Monday, 8 October 2012

Lawak Ke Der @ Lawak Le Der !!


Baca tajuk pon dah tau citer ni dah basi.. tapi tetap nak citer jugaak !! ( Masa banyak sangat laa katakann.. =D )  Actually show Lawak Ke Der 2 ( LKD2) ni aku bodek Shah untuk belanja  aku gi tengok.. Jenuh gak laa nak pujuk dia, sebab dia bukan suka sangat tengok teater.. Pernah dulu aku dapat banyak kali tiket free , pastu ajaklaa  dia,  haramm dia nak ikut.. sudahnya burn sajork tiket tu ..


Nak bodek ni pon aku gunakan alasan sempena birthday aku 3/10 yang lepas, so nak tak nak dia kene jugak laa layan kerenah aku.. hehehe Sebenarnya,  apa yang buat aku nak tengok sangat LKD2 ni kat Istana Budaya sebab dah tengok LKD 1 kat astro aritu, memang best giler kan, so saje laa nak feel tengok live pulaak..


Seminggu awal , Shah dah beli tiket on9 , show pukul 3pm 30/9 … Siap booked seat depan2 lagi ,  takut nanti tak puas pulak duduk kat atas2..walaupon tiket bawah tu mahal sikit , tapi tak kisah laa janji kepuasan menonton tu berbaloi ! ecehh orang lain bayar bolehlaa cuba kalau aku keluar duit sendiri, memang tidaklaa nak beli tiket mahal2.. =D

Tepat jer jam 3pm , pembukaan show di mulakan dengan Nabil dengan tarian gangnam style.. Masa tu jer aku dah terhibur, tak sabar nak tunggu Jozan keluar.. Persembahan Nabil kali ni aku rasa lagi best dari LKD 1, sebab dia ada banyak idea spontan… Lepas tu persembahan selang seli oleh Boboi, Jozan , dan yang paling superb show dari  Harith Iskander..

*tarian gangnam style - Nabil *

Bila part  Jozan & Harith memang aku rasa satu panggung tu tak berhenti gelak.. Gelak yang tahap nak cramp mulut okeyy bukan gelak malu2 punyer.. Aku pon masa tu, takde dah nak control-control gelak, nasib laa panggung gelap kalau tak masing2 muka hodoh gelak tak hengat… Siap ada yang hentak-hentak kaki , tepuk-tepuk peha lagi .. #over ko nyah !   

Seriuss aku tak sabar nak tunggu keluar kat astro pulaak ! Tak puas okehh layan lawak2 dorang tu, espc part Johan betulkan tudung ala2 mak jemah giteww ! Sumpaah muka dia macam nak mintak penampar.. Harith Iskander pulak memang aku salute stand up comedy dia semuanya menjadi .. Dan yang bestnya masa show hari ahad tu, Nabil cakap, show tu akan di rakam untuk siaran astro nanti.. So tak tahu laa kot2 muka aku ada terselit nanti kat tv.. hehhe harap-harap takdelaa, sebab aku pon time tu tak reti2 nak cover bila gelak… =D
Nah sape yang tak pergi tengok LKD2 aritu layan laa kat youtube ni kejap, sementara nak tunggu keluar kat astro kaan .. amik feel sikit dengan citer aku ni.. #eeh 

* Cinta 3 Segi Asnida , Nazim & Nazman - LKD 2 JOZAN *


No comments:

Post a Comment