Pengalaman bercuti ke bandung selama 4 hari banyak perkara yang aku observe selain shopping dan makan angin.. Mungkin ada yang tak pernah pergi @ tak perasaan so entry kali ni aku cuma nak share dari sudut pandangan aku..
Rumah
dorang yang rapat2 – Mungkin 15 tahun dlu kat m'sia masih ada rumah setinggan
macam ni. Tapi untuk aku yang membesar tahun 90an setinggan taraf macam ni agak
unik bagi aku. Dari atas jambatan hanya bumbung rumah je nampak, tak nampak jalan
langsung.. So kalau sesapa yang nak cari
rumah sedara mara kat situ cmfirm sesat dulu !
Tandas awam yang bersih ! – Ini memang buat aku
impress sebab tanda awam yang aku masuk semuanya boleh di katakana bersih.. BUkan
tahap geli ko nak pijak, dan takdelaaa busuk macam bau longkang ! Walaupun
tandas awam tu terletak kat kawasan yang sesak dengan orang contoh seperti
Pasar Baru, tetap masih terjaga kebersihannya.. Sorry to say lahh, kalau kat M’sia
aku rasa tandas kat dalam mall pon kadang bauuu macam duduk kat sebelah loji
najis !!
Kat mana-mana boleh bisnes – taraf kemiskinan
dorang mendorong sesiapa sahaja untuk berniaga.. Kalau keychain, fridge magnet tu toksah cakap
laa memang bersepah orang meniaga ! Dan apa yang merimaskan ialah dorang akan
ikut bontot korang sampai laa korang beli barang yang di jual. Ada tu sanggup
ikut dekat 1km jauhnya semata2 nak pujuk korang beli.. Tapi dorang takdela
marah kalau tak jadi beli, Cuma kene pandai la menolak..
Piring ‘astro’ besar gedabak ! – Kat sana hanya orang yang kaya mampu pasang piring ‘astro’ atau nama sebenar dia parabola.. Piring tu pulak bukan kecik2 macam piring astro kita yer, parabola ni sebesar2 atap rumah rumah setinggan dah ! ehehe tapi yang pasang parabola ni rumah dorang tahap banglo2 yer, setinggan memang tak mampu ! Dan bagi yang tak tahu parabola ni boleh menangkap lebih 60 channel dari beberapa negara.. Kat M’sia parabola di haramkan yer atas sebab2 tertentu..




pic 2nd last tu kt tangkuban perahu kan?sbb akk n ayah aku pun kene camtu..aku dok tngkp ga,ba dorang dari jauh je hihihi
ReplyDeleteceklala : yerpp kat tangkuban !! masa ni aku di kejar oleh org yang jual keychain.. hehehe letih nak elak !
ReplyDelete