutan kawan2 memang rasa kesian , tapi tu laa dah nama pon hidup takde yang mudah jalannya.. Setiap orang ada masalah masing2 , orang kaya pon ada masalah .. Siapa kata orang kaya takde masalah oiii !!  

Itu pendek kata laa, tapi kalau panjang kata , hehe susun laa strategi macam mana nak hadap krisis sara hidup kat kl yang melampau2 ni.. Sebab bagi aku korang protes laa macam mana pun , kalau nak naik , tetap naik jugak.. Apa yang boleh kita buat ialah pikirkan macam mana nak atasi masalah tu , kalau kita sibuk dok pikir tak cukup jer memang takkan pernah cukup sebenarnya duit kita ni.. Kenn ?? 

So pada aku untuk atasi masalah ni , aku dah pikir jalan mana yang aku nak lalu bagi elak tol.. huhu Dan kurang kan masa dalam shopping mall, sebab lagi lama duduk dalam mall lagi banyak duit aku akan keluar.. hahaha Agak2 mampu ke aku nak ikut semua tips ni ??? Tunggu jerlaa ekk tahun depan.. Ni bukan azam okey , tapi ini adalah cara mengatasi masalah ! hehe supaya korang tak gelakkan aku bila aku tak berjaya ikut tips ni.. 

Sama jugak dengan masa kita yang berjalan ni , memang tak pernah cukup.. sedar2 dah masuk tahun baru.. umur pun makin meningkat , tapi amalan takat tu jugak tak meningkat2 pon.. Hurmm okey Itu sindiran untuk diri aku sendiri.. Kalau korang terasa , sila angkat tangan hi-5 sama2 !! Kadang2 bila pikir apa amalan aku sepanjang tahun ni , rasa blank .. tak dapat nak ingat bukan sebab terlalu banyak , tapi rasa macam takde langsung..

Okey laa malas citer lebih , semoga tahun baru ni kita sama2 memperbaiki diri.. Aku minta maaf kalau ada entry aku yang sebelum2 ni ada yang terasa & terima kasih sgt sebab korang sudi baca , kalau yang follow tu sudi follow aku.. terima kasih ... =)  Jumpa lagi di entry tahun depan !! 


Tuesday, 26 November 2013

DNA @ BABY EXPO KLCC !

Assalammualaikum !
Masuk 3 minggu tak hapdet blog , maaf laa yer aku bukan blogger tegar setiap hari pasti ada cerita menarik nak karang kat sini.. Sibuk pon satu hal laa kan.. hehe  maaf sape yang tunggu entry honeymoon part 2 , masih dalam proses select gambar..  lagipon nak hapdet entry tu memang kene flashback banyak benda, buat masa ni otak aku sangat2 lemauuuuu.. hoho



Parody macam cantekk jerk !

Kali ni aku nak story mory pasal International Baby Expo yang DNA join 2 minggu lepas kat KLCC.. Disebabkan expo itu jugalaa aku menjadi sedikit sibuk sampai takde masa nak hapdet blog.. Sebab expo kali ni Dynas bagi DNA Setia City Mall yang handel , dari mula sampai laa abis event.. Selalunya aku akan jadi tukang jual jer pada hari event , tapi kali ni dari sebelum event start sampai laa abis event aku kene amik tahu.. 


 Suasana di hari event ..

 

Event hari jumaat sampai ahad, tapi ari khamis petang  we all dah set up booth.. Biasanya buat malam , tapi kali ni we all tak nak berkampung sampai tengah malam kat dalam hall tu , so we all plan datang awal.. Sebab selalunya kitaorang laa akan jadi orang terakhir keluar dari dewan.. Susah sebenarnya jual baju ni , nak kene unpack , gantung , pastu iron pulak sehelai-helai.. Pengsann nak buat semua tu dalam masa satu malam.. So kita orang buat je laa yang mana termampu.. huhu

Sesi menyusun suai ! 

Hamekk ko berbundle-bundle baju nak di jual.. 


Biasanya akan sambung esok paginya.. Lagipon start hari jumaat staff part time yang aku hire dah ada , so senang nak bahagi-bahagi kerja.. Disebabkan akak aku kasi tugas cari staff  part time untuk expo ni , aku pon roger laa Kathy .. hehe laju jer minah tu cakap ok.. Tapi Kathy datang ari Sabtu & Ahad jer laa , jumaat makcik tu keroje..   


Kathy aku bagi tugas paling senang jer hari tu , suruh dia jual bedung baby... hehe nampak senang okeyy tapi kalau ayat tak power memang susah nak jual ! So aku turunkan laa ayat2 pengasih nak menjual bedung baby ni kat Kathy.. Choii ! mana ada ayat pengasih ! Kita meniaga secara bersih okeyy.. hehe Diam tak diam dasat jugak si Kathy ni menjual bedung moden ni.. Next time boleh amik kerja lagi okeyy.. =D

 Ni Hana , PA Dynas merangkap manager DNA The Curve.. 

 Bersama tuan director ! 

Baby Expo kali ni apa yang boleh aku describe kan sedikit mengecewakan.. Sambutan tak semeriah macam bulan Februari lepas.. Masa bulan Feb lepas, hari Jumaat hall dah penuh dengan manusia , sampai booth kita orang takde ruang langsung orang nak masuk.. Tapi kali ni memang lemauu kata kooo, kita orang siap boleh berborak -borak , bergurau senda, posing-posing amik gambar lagi.. Huh ! Kalau dulu jangan harap , nak kencing pon kene tahan sampai malam.. 


Bersama supplier vitamin c, hehe sape nak tau ni laa akak ipar aku yang supply vitamin c 1000biji tu.. Sape-sape nak order vit c boleh email aku k ! Tapi sape yang tak baca lagi entry pasal vit c tu boleh  klik sini !


Dynas tengah melayan customer.. Baju yang Dynas pakai tu dari DNA , sape nak order boleh email jugak ! ( hoiii dah kenapa semua pon nak promote ) #ehsukahatilah !


Ingat kan hari sabtu & ahad akan ramai orang laa , tapi still tak seramai yag di jangkakan.. Aku rasa semua yang participate Expo ni pon rasa kecewa.. Hurmm mungkin antara sebab ialah cuti sekolah , ramai mak bapak bawak anak-anak pergi bercuti .. huhu Tapi sabtu & ahad tu we alls satu team memang pulun abis laa buat sale, yerlaa tak nak laa takde untung langsung kenn... Tak dapat banyak untung sikit pon dah besar rahmat.. =) 



Apa-apapon event berjalan lancar & pantas dari DNA team yang bertungkus lumus.. Hari terakhir memang sangat memenatkan sebab organizer bagi masa sejam je untuk kemas semua .. We alls pon apalagi macam lipas kudung mengemas , buat stock take seawal jam 6 petang, sebab nak pastikan takde barang yang hilang.. Hoiii memang renyahh meniaga baju ni, banyak betul step nya.. 

Akak dah biasa jual kasut , senang pack , unpack pastu display.. Nak kemas masuk je dalam kotak.. Mudah ! Tak yah nak iron , gantung bagai.. hehehe okey sampai sini jerlaa , aku hapdet entry ni je pon dah rasa mengahh... rasa sama penat macam hari expo.. hohoho 


 Picture terakhir bersama si kenit Khyra Khalissa, anak Dynas yang chomel hangatttt... 


Thank you for reading this entry !

Tuesday, 12 November 2013

HONEYMOON PHUKET : DAY 1

Assalammualaikum !

Finally aku hapdet jugak entry honeymoon ke Phuket bulan 8 aritu.. Hoii jenuhh laa nak ingat apa yang aku buat sepanjang honeymoon tu... Benda dah 2 bulan lepas , lemau otak nak flashback.. Nampak nooo banyak makan semut ! Aku cuba la ekk yang mana aku ingat.. 

Sebelum tu intro picture bersama chenta hati ... eceehh !! 



 Okey plan nak honeymoon ke Phuket ni sebenarnya idea aku.. hoho kalau ikut Shah manjaang bzz laa , susah amik cuti la, keje banyak la.. ada je alasan dia ! Tapi aku ni nak jugak pergi bercuti ke pulau , lama betul rasanya tak ke Pulau , kali terakhir rasanya 6 tahun lepas.. Ayooo lama okey !

