Thursday, 1 March 2012

Episod 13 : Suka Bertukar Duka

             Hari Sabtu akhirnya tiba… Aku berdandan ringkas,  tidak mahu kelihatan berlebih-lebih, kerna aku tahu itu diri aku yang Amran suka..  Kami berjanji untuk bertemu di Sicret Recipe di salah sebuah shopping complex tempat kami bercinta dahulu.. Aku tahu Amran sengaja mahu bertemu di situ, restoran itu agak privacy dan tenang untuk berbicara atau mungkin juga dia mahu mengamit kembali saat-saat indah yang  pernah kami lalui..  

              Sangkaan aku benar Amran tiba lebih awal seperti dahulu, dia memang tidak suka biarkan aku tertunggu.. Hatiku berbunga riang melihat kelibatnya , tak dapat aku gambarkan perasaan aku tika melangkah kearah lelaki yang telah membuat tidur malam ku tidak lena selama ini, terasa seperti ingin memeluk lelaki itu dan tak mahu lepas supaya dia tidak bisa lagi melarikan diri dari aku..

            Langkahku terhenti di hadapan kerusi dimana Amran sedang duduk.. Amran terkejut, lalu berdiri dan tersenyum.. Ooohh senyuman nya seakan baru sahaja membunuhku.. Aku terkesima, tidak mampu untuk mengucapkan sepatah kata.. Tetapi Amran dihadapan ku harini, berlainan sedikit dia semakin kurus wajahnya juga sedikit cengkung..

“ Sara… Awak nak terus berdiri dan tengok saya jer ke…?? “         Amran mematikan monolog ku..

“ eeehh taklah mestilah nak duduk.. kaki saya dah lenguh berjalan dari bus stop tadi..”      Aku tersipu lalu tanganku menarik kerusi dan melabuhkan punggung di sebelah Amran..

“ Amran.. saya tengok awak ni macam tak sihat jer.. makin kurus kenapa..? “ Aku tak sabar lagi mahu mengetahui perkhabaran Amran..  Susuk tubuhnya seperti tidak masuk akal untuk seorang yang aktif bersukan seperti dia..

“ Saya tak lalu makan, sebab tulah kurus.. semua sebab awaklahh !! “    Amran menjawab sambil tergelak kecil di hujung ayatnya..
Ohh apakah benar keadaan dia seperti ini di sebabkan aku..? Kalau begitu pasti dia lagi sengsara dari apa yang aku lalui selama ini.. Tiba-tiba aku diselubungi rasa bersalah.. Jika benar kenapa Amran tak pernah cuba untuk menjejaki aku..?

“ Yerlaa tu sebab saya.. Awak kan popular kat university tu, takkan takde seorang perempuan pon blh bagi awk lalu makan..”     Aku cuba membalas gurauan Amran, sambil mahu memancing status Amran sekarang…

“ Kalau ada takkanlah saya datang nak jumper awak harini.. Saya  harap mulai arini saya akan berselera untuk makan…”     Amran masih bergurau dan sikap itu masih seperti dahulu.. Sikap yang sentiasa buat aku ketawa dan tak pernah jemu untuk melayan…

            Janji temu pertama itu selepas hampir setahun tak bertemu ,  penuh dengan pelbagai emosi..  Aku tak mahu melepaskan peluang untuk meluahkan perasaan yang aku tanggung selama beberapa bulan ini.. Selepas bercerita perkembangan masing-masing, aku cuba mengambil langkah berani memulakan topik lain…

“ Amran.. awak tahu tak, saya dah lama tunggu saat-saat ini.. saat kita bercerita, bergurau, merajuk macam dulu… Selepas saya tinggalkan awak, saya betul2 tersiksa.. Saya terlalu rindu kan awak, Amran..”       Aku menuturkan ayat itu sayu, wajahku tunduk tak sanggup mahu menatap mata Amran.. Dan aku jantungku berdebar menunggu respon dia..

“ Sara.. kalau awak terseksa, saya lebih terseksa.. sehingga hari ini, saya masih tak tahu atas alasan apa awak tinggalkan saya.. ”  Lega aku mendengar ayat itu keluar dari mulut Amran, itu menunjukkan aku masih punyai harapan untuk bersama kembali..                      

“ Tapi Sara.. kita dah tak boleh macam dulu… Awak perlu teruskan hidup walau apapun dugaannya.. “  Amran meyambung lagi, kali ini buat aku keliru dengan ucapannya.. Apakah maksud yang cuba Amran sampaikan.. Bukankah  kami sama-sama tersiksa, jadi kenapa perlu di biarkan terus begini…

Tapi Amran, hidup saya huru hara tanpa awak.. Tolonglah kenapa kita nak lalui hidup yang susah kalau kita ada pilihan untuk hidup bahagia Amran..”  Aku mula merayu, air mata mula bergenang..

“ Sara.. kita takde pilihan untuk tentukan bahagia atau tidak, itu semua kuasa Allah.. Kalau kita bersama balik pun, belum menjanjikan bahagia jika tidak kerna izin Nya”     Saat Amran mengucapkan itu aku tak mampu lagi menahan air mata aku dari gugur.. Aku tak faham kenapa Amran perlu berkias-kias seperti itu.. Jika dia sudah mempunyai teman mengapa tidak perlu jujur…  Ahhh Dia semakin meyiksa aku…. Hati aku teramat sakit sekarang... 


                      Bersambung....


No comments:

Post a Comment