Alhamdulillah sudah 12hari berpuasa, tapi baru sekali aku
berbuka di rumah sendiri dan 10 hari lagi aku berbuka di rumah abah ( sehari lg buka kat luar ) .. Masa awal puasa aku planning nak balik
berbuka hujung minggu jer, tapi bila masuk jer hari isnin abah dah call tanya
aku balik ke tak.. Memang tak sampai hati nak cakap kat abah aku tak balik..
Yerlaa kalau aku tak balik, dah tentu2 abah akan berbuka sorang-sorang, sebab
adik aku yang bongsu tu dah kerja pulak.. Sudahnya hari-hari aku berbuka kat
Sungai Buloh !! Senang & jimat..
Berbuka di Sg Buloh bukan abah jer seronok sebab dapat
berbuka dengan anak-anak tapi aku dan shah pon seronok sebab dapat makan
masakan air tangan abah yang sedap.. Dan
kalau aku balik berbuka kat sana, aku akan panggil abang aku yang duduk sekangkang kera dari rumah abah itu berbuka
sekali.. So jadi ramai dan meriah !!
Bertuah tak aku dapat abah yang pandai masak, dan rajin.. hehehe
Percaya atau tidak aku sebenarnya bukanlahh rapat dengan
abah sejak aku kecil lagi pun aku tak reti nak bermanja dengan abah.. Mungkin
nilaa nasibnya adik beradik ramai, nak bermanja lebih-lebih pun tak sempat..
hehehe lagipon masa aku kecik arwah mak dan abah sibuk cari duit membesarkan
kami 7 beradik, jadi masa kecik aku
lebih banyak bermanja dengan kakak aku yang seorang tuu.. ;) Tapi semenjak
arwah mak meninggal , aku dapat rasakan aku dah semakin berani nak
mengada-ngada dengan abah.. kalau dulu aku teringin nak makan apa-apa aku cakap
kat arwah mak tapi sekarang aku akan cakap kat abah dan sepantas kilat abah
akan siapkan.. :) Macam semlalam aku teringin nak makan karipap balik jer abah dah buat 45 biji kooo !! hambekk makan sampai muntah.. :) Tapi mujurlakan, abah pandai masak, kalau tidak menangislaa aku kat
tepi dapurrrr…
*karipap air tangan abah *
Benarlaa orang kata kan seorang ayah tidak pandai nak
tunjukkan kasih sayang dia.. Seorang ayah akan berikan kasih sayang dengan
caranya yang tersendiri hinggakan anak-anak tidak sedar itulah kasih sayang
yang abadi.. Dan sekarang aku dapat rasakan kasih sayang abah dan hubungan kami
semakin rapat, bila abah telefon tanya
balik makan kat rumah ke tak.. dan sekarang abah jugak dah pandai mengadu
macam-macam benda kat aku, sebelum ni abah hanya akan mengadu dekat arwah mak
tapi sekarang , hanya anak-anak tempat dia mengadu.. Abah jugak akan masak
masakan yang aku suka, ( dan yang menantu dia suka : ini yang terbaru yer ) …
*Abah bersama cucu sulung *
Thank you for reading this entry !



i miss my arwah bapak... :( , tapi ketentuan ilahi tu i redha. Syukur lah Emak masih ada... harapan i Allah panjang kan umur untuk setiap insan yg kita sayangi. Amin.
ReplyDeleteJuLIe : kita sama laa manjer.. i rindu arwah mak.. :( tp nak buat macam mana kan, semua dah ketentuan Ilahi.. hanya doa jer boleh kita hadiahkan buat arwah.. Al fatihah
ReplyDelete