Picture sebelum sampai Phuket .. 
Tunggu next entry muka Shah tak sejambu ini lagi.. hoho


Mulanya plan honeymoon berdua dengan Shah , tapi last minit jadi plak racun si eizam & wife join honeymoon sekali.. hoho Eizam & Tqa ni kawen tahun lepas wedding kat Jb yang aku pergi dengan Ayu tu.. Okey la skit tak de laa boring nanti kat Phuket , atleast ada geng nak berpoya-poya... Walaupun begitu honeymoon tetap honeymon okeey ! Dorang pon baru kawen so mood honeymoon masih hangat membara ! #eceehh   



Eizam & T-qa 


Di pendekkan cerita 

we all  sampai di Phuket lebih kurang pukul 11 pagi  , sebab flight we all pagi tu delay.. Macam biasalah touchdown jer dekat airport pastinya berduyun-duyun driver taxi offer untuk naik teksi dorang.. Ayooo aku lak jadi pening ! Tapi ada sorang driver taxi ni memang ayat power, berjaya convince kita orang untuk naik teksi dia , dengan janji manis untuk bawak kita orang tempat agensi  pelancongan yang boleh bagi pakej aktiviti selama 4 hari kita orang kat situ, termasuk teksi untuk hantar ke airport di hari terakhir.. Masa tu sempat lagi buat kira-kira, bila dah di campur tolak bahagi rasanya memang berbaloi..



Perjalanan nak ke hotel makan masa 30 minit macam tu , tapi dalam perjalanan dirver taxi tu drop kita orang kat agensi pelancongan yang sediakan pakej untuk aktiviti selama 4 hari.. Kebetulan masa pergi Phuket ni , Tqa ni baru je dapat tahu dia pregnant 2 bulan.. So kita orang pilih untuk tak naik speed bot instead naik cruise jerk.. Masa pilih pakej ni dorang akan bagi beberapa pilihan pakej , nak snorkeling , naik canoe , naik gajah , pastu ada laa aktiviti lain.. 

sesi tawar menawar. rezeki ibu ngandung , dapat pakej murah !



Snorkeling kat Phi Phi Island & naik canoe ke James Bond Island adalah pakej yang berbeza , kalau nak amik dua-dua price dia agak mahal la.. Lagipon kate honeymoon aku tak nak berpenat lelah sangat dengan full aktiviti.. nanti balik hotel apa pon tak boleh ! hahaha betul takk ?? wink wink ^_^ 

So selepas tawar menawar dan pujuk rayu we all decide untuk snorkeling dan amik pakej pusing2 sekitar Phuket on our last day nanti.. Apa yang aku boleh katakan harga pakej yang kita orang dapat memang sangat berbaloi ! So tips untuk korang, kene pandai tawar menawar dan memujuk rayu.. hoho dalam bab ni aku memang teror !  



Dah settle amik pakej , driver taxi tu terus hantar kitaorang ke hotel , yang terletak lebih kurang 1km ke  dari town Patong.. Kitaorang check in kat Tune Hotel , sebab masa nak booking hotel ni very the last minit u alls.. Banyak hotel kat tengah2 Patong tu dah fully booked.. Tapi ada hikmah jugak laa sebab Tune Hotel ni baru je bukak , so hotel dia memang bersih , facilities & service pon tiptop.. Sebab Shah baca banyak review pasal hotel kat area town Patong tu banyak hotel lama , so ada masalah bilik air la , bau lipas la , banyak tikus la & bla..bla.. Dan kalau check in kat hotel tengah town Patong memang confirm2 laa tido malam ko takde nikmat sebab bising koot.. Lagipon masa Shah booked tune Hotel ni , ada promotion bilik sebab hotel ni baru bukak.. So sangat murah kita orang dapat.. Bagus betul !! Jimat duit kita orang, ni laa orang kate rezeki honeymoon.. hahaha ada ke ?? biasa aku dengar rezeki anak , or rezeki nak kawen ke..  

