Monday, 13 August 2012

Beraya Di Mana ??


Pejam celik pejam celik, tinggal 6 hari jer lagi nak raya.. Aku baju raya pon tak amik lagi, dah betahun-tahun beli baju siap, tahun ni aku mengada nak tempah.. Alang-alang pergi Bandung aritu aku beli kain so boleh laa tempah baju meriah-meriah sikit..  Lagipon tahun ni raya aku banyak rumah nak pergi beraya, al maklumlaah pertama kali beraya di rumah mertua nanti..

Tetapi bukan pasal baju aku nak story u alls.. Tu tunggu entry lain ! Dilema orang pertama kali beraya suami isteri ni biasalah nak beraya di rumah siapa dulu laa kan.. Sebelum ni aku dengar cerita kawan2 jer yang berebut dengan suami nak balik kampung beraya.   Kali ni giliran aku melalui persimpangan dilemma.. Eceehhh ! =D

Serius !!  Sebelum kawin dulu aku dah pikir sebenarnya pasal ni, tapi masa belum kawen rasa terujaa kott dapat orang jauh atleast merasa jugak aku suasana balik kampung, ( which is budaya tu dah lama aku tinggalkan) Tapi bila dah kawen ni, tetibe rasa sayup memikirkan pagi raya nanti takde di rumah sendiri… Nak pulak aku laa  yang selalu uruskan rumah time raya dari bab mengemas, pasang langsir, bab potong memotong kat dapur, isi kuih dalam bekas, hidangkan lauk kat atas meja sampai laa bab basuh pinggan.. So tahun ni, kalau aku beraya di Trengganu siapalaa nak buat semua tu…  Kesian pulak kat abah nak buat sorang2.. Tambahan pulak tahun ni pertama kali beraya tanpa mak, ntah macam mana laa situasi pagi raya nanti..

Aku tahu bila dah kawen ni, isteri kenalaa ikut cakap suami, so aku taknak laa merengek-rengek kat Shah untuk raya kat Sg Buloh.. Yerlaa dia pon mesti nak raya kat kampung dia jugak kan.. Dah laa bulan puasa ni asik balik Sg Buloh jer, nanti dia kata aku selfish pulak.. So aku pon diam jer laa pasal isu balik beraya ni.. Tapi dalam hati berdeboor jugak menunggu Shah bukak topik ni . Bukan apa buatnya dia dah buat keputusan balik Terengganu, comfirm malam raya mata aku dah bengkak nangis teringat Sg Buloh..
Masuk minggu kedua puasa , tetibeeeee Shah akhirnya bukak topik tu !! hehehe kebetulan pulak time tu aku tengah tengok drama raya, macam tahu-tahu jerkaan..

“ Bie.. tahun ni kita nak beraya kat mana dulu…? ”

“ Hurmmm… ntah laa.. ikut sayang jerlaa… ” dalam hati meyumpaah,  berani mati aku jawab macam tu !! buatnya dia decide blk Terengganu, habis ko yana !!!

“ I tak kisah.. I kesian kat bie lah nanti pagi raya mesti bie nak pergi kubur arwah mak kan.. ? Lagipon kesian abah nanti takde orang nak tolong kemas rumah.. “ Fuhhh legaaa giler aku dengar Shah cakap mcm tu.. Time tu aku rasa nak senyum sampai telinga tapi aku control giler, tak nak laa nampak sangaat kan..

“ Tulaa I kalau boleh nak pergi kubur dgn abah semua.. Tapi nanti ibu tak kisah ker?? ” Tetiba aku terfikir kesian pulak mak mertua aku, yerlaa dah laa anak dua orang jer kalau Shah tak balik tinggal laa adik dia sorang..

“ Ibu ok.. nanti I bagitahulah  ibu… Malam raya pertama tu kita gerak laabalik Terengganu boleh duduk lama skit kat sana.. ” haaa amikk ko yana, bersiap sedialahh untuk beraya di tempat orang tahun ni.. Tak kisahlaa janji malam raya dan pagi raya aku di Sg Buloh…  Yeahhh !!! *lompat bintangg*  

2 comments:

  1. bergilir2 la macam aku nanti. =P
    dulu 1st raya as a wife pun kat rumah aku dulu, tapi lepas balik kg dia bercinta nak balik kl balik... lama giler!

    ReplyDelete
  2. hehehe tu yang aku tgh ketaaaq nak beraya lama kat kg dia..

    ReplyDelete