Al Fatihah…. Aku tak tahu, aku lambat nak hapdet @ masih ada
yang tak tahu berita kematian seorang pelakon muda yang meninggal dunia pada 30 september di Federal
Hihgway.. Tetapi melihatkkan traffic blog aku semalam memang ramai yang singgah
di entry aku Belajo Cakak Ganu , mungkin kerana pencarian nama pelakon baru
yang tidak sempat mencipta nama niii…
Namanya memang korang tak kenal, apatah lagi kalau yang tak
pernah tengok drama lakonannya… , Sebab baru satu drama arwah berlakon iaitu
pada bulan puasa yang lepas berjudul “ MASIHKAH ADA RAMADHAN ”… Kalau ada yang tak pernah tengok drama ni boleh baca entry
aku yang lepas , arwah merupakan pelakon utama yang memegang watak Zali di samping pelakon2 terkenal lain seperti Eman
Manan, Zamarul Hisham.
Nama sebenar arwah
ialah Muhammad Amirul Mazlan, berumur 19
tahun, penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
(Aswara) berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman Terengganu. Arwah maut dalam
kemalangan di Federal Highway dekat Universiti Malaya. Motosikal ditunggang arwah dipercayai hilang
kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 10
meter.
Apa yang terlintas di kepala otak aku bila dapat tahu berita
mengenai arwah, automatic kepala aku terus flashback watak arwah dalam drama
tu.. Dalam drama tu dia meninggal kerana menghidap barah otak, dan paling sedih
bila dia meninggal ketika nak menjelang raya dan mak bapak dia tak tahu dia ada
penyakit tu.. Seriuss aku menangis masa tengok drama tu… Walaupon dia pelakon
baru, tetapi watak yang di bawa kan oleh arwah Berjaya membuat hati penonton
terusik.. Dan kali ini , dia benar-benar ‘pergi’ bukan sekadar di dalam lakonan
sahaja…
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman….
Al fatihah dan takziah buat ahli keluarga arwah ~
Kalau nak baca lagi hapdet lain pasal arwah boleh tengok kat SINI !!
No comments:
Post a Comment