Showing posts with label Mencari Cinta. Show all posts
Showing posts with label Mencari Cinta. Show all posts

Tuesday, 12 June 2012

Episod 24 : Akur


                    Pagi ini aku ke hospital lebih awal dari biasa, jam 10am Amran akan menjalani pembedahan tulang sumsum, aku tak mahu terlewat. Biarlah aku menatap wajah Amran sebelum dia melangkah ke bilik pembedahan. Jantungku berdebar-debar semenjak malam tadi, memikirkan sebarang kemungkinan biarpun Amran acapkali menjelaskan bahawa pembedahan itu tidak berisiko tinggi.. Aku tahu penjelasan itu sekadar mahu menyedapkan hati aku.. 

                  Sesampai di kamar Amran aku lihat katil Amran kosong.. jantungku berdegup semakin laju, apakah Amran telah di masukkan ke bilik pembedahan lebih awal.. Aku cuba mencari kelibat jururawat namun tidak seorang pun kelihatan waktu itu.. Dimanakah semua jururawat ni?? Bukan kah waktu pagi begini mereka sepatutnya sibuk memeriksa pesakit.. Aku merengus berlari ke lif mahu turun ke lobi, memeriksa di kaunter pertanyaan. Sebelum pintu lif terbuka mata ku sempat meninjau sekeliling tingkat 5 itu dengan harapan terlihat kelibat ibu Amran atau jururawat. Namun kecewa apabila yang lalu hanyalah beberapa orang pesakit di situ. Pintu lif di hadapan terbuka , pantas aku melangkah dan menekan punat lobi.

                 Sebaik keluar dari pintu lobi aku terlihat kelibat ibu Amran di kaunter, serta merta hati aku di selubungi perasaan lega. Aku menghampiri ibu Amran yang kelihatan sedang berinteraksi dengan doctor. Aku berhenti lima langkah dari jarak mereka tidak mahu menganggu perbualan mereka, namun tetap  boleh didengari setiap butir perbicaraan mereka. Beberapa saat kemudian doctor berlalu meninggalkan ibu Amran yang masih tidak sedar kehadiran aku di situ. Pantas aku menyapa ibu Amran yang cantik berbaju kurung corak batik.

                 “ Aunty…” sapaku lembut sambil melemparkan senyuman .

                 “ Ehh Sara.. Baru sampai ker? “ Ibu Amran menjawab sambil menyambut tangan ku yang  menghulurkan salam. 

               “ Baru sampai Aunty.. sara dah naik atas tadi tapi tak Nampak Amran .. Dia kat mana yer aunty? “ Aku pantas menyoal tidak sabar mahu tahu kedudukan Amran sekarang. 

               “ Ooohh amran tengah buat x-ray lepas tu dia kene buat some medical check up before dia masuk operation room sayang..  Sara jangan risau ok, nanti semua dah settle aunty bagitau.. Sekarang ni nak jumpa dia pon tak boleh.."  Ibu Amran member penjelasan dengan panjang lebar, terharu apabila dia memanggil aku sayang.. Terasa seolah-olah seperti ibu ku sendiri.  Wajahnya juga cukup tenang walaupun aku tahu dia seperti aku yang risau tentang Amran.

            “ Hurmm kalau macam tu, Sara teman aunty kat sini yer.. “ Aku cuba menawarkan diri, walaupun sedikit segan sebenarnya.

             “ Eh takpela Sara.. aunty dengan uncle harini.. lagipon doctor kata operation tu mungkin dilakukan pukul 2 nanti. Silap-silap sampai malam pun belum tentu habis lagi operation tu.. kesian pulak kat Sara nak tunggu.” Ibu Amran menolak dengan lembut, barangkali tidak mahu menyusahkan aku.. 

            “ Nanti lepas semuanya settle aunty telefon Sara yer.. Sara jangalah risau sangat okey.. “ Ibu Amran memujuk ku lagi, seolah tahu aku keberatan untuk pulang. 

           “Baiklah kalau macam tu.. tapi nanti aunty sms Sara yer lepas abis operation tu nanti..” Aku akur tidak mahu membantah, nanti di anggap biadap pula.. Kalau ikutkan hati mahu saja aku tunggu di hospital itu tanpa pengetahuan ibu Amran. Biarlah sampai malam mahupun sampai esok juga aku sanggup…  

                   Aku mahu menjadi antara insan terawal mengetahui keadaan Amran. Namun aku sedar ibu bapa Amran lebih risau mengenai kesihatan anak mereka, tambahan pula Amran merupakan anak tunggal. Pasti tidak tertanggung beban yang mereka tanggung sekarang memikirkan keadaan putera yang seorang itu. Aku akur, mungkin ibu Amran tidak mahu kerisauan dan kesedihannya di lihat orang lain..  


           Bersambung..............

Wednesday, 6 June 2012

Episod 23 : Sebuah Janji


                       Tidak tergambar perasaan bahagia yang sedang aku nikmati petang itu, terasa tiada orang lain selain aku dan Amran di hospital itu. Indah apabila melihat senyuman dan gelak tawa lelaki yang pernah buat aku menangis kerinduan. Namun sedang kami leka bergurau senda , memintal kasih yang pernah tersimpul suatu masa dulu , tanpa kami sedari di satu sudut sepasang mata memerhati . Mata yang penuh pengharapan, mata yang penuh kasih dan sayang untuk lelaki yang sedang bertarung nyawa itu..

                     Airmata bertakung, Ina cuba untuk tidak menangis biarpun hatinya pedih melihat kemesraan Amran dan wanita itu. Wanita yang pernah perkenalkan dirinya sebagai Sara. Namun melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Amran, aku yakin dia bahagia..  Biarpun sewaktu bersama aku, Amran pernah tersenyum tetapi tidak seperti hari ini. Aku pasrah , wanita yang pernah singgah di hati amran itu masih kekal dan mungkin terus kekal di hati lelaki itu. Tak sanggup untuk terus meyaksikan saat indah mereka berdua, perlahan kaki melangkah meninggalkan harapan yang tersisa. 


 ****************************************************************************************************
         “ Sara.. sepanjang kita berjauhan , tak pernah ke orang lain tackle awak ..? “ Amran menyoal sayu selepas topik perbualan mengenai perkembangan aku ke university di bicarakan. 

        “ Awak rasa ada ke..? Saya ni tak hot macam awak.. selalu jadi kegilaan freshie..”  aku cuba menyakat, walaupun aku tahu tidak mustahil Amran menjadi kegilaan wanita-wanita di kampus nya memandangkan dia seorang yang aktif di kampus . 

        “ Saya tanya awak, awak nak pusing kat saya pulak.. ! “ Amran tergelak kecil..

        “ Takde laa.. saya berkurung dalam bilik jer masa bila orang nak tackle saya.. pergi balik kelas takde masa nak mengorat-mengorat ni..” balasku dalam nada rendah. 

        “ Kenapa awak berkurung dalam bilik?? Rindu kat saya?? “ Amran masih mahu menduga perasaan aku.. walaupun aku yakin dia susah tahu jawapannya. Bukannya aku tak pernah luahkan apa yang aku tanggung selama setahun terpisah.

           “ Mana ada rindu ! Cuma malas jer nak keluar, sebab saya tahu kalau saya keluar mesti ramai orang akan tackle saya “ kali ini aku cuba bergurau tak mahu terlalu serius.

         “ Sara… boleh tak awak janji dengan saya.. “ tutur Amran kali ini lebih perlahan dan serius, sambil tangannya mengoles lembut jari jemariku.  

       “ Awak… pls jangan suruh saya berjanji yang bukan-bukan…” dadaku tiba-tiba berdegup kencang seakan tidak bersedia untuk mengikat apa –apa janji. 

       “ Tak… saya cuma nak awak berjanji, kalau satu hari nanti awak betul-betul kehilangan saya, awak kene teruskan hidup dan beri ruang pada lelaki lain untuk mencintai awak. Jangan tutup pintu hati awak lama sangat…”  degupan jantungku semakin berdegup pantas selepas mendengar apa yang Amran tuturkan. 

