Thursday, 29 March 2012

Episod 20 : Penjelasan Yang Meyiksakan !!

                Hari ke dua Amran di hospital, aku beranikan diri sekali lagi untuk menziarahi dia.. Aku harap kali ini tidak bertembung dengan wanita yang bernama Ina itu.. Jika benar dia teman wanita Amran, aku tak mahu sakiti hatinya, kerna dia pasti sudah terseksa dalam keadaan Amran yang sedang sakit..  Walaupun jauh di sudut hati, aku sebenarnya cemburu melihat dia di hospital semalam namun aku perlu terima hakikat.. Siapa pun di hati Amran sekarang aku tidak peduli, aku cuma mahu sedikit masa bersama dia, supaya dapat ku lepaskan rasa rindu terhadap lelaki yang mengajar aku erti cinta..

                Sebaik sahaja sampai di pintu bilik Amran aku perlahan-lahan menolak pintu, aku mengintai di dalam bilik,  untuk memastikan Amran tiada pelawat lain ketika ini.. Sunyi sepi ruang bilik itu buat aku masuk dengan yakin.. Amran menoleh sebaik melihat aku memasuki ruang bilik.. Aku menarik nafas lega sebaik melihat Amran dalam keadaan sedar.. Namun riak wajahnya jelas terkejut pasti dia tak menyangka kehadiran aku disini.. 

                Aku mengukir senyum, cuba berlagak tenang walaupun di dalam hati bergelora menahan pelbagai emosi..  Amran membetulkan kedudukan, jelas dia tampak resah sebaik sahaja aku duduk di sisi.. Aku meletakkan buah buahan yang ku bawa di atas meja di sisi katil.. Untuk seketika masing-masing membisu, menunggu siapa yang mahu memulakan bicara terlebih dahulu.. Entah kenapa terasa seperti ada sesuatu di anak tekak aku tiba-tiba, sehinggakan aku tak mampu menuturkan sepatah kata….  Dan akhirnya Amran mengalah, dia memecah kesunyian.. 

               
                “ Sara…”          Perlahan suara Amran memanggil nama ku,  matanya memandang tepat ke dalam mata ku.. Sungguh! Aku cair dengan pandangan Amran, lalu menundukkan wajah..

                “ Maafkan saya… “     Amran terus berbicara dan kali ini aku kuatkan diri menatap wajahnya..

                “ Kenapa awak perlu minta maaf…? Awak tak buat salah apa2 Amran… “   Aku akhirnya   bersuara, kerna tak mahu Amran terus menyalahkan dirinya.. Tapi Amran pantas memotong ayat ku…

                “ Saya salah Sara.. Saya rahsiakan penyakit saya dari awak selama ini.. Sebab saya tak nak awak tengok saya dalam keadaan macam ni.. Saya tak sanggup nak biarkan awak meratapi kematian saya nanti, sebab tu saya rela bila awak minta putus dulu.. Tapi bila saya tengok awak depan mata saya sekarang, saya tahu saya salah sebab awak tak pernah putus asa cari saya…  “                  Amran bercakap panjang lebar, dan kali ini aku terkejut saat Amran menjelaskan sebab dia berahsia  selama ini.. Itu bermakna dia dah menanggung penyakit leukemia ini sebelum kami berpisah lagi..

                “ Awak tahu tak sepanjang berpisah , hidup saya dah cukup terseksa Amran.. Dan sekarang saya semakin terseksa sebab dah bazirkan masa saya tanpa awak selama ni…” Aku tak dapat menahan emosi lagi, air mataku mengalir laju..

                “ Saya tahu awak menderita Sara, tapi saya tak tahu macam mana nak bagitahu Sara.. Saya sendiri amik masa untuk terima hakikat yang saya berpenyakit.. Lagipon….. Saya tak nak awak mengharap, sebab saya sendiri tak pasti Sara.. ” Mata Amran sudah berkaca-kaca, aku  tahu dia cuba menahan daripada menangis..

                Penjelasan dia membuatkan aku semakin terharu, tak dapat aku bayangkan saat dia sedang menerima penyakit yang menjalar di tubuhnya dan saat itulah aku meminta putus.. Pasti berat emosi yang perlu di tanggungnya ketika itu.. Perasaan bersalah semakin menebal dalam hati aku, dan sekarang aku terasa begitu bodoh dengan tindakan ku dulu.. Aku memutuskan hubungan tanpa alasan yang pasti, tanpa usul periksa…   Waktu itu aku hanya berprasangka buruk pada Amran, sehinggakan aku mengambil keputusan paling bodoh dalam hidup aku..

                “  Jadi awak sengaja menjauhi saya sejak awak tahu awak sakit..? ” Aku menyoal lagi mahukan kepastian..

                “ Sara… Saya memang tak berkesempatan nak hubungi awak.. Sebelum saya dapat tahu saya ada leukemia , saya kerap pitam.. Dan masa tu saya keluar masuk hospital buat check up.. sampai laa hari saya terima surat awak.. Tapi masa tu, saya tak salahkan awak, malah saya lega sebab saya tak perlu beritahu awak tentang penyakit ni, dan saya harap awak takkan tahu sampai bila2… Saya tak sangka awak cari saya lagi sampai sekarang… “

                Penjelasan Amran kali ni, semakin menyakitkan walaupun Amran sikit pun tak menyalahkan aku.. Namun kata-kata itu terus menambah beban di bahuku dengan perasaan bersalah yang telah sedia ada.. Amran gagal mengawal emosi, air matanya mula menitis pasti dia juga teringat kembali saat dia menerima surat dari aku itu,  yang aku kira kejam untuk seorang insan yang naif seperti Amran.. Air mataku semakin hebat mengalir, sehingga teresak-esak bagaikan tak mampu berhenti..  Amran mencapai jari jemariku, mungkin mahu menenangkan perasaanku tika ini.. Tangannya yang sejuk dan kurus menampakkan tulang yang timbul buat aku semakin pilu.. Aku rindu dengan tangan itu, tangan yang pernah meyentuh lembut pipiku, memimpin tanganku dan membelai rambutku.. Bagaikan perakam video semua memori lampau segera bermain di benakku.. Kami berdua terus di tenggelami kenangan lepas di iringi esak tangis ku yang semakin sayup….

                               Bersambung..............

No comments:

Post a Comment