Tuesday, 21 February 2012

Mencari Cinta : episod 2

        Selesai urusan wajib di toilet, aku & Lynn menuju semula ke Starbucks.. Dan kali ni dari jauh aku kelihatan Farid tak keseorangan..  Pantas aku meyiku lengan Lynn, “ Lynn… mamat yang duduk sebelah Farid tu ke, cousin dia..?” “ Aaah laa ! Wow nampak macam handsome jerk… Cepat Sara ! aku laks excited ni.. “ Lynn melajukan langkah, meninggalkan dua langkah aku di belakang . Aku cube control ayu sebaik mungkin, pastikan langkahku di susun rapi.. Degupan jantungku semakin laju.. Pelik belum pernah aku rasa seperti ini..

         “ Haaa sampai pon makcik dua orang ni.. lamanyer  korang pergi toilet..??” Farid memulakan perbualan “ Sorrylaa u, Sara ni lama sangat touch up.. yerlaa ada blind date laa katekan..” Lynn memberi alasan secara tak langsung cube mengenakan aku di depan mamat yang tersengih-sengih memandang aku..       “ Farid u macam tak tau je gf u ni kan.. Dia yg make up tebal seinci, I pulak dia kenakan..”  Aku mengenakan Lynn pula, dan tangan terus menarik kerusi melabuhkan punggung yang dari tadi masih belum sempat untuk duduk..  Suka aku dapat mengenakan Lynn, dan Farid hanya ketawa sambil menarik kerusi untuk Lynn..

        “  Sara, ni cousin i.. Amran !” Farid memperkenalkan mamat yang duduk berhadapan aku.. “ Hai..!“   Sapa Amran sambil menghulurkan tangan dan pantas tangan kananku mahu meyambut  tapi belum sempat tangan kami bertemu, Amran pantas menarik tangan kanannya kembali seolah2 mahu membetulkan rambutnya yang di sisir rapi tu..

         Aku jadi benggang ! Dan Amran terus ketawa melihat airmuka ku berubah.. Farid juga turut tertawa melihat aku di gula-gula kan oleh sepupu nya itu.. “hehehhe sorry.. kali ni betul2…” Amran menghulurkan tangan kanannya sekali lagi..  Tapi kali ni aku dah takde mood untuk meyambut tangan Amran.. “ Its ok..” Aku membalas dengan senyuman tidak ikhlas.. Dan jantung aku masih berdegup laju, walaupon baru saja di perbodohkan oleh jejaka hitam manis bernama Amran ni..

       “ Adik manis, saya bukan sengaja nak main-mainkan awak.. tapi itu sebagai balasan sebab awak terlanggar saya kat depan ZARA td..” Amran menjelaskan sambil mulut masih tak berhenti tersengih.. ‘okey sekarang aku baru perasaan mamat nil ah yang aku langgar tadi.. patut laa dada aku rasa berdebar..eehh ada kene mengena ker..?’  dan sekarang tiba giliran aku untuk tersengih cubaan untuk cover malu.. 

         Blind date antara aku & Amran berjalan lancar.. Selepas makan tenghari berempat, Farid & Lynn meninggalkan kami berdua.. Dan kali ni aku dapat rasakan aku suka menghabiskan masa dengan Amran, sikap dia yang gentleman dan sopan buat aku rasa selesa,  sehinggakan tanpa di sedari jam menunjukkan jam 6 petang..
                
        Walau rasa sayang nak tamatkan date pertama kami, janji  pada mammy harus aku kotakan.. Aku perlu pulang sebelum jam 7..  Kalau tidak, tentu mammy tak izinkan aku keluar lagi minggu depan.. So pertemuan petang itu di akhiri dengan bertukar-tukar no telefon.. Mujurlah sekarang aku dah ada handphone sendiri, boleh kami lanjutkan sesi perkenalan menerusi telefon je nanti..  Dan sepanjang di dalam train hatiku berbunga riang, meyanyi lagu cinta..
                                                                                                                                                                Bersambung…..

No comments:

Post a Comment