Wednesday, 22 February 2012

Mencari Cinta : episod 3

                Sudah empat bulan berlalu, hubungan aku dan Amran , berjalan dengan baik.. Aku dapat rasakan Amran jujur dan ikhlas..  Sikap dia yang bersahaja sentiasa buat aku senang mahu bercerita apa saja , malah dia sentiasa buat aku ketawa  dan tahu bagaimana hendak memujuk kala aku merajuk.. Walaupon perbezaan umur kami hanya setahun , namun Amran jelas matang dari usianya yang sebenar..  Itu jelas aku dapat lihat dari cara dia megambil berat tentang aku malah dia kerap bertanyakan tentang pelajaran aku di sekolah.. Tak dinafikan dia memang seorang yang bijak, kalau tidak masakan keputusan SPM nya begitu cemerlang.. Kadang-kadang aku sendiri rasa malu..

                 Namun, langit tak selalu nya cerah, begitulah juga dalam perhubungan..  Setelah menunggu beberapa bulan permohonan melanjutkan pelajaran , akhirnya Amran mendapat tawaran belajar di salah sebuah IPTA di utara…  Sewaktu Amran memberitahu berita itu , aku bagaikan tidak berperasaan gembira atau sedih tak mampu aku zahirkan..   “ Sara, saya ada benda nak  bagitahu awak ni..”     Amran memulakan bicara, di satu pertemuan   di sebuah restoran makanan segera..   “ Bagitahu apa..?? hehehe bagitahu yang awak sayang saya..?”     Aku cuba berseloroh, walaupon aku tahu Amran sudah acapkali mengucapkan perasaan sayang itu padaku..    “ Memanglaa saya sayangkan awak.. sayang sangat…”  Amran membalas perlahan sambil matanya tak berkedip merenung aku.. Dan kali ni aku tahu Amran serius.. Aku diam menunggu Amran menyampaikan butir seterusnya..  “Saya dapat sambung belajar .. Bulan depan saya dah kene mendaftar ..”   Amran meyambung, sambil matanya masih memandang aku..   “Oooh ye ker?? Baguslah !! Nanti awak dah belajar kat sana, awak janganlah lupa saya pulakk…“   Hanya itu yang mampu aku ucapkan saat itu, cuba mengukir senyuman tanda aku tumpang gembira walaupon hakikatnya aku tahu senyuman aku itu tawar…

                Malam itu, fikiran aku tak berhenti memikirkan tentang Amran, berita yang aku terima itu benar2  meganggu jiwa...  Ahhh tak sanggup aku bayangkan saat Amran berjauhan dari aku nanti.. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan apa yang merungsingkan aku ialah Amran akan berubah hati..  Walaupon bersungguh-sungguh Amran cuba meyakinkan aku yang dia akan tetap setia pada aku.. Namun hati aku masih lagi goyang.. Walau apa pon , aku tahu Amran tetap tiada pilihan lain selain meneruskan impiannya untuk meyambung pelajaran.. Dan aku juga tiada pilihan lain, selain menerima dan cuba untuk mempertahankan hubungan kami yang masih mentah..

                Hari Sabtu itu adalah pertemuan terakhir  kami, sebelum Amran berangkat ke Utara pada ke eskokkan harinya .. Aku cuba berdandan lebih cantik dari biasa, aku mahu Amran ingat pertemuan hari itu sebagai pertemuan yang sangat istimewa.. Dan semalam pulang dari sekolah aku sempat membeli mug yang tertulis nama aku ‘SARA’ sebagai  kenangan untuk Amran ingat aku sewaktu di sana..  Amran seperti biasa, tetap nampak kacak di mata aku.. Berkemeja dan seluar jean lusuh buat dia nampak kemas sentiasa..  Hari itu kami cuba menghabiskan masa dengan kenangan2 yang manis, kalau boleh tidak mahu bazirkan walau sesaat.. Menonton wayang, main bowling dan bertukar cerita sepanjang hari sehinggalah di akhir pertemuan itu kami bertukar janji.. Janji seorang kekasih kepada kekasih… Namun  jauh di sudut hati , aku sendiri tak pasti apakah janji itu bisa mengutuhkan hubungan kami akan datang… ? Aku hanya mampu berserah mengikut arus…


                                                                                                                                                               Bersambung...........

No comments:

Post a Comment