Hari ni aku nak buat review pasal filem 'Zaiton Ceritaku' yang aku tengok semalam dan akan di tayangkan pada 1 Nov nanti.. Sebelum tu thank you pada kawan aku yang jemput
aku tengok filem ni.. Kalau tidak , tak dapat laa aku bergambar dengan Fazura
semalam.. #eeh ??? =D Kebetulan pulak
aku memang tengah lunch kat Ikea semalam so bila alang-alang dah dekat, join
jerlaa kan.. Screening pukul 3pm , so
sempat laa aku window shopping kat Ikea dulu sementara menunggu kawan aku tu
sampai..
Bila dah pukul 3pm , aku naik je kat wayang tu nampak ramai
media tengah sibuk amik gambar pelakon-pelakon yang baru sampai.. Dan tetibaa
aku ternampak kelibat pelakon cantek Miss Fazura tengah borak2 dengan sapa
ntah.. dalam hati memang nak amik gambar skali , tapi macam segan laa pulerr…
huhuh nasib member aku tu panggilkan fazura , so borak2 skit tanya khabar terus
cakap kat gf TMJ ni nak amik gambarr !! hahahah suker aku, dapat tumpang
sekaki, walaupon tak ready masa tu.. ;p
* with Fazura *
OK dah , back to filem review !
Filem Zaiton Ceritaku ni aku tahu memang dah lama shooting ,
dan ada banyak isu jugaklaa sebab setahu aku pengarah asal untuk filem ni ialah
Fauziah Nawawi, tapi akhirnya bertukar
kepada Esma Daniel.. Dan mesti ramai yang nak tahu siapa yang memegang watak
kak Diva Zaiton Sameon kan?? Kalau aku
tulis kat sini kompom ramai tak kenal, sebab aku pon tak kenal !! huhuhu nama
dia ialah Nadia Aqilah , minah ni pelakon teater dan pernah berlakon drama tari
Tirana aku tak pasti untuk watak apa.. So far lakonan dia semalam okey laa
untuk new comer kan , dan ada scene yang aku rasa dia berjaya menghayati watak Zaiton..
Bagi aku jalan cerita filem ni best, yerla sebab dia
menceritakan kisah sebenar penyanyi Zaiton Sameon. Ramai tahu dia pernah koma selepas
accident pada 21/2/1990, dan lebih sedih bila anaknya pulak meninggal dalam accident tu. Selepas tu , hidup dia ibarat
terbuang sebab adik beradik dia tak nak jaga dia.. Cuma aku rasa cara peyampaian cerita dalam
filem ni masih ada banyak kelonggaran, sebab ada scene yang tak betul-betul
menyentuh jiwa walaupon sepatutnya scene tu adalah scene sedih.. Mungkin kalau
kene pada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman , boleh meleh airmata tengok
citer ni..
Adalah jugak part yang buat aku rasa sedih cuma belum tahap nak nangis, 1st part mak dia meninggal, 2nd , part dia menyanyi semata -mata nak dapat makan durian… Masa tu aku rasa sedih + kesian dengan nasib hidup Zaiton Sameon ni..
Zaiton & Pelakon Utama
Walau apapon filem ni memang banyak message untuk kita..
Menurut penerbit , semua jalan cerita dalam filem tu adalah betul yang telah di
ceritkan oleh Zaiton, kenalan, keluarga angkat dan adik dia sendiri. Tapi banyak part terpaksa di potong demi
menjaga aib beberapa pihak.. Hurmm kalau aku jadi kakak Zaiton ni kompom aku
benggang , sebab dalam filem ni menunjukkan kakak dia jahat..
Dan semalam waktu sidang media, apa yang buat aku masih
tergelak sampai hari ini ialah jawapan-jawapan yang keluar dari mulut Zaiton
Sameon.. Ada seorang reporter ni tanya perkembangan terkini Zaiton Sameon,
korang tahu dia boleh jawap apa…??
“ Saya masih dapat banyak job menyanyi… Jangan risau…. Mak
masih laris Nyahhh !! “ bila dia mention
ayat last tu, satu hall tu gelak !! The best part dia confiedenttt tuu… memang
sempoi laa kak Eton ni… =D
*Arash Mohd *
* Bergambar bersama Kak Ton & anak angkat dia *
Dan 2,3x dia tersasul nak jawab dalam bahasa Inggeris bila
di soal oleh reporter, pastu dia sendiri cakap “ Eehh nak cakap omputih laa pulak..
" Siap bagitahu satu Asian kenal I tau… masa tu dalam hati aku cakap, mungkin kak Ton ni masih hidup didunianya
sendiri.. Tapi kalau korang nak tahu Zaiton Sameon ni antara artis yang boleh
berbahasa Inggeris zaman 80an dulu..
*barisan pelakon *
Apa-apapon tahniah pada penerbit sebab berusaha untuk terbitkan filem dengan niat untuk membantu Zaiton Sameon.. Bukan senang nak buat filem autobiografi Zaiton ni sebab ada banyak kisah terutama yang melibatkan keluarga, tidak dapat di filemkan.. (Mungkin realitinya lebih teruk lagi layanan keluarga Zaiton Sameon ni kann ? Sebab dalam filem ni tak berapa teruk sangat… )
Pesanan penaja : Tidak selalunya orang yang berada di atas akan terus kekal berada di atas, Allah boleh menarik nikmat yang kita ada bila-bila masa sahaja..
No comments:
Post a Comment