Lepas jer check in kita orang berehat-rehat di dalam bilik sajer... Kate honeymoon kannn !! hahaha Sampai laa malam baru kita orang keluar dinner.. Giler kebulur kot masing-masing.. Yerlaa last makan pagi kat dalam flight , mahu tak lapar.. hahha 


So pukul 8pm kita orang pon berjalan laa keluar dari hotel.. Ingat nak survey kedai makan halal kat area Patong , tapi tak sampai 100m kita orang jalan dah jumpa gerai ala2 medan selera gitu.. Sebelum aku sampai Phuket , Ayu dah sound awal-awal kat Phuket susah nak dapat makanan halal.. hurmm so agak risau laa 4 hari honeymoon takkan aku kebulor nak makan roti jerk.. 

 Untungnya bila aku  berhijab ni orang-orang Phuket sangat pantas , asal lalu jer terus dorang kate halal food.. But still kene pilih betul-betul sebab ada gak yang kate halal food tapi sah2 tukang masak dorang muka orang Thailand.. 

Cuma satu gerai ni jer aku confident , satu sebab dorang cakap melayu , macam kelantan siam pon ada... Dan bila jenguk gerai tu memang tukang masak dia melayu , yang pompuan pakai tudung.. Dan bertambah confident ramai orang Malaysia rupenya makan kat situ.. Kat gerai tu pon terpampang bendera Malaysia dan banner yang tulis Recomended by TV3 , Jalan-Jalan Cari Makan, kitaorang pon apa lagi pucuk di cita ulam mendatang laah !! hehe 



Seriously memang sedap & murah makan kat situ.. Seafood pon fresh , feeling makan tepi laut jugak walaupun hakikatnya tepi jalan.. hohoho Tak kesah laa janji sedap ! Disebabkan sedap hamek ko 3 malam berturut-turut kitaorang dinner kat situ.. Boleh jer nak try makanan Arab or pekena roti canai & teh tarik kat Bangla Road , tapi disebabkan kitaorang tekak melayu sangat , memang nak makan nasi jerlaa.. 

Dan alasan lain,  sebab gerai tu memang bukak malam jer..  Siang kitaorang makan kat gerai kat perkampungan muslim.. So sesiapa yang nak pergi Phuket korang kene pandai & rajin tanya orang gerai muslim kat mana.. Kalau ikutkan pengalaman Ayu & Kathy , dua2 minah tu tak jumpa kedai halal, so sangat laa kesian terpaksa makan makanan Arab or makan ntah apa-apa.. Makanan Arab ni kalau sekali ko makan mungkin laa sedap , tapi kalau hari-hari jemu jugak.. lagipon Ayu kate price dia pon agak mahal.. sangat tak berbaloi ! 

Okey ini antara menu yang aku makan kat gerai tu, sajer jer nak kasi korang terliur.. huhuhu sebab aku masih terliur kalau ingatkan masakan sepanjang kat sana..   


Isi ketam masak sambal cili api ! Terliurrr hoii  


Menu malam ke 2 : Ikan masak sweet sour 

Tom yam gong : memang terangkat biler hirup tom yam ni.. slurrrppp

Okey lepas perut masing-masing kenyang kita orang ada laa jalan-jalan sampai kat area Patong.. cuci mata & survey apa yang boleh di shopping.. Tapi nampaknya macam takde apa yang unik or menarik hati nak shopping.. Sama macam korang pergi downtown jer , t'shirt2 pon biasa jer takat i love phuket tu akak tak hadap sangat laa.. hehe 

Kitaorang tak pusing abis pon , sebab malam tu kene tido awal .. hohoho kate honeymoonn kennn !! eeeh gedik pulak bunyinyerr.. takdelaa kene tido awal sebab esok lepas subuh dah ada orang jemput nak bawak pergi snorkeling..  Part yang itu tunggu next entry k !.. hehe semoga aku diberi semangat yang jitu untuk menghapdet part 2.. Fuhhhhh !!


Anyway tq for reading this entry !

Wednesday, 30 October 2013

Hujung Minggu Di Subang Parade !

Hujung minggu ku yang sibuk !! hehe Mungkin ada yang tahu , ada yang tak tahu aku ada jual kasut secara on9.. Business on9 aku ni diam tak diam dah 5 tahun beroperasi.. Dari aku keje kat Karangkraf as a photographer lagi, sampai laa sekarang dah keje sendiri,  tapi business kasut aku ni memang tak boleh nak berenti... Regular customer dah ramai , sayang nak stop macam tu jerk.. 