                Terasa berat untuk menerima janji itu pada waktu ini, saat Amran di hadapan mata.  Saat kami sedang di ulit bahagia. Aku tak pasti apakah akan datang kekuatan itu untuk mencintai lelaki lain seperti aku mencintai Amran tika ini. Tangan Amran yang kurus itu semakin kuat mengenggam jemariku, aku merenung mata Amran yang semakin sayu. Mata yang tersembunyi kesakitan yang amat sangat, aku dapat rasakan bukan mudah untuk berada di tempat Amran. Aku hanya mampu mengangguk, tak mampu mengeluarkan sepatah kata. Jauh di dalam hati aku berdoa, biarlah Amran kembali sihat seperti dulu, agar aku bisa terus bahagiakan dia… 

Tuesday, 5 June 2012

Episod 22 : Hati Berbunga


                   Selepas menikmati makan tenghari di rumah, aku bergegas bersiap ke hospital.. Semalam Amran pesan supaya aku datang selepas jam 2, dia tak mahu aku datang awal pagi kerana bimbang aku letih setelah seharian di hospital semalam.  Aku sempat membawa bekalan kek coklat air tangan mammy  buat Amran, aku tahu kek coklat adalah kegemaran Amran. Dua hari kebelakangan ini, Amran kelihatan berselera untuk makan, gembira melihat perubahan Amran walaupun wajahnya masih kelihatan cengkung dan pucat. 

                 Sebaik sahaja menjejakkan kaki di tingkat 5 , aku terdengar suara orang sedang bersembang dari dalam bilik Amran. Aku mengintai ke dalam , tidak mahu sesiapa di dalam prasan kehadiran aku, namun saat aku cuba mengintai,  kebetulan Amran juga sedang menoleh kea rah pintu. Dan pantas melambai memanggil aku turut serta. Biarpun perasaan malu menebal, aku hayunkan juga kaki ku menuju ke katil Amran dimana terdapat 4 orang lain di situ yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Amran tersenyum meleret, sambil memperkenalkan aku kepada mereka yang ada di situ. 

     “ Sara.. saya dah lama nak kenalkan awak pada mama saya.. “ Amran menarik tangan ku tanpa segan  silu.  Merah padam muka ku menahan malu, kekok tak tahu mahu member reaksi bagaimana.. 

     “ Owhh ini laa Sara yang Am rindu – rindu tu yer.. ” giliran ibu Amran pula menyakat , membuatkan aku semakin kaget dengan situasi itu.  Aku hanya mampu tersenyum sambil tangan dihulur , berjabat tangan ibu Amran yang begitu lembut dan  ayu berbaju kurung sutera. 

     “  Tengoklaa tu maa, malu- malu pulak dia.. semalam beria-ria dia nak jumpa ma.. “ Amran menambah lagi seolah-olah seronok dapat mengenakan aku. Aku pantas menepuk manja tangan Amran tanda mahu dia berhenti menyakat. Kemudian Amran memperkenalkan aku pada aunty dan unclenya yang berdiri di hujung katil. 
 
              Ternyata kehadiran aku petang itu benar-benar di tunggu oleh mereka. Pasti Amran telah bercerita mengenai aku pada mereka, jika tidak masakan mereka sudah tahu serba sedikit mengenai aku. Namun hati aku sedikit berbunga menerima layanan baik dari ibu Amran yang jelas tampak ikhlas. Nampaknya Amran sudah mengotakan janjinya untuk memperkenalkan aku pada keluarganya, Cuma ayahnya sahaja belum berkesempatan, kerana menurut Amran, kebiasaan ayahnya akan datang melawat selepas habis kerja sama ada petang ataupun sebelah malam. 

             Ibu Amran pulang selepas waktu Asar, kemudian tinggalah aku berdua bersama Amran. Amran masih tersengih-sengih melihat aku menyusun bekas makanan yang aku bawa tadi. Aku tahu pasti ada sesuatu yang mencuit hati Amran. 

     “ Awak ni kenapa tersengih-sengih dari tadi…? “ Aku menyoal sambil tangan mencubit manja lengan Amran, geram melihat Amran yang dari tadi tak berhenti tersenyum.

    “ Saya sengih pun kene marah.. saya suka tengok awak.. tak boleh ker??? “ Amran masih mahu bergurau. 

“ Bukan tak boleh tapi saya takut muka awak kejung dari tadi asik senyum jer… “ giliran aku pula menyindir Amran. 

     “ Sara… Apakata kita pergi jalan-jalan nak tak…? “  Amran menukar topik perbualan. . Aku tahu Amran pasti bosan berhari – hari duduk didalam wad pesakit ni. 

      “ Jalan kemana?? Boleh ke awak keluar…? “ aku menyoal hairan, masakan Amran bisa keluar dari hospital sedangkan menurut ibu Amran dua hari lagi, dia perlu menjalani pembedahan tulang sum sum.    

     “ Jalan kat taman belakang tu jelaa cik adik.. Takkan awak nak bawak saya jalan-jalan Pavilion pulak.. hehe " Amran tergelak melihat wajah aku yang serius menyoal..

      “ Dah cepat ambil kerusi roda tu, kalau nak suruh awak pimpin takut awak pon jatuh nanti.. “ Amran pantas mengesa aku mengambil kerusi roda di hujung sudut bilik. 

      “ Yerlaa.. saya tahu awak bosan duduk dalam ni hari-hari.. Nanti bila dah sihat , kita pergi dating tempat jauh-jauh ok.. lagipon saya dah kenal mama awak, mesti dia bagi saya dating dengan awak jauh-jauh.." giliran aku bergurau, walaupun sebenarnya aku memang menyimpan niat untuk bertemu janji di luar dengan Amran sebaik sahaja dia dibenarkan keluar dari hospital.

  Bersambung.........

Episod 21 : Kembali Terjalin

                  Pulang jer dari hospital, fikiran ku seakan kosong.. Sukar untuk aku gambarkan perasaan yang aku sedang tanggung ketika ini.. Airmata juga tak mampu mengalir, mungkin sudah kering kerana terlalu lama menangis selama ini.. Mata juga sudah sembab, hingga terasa berat untuk bertahan lagi.. Kepala ku semakin berat, aku tak mahu terus berpikir tentang Amran tetapi semakin aku cuba untuk berhenti semakin kuat memori lama singgah di ruang fikiranku.. Ahhh tidak tertanggung rasanya rasa ini, tak tahu dengan siapa harus aku kongsikan rasa yang semakin menyesakkan ini. Perlahan-lahan aku cuba baringkan badan ke atas katil, dan selang beberapa minit aku terlelap bersama bayangan Amran.

     
                   Malam itu aku terjaga jam 8 malam, terasa lama sudah aku tertidur. Aku terjaga apabila mammy mengetuk pintu memanggilku untuk makan malam. Aku menyahut perlahan “ Yaa… Nanti Sara keluar… ” .  Kemudian cuba memejamkan mata semula, kepala ku masih terasa berat.. Melihat pakaian yang masih belum berganti aku gagahkan diri untuk bangun membersihkan diri.  Aku tidak mahu biarkan diri aku terus lemah ! Aku sudah berjanji pada Amran untuk terus beri dia semangat melawan penyakitnya itu. Aku mahu tebus semua masa yang terlepas bersama dia. Aku mahu ulangi saat-saat manis yang pernah kami lalui bersama dulu. Serta merta semangatku datang berkobar-kobar , tidak sabar menunggu hari esok !! 

                 Pagi itu aku sungguh bersemangat ! Aku memilih pakaian  berwarna ceria, kuning dan oren, mengharap Amran akan ceria melihat aku nanti.  Aku ke hospital menaiki teksi, tak mahu susahkan ayah yang mempelawa mahu menghantarku. Aku tahu sekiranya ayah menghantarku pasti banyak soalan yang akan di utarakan, melihat anak gadisnya kini sering berkurung didalam bilik. Jadi jalan selamat , lebih baik aku menaiki teksi sahaja, tak bersedia lagi mahu bercerita dengan sesiapa, biarpun mammy dan adikku Fara.
                 Sesampai di bilik Amran, hati aku berbunga-bunga apabila melihat dia sedang menikmati sarapan. Wajahnya Nampak sedikit segar, apakah dia juga seperti aku harini penuh semangat positif.. 

