Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Thursday, 11 October 2012

Demam Adam & Hawa !


Dimana-mana semua orang asik bercerita pasal drama bersiri yang tengah ‘berhantu’ kat Astro Mustika HD,  ‘Adam & Hawa’.. Disebabkan aku tak amik pakej HD tu so aku tak dapat laa nak tengok Aaron Aziz berlakon dalam drama tu.. =(  Mula-mula tu frust laa jugak sebab tak dapat nak follow drama tu, tapi lama2 macam leh terima kenyataan.. hehehe macam apa jerkaan??? :p


Tapi disebabkan aku sekarang dah jadi housewife tak bergaji, terpaksalah aku mencari drama2 bersiri yang aku nak hadap bila boring duduk kat rumah kaan.. Kalau dulu , aku suka layan citer Korea kat cd..  Sampai lebam-lebam mata dok melayan citer Korea dari pagi sampailaa pagi balik esoknyaa ..  Kadang-kadang tu sanggup nih tukar2 dengan cd dengan member , yerlaa kalau tak satu keje lak aku nak beli cd.. Cd Korea dah laa mahal kann !!

But now , since dah register kat  tonton.com, aku layan drama2 bersiri kat tonton jerlaah .. So mana-mana episode drama kat tv3 yang aku missed aku just tengok kat tonton jer ! Bagus jugak, atleast ada benda aku nak hadap !

Dan ada yang lagi best !! Last week member aku si Ila yang putih gebu tu , ada laah bagi link untuk tengok drama Adam & Hawa secara on9…  huhuhu masa dia bagi link tu, aku tak save ponn sebab aku pikir ntah bila masa laa aku nak layan citer yang bersiri macam tu, & yang penting kononnya aku tak nak terjebak laa dengan drama tu (yang mana aku tahu Ila dah leleh airmata dok feeling layan drama tu hari-hari ) .. Confirm once dah tersangkut nanti sure aku mengadap sampai tak hengatt dunia..

 Tapi petang semalam , punyalaa bosan tak tahu nak buat apa dah… Aku pun mintak laa balik link nak tengok drama A&H secara on9 tu.. heheh ngadakan time orang bagi tak nak save, bajet tak layan jiwang lahh ! Tapi bila dah dapat link tu …. Hamek ko,  tak sampai 10 minit aku dah tersengih sorang-sorang melayang jiwang… Lentokk laa plak cite nihh ! Patut laa semua orang pon sangkut, kakak aku, anak buah aku yang umur 10 tahun ponn tengok citer ni tersengih-sengih.. huh ! Dasyat koo penangan Aaron …  


Buat masa ni aku baru khatam 3 episod , itupon cuba control kalau ikutkan nak layan sampai malam.. Tapi masa aku layan pon dah petang sangat , takut nanti kene rasuk setan plaak maghrib-maghrib pon layan cite jiwang.. hehehe tunggu aku ada masa nanti akan ku sambung episode seterusnyaaa… Malam-malam kalau Shah ada tak best nak layan sebab dia suka kacau2 aku, nanti ada je dia nak tanye tulaa, suruh buat tu la ni laa.. Potong betull ! So memang waktu siang je yang aman untuk aku layan jiwang nihh.. =D
ok now nak sambung layaan ~ bye !

Untuk korang yang nak layan drama ni sesame dengan aku boleh tengok kat link  ni ! 

Wednesday, 10 October 2012

Zaiton Ceritaku - Mak Masih Laris Nyaah !



Hari ni aku nak buat review pasal filem  'Zaiton Ceritaku' yang aku tengok semalam dan akan di tayangkan pada 1 Nov nanti..  Sebelum tu thank you pada kawan aku yang jemput aku tengok filem ni.. Kalau tidak , tak dapat laa aku bergambar dengan Fazura semalam.. #eeh ??? =D  Kebetulan pulak aku memang tengah lunch kat Ikea semalam so bila alang-alang dah dekat, join jerlaa kan..  Screening pukul 3pm , so sempat laa aku window shopping kat Ikea dulu sementara menunggu kawan aku tu sampai..

Bila dah pukul 3pm , aku naik je kat wayang tu nampak ramai media tengah sibuk amik gambar pelakon-pelakon yang baru sampai.. Dan tetibaa aku ternampak kelibat pelakon cantek Miss Fazura tengah borak2 dengan sapa ntah.. dalam hati memang nak amik gambar skali , tapi macam segan laa pulerr… huhuh nasib member aku tu panggilkan fazura , so borak2 skit tanya khabar terus cakap kat gf TMJ ni nak amik gambarr !! hahahah suker aku, dapat tumpang sekaki, walaupon tak ready masa tu.. ;p

* with Fazura * 

OK dah , back to filem review !  

