Showing posts with label WhenIBored. Show all posts
Showing posts with label WhenIBored. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

SENYUMLAH AHAII CIK MEK MOLEK


Selamat hari rabu u alls !! hehe arini aku kene buat opening sampai laa closing.. sebab staff aku yang satu-satunya yang ada tu , offday.. So dari duduk melanguk menunggu customer datang , eloklaa rasanya aku merepek apa yang patut kat blog ni.. Walaupon aku takde idea sebenarnya, tapi ikut jerlaa rentak jari jemariku yang tak berapa nak runcing nihh.. hehe

Hurrmmm… tengah dok piker-pikir apa nak type tetibe datang idea.. Ting !! Imagine ada lampu mentol kat atas kepala aku yerrr.. Baru kejap ni , tak sampai lima minit aku tengah piker apa nak type , ada laa sorang minah melayu  lalu kat tepi kiosk aku.. Pucuk dicita ulam mendatang sungguh ! ( sila rujuk kamus kalau tak faham maksudnya yer ) Minah ni keje kat depan kiosk aku ni jerkk, butik Brands Outlet, dah lama aku peratikan perangai dia ni.. Tapi malas nak amik port , sebab tak bawak untung pon kat aku..

Minah ni aku syak dia supervisor @ manager kat butik depan ni, sebab aku pernah Nampak pagi-pagi dia yang bagi briefing kat staff-staff lain.. Yang aku tak berkenan perangai minah ni sebenarnya ialah…. Peel dia yang kekwat tak tentu pasal tuu.. Serius aku tak faham manusia yang macam gini, ko kekwat  dapat apa ntahh.. Lain ler kalau ko kekwat , duit ko makin beranak pinak ker , muka berseri –seri persis  wardina safiyah , boleh la aku terima.. Urghh ! ini awak tu orang biasa jer koott , takat pangkat supervisor tu tak payah nak feeling CEO sangatlaah nyah..


Sebenarnya apa yang buat aku hangin dengan minah ni , sebab dah 2,3 kali aku cuba senyum kat dia.. Tapi boleh takk…!! Dia terus paling  muka dia kat tempat lain , konon-konon tak Nampak laa aku senyum kat dia .. #choii taau ! Mula-mula tu aku bajet memang dia tak perasan laa, tapi dah masuk kali ke-2, ke-3 sah laa ko memang ada masalah dalaman nyah.. Staff aku pon pernah kene camtu, siap dapat jelingan anjelina jolie lagi.. #pedihh

Mula-mula tu aku ingat minah ni sorang jer laa yang kekwat tak tentu pasal, sekali rupanyerr dengan anak-anak ayam (anak2buah) dia ponn dia ajar kekwat kooo.. Motif ?? Masa kiosk Dna baru bukak , ada laa jugak sorang staff dia ni tegur-tegur & senyum –senyum , tapi sekarang ni kalau lalu jelling pon tidak yer.. Rupanya staff aku citer, pernah time anak ayam dia tengah borak dengan staff aku , boleh tak supervisor dia tu panggil masuk dalam, tak kasi borak-borak.. Derrrr…. Padahal staff dia tu tengah break time lagi kot.. sajer nak medengki la tuh !

Okey cukup sampai situ aku kutuk minah melayu tu.. 
Now aku nak citer lak pasal neighbour sebelah kiri aku plak, kedai sebelah ni ialah kedai barang baby. Staff dia semua cina, dari manager sampaila anak ayam dia.. Masa 1st day keje lagi , manager cina ni dah tegur-tegur aku , siap boleh tengok-tengokkan kedai aku lagi , kalau aku nak pergi toilet ke , pergi tapau makan ker..  Macam nilaa semangat kejiranan yang kita nak kan.. hehehe

Dan masa mula-mula kitaorang baru bukak, sales agak teruk dia siap bagi aku semangat lagi untuk buat sales.. huhu dan kadang-kadang kalau time dia sengal dia datang laa kiosk aku , borak-borak buat lawak bodoh versi cina dia .. hehe mampu jugak laa buat aku tergelak.. :D
And the best part masa aku tanyer dia , “ u manager ker kat sini ker ?? “ dia tak bagitau pon dia manager.. Dia just cakap “ Saya kuli sajer maa.. Kene kerja keras buat sales , kalau tak saya pun kene tiaw dengan boss atas “

Masa ni aku pon percaya laa dia bukan manager , sebab aku tengok dia memang rajin giler buat sales & buat keje macam staff biasa.. Sampailaa aku tahu sendiri dari staff dia , yang bagitau dia tu manager..  huhu berbeza kan , dengan citer minah melayu kat atas tu..