Dulu aku pernah  cuba buat full time bukak butik kat SS15 , tapi tak bertahan lama sebab sewa mahai noo.. Lagipon kedai yang aku dapat tu tingkat 1& area bank , office , college lagi, jadinyaaa  memanjang laa  takde parking .. Usah kata customer nak datang pon payah , aku yang nak datang hari-hari pon sakit jiwa mencari parking.. Alaa siapa tahu area Taylor College yang kat Asia Cafe  tu , memang faham sangat kenapa parking kat situ susah giler.. 




So kesahnya baek aku meniaga on9 jerk , sekali sekala turun flea market.. Sewa pon murah , customer pon senang nak datang.. Dulu masa zaman baru-baru nak meniaga rajin laa aku ke sana ke mari hangkut barang2 nak meniaga, cakap jer , Putrajaya , Taman Tun , Bangsar semua aku dah redah..  sekarang ni tak koser ! Kat Subang Parade je laa aku meniaga, lagipon dekat dengan rumah , customer pon dah ramai tahu aku kat situ.. Senang ! 



rajin bebenor staff aku sorang ni, pantang ada masa terluang sibuk nak susun kasut.. bagus budaknyaa,elok benar buat menantu... kui...kui... =)

sempat lagi promote kat fb pasal kasut.. haihhh mana nak dpt staff cengini 

Biasanya kalau aku meniaga kat Subang Partade ni akak aku & anak dia memang rajin la nak meneman,.  Tak jemu-jemu support aku meniaga, kadang-kadang aku pikir ada ke kakak2 orang lain sesporting akak aku ?? hahha tetibe nak up akak sendiri .. #motif???

Tapi selain tolong aku jual kasut, sekarang kita orang pandai skit, angkut certain barang dari DNA untuk jual kat Subang Parade.. hehe is like promoting our butik kat Setia City Mall jugak la.. Yerlaa sambil menyelam , sambil minum air... Yer tidokk ?? Lagipon booth aku betul2 depan mother care , so memang sesuai sangat kalau aku bawak barang-barang DNA jual kat sana..  


bedung baby barang dari DNA * 

so inilaa kerja akak aku.. kelek patung baby tu dari pagi -malam.. sampai orang igt akak aku dukung baby betul.. haha macam mereng pon ada ! 

Selalunya aku akan book tapak sabtu jerk, tapi bulan last weekend try amik sabtu ahad.. Sekali tak sangka pulak rezeki ari ahad lagi mencurah-curah.. Syukur sangat , tak sia-sia aku booked ari ahad tu.. huhu 



Yerlaa bayangkan aku tak susun kasut lagi dah ada customer aku sampai.. Terkejut akak tau ! Tapi dia memang regular laa, siap tolong promote kasut aku lagi kat 2,3 orang customer yang nak try.. Bagus budaknya... hehe  Dia selalunya beli on9 jer tapi kali ni aku sajer suruh dia datang subang parade, boleh laa beramah mesra lebih skit.. hehe 

Pelanggan pertama di hari Ahad

pose ni over sangat ! macam nak jual jus minuman... 


punyerla friendly customer ni 
siap promote kuih popia nestum lagi..
rezeki dia akak aku rembat dua balang.. nasib sedap ! =)

Aku ni kalau dapat jumpa customer memang terlebih peramah , tak kira laa customer DNA ke customer kasut ker.. Abis asal usul semua aku korek.. hohoho dan di sebabkan sikap peramah aku yang melampau tulaa aku dah terjumpa ramai neighbour2 aku kat subang parade tu.. hahaha 

Ada tu yang duduk selang berapa rumah jer pon ada.. Malu akak tau , jiran selang 2,3 rumah pon tak kenal.. Nampak sangat tak bercampur gaul dengan jiran tetangga... Nak buat camner kak oiii , kerja aku ni bukan macam setengah orang keluar pagi balik petang, aku keluar pagi malam baru sampai rumah.. Weekend pon kene keje , kadang2 1 minggu tak de cuti pon .. Dah nama keje sendiri , memang kene pulun laa.. Bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan pizza tauuu... kui...kui.... #eeh


