Friday, 15 June 2012

BOHSIA 2 Superrbb !!

Semalam aku sempat menonton filem Jalan Kembali : Bohsia 2 sekuel dari filem Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam.. Walaupun aku tak tengok Bohsia 1 tapi hati nak tengok yang kedua ni meronta2, bila baca statement yang filem tu dah mencecah 3 juta dalam masa kurang seminggu. Dan bila dan tengok dalam hati memang kate "Hebat okey !!"..

Apa yang aku boleh katakan pasal filem ni ialah Terbaik & Sempurna ! Sempurna dari segi jalan cerita, pelakon, message yang di sampaikan dan aksi2 stuntmant,  langsung tak nampak FAKE ! Walaupun ada kalanya aku rasa sakit telinga jugaklaa sebab pelakon2 dalam cite ni semuanya cakap pitching nak tinggi jerkk. tapi disebabkan dialog2 dia best boleh buat aku tergelak2 abaikan saje pitching si Sofi Jikan yang melangit tuu..

Sape kate tak boleh berdakwah sambil berhibur ?? Syamsul Yusof contoh pengarah yang dah berjaya membuktikan dalam filem ni.. Elemen keagamaan, komedi, drama, aksi bergerak seiring dalam filem ni, sampaikan aku tak sempat nak rasa bosan.. nak plak ada si Zizan tu kan, memang pecah panggung laa di buat nyaa.. Lakonan Nabila Huda, Salina Saibi dan Syamsul sendiri memang mantapp..


Bukan aku nak up lebih si Syamsul ni, tapi bila tonton filem buat aku rasa betul2 dalam dunia rempit.. Dengan skrip yang bagus , penggunaan bahasa dalam dunia rempit boleh buat aku tergelak2 mcm nak pengsann ( ok yang tu tipu! ) tapi watak Keting yang di lakonkan oleh Sofi Jikan ( yg berlakon Kl Gengster jugak ) sangat berkesan ! ada chance dapat anugerah tahun depan ni...



So pada korang yang tak tengok lagi , pergilaa cepat2 tengok ! tak rugi korang bayar tiket wayang sebab kepuasan memang terjamin ! ( eceh mcm jual kopi jantan pulak ) lagipon klu kita tak support filem melayu sape lg?? tapi bagi aku kalau citer melayu mcm gampang ! mmg aku takkan support ! (lantakk laa ko kt situ) apakata layan skitt trailer bg yg x tgk tuuu... 



No comments:

Post a Comment