         “ Sara… ! Awalnya awak sampai harini..?? “ Amran menyapaku ceria.

         “ Mestilaa saya tak sabar nak jumpa awak… Awak baru lepas makan?? Banyak tak makan pagi ni?? 

         “ Aku menyapa kembali sambil melabuhkan punggung di atas katil Amran.

        “ Bolehlaa.. Makanan kat hospital ni mana sedap sangat awak.. “ Amran menjuihkan bibir, dia sudah     mampu berseloroh. 

      “ Hehehe takpe tengahari nanti saya tapaukan awak makan nak..?? Awak cakap jer nak makan apa, biar saya belikan” .

      “ Alaaa awak beli ker…? Ingatkan awak offer nak masakkan.. hehehe “ Amran ternyata nampak  gembira, dia membetulkkan kedudukannya di atas katil.  
                 
               Mungkin Amran juga seperti aku, tidak mahu lemah semangat dan putus harapan. Kami tidak mahu lagi mensia-siakan masa yang tinggal. Senyuman Amran benar-benar memberiku harapan bahawa hari esok masih ada untuk kami..  Hari itu kami betul – betul menikmati masa yang ada, seakan –akan baru kali pertama bertemu janji. Bercerita tanpa henti di selang seli gelak tawa dan senda tawa Amran yang telah lama aku rindukan.


                                       
             Bersambung.....

Thursday, 29 March 2012

Episod 20 : Penjelasan Yang Meyiksakan !!

                Hari ke dua Amran di hospital, aku beranikan diri sekali lagi untuk menziarahi dia.. Aku harap kali ini tidak bertembung dengan wanita yang bernama Ina itu.. Jika benar dia teman wanita Amran, aku tak mahu sakiti hatinya, kerna dia pasti sudah terseksa dalam keadaan Amran yang sedang sakit..  Walaupun jauh di sudut hati, aku sebenarnya cemburu melihat dia di hospital semalam namun aku perlu terima hakikat.. Siapa pun di hati Amran sekarang aku tidak peduli, aku cuma mahu sedikit masa bersama dia, supaya dapat ku lepaskan rasa rindu terhadap lelaki yang mengajar aku erti cinta..

                Sebaik sahaja sampai di pintu bilik Amran aku perlahan-lahan menolak pintu, aku mengintai di dalam bilik,  untuk memastikan Amran tiada pelawat lain ketika ini.. Sunyi sepi ruang bilik itu buat aku masuk dengan yakin.. Amran menoleh sebaik melihat aku memasuki ruang bilik.. Aku menarik nafas lega sebaik melihat Amran dalam keadaan sedar.. Namun riak wajahnya jelas terkejut pasti dia tak menyangka kehadiran aku disini.. 

                Aku mengukir senyum, cuba berlagak tenang walaupun di dalam hati bergelora menahan pelbagai emosi..  Amran membetulkan kedudukan, jelas dia tampak resah sebaik sahaja aku duduk di sisi.. Aku meletakkan buah buahan yang ku bawa di atas meja di sisi katil.. Untuk seketika masing-masing membisu, menunggu siapa yang mahu memulakan bicara terlebih dahulu.. Entah kenapa terasa seperti ada sesuatu di anak tekak aku tiba-tiba, sehinggakan aku tak mampu menuturkan sepatah kata….  Dan akhirnya Amran mengalah, dia memecah kesunyian.. 

               
                “ Sara…”          Perlahan suara Amran memanggil nama ku,  matanya memandang tepat ke dalam mata ku.. Sungguh! Aku cair dengan pandangan Amran, lalu menundukkan wajah..

                “ Maafkan saya… “     Amran terus berbicara dan kali ini aku kuatkan diri menatap wajahnya..

                “ Kenapa awak perlu minta maaf…? Awak tak buat salah apa2 Amran… “   Aku akhirnya   bersuara, kerna tak mahu Amran terus menyalahkan dirinya.. Tapi Amran pantas memotong ayat ku…

                “ Saya salah Sara.. Saya rahsiakan penyakit saya dari awak selama ini.. Sebab saya tak nak awak tengok saya dalam keadaan macam ni.. Saya tak sanggup nak biarkan awak meratapi kematian saya nanti, sebab tu saya rela bila awak minta putus dulu.. Tapi bila saya tengok awak depan mata saya sekarang, saya tahu saya salah sebab awak tak pernah putus asa cari saya…  “                  Amran bercakap panjang lebar, dan kali ini aku terkejut saat Amran menjelaskan sebab dia berahsia  selama ini.. Itu bermakna dia dah menanggung penyakit leukemia ini sebelum kami berpisah lagi..

                “ Awak tahu tak sepanjang berpisah , hidup saya dah cukup terseksa Amran.. Dan sekarang saya semakin terseksa sebab dah bazirkan masa saya tanpa awak selama ni…” Aku tak dapat menahan emosi lagi, air mataku mengalir laju..

                “ Saya tahu awak menderita Sara, tapi saya tak tahu macam mana nak bagitahu Sara.. Saya sendiri amik masa untuk terima hakikat yang saya berpenyakit.. Lagipon….. Saya tak nak awak mengharap, sebab saya sendiri tak pasti Sara.. ” Mata Amran sudah berkaca-kaca, aku  tahu dia cuba menahan daripada menangis..

                Penjelasan dia membuatkan aku semakin terharu, tak dapat aku bayangkan saat dia sedang menerima penyakit yang menjalar di tubuhnya dan saat itulah aku meminta putus.. Pasti berat emosi yang perlu di tanggungnya ketika itu.. Perasaan bersalah semakin menebal dalam hati aku, dan sekarang aku terasa begitu bodoh dengan tindakan ku dulu.. Aku memutuskan hubungan tanpa alasan yang pasti, tanpa usul periksa…   Waktu itu aku hanya berprasangka buruk pada Amran, sehinggakan aku mengambil keputusan paling bodoh dalam hidup aku..

                “  Jadi awak sengaja menjauhi saya sejak awak tahu awak sakit..? ” Aku menyoal lagi mahukan kepastian..

                “ Sara… Saya memang tak berkesempatan nak hubungi awak.. Sebelum saya dapat tahu saya ada leukemia , saya kerap pitam.. Dan masa tu saya keluar masuk hospital buat check up.. sampai laa hari saya terima surat awak.. Tapi masa tu, saya tak salahkan awak, malah saya lega sebab saya tak perlu beritahu awak tentang penyakit ni, dan saya harap awak takkan tahu sampai bila2… Saya tak sangka awak cari saya lagi sampai sekarang… “

                Penjelasan Amran kali ni, semakin menyakitkan walaupun Amran sikit pun tak menyalahkan aku.. Namun kata-kata itu terus menambah beban di bahuku dengan perasaan bersalah yang telah sedia ada.. Amran gagal mengawal emosi, air matanya mula menitis pasti dia juga teringat kembali saat dia menerima surat dari aku itu,  yang aku kira kejam untuk seorang insan yang naif seperti Amran.. Air mataku semakin hebat mengalir, sehingga teresak-esak bagaikan tak mampu berhenti..  Amran mencapai jari jemariku, mungkin mahu menenangkan perasaanku tika ini.. Tangannya yang sejuk dan kurus menampakkan tulang yang timbul buat aku semakin pilu.. Aku rindu dengan tangan itu, tangan yang pernah meyentuh lembut pipiku, memimpin tanganku dan membelai rambutku.. Bagaikan perakam video semua memori lampau segera bermain di benakku.. Kami berdua terus di tenggelami kenangan lepas di iringi esak tangis ku yang semakin sayup….

                               Bersambung..............

Monday, 19 March 2012

Episod 19 : Wanita Itu

                Sebaik sahaja sampai di perkarangan hospital, langkahku laju meyaingi langkah Farid di sebelah.. Pelbagai perasaan menyelubungi perasaan aku tika ini..  Tak tahu bagaimana reaksi Amran nanti apabila melihat aku sebentar nanti, tapi kali ini aku benar-benar tidak peduli.. Aku mahu terus mahu bersama dia, biarlah dia mahu memaki hamun aku sekalipun.. Dan kali ini aku yakin Amran tak dapat melarikan diri lagi..

