Friday, 24 February 2012

Mencari Cinta : episod 5

                Kurang dari 4 bulan lagi aku bakal menduduki peperiksaan SPM, terlalu banyak persiapan perlu aku buat untuk menghadapi peperiksaan besar itu.. Ayah dan mammy juga turut risau sehinggkan setiap hari mereka memantau pelajaran serta aktiviti aku di luar sekolah.. Dan yang paling membebanan aku ialah, suatu malam apabila ayah memberitahu bahawa dia akan  meyimpan telefon bimbit aku sehingga selesai exam nanti.. Alasannya dia mahu  aku lebih focus pada pelajaran dan kurang berinteraksi dengan kawan2 di telefon..  Ayah bukan lah seorang yang mudah bertolak ansur.. Jadi tindakannya itu aku tahu, memang sukar untuk aku bantah.. Apa yang merungsingkan aku ialah, bagaimana Amran mahu memhubungi aku nanti..  Baru terlintas untuk memhubungi Amran menggunakan telefon rumah, Ayah lebih pantas mengambil tindakan untuk mengunci telefon..  Ahh ini pasti gara-gara fara selalu bergayut di telefon.. dan sekarang aku turut menjadi mangsa..

                Keesokkan pagi nya di sekolah , sebelum loceng berbunyi aku menuju ke public phone yang terletak di sebelah pejabat.. Aku mahu menghubungi Amran, aku pasti Amran pasti sedang bersiap untuk ke kuliah juga waktu ini..  Selepas mendail nombor Amran beberapa kali, masih tidak berjawab..  Aku memutuskan mahu menghubungi nya selepas waktu sekolah nanti pula.. Walau apa pon aku mesti memberitahu Amran, jika tidak petang nanti pasti dia gusar sekirannya tidak dapat menghubungiku..  Aku tak mahu Amran risau apatah lagi kami sudah berjanji akan sentiasa berhubung..

                Selepas tamat waktu sekolah, niat aku untuk menghubungi Amran terbantut apabila cikgu rohana yang mengajar subjek Matematik Tambahan melanjutkan masa untuk kelas tambahan pula.. Aku berbisik pada Lynn yang duduk di sebelah,..   “ Issskk Cikgu ni main sambung2 lak kelas.. Dia ingat otak kite ni tak beku ke asik belajar jer.. “      “Tula !! Atleast kasi la break.. Perut aku dah berbunyi ni..”   ujar Lynn sambil mengosok-gosok perut..   “ Lynn , pinjam fon ko kejap.. aku nak sms Amran lah..” pintaku dengan muka seposen mohon Lynn faham situasi aku..     “ Sekarang..?? Nanti cikgu nampak macam mana?? Tak pasal  phone aku pula yang kene rampas.. “    Lynn menjegilkan matanya yang sepet tu..        “ Alaa aku sorok bawah meja la.. lagipon cikgu tgh salin soalan tu, mana dia nak nampak..”  Rayu aku lagi.. Akhirnya Lynn menyerah dia tahu , aku akan terus merengek sekirannya dia tidak mahu member i handphone nya untuk aku menghubungi Amran.. Lynn mengeluarkan handphone jenama nokia 3310 dari bawah meja.. Laju aku mencapai dan terus menaip sms kepada Amran..

                Malam itu aku gelisah menunggu panggilan dari Amran.. Aku harap Amran sudah membaca sms yang aku kirim pada dia tengahri tadi..  Sehingga petang tadi Lynn memberitahu aku bahawa Amran masih belum membalas.. Jam semakin hampir menunjukka jam 8 malam, aku tahu sebentar lagi ayah akan keluar dari bilik untuk menonton berita.. Harapan aku untuk menerima panggilan dari Amran semakin tipis, dan apabila aku lihat kelibat ayah keluar dari bilik aku tahu aku perlu berhenti berharap untuk malam ini..  Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam bilik, tiba-tiba aku terdengar telefon berdering..  Kringggggg…!! Kringgggg…!!

                Bersambung……

No comments:

Post a Comment