Showing posts with label Diari Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Diari Ramadhan. Show all posts

Wednesday, 15 August 2012

CUTI TAK APPROVE !!



Tak seronoknyaa nak buat entry ni… Yerlaa saaat aku tgh menaip ni pon di iringi lagu raya yang office mate aku pasang.. Bukan main lagi depa seronok arini last keje..!! Whuaaaa serius aku jeles + sedih , sebab aku sorang jer tak dapat cuti awal !!! Sebaaabbbnyaa aku takde cuti dah, al maklumlaa baru keje kann celah mana nak korek cuti.. So aku sorang je akan keje sampai hari jumaat, agak2 korang sengal tak aku nanti??? Memang sengal laa kan !! Hurmm nak buek camno , redha jerlaa yana, walaupon semlm aku dah emosi tak tentu pasal !!

Yerr ! memang aku raya kat Sungai Buloh jer pon tapi, tapi kalau dapat cuti awal banyak benda kot aku boleh settlekan.. Dah plan baekk punyer,  kalau khamis ni cuti nak delivery semua kuih2 raya yang orang order, itu jer pon dah amik masa ½ hari.. Lepas tu aku plan nak amik baju raya kat Kajang ! Berdebor nii u alls nak fitting baju, yerlaa takut nanti ada yang nak kene alter dah satu hal nak kene tunggu.. Hari jumaat pulak aku nak kene pergi Perodua , service kereta, tukar tayar then lari kat kedai lain nak tinted cermin depan pulaak.. Adeeh !!  Sebab tahun ni balik jauh kaan so kereta kene laa tip top !!

Tapi di sebabkan tak dapat cuti awal, agak2 bila masa aku nak buat semua tuuu??? Sabtu??? Memang tidaklaaah sebab aku comfirm dah hegeh-hegeh kat Sg Buloh tolong abah masak & kemas rumah pulaak !! Itu rumah abah , rumah aku bila pulakk nak kemasss ?? Eeee serabut kepala pikirkan !! Shah pulak tak tahu dapat cuti ke tidak ari jumaat, khamis maybe dia pon keje lagi.. Tapi nampak gaya nak tak nak, Shah memang kene cuti ari jumaat untuk settlekan hal2 kereta…  

Dan satu lagi…. Baju raya Shah !!! Entah bila masa nak cari baju raya dia pulaak.. Selalu shopping baju raya last minit jugaak tapi tak selewat ini.. semuanya gara-gara aku sibuk meniaga !! harap-harap banyak lagi baju melayu kat BAK tu.. memang situ jerlaa Shah suka beli pon sebab jahitan dia kemas dan kain dia sangaat kualiti ! tema kaler tahun ni pon tak decide lagi, sebab nak tunggu baju aku siap.. Tempah 2 pasang nak tengok yang mana sesuai baru boleh cari baju Shah… #haihhh tak cukup nafas kalau fikir !

Okey entry panjang2 pon tak guna hakikatnyaa cuti tetap takde..  Aku tengah re-schedule plan aku untuk esok, bila masa nak curi masa antar kuih, amik baju, shopping baju shah pastu kemas rumah… ! Tapi yang pasti kemas rumah tentu laah tengah malam esk @ jumaat…!! #fuh selamat bekeerja keras yana !! Pada sesapa yang dah start cuti esok, bertuah laa ! Selama bercuti & drive safe untuk yang balik kampung tu…  Aku rasa memang ramai balik esok, so comfirm jalan jam.. Gigih laa yer !! Sebelum terlupaa aku nak amik kesempatan jugak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN ~  ;))

Monday, 13 August 2012

Beraya Di Mana ??


Pejam celik pejam celik, tinggal 6 hari jer lagi nak raya.. Aku baju raya pon tak amik lagi, dah betahun-tahun beli baju siap, tahun ni aku mengada nak tempah.. Alang-alang pergi Bandung aritu aku beli kain so boleh laa tempah baju meriah-meriah sikit..  Lagipon tahun ni raya aku banyak rumah nak pergi beraya, al maklumlaah pertama kali beraya di rumah mertua nanti..