                Sebaik sahaja sampai di tingkat 5 hospital itu, Farid menghentikan langkah.. Dia mahu aku masuk terlebih dahulu, barangkali dia mahu aku bersendirian bersama Amran.. Farid memberitahu  nombor bilik, kemudian berlalu menunggu di lobi hospital.. Tiba-tiba jantungku kembali berdegup kencang, aku melangkah  menuju ke bilik di mana Amran di tempatkan.. Perlahan pintu bilik aku kuak, lantas memperlihatkan lelaki yang sedang bertarung dengan penyakitnya itu terbaring di atas katil.. Aku menghampiri katil dan melihat Amran masih tidak sedar.. Matanya tertutup rapat, wajahnya semakin cengkung dengan kepalanya yang sudah botak jelas menunjukkan penyakitnya semakin serius.. Aku tak dapat menahan airmataku sekali lagi daripada gugur… Berat rasanya nak melihat Amran dalam keadaan begini.. Bagaikan tak percaya melihat lelaki yang seaktif Amran terbaring lemah..

                Aku cuba menyentuh tangan Amran, terasa sungguh sejuk mungkin kerana penghawa dingin di hospital ini terlalu kuat.. Kali ini aku mengenggam jari jemarinya dengan lebih kuat, setelah sekian lama akhirnya kini Amran berada di hadapanku, walaupun bukan dalam keadaan yang aku inginkan.. Aku tatapi seluruh wajah Amran yang pucat itu, mengharapkan Amran akan membuka matanya dan tersenyum melihat aku.. Namun sudah 10 minit Amran masih belum member apa-apa reaksi.. Aku semakin pilu, airmata masih tak berhenti mengalir..
                Tiba-tiba pintu bilik di buka, aku kaget kerana berdirinya seorang wanita di pintu melihat aku..  Pantas aku menarik tangan yang sedang mengenggam tangan Amran, lalu mengesat air mata yang basah di pipi… Perempuan itu menghampiri kami, dia tersenyum lalu menghulurkan tangan memperkenalkan dirinya.. Aku seakan pernah melihat wanita ini tapi ingatanku masih kabur..
                
                “ Hi ! Saya Ina.. “

                “ Sara..”    Aku memperkenalkan namaku ringkas lalu mempelawa dia duduk di sisi Amran.. Barangkali dia saudara Amran, ataupun teman wanita Amran.. Yaa kali ini aku sudah ingat dimana aku pernah lihat wanita ini.. Dan aku yakin dia adalah teman wanita Amran, aku pernah lihat dia bersama Amran selepas aku putus dengan Amran dahulu.. Tiba-tiba aku di selubungi rasa bersalah, pasti wanita itu tak mahu aku di sini.. Aku bingkas bangun mahu meninggalkan mereka berdua, tetapi tib-tiba wanita itu bersuara..

                “ Awak mesti gf Amran kan..? ”  Soalan itu mengejutkan aku.. Aku tak mahu dia salah faham, dalam keadaan Amran begini aku tak mahu mengeruhkan hubungan mereka.. Aku mengeleng perlahan memberi maksud tidak, kemudian berlalu meninggalkan wanita itu sendirian bersama Amran..  

                              Bersambung.........

Wednesday, 14 March 2012

Episod 18 : Gelisah

                     Keesokkan petang aku datang lagi ke padang bola, aku tak mahu berputus asa.. Kali ini biarlah aku merayu dan melutut di hadapan Amran asalkan dia mahu menerima aku kembali.. Setelah setengah jam berlalu, dan semua teman-teman Amran yang lain juga sudah mula bermain di atas padang namun bayang Amran masih tak kelihatan.. Apakah Amran  telah nampak aku berada disini kemudian pergi, masih mahu menghindarkan diri dari aku.. Aku benar-benar tidak faham kenapa hati Amran sekeras itu..  Aku pantas menyeluk poket dari bag galas yang tersandang dibahu lalu mengambil telefon bimbit.. Aku mendail nombor Farid, mengharap dia tahu di mana Amran berada… Deringan telefon tidak berjawab walaupun dah berkali aku dail.. Mati kutu aku dibuatnya, dimana aku harus cari Amran…

                 Malam itu aku tidak senang duduk, telefon bimbit aku tidak lekang dari tangan.. Farid masih tidak menjawab panggilan mahupun sms dari petang tadi, ini membuatkan hati aku makin gusar.. Apakah telah berlaku sesuatu yang buruk pada Amran.. Jika tidak masakan Farid juga membisu seperti ini.. Atau Farid juga telah di marahi Amran kerana memberitahu aku tentang penyakitnya itu..  Aghh kenapa Amran perlu memarahi Farid , aku juga berhak untuk tahu.. Dalam kerisauan aku memikirkan tentang Amran akhirnya aku terlelap juga dengan telefon masih di tangan.. 

          
                Esoknya aku bangun lebih awal dari biasa, selepas menunaikan solat subuh aku sempat berdoa buat Amran semoga penyakitnya semakin sembuh.. Hanya itu yang mampu aku lakukan saat ini memandangkan Amran masih mahu menjauhi aku.. Selepas bersarapan aku masih cuba mendail nombor Farid, dan selepas beberapa deringan akhirnya panggilan ku di sambut juga.. Aku menarik nafas lega setelah mendengar suara Farid di hujung corong..

“ Farid… sorry kacau u pagi2 ni.. U kat mana? “

“ Its ok Sara.. I kat rumah.. Sorry malam tadi I pergi tengok bola and fon tertinggal kat rumah.. I tengok banyak miscalled from u..”                     Farid menjelaskan dengan panjang lebar walaupun belum aku minta..

“ Farid.. Amran tak dtg padang semalam.. Kelmarin I ada tegur dia kat padang, tapi dia still marah kat i.. U tau tak dia kat mana skrg..? Dia OK ker..? “     Giliran aku pula bercerita panjang lebar..

“ I tak tau pulak.. Takpe nanti I tanyer kan mama dia ok.. U jangan risau.. mungkin dia tak bersedia nak jumpa u lagi sekarang.. “     Farid cuba menenangkan hati aku…

“ Plss Farid tolong pujuk Amran.. I nak sangat luangkan masa dgn dia.. “  Aku tahu Farid boleh membantu aku.. Dia saja harapan aku sekarang… 

“  Okey Sara nanti I bagitau kalau ada apa-apa news pasal Amran..”  Farid mengakhiri perbualan pagi itu..

              Dan pagi itu hati aku betul-betul tidak sedap, apa yang aku buat bagaikan tidak kena.. Aku cuba membantu ibu di dapur tetapi tak sampai 15 minit aku di halau ke ruang tamu kerana kata ibu aku hanya mengelamun.. Akhirnya aku hanya terbaring di atas sofa menonton tv yang entah siaran apa di mainkan aku sendiri tak amik peduli, fikiran ku jauh melayang memikirkan Amran lagi.. Kemana saja hanya lelaki itu aku fikirkan… 

              Teringat akan kata-kata Amran petang semalam, bahawa cinta kami adalah cinta monyet..  Tak dinafikan dalam usia yang muda seperti aku ini, layak sahaja cinta kami di gelar Cinta Monyet.. Tetapi jika benar kenapa aku seteruk ini, hidup aku di bayangi kenangan aku dan Amran walaupun telah berpisah lebih setahun.. Apakah mungkin ini di katakan cinta aku terhadap Amran adalah Cinta pandang pertama..?? Dan orang kata cinta pandang pertama sukar untuk di lupakan.. Apakah benar..??  Hanya orang yang pernah melalui seperti aku sahaja bisa menafsirkan…

            Lamunan ku terhenti apabila mendengar satu pesanan ringkas telah masuk di telefon bimbit.. Aku  mencapai telefon di atas meja  tepi sofa, lantas menekan punat untuk membaca pesanan yang baru diterima..

“ Sara… Amran kat hospital dia pengsan malam tadi..
Kalau u nak jumpa dia I amik u petang nanti..”

