Wednesday, 14 March 2012

Episod 18 : Gelisah

                     Keesokkan petang aku datang lagi ke padang bola, aku tak mahu berputus asa.. Kali ini biarlah aku merayu dan melutut di hadapan Amran asalkan dia mahu menerima aku kembali.. Setelah setengah jam berlalu, dan semua teman-teman Amran yang lain juga sudah mula bermain di atas padang namun bayang Amran masih tak kelihatan.. Apakah Amran  telah nampak aku berada disini kemudian pergi, masih mahu menghindarkan diri dari aku.. Aku benar-benar tidak faham kenapa hati Amran sekeras itu..  Aku pantas menyeluk poket dari bag galas yang tersandang dibahu lalu mengambil telefon bimbit.. Aku mendail nombor Farid, mengharap dia tahu di mana Amran berada… Deringan telefon tidak berjawab walaupun dah berkali aku dail.. Mati kutu aku dibuatnya, dimana aku harus cari Amran…

                 Malam itu aku tidak senang duduk, telefon bimbit aku tidak lekang dari tangan.. Farid masih tidak menjawab panggilan mahupun sms dari petang tadi, ini membuatkan hati aku makin gusar.. Apakah telah berlaku sesuatu yang buruk pada Amran.. Jika tidak masakan Farid juga membisu seperti ini.. Atau Farid juga telah di marahi Amran kerana memberitahu aku tentang penyakitnya itu..  Aghh kenapa Amran perlu memarahi Farid , aku juga berhak untuk tahu.. Dalam kerisauan aku memikirkan tentang Amran akhirnya aku terlelap juga dengan telefon masih di tangan.. 

          
                Esoknya aku bangun lebih awal dari biasa, selepas menunaikan solat subuh aku sempat berdoa buat Amran semoga penyakitnya semakin sembuh.. Hanya itu yang mampu aku lakukan saat ini memandangkan Amran masih mahu menjauhi aku.. Selepas bersarapan aku masih cuba mendail nombor Farid, dan selepas beberapa deringan akhirnya panggilan ku di sambut juga.. Aku menarik nafas lega setelah mendengar suara Farid di hujung corong..

“ Farid… sorry kacau u pagi2 ni.. U kat mana? “

“ Its ok Sara.. I kat rumah.. Sorry malam tadi I pergi tengok bola and fon tertinggal kat rumah.. I tengok banyak miscalled from u..”                     Farid menjelaskan dengan panjang lebar walaupun belum aku minta..

“ Farid.. Amran tak dtg padang semalam.. Kelmarin I ada tegur dia kat padang, tapi dia still marah kat i.. U tau tak dia kat mana skrg..? Dia OK ker..? “     Giliran aku pula bercerita panjang lebar..

“ I tak tau pulak.. Takpe nanti I tanyer kan mama dia ok.. U jangan risau.. mungkin dia tak bersedia nak jumpa u lagi sekarang.. “     Farid cuba menenangkan hati aku…

“ Plss Farid tolong pujuk Amran.. I nak sangat luangkan masa dgn dia.. “  Aku tahu Farid boleh membantu aku.. Dia saja harapan aku sekarang… 

“  Okey Sara nanti I bagitau kalau ada apa-apa news pasal Amran..”  Farid mengakhiri perbualan pagi itu..

              Dan pagi itu hati aku betul-betul tidak sedap, apa yang aku buat bagaikan tidak kena.. Aku cuba membantu ibu di dapur tetapi tak sampai 15 minit aku di halau ke ruang tamu kerana kata ibu aku hanya mengelamun.. Akhirnya aku hanya terbaring di atas sofa menonton tv yang entah siaran apa di mainkan aku sendiri tak amik peduli, fikiran ku jauh melayang memikirkan Amran lagi.. Kemana saja hanya lelaki itu aku fikirkan… 

              Teringat akan kata-kata Amran petang semalam, bahawa cinta kami adalah cinta monyet..  Tak dinafikan dalam usia yang muda seperti aku ini, layak sahaja cinta kami di gelar Cinta Monyet.. Tetapi jika benar kenapa aku seteruk ini, hidup aku di bayangi kenangan aku dan Amran walaupun telah berpisah lebih setahun.. Apakah mungkin ini di katakan cinta aku terhadap Amran adalah Cinta pandang pertama..?? Dan orang kata cinta pandang pertama sukar untuk di lupakan.. Apakah benar..??  Hanya orang yang pernah melalui seperti aku sahaja bisa menafsirkan…

            Lamunan ku terhenti apabila mendengar satu pesanan ringkas telah masuk di telefon bimbit.. Aku  mencapai telefon di atas meja  tepi sofa, lantas menekan punat untuk membaca pesanan yang baru diterima..

“ Sara… Amran kat hospital dia pengsan malam tadi..
Kalau u nak jumpa dia I amik u petang nanti..”

             Serta merta jantungku ibarat berkecai selepas membaca sms dari Farid, telefon di tangan juga hampir terlepas dari tanganku.. Aku bingkas bangun lalu mendail nombor Farid, aku mahu tahu dengan lebih jelas berita yang baru aku terima itu.. Beberapa kali mencuba Farid masih tak menjawab, mungkin dia sedang  memandu atau mungkin dia telah berada di hospital.. Ahh pelbagai kemungkinan menerjah di kepala ku sekarang.. Aku pantas membalas pesanan Farid , mahu dia menjemputku secepat mungkin.. Aku semakin gelisah tak sanggup menunggu hari petang, tapi aku tahu buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa supaya tidak ada sesuatu yang lebih buruk berlaku pada Amran.. 

                                Bersambung....

2 comments:

  1. Dup dap Dup dap jantung nih Yana! keep it up Mancher!!

    ReplyDelete
  2. hehehe sabar ! make sure standby tisu for nx episod..

    ReplyDelete