Filem Zaiton Ceritaku ni aku tahu memang dah lama shooting , dan ada banyak isu jugaklaa sebab setahu aku pengarah asal untuk filem ni ialah Fauziah Nawawi,  tapi akhirnya bertukar kepada Esma Daniel.. Dan mesti ramai yang nak tahu siapa yang memegang watak kak Diva  Zaiton Sameon kan?? Kalau aku tulis kat sini kompom ramai tak kenal, sebab aku pon tak kenal !! huhuhu nama dia ialah Nadia Aqilah , minah ni pelakon teater dan pernah berlakon drama tari Tirana aku tak pasti untuk watak apa.. So far lakonan dia semalam okey laa untuk new comer kan , dan ada scene yang aku rasa dia berjaya menghayati watak Zaiton..

Bagi aku jalan cerita filem ni best, yerla sebab dia menceritakan kisah sebenar penyanyi Zaiton Sameon. Ramai tahu dia pernah koma selepas accident pada 21/2/1990, dan lebih sedih bila anaknya pulak meninggal dalam accident tu. Selepas tu , hidup dia ibarat terbuang sebab adik beradik dia tak nak jaga dia..  Cuma aku rasa cara peyampaian cerita dalam filem ni masih ada banyak kelonggaran, sebab ada scene yang tak betul-betul menyentuh jiwa walaupon sepatutnya scene tu adalah scene sedih.. Mungkin kalau kene pada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman , boleh meleh airmata tengok citer ni..

Adalah jugak part yang buat aku rasa sedih cuma belum tahap nak nangis, 1st part mak dia meninggal, 2nd , part dia menyanyi semata -mata nak dapat makan durian… Masa tu aku rasa sedih + kesian dengan nasib hidup Zaiton Sameon ni..


Zaiton & Pelakon Utama 

Walau apapon filem ni memang banyak message untuk kita.. Menurut penerbit , semua jalan cerita dalam filem tu adalah betul yang telah di ceritkan oleh Zaiton, kenalan, keluarga angkat dan adik dia sendiri.  Tapi banyak part terpaksa di potong demi menjaga aib beberapa pihak.. Hurmm kalau aku jadi kakak Zaiton ni kompom aku benggang , sebab dalam filem ni menunjukkan kakak dia jahat..

Dan semalam waktu sidang media, apa yang buat aku masih tergelak sampai hari ini ialah jawapan-jawapan yang keluar dari mulut Zaiton Sameon.. Ada seorang reporter ni tanya perkembangan terkini Zaiton Sameon, korang tahu dia boleh jawap apa…??
“ Saya masih dapat banyak job menyanyi… Jangan risau…. Mak masih laris Nyahhh !! “  bila dia mention ayat last tu, satu hall tu gelak !! The best part dia confiedenttt tuu… memang sempoi laa kak Eton ni… =D

 *Arash Mohd *

* Bergambar bersama Kak Ton & anak angkat dia *

Dan 2,3x dia tersasul nak jawab dalam bahasa Inggeris bila di soal oleh reporter, pastu dia sendiri  cakap “ Eehh nak cakap omputih laa pulak.. " Siap bagitahu satu Asian kenal I tau… masa tu dalam hati aku cakap,  mungkin kak Ton ni masih hidup didunianya sendiri.. Tapi kalau korang nak tahu Zaiton Sameon ni antara artis yang boleh berbahasa Inggeris zaman 80an dulu..

*barisan pelakon * 

Apa-apapon tahniah pada penerbit sebab berusaha untuk terbitkan filem dengan niat untuk membantu Zaiton Sameon.. Bukan senang nak buat filem autobiografi Zaiton ni sebab ada banyak kisah terutama yang melibatkan keluarga,  tidak dapat di filemkan.. (Mungkin realitinya lebih teruk lagi layanan keluarga Zaiton Sameon ni kann ? Sebab dalam filem ni tak berapa teruk sangat… )  


Pesanan penaja : Tidak selalunya orang yang berada di atas akan terus kekal berada di atas, Allah boleh menarik nikmat yang kita ada bila-bila masa sahaja.. 


Monday, 8 October 2012

Lawak Ke Der @ Lawak Le Der !!