             Serta merta jantungku ibarat berkecai selepas membaca sms dari Farid, telefon di tangan juga hampir terlepas dari tanganku.. Aku bingkas bangun lalu mendail nombor Farid, aku mahu tahu dengan lebih jelas berita yang baru aku terima itu.. Beberapa kali mencuba Farid masih tak menjawab, mungkin dia sedang  memandu atau mungkin dia telah berada di hospital.. Ahh pelbagai kemungkinan menerjah di kepala ku sekarang.. Aku pantas membalas pesanan Farid , mahu dia menjemputku secepat mungkin.. Aku semakin gelisah tak sanggup menunggu hari petang, tapi aku tahu buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa supaya tidak ada sesuatu yang lebih buruk berlaku pada Amran.. 

                                Bersambung....

Tuesday, 13 March 2012

Episod 17 : Berlalu Pergi

              Aku nekad petang ini aku mahu berdepan dengan Amran, aku mahu menebus kesalahan yang lepas.. Aku mahu mengharungi bersama Amran ketika dia sedang melalui hari-hari sukar tika ini.. Dan kali ini, aku ke padang bola sendirian tanpa di temani Farid.. Dan seperti semalam aku hanya menonton dari hujung padang sementara menunggu permainan tamat..  Aku mahu mengumpul kekuatan supaya aku tidak nampak lemah di hadapan Amran, walaupun aku tahu Amran jauh lebih kuat dari aku saat ini..

                Sedang aku merenung Amran di atas padang, tiba-tiba aku terkejut melihat Amran yang sedang berlari mengejar bola terhenti , apabila topi yang dipakai jatuh ke atas padang, lalu menampakkan kepalanya yang hampir botak..  Benarlah artikel yang aku baca malam tadi, penyakit itu akan menyebabkan rambut pesakit gugur dan lama kelamaan menjadi botak.. Amran memakai semula topi yang jatuh lalu berjalan ke tepi padang.. Hati aku tersentak melihat situasi itu.. Air mataku jatuh berjurai tanpa disedari, terasa mahu saja aku berlari ke arah Amran dan memeluk lelaki yang sangat aku cinta itu..

                Hampir 10mnit Amran di tepi padang, namun dia masih tersenyum melihat permainan di atas padang.. Aku beranikan diri untuk mendekati dia, aku tak mahu berlengah lagi.. Aku tahu masa aku semakin suntuk, aku tak mahu menyesal kali kedua… Perlahan aku melangkah ke arah Amran, dia masih tak perasan kehadiran aku, mungkin dia tak menjangkakan kehadiran aku disini..  Dan akhirnya aku berdiri lima tapak dari tempat dimana Amran duduk..

“ Amran…..”        Aku menegur perlahan, cuba mengawal sebak di dada.. Amran menoleh dan jangkaan ku benar dia terkejut saat melihat aku..

“ Sara…? “       Amran bingkas bangun..

“ Awak buat apa kat sini Sara..? “    Amran menyoal kali ini suaranya seakan berbisik, mungkin cuba mengawal perasaannya juga..

“ Saya nak jumpa awak Amran.. Saya terlalu rindukan awak….”     Suaraku seakan merintih, air mata sudah bergenang, mujur  aku memakai cermin mata hitam jika tidak pasti Amran dapat melihat mataku yang semakin sepet ini..

“ Sara… kan saya dah cakap awak kene belajar lupakan saya..”    Kali ini suara Amran sedikit tegas dan meyambung.. 

“  Kenapa awak jadi sampai macam ni, cinta kita cuma cinta monyet.. kenapa awak perlu rindukan saya lagi…? “      Nada Amran semakin keras, kemudian berlalu meninggalkan aku..  Aku betu2 terkedu, tidak tahu mengapa Amran perlu marah sebegitu.. Aku mengejar dari belakang tak mahu mengalah..

“ Kenapa awak nak lari dari saya Amran..? Kalau betul pun awak nak hukum saya tapi kenapa nak rahsiakan dari saya..? “
Amran berhenti lalu memandang tajam ke arahku.. Suasana tiba-tiba menjadi sunyi seakan hanya aku dan Amran sahaja berada disitu..

“ Amran.. tolonglah jangan jauhkan diri dari saya.. kalaupun betul dah takde rasa cinta dalam diri awak, anggaplah saya sebagai seorang kawan..”       Aku merayu lagi, kali ini aku tak mampu menahan air mata lagi.. Aku tak sekuat Amran yang masih merenung aku.. Amran seakan mahu membicarakan sesuatu, tetapi sesaat selepas itu dia tetap melangkah meninggalkan aku yang masih mengharap dia akan menoleh semula.. Aku pasrah, mungkin ini bukan masa yang sesuai… 

              Bersambung............

Thursday, 8 March 2012

Episod 15 : Penyesalan

              Malam itu mata aku tidak mahu lelap walaupun jam sudah menunjukkan hampir jam 3pagi..  Sampai sahaja dirumah jam 8 tadi, aku terus berkurung di dalam bilik dan masih melekat di atas katil sehingga kini.. Niatku untuk mencari jawapan mengenai penyakit Amran juga terbantut..   Aku seakan hanyut selepas perbualan dengan Farid petang tadi, hilang segala tenaga dan semangat aku selepas menerima khabar mengenai lelaki yang sangat aku cintai.. Dan sehingga saat ini, aku masih cuba untuk menafikan  segala yang Farid sampaikan tadi..  Aku cuba untuk tidur dan berharap  semua ini mimpi apabila aku sedar, namun kata-kata Farid masih menganggu fikiran..

“ Sara… Serius, I tak tahu kenapa Amran nak rahsiakan perkara ni pada u.. Tapi I rasa dia mesti ada alasan kenapa dia tak nak u tau..”      Farid akhirnya memulakan bicara, setelah kami melabuhkan punggung di bangku.. Aku masih diam, sabar menunggu butir selanjutnya dari Farid.. Jantungku masih berdegup laju..

“  I tak nak menyesal sebab I tak bagitahu u benda ni.. Sebab I tahu Amran memang sayangkan u… “     Farid masih menyusun kata.. Aku semakin tidak sabar..

“ Farid plssss straight forward.. tell me the truth.. “ Aku mula merayu, aku tak mahu lagi bermain silang kata..

“ Ok..ok.. Hurrmmm… Macam ni, sebenarnya Amran menghidap penyakit leukemia Sara… “       Farid mengalah, perlahan suara Farid saat menuturkan ayat itu, namun cukup jelas untuk di dengari oleh aku dan juga Fara… Aku terkesima tak mampu memberi apa-apa reaksi.. Aku cuba menidakkan apa yang baru sahaja aku dengar..

“ U bergurau yer Farid… ?? “       Aku menyoal mengharap farid akan tergelak dan memberitahu itu adalah satu gurauan.. tetapi wajah Farid yang serius dan kemudian mengeleng tanda dia tidak bergurau benar-benar buat jantungku luluh.. Walaupun penyakit yang disebut oleh Farid itu masih kabur pada aku, tetapi aku yakin pasti ia satu penyakit yang serius.. Jika tidak Farid tak akan seserius ini...   Kelopak mata ku mula bergenang, Fara di sebelah mengenggam erat tangganku seakan cuba menyalurkan  kekuatannya pada aku..   

“ Sara.. I harap u boleh beri dia semangat untuk lawan penyakit dia..”     Kata-kata terakhir Farid seakan menaruh harapan pada aku agar dapat membantu Amran ketika ini.. Jika tidak di suruh oleh Farid sekalipun aku pasti akan bersama Amran di saat ini.. 

                Fikiran ku masih berputar ligat mengenang kembali saat-saat indah bersama Amran, seakan video rakaman yang tiada kesudahannya..  Airmataku juga tak berhenti mengalir, menangisi kesilapan yang telah aku lakukan terhadap Amran dahulu..  Sesekali aku menyumpah diriku sendiri kerna pernah menyakiti hati lelaki yang aku cinta sepenuh hati itu.. Sungguh aku menyesal, tapi apa ertinya penyesalan ku itu sekarang, aku tahu ia tak mampu mengubah apa-apa sekarang..  Aku cuma berharap masih sempat untuk menebus kesalahan yang lepas.. 

                        Bersambung.... 

