Friday, 24 February 2012

Episod 6 * Tak Keruan

              Semenjak malam itu, ayah semakin ketat mengawal gerak geri aku.. Ayah telah mengetahui anaknya sedang bermain cinta.. Amran memberitahu bahawa ayah menasihati supaya dia tidak meganggu aku sehingga tamat SPM.. Walau bagaimapun kami masih berhubung  semakin sukar, Amran menasihati supaya bersabar. Namun aku seakan-akan tidak  dapat menerima situasi setiap hari tanpa mendengar suara Amran.. Dia juga semakin sibuk dengan tugasan di universiti, pelbagai aktiviti perlu dia ceburi selain menghadiri kuliah.. Aku tahu Amran seorang yang aktif, dia masuk pelbagai kelab dan persatuan.. Oleh kerana itu juga lah aku semakin risau dengan hubungan kami.. Aku bimbang Arman akan mula berpaling pada wanita lain.. Pasti ramai pelajar2 perempuan yang cantik dan bijak di Universiti tu,  dan tidak mungkin seorang pun Arman tidak tertarik...  Persoalan itu selalu aku keutarakan pada Amran, dan setiap kali itulah Amran cuba meyakinkan aku bahawa dia terlalu sibuk untuk mengenali wanita lain.. Ahh seakan tidak masuk akal jawapannya itu, tapi aku hanya menelannya selagi mampu…

             Oleh kerana perbatasan aku yang semakin tersekat, aku dan Amran semakin jarang berhubung.. Kadangkala hampir dua minggu barulah aku dapat menghubungi Amran itupun menggunakan telefon awam, perbualan kami juga semakin singkat.. Aku dapat rasakan hati aku juga semakin tawar , mungkin kerana sikap Amran yang kadangkala seperti acuh tak acuh terhadap aku.. Terbit juga rasa syak wasangka buruk terhadap Amran..  Sudah lima bulan tidak bertemu, berhubung melalui telefon juga  semakin jarang, tidak mustahil hubungan kami akan pudar lama kelamaan.. Masakan aku mahu berterusan begini sepanjang  empat tahun Amran di sana.. Belum pun tamat satu semester aku sudah begini inikan pula empat tahun..  Aku benar-benar tidak sanggup..


                SPM semakin hampir , aku membuat keputusan untuk tidak menghubungi Amran..  Jadualku semakin ketat, selepas tamat waktu sekolah  aku perlu hadiri kelas tambahan.. Hujung minggu pula ayah hantar aku ke tuisyen, pergi dan balik aku di temani ayah ataupun mammy.. Sehinggakan aku tiada masa untuk berlibur bersama kawan2.. Serius aku berasa tertekan, tapi aku tahu sekiranya aku memberontak pasti ayah akan menghukum aku dengan lebih teruk lagi..   Selain alasan itu, aku mahu menunjuk perasaan pada Amran, aku mahu lihat sejauh mana Amran akan berusaha menghubungi aku..  Aku mahu menduga perasaan sayang dia pada aku sekarang.. Apakah masih menebal atau semakin hilang di telan masa….

                Dua minggu berlalu, hidup aku benar-benar tak keruan sekarang, siang malam aku memikirkan Amran.. Perhatian aku terhadap pelajaran juga sedikit terganggu.. Aku sering mengelamun di dalam kelas, di rumah juga aku banyak habiskan masa didalam bilik di temani lagu-lagu jiwang.. Aku tahu aku tak boleh berterusan begini, sedangkan Amran sikitpun tidak pernah peduli.. Lagipon Amran dah berjaya menjejakkan kaki dimenara gading, manakala nasib aku masih belum tentu lagi.. Aku tak mahu perasaan aku ni membinasakan impian aku pula.. Yaa aku perlu lakukan sesuatu, kali ni aku nekad...

                           Bersambung....

No comments:

Post a Comment