Moral of the story , budi bahasa mencerminkan jiwa , bangsa & personaliti kita.. Aku tak faham kengkadang dengan orang melayu kita walaupon hanya segelintir jer.. Pangkat tak seberapa , kekwat nya ngalahkan ko artis no 1 Malaysia.. Patutnya kalau kita ni jadi ketua , tak kesah laa manager ke , supervisor ker, CEO ker, ko laa yang patut lebih ramah dan latih anak-anak ayam ko supaya mesra dengan orang , tak semestinya dengan customer jerk.. Ni tidak , dah laa keje bidang khidmat pelanggan tapi tak mesra macam mana tuhh.. Baek ko keje stor jer nyah, takde sape sakit hati tengok muka ko yang kekwat tu.. 

 *senyum kambing* 

Jadi kengkawan , mari laa kita senyum walaupon gigi ko berlilit besi sekali pon kalau senyum tetap manis... Tengok kambing kat atas ni, kan manisss... heheh sebab tu laa orang selalu kate senyum kambing , orang tak kate senyum anjing ke , senyum kucing ker.. Lagipon bukan susah pun nak senyum , tak perlu kene bayar pon.. Lain laa setiap kali ko senyum tu kurang duit dalam poket ko , lain laa kesahnya.. Yerr tidak?? okeylaa aku nak layan lagu M.Daud Kilau jap , amik mood nak senyum arini sampai ke malam.. #mampu ?? =))

Thursday, 11 October 2012

Demam Adam & Hawa !


Dimana-mana semua orang asik bercerita pasal drama bersiri yang tengah ‘berhantu’ kat Astro Mustika HD,  ‘Adam & Hawa’.. Disebabkan aku tak amik pakej HD tu so aku tak dapat laa nak tengok Aaron Aziz berlakon dalam drama tu.. =(  Mula-mula tu frust laa jugak sebab tak dapat nak follow drama tu, tapi lama2 macam leh terima kenyataan.. hehehe macam apa jerkaan??? :p


Tapi disebabkan aku sekarang dah jadi housewife tak bergaji, terpaksalah aku mencari drama2 bersiri yang aku nak hadap bila boring duduk kat rumah kaan.. Kalau dulu , aku suka layan citer Korea kat cd..  Sampai lebam-lebam mata dok melayan citer Korea dari pagi sampailaa pagi balik esoknyaa ..  Kadang-kadang tu sanggup nih tukar2 dengan cd dengan member , yerlaa kalau tak satu keje lak aku nak beli cd.. Cd Korea dah laa mahal kann !!

But now , since dah register kat  tonton.com, aku layan drama2 bersiri kat tonton jerlaah .. So mana-mana episode drama kat tv3 yang aku missed aku just tengok kat tonton jer ! Bagus jugak, atleast ada benda aku nak hadap !

Dan ada yang lagi best !! Last week member aku si Ila yang putih gebu tu , ada laah bagi link untuk tengok drama Adam & Hawa secara on9…  huhuhu masa dia bagi link tu, aku tak save ponn sebab aku pikir ntah bila masa laa aku nak layan citer yang bersiri macam tu, & yang penting kononnya aku tak nak terjebak laa dengan drama tu (yang mana aku tahu Ila dah leleh airmata dok feeling layan drama tu hari-hari ) .. Confirm once dah tersangkut nanti sure aku mengadap sampai tak hengatt dunia..

 Tapi petang semalam , punyalaa bosan tak tahu nak buat apa dah… Aku pun mintak laa balik link nak tengok drama A&H secara on9 tu.. heheh ngadakan time orang bagi tak nak save, bajet tak layan jiwang lahh ! Tapi bila dah dapat link tu …. Hamek ko,  tak sampai 10 minit aku dah tersengih sorang-sorang melayang jiwang… Lentokk laa plak cite nihh ! Patut laa semua orang pon sangkut, kakak aku, anak buah aku yang umur 10 tahun ponn tengok citer ni tersengih-sengih.. huh ! Dasyat koo penangan Aaron …  


Buat masa ni aku baru khatam 3 episod , itupon cuba control kalau ikutkan nak layan sampai malam.. Tapi masa aku layan pon dah petang sangat , takut nanti kene rasuk setan plaak maghrib-maghrib pon layan cite jiwang.. hehehe tunggu aku ada masa nanti akan ku sambung episode seterusnyaaa… Malam-malam kalau Shah ada tak best nak layan sebab dia suka kacau2 aku, nanti ada je dia nak tanye tulaa, suruh buat tu la ni laa.. Potong betull ! So memang waktu siang je yang aman untuk aku layan jiwang nihh.. =D
ok now nak sambung layaan ~ bye !

Untuk korang yang nak layan drama ni sesame dengan aku boleh tengok kat link  ni ! 

Friday, 15 June 2012

BOHSIA 2 Superrbb !!

Semalam aku sempat menonton filem Jalan Kembali : Bohsia 2 sekuel dari filem Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam.. Walaupun aku tak tengok Bohsia 1 tapi hati nak tengok yang kedua ni meronta2, bila baca statement yang filem tu dah mencecah 3 juta dalam masa kurang seminggu. Dan bila dan tengok dalam hati memang kate "Hebat okey !!"..