Wednesday, 7 March 2012

Episod 14 : Cuti Semester

                Selepas pertemuan yang menyakitkan hati itu, aku tidak lagi cuba menghubungi Amran.. Bagaikan luluh hati aku apabila Amran mengatakan dia tidak mahu bertemu aku lagi.. Begitu benci dia terhadap aku sehingga tergamak dia menghukum aku sebegini.. Besar sangatkah apa yang telah aku lakukan.. Mungkin sangkaan ku benar selama ini, Amran telah menemui pegantiku..  Aku harus  belajar melupakan dia walaupun  aku tahu itu tidak mungkin sama sekali berlaku dalam sekelip mata.. Namun aku tekad untuk terus kuat, lalu ku capai telefon bimbit ku dan mencari nombor Amran dan pantas memadam nombornya supaya aku tidak bisa lagi cuba menghubunginya selepas ini.. Aku yakin itu adalah langkah pertama yang perlu aku ambil..


******************************************************************************************************
        Setelah 6 bulan , akhirnya aku berjaya menamatkan satu semester ..  Dan selepas ini semua mahasiswa dan mahasiswi akan bercuti selama dua bulan sebelum memulakan sesi baru.. Aku tak sabar hendak pulang ke Kuala Lumpur.. walaupun aku tahu cuti semester ini pasti aku akan kebosanan duduk di rumah tapi setelah belajar dan memerah otak ketika final exam yang lepas aku mahu berehat sepuasnya..
                Seminggu di rumah tanpa membuat apa2 betul-betul membuatkan aku mati kutu.. Kawan-kawan sekolah ramai yang mengambil keputusan untuk bekerja sambilan sempena cuti panjang.. Ayah pula tidak mengizikan aku bekerja bimbang aku akan hilang minat untuk belajar.. Pelik sungguh pemikiran ayahku seorang tu, tak seperti sesetengah ibu bapa yang suka anak2 mereka belajar hidup berdikari.. Oleh demikian aku hanya terfikirkan adikku Fara untuk di ajak teman berjalan-jalan, dan petang itu kami merancang untuk ke Sunway Pyramid menonton wayang sambil window shopping..
                Suasana di shopping complex pada hari sabtu itu sarat dengan remaja.. Aku sendiri berasa rimas melihat keadaan bersesak-sesak di pintu utama dengan remaja yang melepak.. Dalam fikiran terdetik, begitulah aku sewaktu zaman persekolahan melepak hanya berbual kosong.. Aku hanya tergelak kecil mengenangkan zaman itu walaupun tidak sampai setahun aku zaman persekolahan ku berlalu..
                Memandangkan showtime untuk menonton lagi satu jam, aku dan fara mengambil keputusan untuk mengisi perut yang sedang lapar dahulu.. Dan ketika kami sedang  menuju ke restoran makanan segera sahaja  tiba-tiba mata ku terlihat kelibat lelaki yang pernah menjadi kekasih sahabat ku Lynn..  Farid !! Aku cuba memerhatikan dengan lebih jelas, supaya aku tidak tersilap orang.. Dan kali ini mata aku benar-benar yakin, lelaki itu adalah Farid sepupu Amran.. Aku segera menarik lengan fara ke arah Farid yang sedang leka di salah sebuah kedai kasut..Aku menegur Farid, sebaik sahaja aku menghampiri  dia yang masih tak perasan kehadiran aku..

“ Farid ! ..” farid pantas menoleh kemudian merenung aku sambil mengerutkan dahinya..

“ Ehh Sara kan..?” Farid pantas mengecam aku..

“ Lama tak jumpa u.. Sihat nampak..” aku cuba bersahaja, semenjak Farid berpisah dengan Lynn aku jga tidak pernah tahu khabar Farid..
   
“ OK !! I dengar u further study skrg.. so how’s life??” Farid cube memulakan perbualan..

“ Biasa jer.. Ehh btw ni sister I, Fara..” Aku hampir terlupa untuk perkenalkan adikku yang tercongok berdiri di sebelah..

“Ohh I tak tau u ada adik perempuan.. Cantik plak tuhh..”  Farid menghulurkan salam sambil memperkenalkan diri pada Fara ..

“ Okey sudah ! “ Aku cuba mematikan sengih Farid yang sudah sampai ke telinga itu sambil mata tak berhenti memandang Fara.. Aku 
tahu Farid memang suka mengusik tapi kalau di layan boleh menjadi nanti..

“ Hahaha relaks laa Sara, I tak kacau pon adik u.. Eh btw u ada melawat Amran ker..? “ Farid melontarkan soalan padu.. Aku seakan terkedu apabila mendengar ayat ‘melawat’..

“ Melawat..??? Maksud u..?? “    Aku mahukan kepastian..

“ Seriouss??? Takkan u tak tahu keadaan Amran Sara..?? “ Kali ini giliran Farid memberi reaksi terkejut..

“ I tak tahu apa-apa.. I ada jumpa dia 3 bulan lepas tapi dia takde cakap apa2 pon..”   Aku masih keliru…

                Akhirnya Farid mengajak aku dan Fara ke tempat yang lebih selesa untuk memberitahu sesuatu tentang Amran.. Dan ketika melangkah jantungku berdegup laju, tidak sabar ingin tahu apakah yang akan di sampaikan oleh Farid nanti.. Hati aku berasa tidak sedap, dari riak wajah Farid aku tahu ada sesuatu yang serius bakal di ucapkannya nanti.. Jauh di sudut hati aku berharap bukan sesuatu yang buruk telah menimpa Amran..

                                     Bersambung......

Thursday, 1 March 2012

Episod 13 : Suka Bertukar Duka

             Hari Sabtu akhirnya tiba… Aku berdandan ringkas,  tidak mahu kelihatan berlebih-lebih, kerna aku tahu itu diri aku yang Amran suka..  Kami berjanji untuk bertemu di Sicret Recipe di salah sebuah shopping complex tempat kami bercinta dahulu.. Aku tahu Amran sengaja mahu bertemu di situ, restoran itu agak privacy dan tenang untuk berbicara atau mungkin juga dia mahu mengamit kembali saat-saat indah yang  pernah kami lalui..  

              Sangkaan aku benar Amran tiba lebih awal seperti dahulu, dia memang tidak suka biarkan aku tertunggu.. Hatiku berbunga riang melihat kelibatnya , tak dapat aku gambarkan perasaan aku tika melangkah kearah lelaki yang telah membuat tidur malam ku tidak lena selama ini, terasa seperti ingin memeluk lelaki itu dan tak mahu lepas supaya dia tidak bisa lagi melarikan diri dari aku..

            Langkahku terhenti di hadapan kerusi dimana Amran sedang duduk.. Amran terkejut, lalu berdiri dan tersenyum.. Ooohh senyuman nya seakan baru sahaja membunuhku.. Aku terkesima, tidak mampu untuk mengucapkan sepatah kata.. Tetapi Amran dihadapan ku harini, berlainan sedikit dia semakin kurus wajahnya juga sedikit cengkung..

“ Sara… Awak nak terus berdiri dan tengok saya jer ke…?? “         Amran mematikan monolog ku..

“ eeehh taklah mestilah nak duduk.. kaki saya dah lenguh berjalan dari bus stop tadi..”      Aku tersipu lalu tanganku menarik kerusi dan melabuhkan punggung di sebelah Amran..

“ Amran.. saya tengok awak ni macam tak sihat jer.. makin kurus kenapa..? “ Aku tak sabar lagi mahu mengetahui perkhabaran Amran..  Susuk tubuhnya seperti tidak masuk akal untuk seorang yang aktif bersukan seperti dia..

“ Saya tak lalu makan, sebab tulah kurus.. semua sebab awaklahh !! “    Amran menjawab sambil tergelak kecil di hujung ayatnya..
Ohh apakah benar keadaan dia seperti ini di sebabkan aku..? Kalau begitu pasti dia lagi sengsara dari apa yang aku lalui selama ini.. Tiba-tiba aku diselubungi rasa bersalah.. Jika benar kenapa Amran tak pernah cuba untuk menjejaki aku..?

