Barangkali masih ramai wanita yang tidak pernah mendengar
tentang endometriosis. Tetapi mungkin ramai
yang mengetahui tentang sakit
perut melampau ketika kedatangan haid atau dalam bahasa mudahnya senggugut. Senggugut ada yang biasa dan tidak merbahaya,
hanya mendatangkan kesakitan setiap kali datang haid seperti yang dialami oleh
segelintir wanita. Namun ada juga yang luar biasa, yang tidak boleh dipandang
ringan oleh kaum hawa kerana ia mungkin petanda endometriosis
Apakah maksud endometriosis?
Endometriosis bermaksud tisu dari selaput dalam rahim
(dipanggil endometrium) tumbuh di luar rahim
dan biasanya luruh bersama darah haid. Campuran darah dari rahim dan
tisu-tisu yang sudah berkecai daripada lapisan endometrium ini, bersama
kuman-kuman bakteria inilah dipanggil ‘darah kotor’ atau darah haid.
Apakah tanda-tanda endometriosis?
Seperti yang dinyatakan di atas, tanda-tanda endometriosis
ialah sakit pada bahagian bawah perut dan pinggang. Kesakitan ini amat dirasai
di bahagian ari-ari dan juga bawah
pinggangsebelum datangnya haid. Kesakitan akan reda setelah dua atau tiga hari
kedatangan haid tetapi ada sesetengah kes sakit senggugut tersebut masih tidak
hilang selepas habis haid. Ini mungkin petanda endometriosis sudah di peringkat teruk, di mana ia telah merebak ke dinding rahim atau otot
rahim.
Mengapa endometriosis tidak boleh dipandang ringan?
Selalunya endometriosis menganggu tahap kesuburan seseorang
wanita dan seterusnya penyebab utama kepada kemandulan. Ramai wanita tidak
sedar bahawa penyakit ini menyebabkan mereka sukar mengandung sama ada buat
kali pertama ataupun selepas sekian lama melahirkan anak. Sudah pasti
ketidakupayaan mengandung dan melahirkan anak adalah isu besar dalam institusi
perkahwinan bagi pasangan yang ingin mendapat anak.
Bagaimana dan mengapa endometriosis berlaku?
Sehingga hari ini pakar perubatan masih tidak mengetahui
punca utama mengapa masalah ini berlaku. Dianggarkan 10 hingga 20 peratus
wanita di seluruh dunia mengalami endometriosis di mana 30 hingga 40 peratus di
antaranya mandul. Stress, cepat panik, terlalu mementingkan kerjaya serta
wanita ber I.Q tinggi dikatakan sering mendapat penyakit ini.
Rawatan
Jika anda salah seorang yang mengalami tanda-tanda seperti
di atas, buatlah pemeriksaan untuk pengesahan segera. Doktor sakit puan akan
mengesan kedudukan rahim anda dan juga melakukan ultrasound untuk mengetahui
sama ada rahim anda jatuh ke belakang ataupun anda mempunyai cyst di ovari. Apa
jua hasil daripada pemeriksaan ini atau seteruk mana pun penyakit anda, hanya doktor
yang boleh membuat keputusan. Dalam kebanyakan kes pembedahan atau laparoscopy
akan dilakukan untuk membetulkan kembali keadaan rahim. Atau, rawatan dengan
ubat-ubatan juga boleh dilakukan mengikut keadaan penyakit.
Jadi, berjumpalah doktor segera jika anda mengesyaki anda
sedang mengalami endometriosis. Wanita
hari ini sangat terdedah dengan segala penyakit puan seperti fibroid, cyst,
malah kanser servik yang boleh membawa maut.
Hanya kita bertanggungjawab terhadap kesihatan kita sendiri.
nak tahu lebih lanjut baca kat link ni.. http://www.medicinenet.com/
* thanks kak Hanim for the info =)
* thanks kak Hanim for the info =)


Salam..sy berumur 21 thn dan telah berkahwin. saya juga seorang pesakit endometriosis pada Feb 2013..sy x tahu yg sy mengalami endometriosisi & doktor bg ubat utk surutkan cyst dlm tempoh 6 bln..mulanya sy mkn, berat bdn makin bertambah & sy terus stop..sy gunakan ubat-ubatan tradisional utk menghilangkan cyst tersebut & alhamdulillah pada bln Mac 2013 sy bjumpa dgn doktor & cyst sy telah hilang sepenuhnya..alhamdulillah..sesiapa yang ingin berhubung dengan saya boleh lah email di norazreen_51@yahoo.com.my..insyaallah sy akan tlg bg tahu apa yg saya tahu walaupun saya masih muda.
ReplyDeleteBule share ker sis sebab saya pun ada endometriosis
DeleteTolong bantu saya sis
Boleh berkongsi, apa ubat yang digunakan? Saya salah seorang yang mengalami endometriosis tahap4....
ReplyDeletecall,sms or whatsapp saya mira 012-4824437
ReplyDelete