Tetapi bukan pasal baju aku nak story u alls.. Tu tunggu entry lain ! Dilema orang pertama kali beraya suami isteri ni biasalah nak beraya di rumah siapa dulu laa kan.. Sebelum ni aku dengar cerita kawan2 jer yang berebut dengan suami nak balik kampung beraya.   Kali ni giliran aku melalui persimpangan dilemma.. Eceehhh ! =D

Serius !!  Sebelum kawin dulu aku dah pikir sebenarnya pasal ni, tapi masa belum kawen rasa terujaa kott dapat orang jauh atleast merasa jugak aku suasana balik kampung, ( which is budaya tu dah lama aku tinggalkan) Tapi bila dah kawen ni, tetibe rasa sayup memikirkan pagi raya nanti takde di rumah sendiri… Nak pulak aku laa  yang selalu uruskan rumah time raya dari bab mengemas, pasang langsir, bab potong memotong kat dapur, isi kuih dalam bekas, hidangkan lauk kat atas meja sampai laa bab basuh pinggan.. So tahun ni, kalau aku beraya di Trengganu siapalaa nak buat semua tu…  Kesian pulak kat abah nak buat sorang2.. Tambahan pulak tahun ni pertama kali beraya tanpa mak, ntah macam mana laa situasi pagi raya nanti..

Aku tahu bila dah kawen ni, isteri kenalaa ikut cakap suami, so aku taknak laa merengek-rengek kat Shah untuk raya kat Sg Buloh.. Yerlaa dia pon mesti nak raya kat kampung dia jugak kan.. Dah laa bulan puasa ni asik balik Sg Buloh jer, nanti dia kata aku selfish pulak.. So aku pon diam jer laa pasal isu balik beraya ni.. Tapi dalam hati berdeboor jugak menunggu Shah bukak topik ni . Bukan apa buatnya dia dah buat keputusan balik Terengganu, comfirm malam raya mata aku dah bengkak nangis teringat Sg Buloh..
Masuk minggu kedua puasa , tetibeeeee Shah akhirnya bukak topik tu !! hehehe kebetulan pulak time tu aku tengah tengok drama raya, macam tahu-tahu jerkaan..

“ Bie.. tahun ni kita nak beraya kat mana dulu…? ”

“ Hurmmm… ntah laa.. ikut sayang jerlaa… ” dalam hati meyumpaah,  berani mati aku jawab macam tu !! buatnya dia decide blk Terengganu, habis ko yana !!!

“ I tak kisah.. I kesian kat bie lah nanti pagi raya mesti bie nak pergi kubur arwah mak kan.. ? Lagipon kesian abah nanti takde orang nak tolong kemas rumah.. “ Fuhhh legaaa giler aku dengar Shah cakap mcm tu.. Time tu aku rasa nak senyum sampai telinga tapi aku control giler, tak nak laa nampak sangaat kan..

“ Tulaa I kalau boleh nak pergi kubur dgn abah semua.. Tapi nanti ibu tak kisah ker?? ” Tetiba aku terfikir kesian pulak mak mertua aku, yerlaa dah laa anak dua orang jer kalau Shah tak balik tinggal laa adik dia sorang..

“ Ibu ok.. nanti I bagitahulah  ibu… Malam raya pertama tu kita gerak laabalik Terengganu boleh duduk lama skit kat sana.. ” haaa amikk ko yana, bersiap sedialahh untuk beraya di tempat orang tahun ni.. Tak kisahlaa janji malam raya dan pagi raya aku di Sg Buloh…  Yeahhh !!! *lompat bintangg*  

Tuesday, 7 August 2012

Belajo Cakak Ganu !


Siapa pernah tengok drama ‘Masihkah Ada Ramadhan’ ?? Aku mula-mula tengok drama ni sebab Shah  tertekan channel ni, ngam-ngam dia tekan,  pelakon tu tengah kecek ganu.. Apalagii Shah pon terus layan, siap jerit-jerit panggil aku kat dapur join dia tengok..  Aku pun apalagi layan laa sekaki, drama melayu laju laa cuba kalau dia jerit suruh tengok discovery channel memang aku buat tak reti jerk !! Dah layan 2jam ingatkan telemovie sekali drama bersiri laa pulaakkk.. Bapak lama okey drama bersiri 2jam !!