“ Yerlaa tu sebab saya.. Awak kan popular kat university tu, takkan takde seorang perempuan pon blh bagi awk lalu makan..”     Aku cuba membalas gurauan Amran, sambil mahu memancing status Amran sekarang…

“ Kalau ada takkanlah saya datang nak jumper awak harini.. Saya  harap mulai arini saya akan berselera untuk makan…”     Amran masih bergurau dan sikap itu masih seperti dahulu.. Sikap yang sentiasa buat aku ketawa dan tak pernah jemu untuk melayan…

            Janji temu pertama itu selepas hampir setahun tak bertemu ,  penuh dengan pelbagai emosi..  Aku tak mahu melepaskan peluang untuk meluahkan perasaan yang aku tanggung selama beberapa bulan ini.. Selepas bercerita perkembangan masing-masing, aku cuba mengambil langkah berani memulakan topik lain…

“ Amran.. awak tahu tak, saya dah lama tunggu saat-saat ini.. saat kita bercerita, bergurau, merajuk macam dulu… Selepas saya tinggalkan awak, saya betul2 tersiksa.. Saya terlalu rindu kan awak, Amran..”       Aku menuturkan ayat itu sayu, wajahku tunduk tak sanggup mahu menatap mata Amran.. Dan aku jantungku berdebar menunggu respon dia..

“ Sara.. kalau awak terseksa, saya lebih terseksa.. sehingga hari ini, saya masih tak tahu atas alasan apa awak tinggalkan saya.. ”  Lega aku mendengar ayat itu keluar dari mulut Amran, itu menunjukkan aku masih punyai harapan untuk bersama kembali..                      

“ Tapi Sara.. kita dah tak boleh macam dulu… Awak perlu teruskan hidup walau apapun dugaannya.. “  Amran meyambung lagi, kali ini buat aku keliru dengan ucapannya.. Apakah maksud yang cuba Amran sampaikan.. Bukankah  kami sama-sama tersiksa, jadi kenapa perlu di biarkan terus begini…

Tapi Amran, hidup saya huru hara tanpa awak.. Tolonglah kenapa kita nak lalui hidup yang susah kalau kita ada pilihan untuk hidup bahagia Amran..”  Aku mula merayu, air mata mula bergenang..

“ Sara.. kita takde pilihan untuk tentukan bahagia atau tidak, itu semua kuasa Allah.. Kalau kita bersama balik pun, belum menjanjikan bahagia jika tidak kerna izin Nya”     Saat Amran mengucapkan itu aku tak mampu lagi menahan air mata aku dari gugur.. Aku tak faham kenapa Amran perlu berkias-kias seperti itu.. Jika dia sudah mempunyai teman mengapa tidak perlu jujur…  Ahhh Dia semakin meyiksa aku…. Hati aku teramat sakit sekarang... 


                      Bersambung....


Episod 12 : Temu Janji

                Hari minggu itu berlalu hampa, sia-sia saja aku pulang ke KL harapan dapat bertemu Amran, tetapi rupanya hati lelaki itu masih keras.. Barangkali masih sakit hati atas apa yang aku dah buat pada dia dulu..  Tak mengapalah mungkin rasa ini yang perlu aku tanggung atas apa yang aku dah buat pada dia.. tapi apa yang aku buat??? Kejam sangat kahh?? Ohhh sesak rasa otak aku mencari jawapan… walauapa pun aku tahu hidup perlu aku teruskan.. Takkan aku harus terus mengharap pada dia, mungkin  cinta monyet kami telah berakhir..  Dan aku perlu belajar terima kenyataan itu..

                Suasana di kafe meriah seperti biasa, hingar bingar bagaikan pasar.. Namun bagi aku tetap sunyi sesunyi hati yang kosong.. Aku masih tak dapat membohongi diri aku bahawa nama dia sudah ku padam dari kamus hidupku.. Bukan aku tak pernah memcuba untuk mengenali lelaki lain, dua hari lepas aku keluar makan tengahari bersama Nasriq, senior yang dari awal cuba mendekati aku..  tetapi sepanjang 1jam ½ di kedai makan, fikiran aku melayang entah kemana, sehinggakan Nasriq menarik muka kerna aku kerap kali meminta dia mengulang apa yang dia katakan..  

              Petang itu aku mengambil angin di luar, menemani Wani yang mahu ke Bandar membeli buku rujukan.. Aku cuma menunggu di luar,sedang aku leka memerhati orang lalu lalang di kedai buku itu tiba-tiba telefon ku berdering.. Tertera nama Amran di skrin telefon bimbit ku.. Bibirku mengukir senyum, akhirnya cair juga hati lelaki ini untuk menghubungiku.. Pantas aku menekan keypad hijau untuk menjawab panggilan ..

“ Hello Amran.. “ Sapa ku sambil bibirku masih terukir senyum…
“ Sara.. Saya nak jumpa awak.. Bila awak boleh balik KL..?”         Suara Amran seakan-akan terdesak.. Kenapa dia mahu berjumpa aku.. Bukankah selama ini dia yang cuba menjual mahal..
“ Saya baru balik KL lastweek.. Kenapa awak tak call saya..? “        Nada suaraku berubah seakan-akan mahu merajuk.. Aku cuba mendapatkan jawapan kenapa Amran menyepi..
“ Maafkan saya Sara.. Saya sibuk.. tapi Sabtu ni saya ada di KL.. Kalau ada jodoh kita jumpa ok..”   Amran memberi alasan, namun di hujung ayatnya itu membuat aku ragu.. Jodoh?? Apakah Amran mengharapkan kami bersama..

             
             Seronok tidak terkata menerima panggilan daripada Amran, apatah lagi panggilan itu menjanjikan sebuat janji temu untuk kami yang sekian lama tak berjumpa.. Sungguh, aku semakin tidak sabar menunggu hari Sabtu muncul.. Walaupun aku tahu pulang ke rumah nanti pasti di bebel oleh ayah kerna kerap pulang..  Aku harap pertemuan kali ini Berjaya.. Aku tak sabar mahu memberitahu Amran bahawa aku masih sayangkan dia, dan betapa aku rindu pada dia selama ini.. Ohh terasa masa berjalan begitu lambat pula apabila dihitung dan akhirnya aku terlelap bersama senyuman yang masih lagi terukir…

                                 Bersambung.... 

Tuesday, 28 February 2012

Episod 11 : Penantian


                Malam esoknya aku masih terjaga pada jam 3pagi.. Aku benar-benar gelisah, walaupun sudah melepaskan rindu pada dia semalam..  Dan dua hari sebelum aku pulang ke KL aku menghantar sms kepada Amran, hilang sudah rasa ego ku.. Ringkas sms ku itu, namun besar harapan yang aku letakkan pada dia..

                                ‘ Amran , saya nak jumpa awak hujung minggu ini..
                                Saya harap sangat awak dapat luangkan masa.. ’

                Serius aku semakin tewas pada rasa rindu yang semakin hari semakin menebal..  Kali ini aku tidak peduli apa pun yang Amran akan fikirkan tentang aku, yang pasti aku mahu cuba memperbaikinya.. Selang beberapa minit kemudian aku menerima sms balas dari Amran, berbunga rasa apabila dia sudi membalas..

                                ‘ Saya cuba Sara…. Tapi jangan terlalu mengharap..’

           Hati aku menjadi sayup  membaca sms Amran, dia seperti tidak gembira dengan niatku malah tidak mahu memberi aku satu kata untuk aku terus berharap.. Walau apa pun aku tidak mahu terus menyerah, aku akan cuba untuk berjumpa dia walau sekali.. Aku mahu pastikan jika Amran masih mempunyai perasaan terhadap aku lagi ataupun tidak.. Biarlah hati ku puas, sekurang-kurangnya aku masih mahu mencuba..

                Petang sabtu itu aku tiba di Hentian Pudu ketika langit masih cerah.. Perjalanan 3jam didalam bas sungguh membosankan aku.. Pelbagai perkara bermain di fikiran.. Aku mengambil keputusan untuk tidak terus pulang ke rumah.. Sms yang aku tunggu-tunggu masih belum aku terima, tak senang duduk selagi tidak menerima sms dari dia.. Seksa rasanya menunggu begini, menunggu keputusan SPM pun tidak segilsah ini.. Sepanjang perjalanan tadi aku menahan diri dari menghubungi Amran, aku masih belum terdesak.. Jauh di sudut hati aku masih yakin Amran akan menghubungi aku , mungkin bukan hari ini, semoga esok masih ada.. Aku cuba memujuk hati kecil ku..


