Tuesday, 12 June 2012

Episod 24 : Akur


                    Pagi ini aku ke hospital lebih awal dari biasa, jam 10am Amran akan menjalani pembedahan tulang sumsum, aku tak mahu terlewat. Biarlah aku menatap wajah Amran sebelum dia melangkah ke bilik pembedahan. Jantungku berdebar-debar semenjak malam tadi, memikirkan sebarang kemungkinan biarpun Amran acapkali menjelaskan bahawa pembedahan itu tidak berisiko tinggi.. Aku tahu penjelasan itu sekadar mahu menyedapkan hati aku.. 

                  Sesampai di kamar Amran aku lihat katil Amran kosong.. jantungku berdegup semakin laju, apakah Amran telah di masukkan ke bilik pembedahan lebih awal.. Aku cuba mencari kelibat jururawat namun tidak seorang pun kelihatan waktu itu.. Dimanakah semua jururawat ni?? Bukan kah waktu pagi begini mereka sepatutnya sibuk memeriksa pesakit.. Aku merengus berlari ke lif mahu turun ke lobi, memeriksa di kaunter pertanyaan. Sebelum pintu lif terbuka mata ku sempat meninjau sekeliling tingkat 5 itu dengan harapan terlihat kelibat ibu Amran atau jururawat. Namun kecewa apabila yang lalu hanyalah beberapa orang pesakit di situ. Pintu lif di hadapan terbuka , pantas aku melangkah dan menekan punat lobi.

                 Sebaik keluar dari pintu lobi aku terlihat kelibat ibu Amran di kaunter, serta merta hati aku di selubungi perasaan lega. Aku menghampiri ibu Amran yang kelihatan sedang berinteraksi dengan doctor. Aku berhenti lima langkah dari jarak mereka tidak mahu menganggu perbualan mereka, namun tetap  boleh didengari setiap butir perbicaraan mereka. Beberapa saat kemudian doctor berlalu meninggalkan ibu Amran yang masih tidak sedar kehadiran aku di situ. Pantas aku menyapa ibu Amran yang cantik berbaju kurung corak batik.

                 “ Aunty…” sapaku lembut sambil melemparkan senyuman .

                 “ Ehh Sara.. Baru sampai ker? “ Ibu Amran menjawab sambil menyambut tangan ku yang  menghulurkan salam. 

               “ Baru sampai Aunty.. sara dah naik atas tadi tapi tak Nampak Amran .. Dia kat mana yer aunty? “ Aku pantas menyoal tidak sabar mahu tahu kedudukan Amran sekarang. 

               “ Ooohh amran tengah buat x-ray lepas tu dia kene buat some medical check up before dia masuk operation room sayang..  Sara jangan risau ok, nanti semua dah settle aunty bagitau.. Sekarang ni nak jumpa dia pon tak boleh.."  Ibu Amran member penjelasan dengan panjang lebar, terharu apabila dia memanggil aku sayang.. Terasa seolah-olah seperti ibu ku sendiri.  Wajahnya juga cukup tenang walaupun aku tahu dia seperti aku yang risau tentang Amran.

            “ Hurmm kalau macam tu, Sara teman aunty kat sini yer.. “ Aku cuba menawarkan diri, walaupun sedikit segan sebenarnya.

             “ Eh takpela Sara.. aunty dengan uncle harini.. lagipon doctor kata operation tu mungkin dilakukan pukul 2 nanti. Silap-silap sampai malam pun belum tentu habis lagi operation tu.. kesian pulak kat Sara nak tunggu.” Ibu Amran menolak dengan lembut, barangkali tidak mahu menyusahkan aku.. 

            “ Nanti lepas semuanya settle aunty telefon Sara yer.. Sara jangalah risau sangat okey.. “ Ibu Amran memujuk ku lagi, seolah tahu aku keberatan untuk pulang. 

           “Baiklah kalau macam tu.. tapi nanti aunty sms Sara yer lepas abis operation tu nanti..” Aku akur tidak mahu membantah, nanti di anggap biadap pula.. Kalau ikutkan hati mahu saja aku tunggu di hospital itu tanpa pengetahuan ibu Amran. Biarlah sampai malam mahupun sampai esok juga aku sanggup…  

                   Aku mahu menjadi antara insan terawal mengetahui keadaan Amran. Namun aku sedar ibu bapa Amran lebih risau mengenai kesihatan anak mereka, tambahan pula Amran merupakan anak tunggal. Pasti tidak tertanggung beban yang mereka tanggung sekarang memikirkan keadaan putera yang seorang itu. Aku akur, mungkin ibu Amran tidak mahu kerisauan dan kesedihannya di lihat orang lain..  


           Bersambung..............

No comments:

Post a Comment