Sunday, 7 October 2012

Full Time HouseWife !


Yeaaay !! Hari ni aku mahu istiharkan aku kembali bergelar suri rumah sepenuh masa & full time business woman !! #ecehh..  dah genap seminggu pegang jawatan niii ! Masalah kat office yang membuak2 buat aku decide untuk resign , tak nak sakitkan otak dengan masalah yang boleh menambah dosa2 kering… *yerlaa dari keje dengan tak ikhlas baik aku berhenti, keje tu kan satu ibadah kalau tak ikhlas dan merungut2 24jam tak baik jugak kaann…


Baru seminggu bergelar suri rumah aku dah cuba buat2 sibuk diri sampai takde kesempatan nak hapdet blog,  yang sikiitt lagi nak bersawang.. ( macam ada orang kisaah kan? ) Tapi lepas ni insyallah aku akan cuba semakkan blog aku dengan hapdet yang ntah apa-apa, al- maklumlaah masa terluang banyaak sangat kan… Mohon korang x menyampah sudahh !

Actually memang sayang nak berenti, sebab keje kat situ memang relax takde pressure sangat dengan boss yang sporting, takde punch card, officemate pon tak ramai , sangat tak memeningkan kepala.. Tapi biasalah mula2 semuanya indah belaka, dah lama-lama masing menunjukkan belang.. Urghh malas aku nak cite , buat tambah dosa kering jerkaann .. Biarkan laah si luncai dengan labu-labunya…

So right now I’m back & FREE !! selepas ni, rutin aku hanya tertumpu pada kerja-kerja rumah dan business on9… Sesapa yang nak beli kasut jangan luper jengah blog aku ehh.. #eeh :D Sebenarnya memang seronok giler keje sendiri, sebab aku tak terikat dengan sesiapa..  Iskk aku rasa semua orang pon nak keje sendiri kot, ada ke orang tak suke ???  Takde boss , punch card, editor, ‘assistan editor’ ( nampaak tak aku bold di situu ! ada maknaa okeh =D )… huh !! 

Nak plak keje macam aku, nak pikir artikel untuk setiap issue, nak kejar deadline, nak interview orang , nak shooting artis sana sini situ.. Walaupon hakikatnyaaaa aku suker keje yang mcm tu, tapi kalau orang sekeliling  buat aku rasa tak seronok,  keje tu tetap takkan jadi seronok.. Jadi sebelum perasaan meluat bertukar menjadi benci baik aku angkat kaki blah !! Alhamdulillah , nasib baik aku ada business sendiri, walaupun kecik2 jer kaan boleh nak buat back up apa –apa yang patut.. Kalau tak mungkin aku kene jugaklaa cari keje lain..

Tapi siapa kata jadi surirumah merangkap business woman itu senang ??? Hurmm siapa yang pernah mengalas ‘jawatan’ ni mesti dah tahu kaan susahnya macam mana.. Aku dah merasa lepas kawen aritu so dengan pengalaman yang ada, insyallah aku lulus untuk jawatan ni !!

Tunggu jerlaa hapdet2 aku akan datang, apa job scope aku untuk jawatan baru nihhh !! Wish me luck yerrrr !!

2 comments:

  1. Selamat menjadi surirumah sepenuh masa dear ;)
    Kadang2 kerja klu tak seronok pun, tak best jugak kan...

    ReplyDelete
  2. Mooniqueen : heheh tq darl ! jadi surirumah pon satu kerja jugakk kan?? :D

    ReplyDelete