*customer tengah try kasut*



*gigih melayan customer*

Tapi kalau korang tengok akak aku punyer peramah lagi dasat.. Kalau aku, tahap korek asal usul jerk , tapi dia siap boleh korek sejarah hidup orang tu lagi.. huh ?? Just imagine , ko baru jumpa orang tu tak sampai 5 minit , orang tu siap boleh share kisah rumah tangga dia bagai.. hohoho ko mampu ??? tu belum lagi kalau dia jumpa kawan-kawan dia pulak, dah macam kedai mamak dia buat tapak meniaga aku tu.. tapi takpe janji kawan-kawan dia beli .. kalau tak beli memang wajiblaa aku potong komisyen akak aku tu.. hahaha suker takk ?? kalau kat butik DNA dia boss, tapi kalau time jual kasut aku laa BOSS... *angkat2 kening !! (matilaa kalau dia baca ni ) 


Pendek kata last weekend meniaga seronok gilerrr, sebab customer tak putus-putus datang.. Sampai aku nak tawaf booth -booth lain pon tak sempat.. hehehe tapi bagus gak kalau tak duit aku abis macam tu jerkk, beli tudung la , beli baju la.. Anyway tq pada semua customer aku yang pernah beli kasut , tak kira laa secara on9 or offline.. Tanpa korang siapalaa aku...!! #eceehhh 

sesiapa yang nak beli kasut ni boleh order kat fb shopperlicious boutique.. Jangan luper tekan like okeeey ! sayang korang.. <3 

Tuesday, 29 October 2013

Tripple Celebration With Manjers !

Assalammualaikum !

Dah berminggu baru nak hapdet story mory celebrate birthday with manjer.. hehe oklaah dari ira & kathy tak nampak lagi bayang nak hapdet, so baek aku hapdet dulu.. Yerlaa dorang bersusun story nak hapdet hari-hari, dengan iklan bagai.. Aku ?? Nan hadoo !! Hapdet jelaa apa yang adooo..


Bulan lepas celebrate birthday Kathy & Ayu kat The Melur , KLCC.. Aku tak hapdet pon story tu , sebab bzz sangat sudehnyaa luper.. Nak tau baca jelaa blog Ira or Kathy.. Dan bulan ni haruslaa aku celebrate dengan Ila & Ira !! Birthday Ira , 30/9 , aku 3/10 , Ila pulak 16/10, jadinyaaa we alls berkongsi bintang yang sama.. Ayu & Kathy bintang Virgo , so tak heran kalau Kathy & Ayu boleh ngam , taste dorang pon banyak persamaan compare aku dengan Ira.. hehe Tapi yang penting kepala boleh ngam , kalau taste berbeza kepala tak ngam pon payah juger.. Kenn ??

Planning nak celebrate birthday ni sebenarnya dari bulan lepas lagi , tapi di sebabkan memasing sibuk terpaksa di tunda, tunda.. Lagipon kali ni nak tunggu sampai Ila punyer timing free , minah tu boleh tak ??? Dah setahun tak jumpa Kathy & Ira.. Kemain sibuk macam duduk oversea ! Aku adalah jugak jumpa , sebab aku ni tau nak curi-curi masa nak jumpa kengkawan... Kalau tak jumpa sebulan pon dah rasa macam rindu gilerrr !! 



Inipon si kathy& Ira ada jer agenda terselit last minit... Asalnya planning nak karoke sekali , tapi last minit Raicha anak Kathy takde orang jaga , kene tunggu suaminya balik keje baru dapat keluar dari sangkar ! hahaha gitulaa orang dah beranak pinak ni kan, masa tu memang sangat mencemburui tauu... Tak macam zaman anak dara , cakap jer nak lepak berdesup sampai.. =D

Tapi takpelaa tak dapat karoke kita dinner2 jerlaa , karoke tu nampak gaya kena setting hari lain gamaknyaa.. Walaupon haritu memasing dah semangat nak asah suara yang lama terpendam ni.. hohoho Nak wat camner , karoke dalam kereta jerlaa dulu buat masa ni.. Sob..sob.. =(

Mula-mula plan nak celebrate kat The Curve , tapi disebabkan Ira dah berkampung dari petang kat Paradigm terpaksalahh kita orang semua kene ke sana jugak.. Sebab Ira dah malas nak keluar dari situ.. Diva sangat tauu ! hahaha Dah arak kitaorang semua ke sana , pastu boleh pulak pompuan tu blur nak ajak makan kat mana.. Sabauu jerlaa , sakan shopping sampai lupa nak survey restoran mana nak lepak..

