Thursday, 1 March 2012

RUNGUTAN WANITA

                Selalu kita mendengar rungutan daripada perempuan mengenai sikap lelaki.. Tapi apa yang mereka rungutkan…?? Lumrah wanita, jiwanya telus, halus, mulus dan fuluss mungkin, jadi apa sahaja yang dirasakan tidak menepati citaranya pantas sahaja di luahkan sama ada dari segi perkataan atau tindakan..  Dan fakta ada menyatakan wanita  bukanlah seorang penyimpan rahsia yang bagus berbanding lelaki.. Ya ! bukan semua wanita, tapi kebanyakkannya memang *TAK MAMPU* untuk menyimpan rahsia ( yer aku sengaja boldkan ** kerana aku juga tergolong daripada itu )..  Di sebabkan kami bukanlah golongan penyimpan mohor2 besar, jadi ketidakpuasan hati itu sering saja di kongsi bersama2 teman, ahli keluarga dan skrg lebih parah di laman2 sosial !! ( Mujur aku bukan tergolong di kategori terakhir itu) ..

Nak tahu apa sikap lelaki yang sering kaum Hawa rungutkan…?? Jom baca entry di bawah.. 


 1 -  Kebanyakkan lelaki mahukan kekasih / isteri nya sentiasa kelihatan cantik dan sentiasa berdandan apabila keluar bersama..
       Tetapi kadang kala dorang sendiri  pon dress up asal boleh jer kadang-kadang tu dalam seminggu keluar dating 2,3 kali repeat baju yang sama.. Sedangkan perempuan sanggup berhabis duit beli baju setiap bulan, supaya bf kiter tak prasan yang baju kter pakai baju yg sama.. Tu belum sentuh penjagaan rambut, muka, kuku badan lg.. Memang lelaki bkn mcm wanita yg sentiasa menitikberatkan soal kecantikan & kebersihan, tp wanita juga mahu lelaki itu bernampilan segak setiap kali keluar bersama.. Barulah serasi bersama kan…


2- Ini adalah benar, 99% lelaki akan bersikap gentleman, romantic, mulut manis ketika bercinta..

Fakta ini selalu kita dengar pada mereka yang dah berkahwin.. “ Dulu masa bercinta, awak selalu belikan saya coklat.. skrg gula2  20sen pon susah nak beli…” * Seeenntapp * Tapi memang betul bila dah berkahwin lelaki akan slowly menjadi dirinya yang sebenar..  Alasan mereka terlalu banyak perkara yang mereka perlu fikirkan selain daripada mengambil hati kita 24/7.. Ya betul, lelaki ada banyak tanggung jawab perlu dipikul selepas berkahwin, tapi tak salah kan sesekali melayan isteri spt zaman bercinta dulu.. itukan boleh mengimbau kenangan manis waktu bercinta…


3-  Lelaki bukan seperti wanita yang sentiasa akan update dia dimana, buat apa, lepak dengan siapa… Dorang juga kdg2 tak peduli gf/ isteri dorang pergi mana @ buat apa.. (kecuali yg ada sindrom hyper jealous )

Maaflah lelaki, korang perlu tahu jiwa wanita memang sentiasa hidup dalam serba “INGIN TAHU”… Kalau tak takdelaa sesetengah wanita  yg hidupnyer nak korek rahsia org jerk.. Dan kalau tak kerana org2 spt ini, pasti majalah2 hiburan yg bercerita ttg gossip artis ni laku.. Nak pula kalau korang ni bf/suami dorang lg laa mereka nak amik tahu.. Kebiasaaanya sewaktu bercinta la, sibuk nak tahu bf kiter tgh buat apa.. lepak dgn sapa.. makan pukul brp, kat mana.. dan bile dorang tak update mulalah golongan kami ni merungut bf aku dah tak sayang aku laa, dia x ambil berat pasal aku laa and bla…bla… Kdg2 tu msg kita update dkt dorang berbelas2 msg, dia balas satu jerk.. Hangin takk…??


 4- Lelaki sanggup menghabiskan masanya berjam2 malah seharian bersama teman2nya daripada anda…

Bohong jika dorang beritahu kamu yang dia rela meninggalkan futsal demi dating bersama kamu.. Ya mungkin 6 bulan pertama bercinta itu boleh diterima akal.. Kemudian inilah yang akan kamu  selalu rungutkan, apabila bf / suami dorang sanggup batalkan menonton wyg bersama korang semata2 mahu menonton bola kelab kesayangan bersama2 kwn.. Malah ada yg sanggup heret korang skali menonton sdgkan dorang tahu korang hanya akan duduk dan ushar lelaki2 lain yg ganteng kat situ..


5- Lelaki  suka melihat perempuan cantik yang lalu depan dorang..
              
Ini memang tak dapat di sangkal, walaupun dorang tahu harapan untuk berdamping wanita        cantik + seksi sangat tipis tapi dorang tetap suka ushar walaupun sbelah mata.. Tak boleh buat apa itu mmg naluri dorangkan, tp kalau boleh cubalah cover line skit apabila korang berhadapan dgn kekasih /isteri korang.. Ini tidak, kdg2 tu dari pintu masuk kedai sampai laa perempuan tu duduk kat kerusi, mata tak bekerdip pandang.. Mcm manalah kitaorg ni tak sentapppp !


