Ini ada lah entry jujur !! Aku yakin korang juga pernah
kann? Walaupun bohong sunat, pasti tetap ada walaupun sebesar zarah.. Jujurnya
aku bukanlah anak yang baik/ skema / naïf masa kecik2 dulu apatah lagi zaman
remaja menjadi2 la ‘tanduk’ kat kepala…!!
Mujur parents aku cepat pindah ke sg buloh yang masa tu aku anggap ‘ulu’ ..
hohoho kalau tak, mungkin aku tak menulis kat sini.. hurmmm mungkin jadi
jurujual kat pasaraya, takpun waitress kat starbucks @ nak up skit kerani kat
syarikat swasta…
Okey ini antara pengakuan berani aku ! #matilah
Balik skolah lambat sebab ada kelas tambahan –
Padahal pergi cyber café dok layan chatting kt channel IRC, #mamak , #kampung
and ntah apa2 lagi channel.. siapa yang hidup zaman ni sure pernah addicted
jugak kan?? *takyah nak sengih2* ( masa
tu Friendster, fb, my space tak wujud lagi yer adik2.. tweeter jauh skali )
Bila mak call tanya pukul berapa nak balik ? aku
selamba jawab dah otw balik ni - Padahal still kat shopping mall lagi tgh
minum2.. Pastu bila sampai lambat bagi alasan terlepas bas @ bas penuh tadi tak
sempat nak naik. #zaman skolah bas adalah pengangkutan awam paling setia untuk
aku ! ( masa ni aku form 4, handfone pertama aku pki is jenama Alcatel.. fuh ada lg ke ntah brand tu ek?)
Report
card tak dapat lagi !! walaupun dah nak hujung tahun tetap jawab benda yang
sama tahu2 dah cuti sekolah - Padahal
amik report card sendiri pastu curi2 tiru sain bapak !! #ayooo berani mati
punya budak
Kerja rumah dah siap – Nama pun kerja rumah tapi
tak pernah pun aku buat kat rumah.. Semua buat kat sekolah sebab nak tiru
member sebelah yang terror math.. Dan
aku sangat pantas bab2 menyalin ni yerk ! walaupun lagi 5 minit kelas nak start
aku boleh copy 25 soalan selamberr ! #ko mampu??
Ada study group kat rumah kawan ! – maaaanjang study
group, nak pulak dekat2 exam, padahal bukan study gossip lebih, sambil buat
kuiz kat majalah REMAJA !! siap tong-tong duit dgn member sebab nak beli
satu2nya majalah yang femes zaman tu.. *sekarang
reporter majalah tu geng2 aku jerk*
Okey takat tu jer yang aku hengat ! (walaupun
dalam list banyak sebenarnya) kalau korang cool share laa pengakuan kat
coment.. #berani ker??
No comments:
Post a Comment