Apa yang aku boleh katakan pasal filem ni ialah Terbaik & Sempurna ! Sempurna dari segi jalan cerita, pelakon, message yang di sampaikan dan aksi2 stuntmant,  langsung tak nampak FAKE ! Walaupun ada kalanya aku rasa sakit telinga jugaklaa sebab pelakon2 dalam cite ni semuanya cakap pitching nak tinggi jerkk. tapi disebabkan dialog2 dia best boleh buat aku tergelak2 abaikan saje pitching si Sofi Jikan yang melangit tuu..

Sape kate tak boleh berdakwah sambil berhibur ?? Syamsul Yusof contoh pengarah yang dah berjaya membuktikan dalam filem ni.. Elemen keagamaan, komedi, drama, aksi bergerak seiring dalam filem ni, sampaikan aku tak sempat nak rasa bosan.. nak plak ada si Zizan tu kan, memang pecah panggung laa di buat nyaa.. Lakonan Nabila Huda, Salina Saibi dan Syamsul sendiri memang mantapp..


Bukan aku nak up lebih si Syamsul ni, tapi bila tonton filem buat aku rasa betul2 dalam dunia rempit.. Dengan skrip yang bagus , penggunaan bahasa dalam dunia rempit boleh buat aku tergelak2 mcm nak pengsann ( ok yang tu tipu! ) tapi watak Keting yang di lakonkan oleh Sofi Jikan ( yg berlakon Kl Gengster jugak ) sangat berkesan ! ada chance dapat anugerah tahun depan ni...



So pada korang yang tak tengok lagi , pergilaa cepat2 tengok ! tak rugi korang bayar tiket wayang sebab kepuasan memang terjamin ! ( eceh mcm jual kopi jantan pulak ) lagipon klu kita tak support filem melayu sape lg?? tapi bagi aku kalau citer melayu mcm gampang ! mmg aku takkan support ! (lantakk laa ko kt situ) apakata layan skitt trailer bg yg x tgk tuuu... 



Wednesday, 13 June 2012

Lies I Told My Parents !

Ini ada lah entry jujur !! Aku yakin korang juga pernah kann? Walaupun bohong sunat, pasti tetap ada walaupun sebesar zarah.. Jujurnya aku bukanlah anak yang baik/ skema / naïf masa kecik2 dulu apatah lagi zaman remaja menjadi2 la ‘tanduk’  kat kepala…!! Mujur parents aku cepat pindah ke sg buloh yang masa tu aku anggap ‘ulu’ .. hohoho kalau tak, mungkin aku tak menulis kat sini.. hurmmm mungkin jadi jurujual kat pasaraya, takpun waitress kat starbucks @ nak up skit kerani kat syarikat swasta…

Okey ini antara pengakuan berani aku ! #matilah 

Balik skolah lambat sebab ada kelas tambahan – Padahal pergi cyber café dok layan chatting kt channel IRC, #mamak , #kampung and ntah apa2 lagi channel.. siapa yang hidup zaman ni sure pernah addicted jugak kan?? *takyah nak sengih2*  ( masa tu Friendster, fb, my space tak wujud lagi yer adik2.. tweeter jauh skali )

Bila mak call tanya pukul berapa nak balik ? aku selamba jawab dah otw balik ni - Padahal still kat shopping mall lagi tgh minum2.. Pastu bila sampai lambat bagi alasan terlepas bas @ bas penuh tadi tak sempat nak naik. #zaman skolah bas adalah pengangkutan awam paling setia untuk aku ! ( masa ni aku form 4, handfone pertama aku pki is jenama Alcatel.. fuh ada lg ke ntah brand tu ek?)
       
      Report card tak dapat lagi !! walaupun dah nak hujung tahun tetap jawab benda yang sama tahu2 dah cuti sekolah  - Padahal amik report card sendiri pastu curi2 tiru sain bapak !! #ayooo berani mati punya budak

      Kerja rumah dah siap – Nama pun kerja rumah tapi tak pernah pun aku buat kat rumah.. Semua buat kat sekolah sebab nak tiru member sebelah yang terror math..  Dan aku sangat pantas bab2 menyalin ni yerk ! walaupun lagi 5 minit kelas nak start aku boleh copy 25 soalan selamberr ! #ko mampu??

Ada study group kat rumah kawan ! – maaaanjang study group, nak pulak dekat2 exam, padahal bukan study gossip lebih, sambil buat kuiz kat majalah REMAJA !! siap tong-tong duit dgn member sebab nak beli satu2nya majalah yang femes zaman tu..  *sekarang reporter majalah tu geng2 aku jerk*

Okey takat tu jer yang aku hengat ! (walaupun dalam list banyak sebenarnya) kalau korang cool share laa pengakuan kat coment.. #berani ker??