Wednesday, 15 August 2012

CUTI TAK APPROVE !!



Tak seronoknyaa nak buat entry ni… Yerlaa saaat aku tgh menaip ni pon di iringi lagu raya yang office mate aku pasang.. Bukan main lagi depa seronok arini last keje..!! Whuaaaa serius aku jeles + sedih , sebab aku sorang jer tak dapat cuti awal !!! Sebaaabbbnyaa aku takde cuti dah, al maklumlaa baru keje kann celah mana nak korek cuti.. So aku sorang je akan keje sampai hari jumaat, agak2 korang sengal tak aku nanti??? Memang sengal laa kan !! Hurmm nak buek camno , redha jerlaa yana, walaupon semlm aku dah emosi tak tentu pasal !!

Yerr ! memang aku raya kat Sungai Buloh jer pon tapi, tapi kalau dapat cuti awal banyak benda kot aku boleh settlekan.. Dah plan baekk punyer,  kalau khamis ni cuti nak delivery semua kuih2 raya yang orang order, itu jer pon dah amik masa ½ hari.. Lepas tu aku plan nak amik baju raya kat Kajang ! Berdebor nii u alls nak fitting baju, yerlaa takut nanti ada yang nak kene alter dah satu hal nak kene tunggu.. Hari jumaat pulak aku nak kene pergi Perodua , service kereta, tukar tayar then lari kat kedai lain nak tinted cermin depan pulaak.. Adeeh !!  Sebab tahun ni balik jauh kaan so kereta kene laa tip top !!

Tapi di sebabkan tak dapat cuti awal, agak2 bila masa aku nak buat semua tuuu??? Sabtu??? Memang tidaklaaah sebab aku comfirm dah hegeh-hegeh kat Sg Buloh tolong abah masak & kemas rumah pulaak !! Itu rumah abah , rumah aku bila pulakk nak kemasss ?? Eeee serabut kepala pikirkan !! Shah pulak tak tahu dapat cuti ke tidak ari jumaat, khamis maybe dia pon keje lagi.. Tapi nampak gaya nak tak nak, Shah memang kene cuti ari jumaat untuk settlekan hal2 kereta…  

Dan satu lagi…. Baju raya Shah !!! Entah bila masa nak cari baju raya dia pulaak.. Selalu shopping baju raya last minit jugaak tapi tak selewat ini.. semuanya gara-gara aku sibuk meniaga !! harap-harap banyak lagi baju melayu kat BAK tu.. memang situ jerlaa Shah suka beli pon sebab jahitan dia kemas dan kain dia sangaat kualiti ! tema kaler tahun ni pon tak decide lagi, sebab nak tunggu baju aku siap.. Tempah 2 pasang nak tengok yang mana sesuai baru boleh cari baju Shah… #haihhh tak cukup nafas kalau fikir !

Okey entry panjang2 pon tak guna hakikatnyaa cuti tetap takde..  Aku tengah re-schedule plan aku untuk esok, bila masa nak curi masa antar kuih, amik baju, shopping baju shah pastu kemas rumah… ! Tapi yang pasti kemas rumah tentu laah tengah malam esk @ jumaat…!! #fuh selamat bekeerja keras yana !! Pada sesapa yang dah start cuti esok, bertuah laa ! Selama bercuti & drive safe untuk yang balik kampung tu…  Aku rasa memang ramai balik esok, so comfirm jalan jam.. Gigih laa yer !! Sebelum terlupaa aku nak amik kesempatan jugak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN ~  ;))

4 comments:

  1. Busan tu kerja sorang2..leh ngular bos ada tak..hehe

    ReplyDelete
  2. Kathy : tulaa klu boss tak masuk mmg aku ngular.. tp tkut dia masuklaa sebab kalau tak sape nak bukak ofc.. #daaanng

    ReplyDelete
  3. Hahahaha...sukenyer baca entry ni.
    Syabaz coz dpt peluang memuncungkan bibir panjang-panjang (jika mahu) sehari dua ni.
    Kira nikmat ramadan gak tu...hehe

    ReplyDelete
  4. santaujiwa : hahahha sila tengok berapa muncung bibir sayaa nanti... :(( #whuaaaa

    ReplyDelete