Sudahnya kitaorang decide nak makan kat Serai jerk.. Tak kisahlaa janji dapat lepak-lepak, sebab perut aku tak lapar sangat..Di sebabkan Ila keje aritu , so dia sampai lambat sikit.. Lawaknya bila Ila sampai memasing meroyan macam jejak kasih pulak aku rasa !! hahhaha over laa korang tauu 

*BirthdayGirl 1 *


*Birthday Girl 2*


*Birthday Girl 3 *

Mana tak nya abis di peluk cium Ila malam tu macam budak kecik.. Tau laa Ila tu chomel.. alololo hahhaha Lagi satu excited nak jumpa Ila malam tu sebab dia baru lepas bertunang 2,3 hari.. So seronok laa nak jumpa bakal pengantin ni.. huhuhu malam tu apa lagi , we alls semua dah bzz planning nak pakai baju apa , kaler apa masa wedding Ila nanti.. Semangat okeeyyy !! Bab-bab baju ni memang bagi kat Ayu & Kathy jerk.. Dorang memang pakar , akak ikut sajerrr.. Harus tempah dari sekarang sebab Ila nyer wedding bukan lama lagi punn, bulan February tahun depan insyallah.. Sukerrr sangaaat !! #eehh ?? huhuhu

*Ila show off cincin risik dan tunang.. hamboii berseri2 muka ko kenn*

aksi ni memang lawak !! Berapa kali snap untuk pose ni , mula-mula Kathy kiss Ila muka macam penuh perasaan.. geli gelaman plak aku nengokk ! hahaha 

Lepas makan barulaa keluarkan kek , nak tiup lilin cepat2 sebab Ira kene balik awal..Suaminya bagi curfew sampai pukul 10.30 jerk, hahhaa kesiann ! Nasib laki akak okey malam tu , walaupon aku tinggalkan dia dari pagi.. hohoho 

Okey its time for make a wish !! 

Red Velvet yang super nyummmy ! sape berminat boleh follow instgram owner ni @lyndarock78.. trust me memang puas hati !!

Disebabkan memasing melantak semua heavy meal , kecuali aku.. So time nak makan kek yang sedap tu semua kemengahan.. Rugi sangaat !! hahaha sebab kek yang aku tempah tu sedaap bangat okey .. Aku yang tak suka red velvet ni , boleh jatuh hati & makan red velvet yang ni dengan banyaknyaa.. Huhu nak kasi dorang bawak balik takde bekas , so aku laa yang bawak balik dapat laa Shah merasa.. Shah siap makan 3 slice malam tu.. over makan cake aku banyak2 tau ! huhuhu 

Ira macam kak Nam sangat time nihh ! hahaha



Dan seperti biasa sebelum pulang , wajib laa bergambor kenangan.. hahaha Kali ni dapat laa bergambar berlima setelah sekian lama.. Lepas ni tak tau laa bila pulak Ila free nak melepak bersama , silap-silap tahu kawen jer nanti.. hohoh yerla orang nak kawen memang akan jadi orang paling sibuk di dunia !! Kenn ?? 



time ni muka kathy macam sheila hamzah pulak aku rasa ! =)) kembang lerrr tuu 

Lepas bergambar we alls berempat sambung melepak kat Uncle Kay pulakk , Yerlaa tengok jam baru pukul 10 , tak puas lagi bersembang.. hehe Tapi bila dah pukul 11 , suami si Kathy pulak menelefonnn.. nak tak nak , kenelaa kita orang beransur... hahaha sian kan , nak jumpa dah la susah , tak nak kasi can langsung ! =D 




Tq manjers sebab korang jadi kawan yang paling best , happening , sporting & understanding .. Semoga friendship kita akan kekal selamanya.. Ramai yang nak tahu kan macam mana kita orang jadi kawan baek, nanti laa aku akan hapdet macam mana perkenalan dan macam mana kita orang boleh ngam.. hehe 




Geng Hijabista !! hahaha 





Last picxture haruslaa show off muka sendiri !!