Baca tajuk pon dah tau citer ni dah basi.. tapi tetap nak citer jugaak !! ( Masa banyak sangat laa katakann.. =D )  Actually show Lawak Ke Der 2 ( LKD2) ni aku bodek Shah untuk belanja  aku gi tengok.. Jenuh gak laa nak pujuk dia, sebab dia bukan suka sangat tengok teater.. Pernah dulu aku dapat banyak kali tiket free , pastu ajaklaa  dia,  haramm dia nak ikut.. sudahnya burn sajork tiket tu ..


Nak bodek ni pon aku gunakan alasan sempena birthday aku 3/10 yang lepas, so nak tak nak dia kene jugak laa layan kerenah aku.. hehehe Sebenarnya,  apa yang buat aku nak tengok sangat LKD2 ni kat Istana Budaya sebab dah tengok LKD 1 kat astro aritu, memang best giler kan, so saje laa nak feel tengok live pulaak..


Seminggu awal , Shah dah beli tiket on9 , show pukul 3pm 30/9 … Siap booked seat depan2 lagi ,  takut nanti tak puas pulak duduk kat atas2..walaupon tiket bawah tu mahal sikit , tapi tak kisah laa janji kepuasan menonton tu berbaloi ! ecehh orang lain bayar bolehlaa cuba kalau aku keluar duit sendiri, memang tidaklaa nak beli tiket mahal2.. =D

Tepat jer jam 3pm , pembukaan show di mulakan dengan Nabil dengan tarian gangnam style.. Masa tu jer aku dah terhibur, tak sabar nak tunggu Jozan keluar.. Persembahan Nabil kali ni aku rasa lagi best dari LKD 1, sebab dia ada banyak idea spontan… Lepas tu persembahan selang seli oleh Boboi, Jozan , dan yang paling superb show dari  Harith Iskander..

*tarian gangnam style - Nabil *

Bila part  Jozan & Harith memang aku rasa satu panggung tu tak berhenti gelak.. Gelak yang tahap nak cramp mulut okeyy bukan gelak malu2 punyer.. Aku pon masa tu, takde dah nak control-control gelak, nasib laa panggung gelap kalau tak masing2 muka hodoh gelak tak hengat… Siap ada yang hentak-hentak kaki , tepuk-tepuk peha lagi .. #over ko nyah !   

Seriuss aku tak sabar nak tunggu keluar kat astro pulaak ! Tak puas okehh layan lawak2 dorang tu, espc part Johan betulkan tudung ala2 mak jemah giteww ! Sumpaah muka dia macam nak mintak penampar.. Harith Iskander pulak memang aku salute stand up comedy dia semuanya menjadi .. Dan yang bestnya masa show hari ahad tu, Nabil cakap, show tu akan di rakam untuk siaran astro nanti.. So tak tahu laa kot2 muka aku ada terselit nanti kat tv.. hehhe harap-harap takdelaa, sebab aku pon time tu tak reti2 nak cover bila gelak… =D
Nah sape yang tak pergi tengok LKD2 aritu layan laa kat youtube ni kejap, sementara nak tunggu keluar kat astro kaan .. amik feel sikit dengan citer aku ni.. #eeh 

* Cinta 3 Segi Asnida , Nazim & Nazman - LKD 2 JOZAN *


Monday, 1 October 2012

RAMADHAN TERAKHIR BUAT 'ZALI' - AL FATIHAH


Al Fatihah…. Aku tak tahu, aku lambat nak hapdet @ masih ada yang tak tahu berita kematian seorang pelakon muda yang  meninggal dunia pada 30 september di Federal Hihgway.. Tetapi melihatkkan traffic blog aku semalam memang ramai yang singgah di entry aku Belajo Cakak Ganu ,  mungkin kerana pencarian nama pelakon baru yang tidak sempat mencipta nama niii…

Namanya memang korang tak kenal, apatah lagi kalau yang tak pernah tengok drama lakonannya… , Sebab baru satu drama arwah berlakon iaitu pada bulan puasa yang lepas berjudul “ MASIHKAH ADA RAMADHAN ”… Kalau ada yang  tak pernah tengok drama ni boleh baca entry aku yang lepas , arwah merupakan pelakon utama yang memegang watak Zali  di samping pelakon2 terkenal lain seperti Eman Manan, Zamarul Hisham.


Nama sebenar arwah ialah Muhammad Amirul Mazlan, berumur  19 tahun, penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman Terengganu. Arwah maut dalam kemalangan di Federal Highway dekat Universiti Malaya. Motosikal ditunggang arwah dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 10 meter.


Apa yang terlintas di kepala otak aku bila dapat tahu berita mengenai arwah, automatic kepala aku terus flashback watak arwah dalam drama tu.. Dalam drama tu dia meninggal kerana menghidap barah otak, dan paling sedih bila dia meninggal ketika nak menjelang raya dan mak bapak dia tak tahu dia ada penyakit tu.. Seriuss aku menangis masa tengok drama tu… Walaupon dia pelakon baru, tetapi watak yang di bawa kan oleh arwah Berjaya membuat hati penonton terusik.. Dan kali ini , dia benar-benar ‘pergi’ bukan sekadar di dalam lakonan sahaja…

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman…. Al fatihah dan takziah buat ahli keluarga arwah ~ 
Kalau nak baca lagi hapdet lain pasal arwah boleh tengok kat SINI !!

Wednesday, 19 September 2012

SHILA AMZAH NYANYI @ ASIAN WAVE

Siapa minat Shila Amzah??? Ketuk meja satu kali !! hehe jujur aku buat pengakuan kat sini, aku memang minat kat Shila ni masa dia kat OIAM lagi.. bagi aku walaupon dia muda tapi confident level dia memang dasyat.. Suara dia pun unik takde lagi sama macam artis yang dah ada.. Aku pon pernah jumpa dia in person masa shoot cover untuk majalah YESZ dulu, memang dia jenis happening & happy go lucky ! Mungkin sebab masa tu pon dia remaja giteww.. Tak tahu laa kalau sekarang dah feeling woman kaan.. #eeh puji lebih2 ni aku dapat apa.. :D

Sajer jer nak kasi up penyanyi Malaysia ! Asik sibuk dengan Oppa Gangnam Style jerk kaan.. Macam laa korang kenal sangat dengan PSY tuu..  Kalau dulu Siti Nurhaliza jer yang masuk pertandingan menyanyi kat luar Negara kann, lepas dia, dia , lepas dia , dia lagi.. hehehe Tapi sekarang Siti pon dah malas, kasi can kat artis muda-muda laa kan.. 

Okey aku bagitau , pada korang yang tak tahu... Nanti blur2 pulak tengok video Shila nyanyi kat bawah ni..  (untuk sapa yang x follow p'kembangan dunia hiburan ) Kalau korang nak tahu Shila Amzah di hantar menjadi wakil M'sia untuk menyertai pertanding nyanyian Asian Wave di Shanghai China, bermula dari 17- 26 september. Dan yang bestnyaaaaa Shila antara finalist yang akan bertarung pada 20 September.. Kelasss takk??  

Malas laa nak sembang banyak, korang layan video Shila nyanyi masa kat Asian Wave kat bawah.. Juri2 pon masa tu meremang bulu roma masa dia nyanyi.. Dan lagi sekali aku buat pengakuan jujur , 1st time aku dengar pon meremang bulu roma wehhh.. Tak tahu laa sebab sedap sangat ke  @ sebab rasa bangga dia leh nyanyi lagu cina @ meremang sebab aku rasa sejukkk sangat kat office ni..  * confius jaap * =D  Apapon #Layaaan laa weii 






Friday, 22 June 2012

Sudah Cukup Sudah Kisah Benar Bunuh Diri !!

Aku tahu ramai yang tengah angau dengar lagu dari kumpulan Nirwana ‘Sudah Cukup Sudah’ . Kat radio pun sekarang asik main lagu ni.. 1st time aku dengar lagu ni, rasa takde apa yang best tapi bila slalu dengar macam layan laa pulak.. Standard laa lagu tu klu dah 10x satu hari dengar tak sedap pun jadi sedap.. Tapi apa yang korang tak tahu , lagu ni sebenarnya adalah dari kisah benar dari seorang lelaki yang bunuh diri kerana gagal bercinta. Wohoo !! *tetibe meremang bulu roma*

Cerita ni bukan rekaan yer, cerita ni diceritakan sendiri oleh vokalis si Nirwana tu. Kisah tu berlaku pada sahabat baiknya sendiri yang kecewa giler sebab kekasih dia curang dengan lelaki lain. Lepas dia tahu gf dia curang apalagi meroyan laa mamat ni, sampailaa dia bunuh diri beberapa tahun lalu.
“ Sahabat kami ni baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku curang. Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan ‘Sudah cukup sudah…biarlah aku pergi saja’ membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya..”

Tak lama lepas tu dorang dapat berita mamat tu ditemui mati kerna bunuh diri. Dari situlah dorang dapat ilham untuk buat lagu tu dan sebagai tanda penghormatan pada kwn baik dorang tu juga lahh. Ketika dorang merakamkan lagu tu pun dorang sendiri menahan sebak dansampai satu tahap dorang semua menangis apabila kenang peristiwa yang menimpa mamat tu. * sedihhh takk?? * tapi jangan laa ada orang kita yang bunuh diri sebab putus cinta yer !! so jom layaan jap video klip lagu ni untuk amik feel !! eceeeehhh =)


Thursday, 21 June 2012

Catwalk Dewi2 80an !



Aritu aku update artis-artis kite yang pernah menyertai dewi remaja sebelum bergelar artis. tapi kali ni aku nak share dengan korang video plak. Masa ni zaman 80an, so ternyata memang banyak laa perbezaan dengan zaman kiter sekarang. Mesti korang akan gelak terguling-guling tengok bekas2 dewi remaja tahun 80an ni yang sekarang dah jadi mak2 !! 
Part yang aku tak boleh blah skali ialah cara catwalk dan pose dorang.. Ntah sapelahh yang ajar dorang masa tu kan.. Dan pengacara masa tu Salleh yaccob, dia adalah antara pengacara paling hot kot zaman tuhh ! tak heranlah sekrang dia dah beristeri empat.. Citer banyak pon tak gune hope korang enjoyyy !! =) 

Tuesday, 19 June 2012

Lagu tema Dejavuu di Kinabalu !

Aku yakin mesti ramai dah start follow drama Dejavu Di Kinabalu tiap2 petang kann.. Dan mesti ada yang tangkap syok dengan lagu tema dia.. sambil aku hapdet ni pon masih dok nyanyi pelan2 sebab lirik tak tahu lagi... Lagu tema drama Dejavu Di Kinabalu bertajuk Butterfly nyanyian Melly Goeslow dan Andhika Pratama. Aku saje nak share lagu tu dengan korang sebab aku dah start angau !! hehehe tangkap leleh petang2 tengok muka Aqasha dalam cerita tu.. Apapon kiter layan dulu video ost drama Dejavu di Kinabalu di bawah !



Dari Dewi Bergelar Artis !

1. Aleeza Kassim - juara Dewi Remaja pada tahun 87/88.


Jangan terkejut tengok gambar Aleeza Kassim zaman muda2 ni. Lain giler wehh... Aleeza sekarang aktif modelling jerk dan mempunyai agensi modelling sendiri bernama Vouge @Works.

2. Jasmin Hamid - dewi remaja untuk tahun 90/91.  Nampaknya jasmin masih lagi bergetah dan tak banyak berbah seperti zaman2 remaja dulu.. Mungkin sekarang ni rambut jer laa kot semakin style, selain hidung dan dagu pun semakin mancung..





3. Kuza - Dewi remaja untuk tahun 90/91. Nama sebenar Tengku sariza Tengku Muzani peserta seangkatan Jasmin Hamid dan Umi Aida.



4. Umie Aida -Dewi remaja untuk tahun 90/91. Umie Aida menggunakan nama Ermi Zura masa join dewi remaja tak pastila sebab apa.





5. Rozita Che Wan - Dewi remaja 93/94.  Ni sorang lagi artis yang buat aku terkejut. Tanpa mekap tebal dan bulu mata palsu berlapis -lapis ternyata muka che ta kiter biasa sahaja.
*kelas tak pose angkat ketiak nihh ?*

6. Juliana Banos - juara Dewi Remaja pada tahun 1998/1999. Bersama Juliana banos pada tahun itu ialah Wardina Saffiyah.


7. Rita Rudaini - finalist dewi remaja pada tahun 1998/1999. Ni gambar masa rita jadi cover girl, suci takk??? heheh Tawaran pertama selepas menyertai pertandingan itu ialah menjadi model video klip untuk penyanyi Rem. 




8. Annahita - juara Dewi Remaja pada tahun 2003/2004.


Annahita mencipta fenomena apabila menjadi juara pertama yang memiliki ketinggan kurang dari 6 kaki.Lepas berkahwin dengan seorang Dato Annahita dan berhenti dari berlakon dan mengacara..

9. Scha Al yahya - juara dewi remaja 2005 / 2006.


10. Neelofa - juara Dewi Remaja yang terakhir untuk tahun 2010/2011. Neelofa juga merupakan juara yang tak cukup tinggi yer.. Nampak dalam tv macam tinggi jer kan, so jangan salah sangka ! 

* sebenarnya ramai lagi artis yang lahir dari Dewi ni.. tak tersenarai rasanya.. so pada adik2 yang rasa nak cukup cantik dan bijak boleh laa cuba2 nasib masuk dewi remaja akan datang.. mana tau ada rezeki korang kann ..