6- Lelaki sanggup berhabis duit untuk modified kereta ataupun membeli peralatan mahal utk hobi dorang tapi untuk gf/isteri, tunggu time birthday @ anniversary jerlaa itupon bajet2..

 Fakta ni untuk kepada lelaki yg extreme terhadap hobi dorang.. Ingat lelaki ni ada mcm2 jenis,   ada tu yg fanatic pada kereta, video games, bola, pancing, golf, camera.. So apa saja yg berkaitan dgn minat dorang pasti akan sanggup berhabisan.. Kita yang perempuan ni, mampu beliakkan mata jerla setiap kali dorang beritahu angka duit yg dorang habiskan untuk beli smua tuhh.. Dalam hati ada pulak duit, ajak kawen asik ckp takde duit jerkk..


7- Sikap lelaki yg takut pada komitmen, tanggungjawab dan tak bersedia untuk berkahwin..

Pada masa skrg memang ramai lelaki yg takut pd komitmen.. Dgn keadaan ekonomi skrg di          tambah pula wanita2 yg makin lama makin high maintenance itu tak dpt di nafikan.. TETAPI..... Untuk makluman kaum Adam, zaman skrg bknlah mcm zaman nenek moyang kita dulu, bila kawen semua beban dlm rumah tangga dipikul oleh suami.. zaman skrg kebanyakkan wanita bekerja, dan kami pun ni bukanlah golongan yg kejam slepas berkahwin duit gaji pasti sedikit sebanyak blh membantu.. Sudah ramai wanita bekerjaya membuktikan rumah tanggan mereka bahagia so para lelaki tak perlulah fikir status SUAMI itu ibarat memikul beban.. Kesian kat gf    korang yg bertahun2 menunggu tuhhh…

8- Sikap lelaki yang malas @ berlagak diva kat rumah…

Fakta ni selalunya di rungutkan oleh para isteri2, yg mempunyai suami  berat tulang.. Sesetengah lelaki, dilahirkan memang tak reti buat kerja rumah.. Mungkin anak manja masa bujang dulu so apabila berkahwin bila isteri mintak tolong skit mulalah dia buat sibuk baca   suratkhabar la,( wlupun suratkhabar smlm) tgk berita la, kdg2 tu boleh buat tak dengar jerk.. Manalah isteri2 ni tak meroyan bila semua kerja rumah dia nak buat.. Dah la isteri kerja meringankan beban suami, tp bila kat rumah suami skitpon tak ringankan beban isteri.. haishhh !! Jadi para suami korang jgn nak salahkan isteri kenapa bila tgh mlm dorang tak koser nak layan ko , sbb dorang dah sentttaaapp !!!

9-  Lelaki yang workaholic 24/7 pikirkan pasal kerja…

Pikirkan psl kerja pon wanita boleh komplen kann?? Yaaa ialahh, kalau 24jam korang bekerja sampai takde masa untuk kami mstlaa kami akan merungut..!  Lumrah wanita kan sukakan perhatian jd kalau korang sibuk mcm mana pon pastikan korang ada masa untuk si dia.. Telefon @ msg tak mengambil masa 5 mnit pon, just to say u miss her..Tapi lebih bagus kalau korang dpt luangkan masa hujung minggu.. Itu lebih baik drpd kami berprasangka yg bukan2 ttg korang.. Betul takk??                              

10- Lelaki suka berahsia…

Kaum Adam memang bijak menyimpan rahsia kalau tidak takkanlah kita dengar lelaki berlaku curang di blkg gf / isteri dorang.. Malah dah ramai yang berjaya berpoligami tanpa pengetahuan si isteri tua.. Okey itu salah satunya, tapi ada banyak rahsia2 lain yg kdg2 kita tak mampu nak korek.. Dan itu lah yg selalu kita rungutkan wlupon dalam hati jerk,  ‘ Manalahh pergi duit laki aku ni.. tiap2 bulan asik ckp takde duit jerk ‘ ataupun  bila di tanya apa masalah dorang hanya akan jwb  ‘takde apa..’ padahal kerut seribu kat muka tu tak boleh sorok dah…



11- Lelaki yangsuka mengkritik…

 Siapa yang suka di kritik…??? Nak pula perkara yang di kritik itu terlalu sensetif, spt    ‘Baju yg awak pakai nampak kampong lahh..’ ataupun  ‘Eeehh kenapa muka awak makin banyak jerawat..’  Damn !! itu mmg boleh buat kaum wanita sentaapp sambil tarik2 rambut… Dan inilah yg sering kami rungutkan apabila berdepan dgn sikap lelaki begini.. ‘ Aku stress la laki aku ni asik ckp aku dah gemuk la, muka berminyak lah, masak tak sedaplah… bla..bla..’ So  lelaki, harap maklum kalau korang rasa korang tu perfect sangat takpe tapi kalau beli cermin, cermin pon retak derrr  tak payah nak kritik tak tentu pasal okey…  
                 
                Ini adalah sebahagian sikap lelaki yang selalu wanita rungutkan.. Kalau nak di huraikan mungkin terlalu banyak kan, sampai muntah pulak nanti nak baca.. Segala fakta kat atas tu berdasarkan survey so kalau korang rasa korang bukan PRIA bersikap di atas.. Syabas !! Dan bg Wanita yg tak bersetuju dgn apa yg aku tulis, mungkin korang antara Wanita yang bertuah…

No comments:

Post a Comment