*lebaran terakhir bersama mak *
Hurmmmm tahun ni ternyata bulan puasa yang sangat berbeza
sepanjang 27 tahun hidup aku.. Terlalu
banyak perbezaan di rasai hingga buat aku hampir kekok untuk laluinyaa… Kebiasaanya
malam sebelum tidur mak akan berkali-kali ingatkan aku baca niat puasa,
dibuatnya aku seperti anak kecil.. walaupun aku dah niat sebulan, mak tetap
ingatkan aku untuk berniat..
Dan bila waktu sahur, mak hanya akan mengejutkan aku selepas
mak dah siap2 masak.. Dan tugas aku hanya untuk membuat air kopi untuk mak dan
milo panas untuk aku dan adik bongsu.. (senang kan hidup aku?? ) Tapi dah selesai sahur bab basuh pinggan
, kemas meja dan dapur itu memang tugas aku, sebab mak akan bergegas siap untuk
ke masjid pulak… Saat itu, aku tak dapat rasakan betapa indahnya moment itu,
tapi kini bila mak dah takde, itulaa moment yang paling aku rindu sekarang…
Moment bersahur bersama mak…
Kalau orang lain mungkin sahur tak lalu nak makan, tapi
untuk aku dan mak.. sahur memang sangat berselera, sebab mak ada menu special
!! Menu kerabu tomato atau pun kerabu mangga, menu tu kadang2 boleh buat aku bertambah-tambah nasi okeyy..
hehehe dan tahun ni aku cuba untuk buat, tapi rasanyaa memang takkan sama
dengan air tangan mak.. (padahal simple giler nak buat !! ) Mungkin kene tunggu aku jadi mak, baru pass buat menu
tu.. =D
Kalau di ingat pesanan mak ketika di bulan puasa, terlalu banyak
rasanya… Mungkin mak2 korang jugak macam tu.. Macam mak aku, dari kecik lagi
dia dah ajar waktu berbuka makan nasi terus, jangan makan kuih muih takut nanti
lauk tak berusik sebab dah kenyang makan benda lain. Dan mak memang pantang
kalau kami adik beradik beli kuih-muih kat bazaar, membazir katanyaa (dan tak
sedap kate mak !) dan paling best kalau
kiterorang beli jugak, esok tu mesti mak terus buat kuih yang kita orang beli
tu … Bukan sikit pulak tu, siap boleh
makan 2 hari punya berbuka.. hehehe mak korang ada tak macam tu???
So aku dah biasa kalau bulan puasa memang kurengg skit nak
beli belah kat bazaar ramadhan sampai laa sekarang.. kalau pergi pon aku akan
beli air ke, atau benda yang mak takkan masak macam roti jhon ke, murtabak
ker.. hehehe dan kalau aku teringin nak makan kuih, aku request jer kat mak ,
nanti petang sure mak dah siap masak kuih yang aku mintak tu.. Biasanya kuih
seri muka, kuih keria, kuih badak dan macam2 laah ! (citer pasal kuih ni buat
aku teringin laa pulak !! adeh )
Tapi tahun lepas mak memang dah uzur , so mak tak larat nak buat kuih atau masak beria2.. so aku pon takdelaa mengada2 request nak makan kuih apa.. Waktu sahur pun kadang-kadang mak tak larat nak masak, so aku laa yang bangun panaskan lauk dan tolong2 mak buat apa yang patut.. Tapi kadang2 tu, mak gigih jugak bangun dulu dari aku, nak masak.. Itulah pengorbanan seorang ibu kan, dia tetap nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu selagi dia mampu.. Tapi aku sebagai anak ?? Aku masih rasakan belum puas tunaikan tanggungjawab sebagai anak untuk mak.. Masih banyak yang aku nak buat……..walaupun aku tahu itu tak mungkin berlaku.. hanya doa dan terus berdoa untuk mak... Al Fatihah ~
Thank you for reading this entry !! :))