Apa yang best sangat drama ni…?? Hehehe sebab pelakon-pelakon dia cakap Terengganu !!  Antara pelakon – pelakonnya ialah Eman manan & Zamarul Hisham !! perghh aku memang minat giler kot kat Eman Manang nihhh….  Tapi bukan itu jer sebabnya !!  Sebab lain ialah sebab suami I olls kan orang  Terengganu  so  excited laa dia ada drama cakap bahasa loghat dia, biasakan kita dengar drama buat loghat Perak, Kedah, Negeri Sembilan takpun Kelantan.. Memang takde lagi cakap Terengganu.. Tu yang excited sangaaaat !! =D  tapi yang bagus drama ni sediakan subtitle so untuk aku yang baru nak belajar kecek ganu ni sangaat laa sesuaii !! Sempat lagi ni nak belajar balik raya nanti dah confident skit nak cakap dengan mak mertua, adik ipar semua… hehehe

 Tapi yang aku tak boleh blah, bila time iklan jer  Shah sembang dengan aku guna slang Terengganu !! Cakap yang pekaat giler lak tu , terguling-guling laa aku gelak sampai keluar air mata… seriusss sepanjang bercinta susah gila aku nak dengan Shah cakap Terengganu , kalau cakap pon dengan family @ sedara mara dia jerk…  Dan hari ini Shah buat loqlak dia lagi bila ber'bbm ponn dia bantaiii text dalam loghat Terengganu..  Betul2 mencabar suami aku ni !!  Haa cuba korang baca text Shah kat bawah ni sure automatik korang pon ter'slang Terengganu.. 




Dan last thing yang buat aku terkejut, drama ni berjaya buat  Shah hafal waktu siaran.. Kalau tak memang takde makna Shah nak amik tahu drama – drama melayu ni.  Aku kalau nak tengok drama selalunya kene berebut-rebut remote baru dapat tengok, dan lepas tu dia akan ngadap laptop layan youtube (tunjuk perasaan lerr)  tapi drama ni memang dia tak berganjaak depan tv.. Seriuss kagummm !! =))
So untuk korang yang tak pernah tengok , jomlah layan drama ni ari Isnin depan last episode tak silap aku.. Sebab semalam dah klimaks , sedihh sangat sampai Berjaya buat air mata aku menitis setitis dua.. ( sempat laa kene kutuk dengan Shah sebab menangis ) =P

Sinopsis : Cerita ni mengisahkan seorang pemuda bernama Zali yang mengidap penyakit barah cuba untuk menyatukan adik beradiknya yang duduk di Kl beraya di Terengganu bersama ibu bapa mereka.  Dia juga cuba membetulkan adik beradiknya yang hidup jauh tersimpang dari ajaran Islam.  

Thank You For Reading This Entry !


Wednesday, 1 August 2012

Abah Kiter !


Alhamdulillah sudah 12hari berpuasa, tapi baru sekali aku berbuka di rumah sendiri dan 10 hari lagi aku berbuka di rumah abah ( sehari lg buka kat luar ) ..  Masa awal puasa aku planning nak balik berbuka hujung minggu jer, tapi bila masuk jer hari isnin abah dah call tanya aku balik ke tak.. Memang tak sampai hati nak cakap kat abah aku tak balik.. Yerlaa kalau aku tak balik, dah tentu2 abah akan berbuka sorang-sorang, sebab adik aku yang bongsu tu dah kerja pulak.. Sudahnya hari-hari aku berbuka kat Sungai Buloh !! Senang & jimat..

Berbuka di Sg Buloh bukan abah jer seronok sebab dapat berbuka dengan anak-anak tapi aku dan shah pon seronok sebab dapat makan masakan air tangan abah yang sedap..  Dan kalau aku balik berbuka kat sana, aku akan panggil abang aku yang duduk  sekangkang kera dari rumah abah itu berbuka sekali.. So jadi ramai dan meriah !!  Bertuah tak aku dapat abah yang pandai masak, dan rajin.. hehehe

Percaya atau tidak aku sebenarnya bukanlahh rapat dengan abah sejak aku kecil lagi pun aku tak reti nak bermanja dengan abah.. Mungkin nilaa nasibnya adik beradik ramai, nak bermanja lebih-lebih pun tak sempat.. hehehe lagipon masa aku kecik arwah mak dan abah sibuk cari duit membesarkan kami  7 beradik, jadi masa kecik aku lebih banyak bermanja dengan kakak aku yang seorang tuu.. ;) Tapi semenjak arwah mak meninggal , aku dapat rasakan aku dah semakin berani nak mengada-ngada dengan abah.. kalau dulu aku teringin nak makan apa-apa aku cakap kat arwah mak tapi sekarang aku akan cakap kat abah dan sepantas kilat abah akan siapkan.. :) Macam semlalam aku teringin nak makan karipap balik jer abah dah buat 45 biji kooo !! hambekk makan sampai muntah.. :) Tapi mujurlakan, abah pandai masak, kalau tidak menangislaa aku kat tepi dapurrrr…

