Malam itu aku terjaga jam 8 malam, terasa lama sudah aku tertidur. Aku terjaga apabila mammy mengetuk pintu memanggilku untuk makan malam. Aku menyahut perlahan “ Yaa… Nanti Sara keluar… ” . Kemudian cuba memejamkan mata semula, kepala ku masih terasa berat.. Melihat pakaian yang masih belum berganti aku gagahkan diri untuk bangun membersihkan diri. Aku tidak mahu biarkan diri aku terus lemah ! Aku sudah berjanji pada Amran untuk terus beri dia semangat melawan penyakitnya itu. Aku mahu tebus semua masa yang terlepas bersama dia. Aku mahu ulangi saat-saat manis yang pernah kami lalui bersama dulu. Serta merta semangatku datang berkobar-kobar , tidak sabar menunggu hari esok !!
Pagi itu aku sungguh bersemangat ! Aku
memilih pakaian berwarna ceria, kuning
dan oren, mengharap Amran akan ceria melihat aku nanti. Aku ke hospital menaiki teksi, tak mahu
susahkan ayah yang mempelawa mahu menghantarku. Aku tahu sekiranya ayah
menghantarku pasti banyak soalan yang akan di utarakan, melihat anak gadisnya
kini sering berkurung didalam bilik. Jadi jalan selamat , lebih baik aku
menaiki teksi sahaja, tak bersedia lagi mahu bercerita dengan sesiapa, biarpun
mammy dan adikku Fara.
Sesampai di bilik Amran, hati
aku berbunga-bunga apabila melihat dia sedang menikmati sarapan. Wajahnya Nampak
sedikit segar, apakah dia juga seperti aku harini penuh semangat positif..
“ Sara… ! Awalnya awak sampai
harini..?? “ Amran menyapaku ceria.
“ Mestilaa saya tak sabar nak
jumpa awak… Awak baru lepas makan?? Banyak tak makan pagi ni??
“ Aku menyapa
kembali sambil melabuhkan punggung di atas katil Amran.
“ Bolehlaa.. Makanan kat
hospital ni mana sedap sangat awak.. “ Amran menjuihkan bibir, dia sudah mampu
berseloroh.
“ Hehehe takpe tengahari nanti
saya tapaukan awak makan nak..?? Awak cakap jer nak makan apa, biar saya
belikan” .
“ Alaaa awak beli ker…?
Ingatkan awak offer nak masakkan.. hehehe “ Amran ternyata nampak gembira, dia
membetulkkan kedudukannya di atas katil.
Mungkin Amran juga seperti aku,
tidak mahu lemah semangat dan putus harapan. Kami tidak mahu lagi mensia-siakan
masa yang tinggal. Senyuman Amran benar-benar memberiku harapan bahawa hari
esok masih ada untuk kami.. Hari itu
kami betul – betul menikmati masa yang ada, seakan –akan baru kali pertama
bertemu janji. Bercerita tanpa henti di selang seli gelak tawa dan senda tawa
Amran yang telah lama aku rindukan.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment