Baca tajuk pon dah tau citer ni dah basi.. tapi tetap nak citer jugaak !! ( Masa banyak sangat laa katakann.. =D ) Actually show Lawak Ke Der 2 ( LKD2) ni aku bodek Shah untuk belanja aku gi tengok.. Jenuh gak laa nak pujuk dia, sebab dia bukan suka sangat tengok teater.. Pernah dulu aku dapat banyak kali tiket free , pastu ajaklaa dia, haramm dia nak ikut.. sudahnya burn sajork tiket tu ..
Nak bodek ni pon aku gunakan alasan sempena birthday aku
3/10 yang lepas, so nak tak nak dia kene jugak laa layan kerenah aku.. hehehe Sebenarnya,
apa yang buat aku nak tengok sangat LKD2
ni kat Istana Budaya sebab dah tengok LKD 1 kat astro aritu, memang best giler
kan, so saje laa nak feel tengok live pulaak..
Seminggu awal , Shah dah beli tiket on9 , show pukul 3pm 30/9
… Siap booked seat depan2 lagi , takut
nanti tak puas pulak duduk kat atas2..walaupon tiket bawah tu mahal sikit ,
tapi tak kisah laa janji kepuasan menonton tu berbaloi ! ecehh orang lain bayar
bolehlaa cuba kalau aku keluar duit sendiri, memang tidaklaa nak beli tiket
mahal2.. =D
Tepat jer jam 3pm , pembukaan show di mulakan dengan Nabil
dengan tarian gangnam style.. Masa tu jer aku dah terhibur, tak sabar nak
tunggu Jozan keluar.. Persembahan Nabil kali ni aku rasa lagi best dari LKD 1,
sebab dia ada banyak idea spontan… Lepas tu persembahan selang seli oleh Boboi,
Jozan , dan yang paling superb show dari Harith Iskander..
*tarian gangnam style - Nabil *
Bila part Jozan & Harith memang aku rasa satu panggung tu tak berhenti gelak.. Gelak yang tahap nak cramp mulut okeyy bukan gelak malu2 punyer.. Aku pon masa tu, takde dah nak control-control gelak, nasib laa panggung gelap kalau tak masing2 muka hodoh gelak tak hengat… Siap ada yang hentak-hentak kaki , tepuk-tepuk peha lagi .. #over ko nyah !
Seriuss aku tak sabar nak tunggu keluar kat astro pulaak !
Tak puas okehh layan lawak2 dorang tu, espc part Johan betulkan tudung ala2 mak
jemah giteww ! Sumpaah muka dia macam nak mintak penampar.. Harith Iskander
pulak memang aku salute stand up comedy dia semuanya menjadi .. Dan yang
bestnya masa show hari ahad tu, Nabil cakap, show tu akan di rakam untuk siaran
astro nanti.. So tak tahu laa kot2 muka aku ada terselit nanti kat tv.. hehhe
harap-harap takdelaa, sebab aku pon time tu tak reti2 nak cover bila gelak… =D
Nah sape yang tak pergi tengok LKD2 aritu layan laa kat youtube ni kejap, sementara nak tunggu keluar kat astro kaan .. amik feel sikit dengan citer aku ni.. #eeh
Nah sape yang tak pergi tengok LKD2 aritu layan laa kat youtube ni kejap, sementara nak tunggu keluar kat astro kaan .. amik feel sikit dengan citer aku ni.. #eeh
* Cinta 3 Segi Asnida , Nazim & Nazman - LKD 2 JOZAN *




No comments:
Post a Comment