*karipap air tangan abah *

Benarlaa orang kata kan seorang ayah tidak pandai nak tunjukkan kasih sayang dia.. Seorang ayah akan berikan kasih sayang dengan caranya yang tersendiri hinggakan anak-anak tidak sedar itulah kasih sayang yang abadi.. Dan sekarang aku dapat rasakan kasih sayang abah dan hubungan kami semakin rapat,  bila abah telefon tanya balik makan kat rumah ke tak.. dan sekarang abah jugak dah pandai mengadu macam-macam benda kat aku, sebelum ni abah hanya akan mengadu dekat arwah mak tapi sekarang , hanya anak-anak tempat dia mengadu.. Abah jugak akan masak masakan yang aku suka, ( dan yang menantu dia suka : ini yang terbaru  yer ) …  


Tapi bukan maksud aku sebelum ni abah tak sayang aku yer, cuma masa arwah ada aku lebih rapat dengan arwah mak.. So aku tak berapa nak rapat dengan abah, banyak masa diluangkan bersama arwah mak.. Mungkin ada antara korang jugak macam aku kan.. Yerlaaa anak perempuan nak manja-manja dengan ayah pon tak reti kan, lain laa mak kita boleh sembang apa jer… Tapi Alhamdulillah , aku masih tak terlambat menikmati kasih sayang seorang ayah… Semoga abah sentiasa diberi kesihatan dan dilindunNya.. Amin :)


*Abah bersama cucu sulung *

Thank you for reading this entry !

Thursday, 26 July 2012

Berpuasa Sebagai Isteri


Baca tajuk macam best jer kann .. entry kali ni tak mau sedih2, sebab entry yang lepas dah buat hidung aku tersumbat 1 hari sebab menangis.. So entry kali ni aku nak story yang best2 jerk.. ( kalau tak best maaflaa yerk !! )

Uniknya puasa tahun ni pada aku ialah pertama kali berpuasa sebagai seorang isteri !! Memang best jerkan pegang title sebagai isteri.. huhu best tang lain, yang tak best tang lain yer… Bila dah jadi bini orang ni, tangungjawab di bulan puasa ni bukan calang2 yer… Kalau dulu aku boleh lagi petang2 ngangkang depan tv tengok maulidur rasul ke drama melayu ke,  sementara abah & arwah mak sibuk kat dapur memasak utk berbuka… tapi sekarang tak lagiii !!

Balik keje mencilok-cilok redah jam nak cepat sampai rumah.. Sampai jer rumah pulak terus shoot ke dapur, pastu macam halilintar aku kene masak.. Walaupun aku masak 2 lauk jer kadang-kadang tu, tapi peluh dia macam jogging 2km.. Tapi buat masa ni baru sehari jer laa aku macam tu, sebab hari2 lain aku berbuka kat Sg Buloh.. ( ahaha bajet macam hari2 je kan masak ! )

Memandangkan abah keseorangan kat Sg Buloh so aku sangat rajin balik berbuka kat sana jer.. Teman kan abah dan dalam masa yang sama memudahkan hidup aku jugak ! sebab kalau kat Sg Buloh , tugas memasak memang abah yang handle.. Abah memang tak suka kalau aku sibuk2 kat dapur nak tolong dia.. Dari aku kecik sampai laa aku dah kawen.. Tapi kadang-kadang aku menempel jugak laa tolong-tolong potong bawang ker, basuh kuali ker.. hehehe Best tak bapak aku?? Bapak korang macam tu takk??  Tetibe rasa bangga ada bapak macam tu.. =D

 Kalau cite bab sahur pulak , 2 hari puasa jer aku masak nasi & lauk beria-ia.. Masuk hari ke-3 shah bagi notis 24jam tak perlu masak !! hahaha bukan apa sebab time berbuka dia makan tak hengaat kan, so sahur dia just minum milo and kuih muih jerk..  Senang hidup aku !! Kalau sahur makan nasi , berbuka pon makan nasi,  aku rasa sebulan ni cukup koott untuk mem’boroikan perut dia dan perut aku jugaak !! Yang penting bersahur,  walaupun hanya minum air kosong dan sebiji kurma.

