Tuesday, 7 August 2012

Belajo Cakak Ganu !


Siapa pernah tengok drama ‘Masihkah Ada Ramadhan’ ?? Aku mula-mula tengok drama ni sebab Shah  tertekan channel ni, ngam-ngam dia tekan,  pelakon tu tengah kecek ganu.. Apalagii Shah pon terus layan, siap jerit-jerit panggil aku kat dapur join dia tengok..  Aku pun apalagi layan laa sekaki, drama melayu laju laa cuba kalau dia jerit suruh tengok discovery channel memang aku buat tak reti jerk !! Dah layan 2jam ingatkan telemovie sekali drama bersiri laa pulaakkk.. Bapak lama okey drama bersiri 2jam !!

Apa yang best sangat drama ni…?? Hehehe sebab pelakon-pelakon dia cakap Terengganu !!  Antara pelakon – pelakonnya ialah Eman manan & Zamarul Hisham !! perghh aku memang minat giler kot kat Eman Manang nihhh….  Tapi bukan itu jer sebabnya !!  Sebab lain ialah sebab suami I olls kan orang  Terengganu  so  excited laa dia ada drama cakap bahasa loghat dia, biasakan kita dengar drama buat loghat Perak, Kedah, Negeri Sembilan takpun Kelantan.. Memang takde lagi cakap Terengganu.. Tu yang excited sangaaaat !! =D  tapi yang bagus drama ni sediakan subtitle so untuk aku yang baru nak belajar kecek ganu ni sangaat laa sesuaii !! Sempat lagi ni nak belajar balik raya nanti dah confident skit nak cakap dengan mak mertua, adik ipar semua… hehehe

 Tapi yang aku tak boleh blah, bila time iklan jer  Shah sembang dengan aku guna slang Terengganu !! Cakap yang pekaat giler lak tu , terguling-guling laa aku gelak sampai keluar air mata… seriusss sepanjang bercinta susah gila aku nak dengan Shah cakap Terengganu , kalau cakap pon dengan family @ sedara mara dia jerk…  Dan hari ini Shah buat loqlak dia lagi bila ber'bbm ponn dia bantaiii text dalam loghat Terengganu..  Betul2 mencabar suami aku ni !!  Haa cuba korang baca text Shah kat bawah ni sure automatik korang pon ter'slang Terengganu.. 




Dan last thing yang buat aku terkejut, drama ni berjaya buat  Shah hafal waktu siaran.. Kalau tak memang takde makna Shah nak amik tahu drama – drama melayu ni.  Aku kalau nak tengok drama selalunya kene berebut-rebut remote baru dapat tengok, dan lepas tu dia akan ngadap laptop layan youtube (tunjuk perasaan lerr)  tapi drama ni memang dia tak berganjaak depan tv.. Seriuss kagummm !! =))
So untuk korang yang tak pernah tengok , jomlah layan drama ni ari Isnin depan last episode tak silap aku.. Sebab semalam dah klimaks , sedihh sangat sampai Berjaya buat air mata aku menitis setitis dua.. ( sempat laa kene kutuk dengan Shah sebab menangis ) =P

Sinopsis : Cerita ni mengisahkan seorang pemuda bernama Zali yang mengidap penyakit barah cuba untuk menyatukan adik beradiknya yang duduk di Kl beraya di Terengganu bersama ibu bapa mereka.  Dia juga cuba membetulkan adik beradiknya yang hidup jauh tersimpang dari ajaran Islam.  

Thank You For Reading This Entry !


4 comments:

  1. kelaka okay. haha

    sis, hubby sis trg katne? saya pn org teganu jgk.. hehe

    ReplyDelete
  2. sayazakiah : terengganu kat KT..

    ReplyDelete
  3. AL-FATIHAH.
    Pelakon Muhammad Amirul Mazlan, 19 tahun dari Kg Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu atau lebih dikenali sebagai "Zali" dalam Drama "MASIHKAH ADA RAMADAN" telah mengalami kemalangan maut di KM 5.7, Lebuhraya Persekutuan pada 30 Sep 2012.
    Org Terengganu mmg suka cerita ni...
    Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

    ReplyDelete
  4. ramlan : Al fatihah buat arwah.. tak sempat nak tengok bakat lakonan arwah berkembang.. :( semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

    ReplyDelete