Tak sabar nak tonton drama ‘Deejavu di Kinabalu’ kat tv3
petang ni jam 7.. Drama yang menggantikan cerita ‘ Seindah Sakura’ . Masa preview 1 jam drama ni minggu lepas dah
buat aku syok tengok lakonan Aqasha dan Tiz Zaqiyah. Sweet sangat tengok part
mula2 dorang nak berkenalan, buat aku tersenyum sorang2.
Penggambaran yang banyak di lakukan kat Gunung Kinabalu buat
aku rasa nak panjat gunung kinabalu jerk !! Seriously view sangat cantekk tak
sangka kt Malaysia ada pemandangan secantik ituu.. Drama arahan Erma Fatima ni
dikatakan berbeza dengan karya2 Erma sebelum ni.. yerla selalu kan Erma buat
drama @ filem yang berat2, so maybe ini cubaan untuk Erma Fatima.
Yang best masa sesi photoshoot aku sempat snap picture
dengan tiz dan nazim Othman ( yg berlakon sbg bf tiz dalam citer ni ) Aqasha
masa ni tgh sibuk di interview para reporter, so tak sempat aku nak menyelit..
Actly aku memang segan kot nak snap2 gambar dengan artis kalau time keje, sebab
rasa macam nak jaga etika laa konon, tp bila pikir nanti kalau zaman dah tak
keje media line ni, bila masa pulak aku
nak jumpa2 artis ni kan.. so masa ni laa nak buat kenangan, walaupun aku rasa
dah terlambat… dlu masa keje kat sebuah publication company yang ‘GAH’ 4 tahun
dulu, artis hari2 lalu depan cubicle aku jerkk.. masa tu takde rasa nak snap pon.. dan bila dah berenti baru rasa takde
kenangan..
Sinopsis : mengisahkan kehidupan Nadira ( Tiz Zaqiyah )
selepas pemindahan jantung, yg memiliki sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan
Nadira dengan Ammar ( Aqasha ) teman lelaki yang merupakan penderma jantung
Nadira. So kisahnya si Ammar ni bila berkenalan dengan Nadira , dia dapat rasakan
satu perasaan dejavuu yang luar biasa. Untuk korang yang tak tahu apa makna
dejavuu sila rujuk dewan bahasa ekk.. Lakonan
untuk watak kekasih si Ammar yang meninggal dunia di lakonkan oleh pelakon baru
Siti Aishah.
habes dah cete Fasha? huh. bagus. hihi
ReplyDeleteCete ni best?
habis dah beb.. aku tak tgk pon citer tu sbb fasha yg berlakon.. huhu cite ni intro dia mcm best, romantik komedi giteww
ReplyDeleteeh aku tgk okeh cte fasha tu hahaha...start cite baru abisla aku..bile da start mulala nk layan sampai abis
ReplyDeletesempat ekk ko balik kejee tgk cite tu?? hehe aku tgk pelakon , klu best baru nk layan.. fasha aku kureng skit..
ReplyDeletesama lah dengan aku. kalau fasha, aku tak minat langsung melainkan hero die abg aaron ajis. nak taknak, aku kene tgk gak sbb abg aaron ade. takat fasha, takyah la. semlm aku tak dan tgk, p beli brg. aiseh!
ReplyDeletehahaha sep laa lynda ! kiter sama !!
ReplyDelete