Last but not least pengalaman aku berpuasa sebagai isteri ialah sembanhyang terakwih bersama suami.. Rasa sweet sangat bila sama-sama bersiap nak gi masjid terakwih sama-sama.. Terasa lain sangat bulan puasa tahun ni, bila banyak perkara kami lakukan bersama.. kalau dulu takat berbuka je laa sama-sama itupun bukan hari-hari… Alhamdulillah aku syukur sangat, walaupun Allah ambil mak dari hidup ku tapi dia hadirkan aku seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab..  Thank you Allah =)) 


Thank you for reading this entry ! =)  

Tuesday, 24 July 2012

Ramadhan tanpa emak..


*lebaran terakhir bersama mak *

      Menulis tajuknya sudah membuat hati aku sebak… Nak buat entry ini juga sudah berkali – kali aku        tangguh kerana tak sampai 5 minit akhirnya aku berhenti kerana sebak yang tidak tertanggung…

Hurmmmm tahun ni ternyata bulan puasa yang sangat berbeza sepanjang 27 tahun hidup aku..  Terlalu banyak perbezaan di rasai hingga buat aku hampir kekok untuk laluinyaa… Kebiasaanya malam sebelum tidur mak akan berkali-kali ingatkan aku baca niat puasa, dibuatnya aku seperti anak kecil.. walaupun aku dah niat sebulan, mak tetap ingatkan aku untuk berniat..

Dan bila waktu sahur, mak hanya akan mengejutkan aku selepas mak dah siap2 masak.. Dan tugas aku hanya untuk membuat air kopi untuk mak dan milo panas untuk aku dan adik bongsu.. (senang kan hidup aku?? ) Tapi dah selesai sahur bab basuh pinggan , kemas meja dan dapur itu memang tugas aku, sebab mak akan bergegas siap untuk ke masjid pulak… Saat itu, aku tak dapat rasakan betapa indahnya moment itu, tapi kini bila mak dah takde, itulaa moment yang paling aku rindu sekarang… Moment bersahur bersama mak…

Kalau orang lain mungkin sahur tak lalu nak makan, tapi untuk aku dan mak.. sahur memang sangat berselera, sebab mak ada menu special !! Menu kerabu tomato atau pun kerabu mangga, menu tu  kadang2  boleh buat aku bertambah-tambah nasi okeyy.. hehehe dan tahun ni aku cuba untuk buat, tapi rasanyaa memang takkan sama dengan air tangan mak.. (padahal simple giler nak buat !! ) Mungkin kene tunggu aku jadi mak, baru pass buat menu tu.. =D

Kalau di ingat pesanan  mak ketika di bulan puasa, terlalu banyak rasanya… Mungkin mak2 korang jugak macam tu.. Macam mak aku, dari kecik lagi dia dah ajar waktu berbuka makan nasi terus, jangan makan kuih muih takut nanti lauk tak berusik sebab dah kenyang makan benda lain. Dan mak memang pantang kalau kami adik beradik beli kuih-muih kat bazaar, membazir katanyaa (dan tak sedap kate mak !)  dan paling best kalau kiterorang beli jugak, esok tu mesti mak terus buat kuih yang kita orang beli tu …  Bukan sikit pulak tu, siap boleh makan 2 hari punya berbuka.. hehehe mak korang ada tak macam tu???

So aku dah biasa kalau bulan puasa memang kurengg skit nak beli belah kat bazaar ramadhan sampai laa sekarang.. kalau pergi pon aku akan beli air ke, atau benda yang mak takkan masak macam roti jhon ke, murtabak ker.. hehehe dan kalau aku teringin nak makan kuih, aku request jer kat mak , nanti petang sure mak dah siap masak kuih yang aku mintak tu.. Biasanya kuih seri muka, kuih keria, kuih badak dan macam2 laah ! (citer pasal kuih ni buat aku teringin laa pulak !! adeh )

Tapi tahun lepas mak memang dah uzur , so mak tak larat nak buat kuih atau masak beria2.. so aku pon takdelaa mengada2 request nak makan kuih apa.. Waktu sahur pun kadang-kadang mak tak larat nak masak, so aku laa yang bangun panaskan lauk dan tolong2 mak buat apa yang patut.. Tapi kadang2 tu, mak gigih jugak bangun dulu dari aku, nak masak.. Itulah pengorbanan seorang ibu kan, dia tetap nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu selagi dia mampu..  Tapi aku sebagai anak ??  Aku masih rasakan belum puas tunaikan tanggungjawab sebagai anak untuk mak.. Masih banyak yang aku nak buat……..walaupun aku tahu itu tak mungkin berlaku.. hanya doa dan terus berdoa untuk mak...  Al Fatihah ~



Thank you for reading this entry !! :))