                Akhirnya petang itu, aku hanya berjalan-jalan di sekitar Puduraya untuk menghiburkan hati diri sendiri.. Tiada apa yang menarik, aku cuma sempat membeli senaskah majalah buat peneman ketika aku bosan menikmati makan tenghari yang sudah bawak ke petang…  Dan kemudian aku akur untuk pulang ke rumah sahaja setelah jari-jari ku sakit pusing di sekitar Kota Raya dan Pasar Seni..  Berjalan-jalan di kawasan itu sebenarnya menambah lagi ingatanku terhadap Amran, terlalu banyak kenangan kami bersama di situ.. Walaupun pulang dalam keadaan hampa, namun aku gembira kerna dapat melewati tempat-tempat kenangan sewaktu kami sedang bercinta dahulu.. Dan malam itu aku tidur nyenyak kerana terlalu letih dan sebelum terlelap aku sempat  mengharap esok akan membawa berita gembira..

                       Bersambung..... 

Episod 10: Harapan

                Malam itu tepat jam 2.30 pagi aku terjaga lagi.. Aku mimpikan Amran, sudah beberapa malam aku terjaga mimpikan dia, kemudian aku bangun dan menangis teresak2 seolah-olah mimpi yang sangat tragis..  Tapi apabila di soal oleh Wani, mengenai mimpi aku itu, aku sendiri tak dapat jelaskan.. terlalu samar , yang nyata aku dapat lihat dia di dalam mimpi itu.. Mungkin aku terlalu merindui lelaki itu sehingga terbawa-bawa di dalam mimpi.. Tapi malam itu, aku tak dapat menahan perasaan lagi, aku pantas mengambil sweater ku yang tersangkut di belakang pintu dan sedikit duit syiling di dalam tabung..  Aku menyelinap keluar dari bilik perlahan-lahan, tidak mahu Wani terjaga dari tidur.. Laju langkah ku menuju ke public phone yang terletak di hujung blok asrama..

                Selepas mendail nombor Amran, aku menunggu seketika dengan harapan Amran masih belum tidur waktu ini.. Panggilan tidak berjawab, aku mencuba beberapa kali, tapi masih juga tidak hasil..  Aku sengaja menggunakan telefon awam dengan harapan Amran akan menjawab panggilan itu.. Barangkali Amran sedang nyenyak tidur agaknya.. Aku kembali ke bilik dengan perasaan hampa, aku tak tahu bagaimana nak hadapi rasa rindu ini lagi.. Semakin hari semakin teruk keadaan aku bila difikirkan.. 

                Keesokkan harinya aku tekad mahu mencuba lagi menelefon Amran..  Kali ini, aku memberanikan diri menghubunginya menggunakan telefon bimbit ku sendiri..  Aku harap kali ini, aku tidak kecewa..  “ Hello…” Aku tersenyum apabila akhirnya dapat mendengar suara yang aku rindu-rindu di hujung talian..    “ Amran… masih ingat saya..? “ Perlahan suara aku mengharap Amran masih mengecam suaraku..    “ Hurmmmm Sara ke tu..? “ Amran meneka..     “ Awak sihat..?”  Aku menyoal lagi, lagak seperti baru berkenalan.. Jujurnya aku tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan itu..  Jantungku laju berdegup seperti kali pertama aku melihat dia…  “ Saya sihat Sara.. terima kasih sebab masih ingat saya… “ Sayu suara Amran saat melafazkan ayat itu..  “ Yerr saya sentiasa ingat awak Amran.. Kalau tak, takkan lah saya call awak sekarang ni..” Itu sahaja ayat yang mampu terkeluar dari bibirku sedangkan hatiku meronta-ronta mahu  memberitahu bahawa aku terlalu rindu pada dia.. Rindu yang teramat sangat…  

            
                 Hampir 10 minit perbualan di telefon, Amran terpaksa mengakhiri perbualan dengan alasan kerana ada urusan.. Aku tidak menyoal lebih lanjut, kerna aku sedar aku tidak berhak untuk itu.. Namun aku sempat memberitahu bahawa aku akan pulang ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.. Aku harap dia menghubungi ku nanti sewaktu aku di KL.. Walaupun aku tahu harapan itu amat tipis namun aku percaya Amran masih punya perasaan terhadap aku melalui perbualan tadi.. Dan aku harap perasaan itu kembali mekar seperti kali pertama kami bertemu…

                             Bersambung.... 

Episod 9 : Rindu Bertandang lagi

                Tok…Tok.. Pintu bilik aku di ketuk kuat, lantas mengejutkan aku dari lamunan yang panjang..  Aku bingkas bangun mahu membuka pintu ..  Sebaik pintu dibuka, kelihatan wajah teman sebilikku Wani yang berasal dari Kedah, yang ayu berbaju kurung…    “ Laaa… yang hang kunci pintu ni kenapa…? “   Wani mengacukan soalan sambil menghenyakkan bontotnya ke katil..    “ Kau kemana tadi…? “     Aku membalas dengan soalan, malas mahu menjawab soalan Wani sebentar tadi..        “ Aku pergi kuliah ler… yang hang ni berkurung dalam bilik jaa, pasai apa…? Takdak kelas..? ”      Wani menyoal lagi dengan pekat loghat utara…    “ Aku ada satu kelas je pagi tadi..” Jawabku ringkas, sambil meletakkan kepala semula ke bantal..     “ Hang ni dah kronik tau tak?? Cubalah bergaul dengan pelajar2 kat luaq tu.. baru laa hang boleh lupakan jantan tu.. Ni tak, dok mengelamun jaaa sampai bilaa Sara oiii..? “     Wani mula membebel,  dan setiap kali dia membebel aku cuma mampu tersenyum..  Tak dapat dinafikan apa yang Wani cakap tu betul, cuma aku jer yang malas nak keluar dari bilik.. Selain ke kuliah, aku habiskan masa di dalam bilik.. Segala persatuan aku cuma mendaftar sebagai ahli , tapi perjumpaan belum sekali aku sertai..

                Sudah sebulan aku bergelar mahasiswi.. Yaa, impian aku terlaksana, walaupun sebenarnya aku berharap aku dapat lanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA di Utara namun tawaran yang aku terima sebaliknya, aku tercampak di Selatan tanah air.. Pada mulanya memang agak berat untuk aku terima tawaran ni, kerna pada mulanya aku hanya bercadang mahu sambung ke tingkatan 6 bersama  sahabat baikku Lynn.. Tapi ayah sudah berkeras mahu aku mendaftarkan diri di sini.. Katanya, disini aku akan lebih merasai suasana belajar..  

                Kehidupan aku disini bukan lah semudah yang aku sangka, aku masih terkial-kial untuk membiasakan diri hidup tanpa keluarga.. Segala urusan aku perlu uruskan sendiri, dan sekeliling aku adalah orang baru yang masih butuh masa untuk aku menyesuaikan diri.. Dan apa yang lebih merumitkan aku disini, ialah ingatan aku terhadap Amran.. Aku seoalah- olah hidup dalam bayangan dia, kemana sahaja aku pergi aku mengharapkan dia ada bersama.. Setiap saat aku memikirkan dia, sehinggakan aku tidak pernah jemu bercerita  tentang dia kepada Wani..  Aku tahu Wani pasti jemu medengar kisah cinta monyet aku itu, atau mungkin dia fikir aku gila bayang… Ahh mungkin juga aku gila bayang, jika tidak masakan aku seteruk ini…


                Aku tak pasti apakah Amran juga melalui apa yang aku lalui sekarang..  Ahhh tidak mungkin, setelaha  aku ternampak dia bersama seorang perempuan empat bulan lepas di salah sebuah shopping complex , waktu itu aku tahu dia sedang cuti semester.. Hati aku benar-benar remuk, segala tekaan aku terhadap dia tepat selama ni..  Dan sepatutnya itu mengukuhkan lagi rasa benci aku pada dia, tapi kenapa rasa rindu pula yang aku perlu tanggung sekarang.. Binggung aku dibuatnyaa !    


                     Bersambung.....

Monday, 27 February 2012

Episod 8 : Ego

               Tiga minggu berlalu, aku dapat rasakan aku semakin kuat tanpa memikirkan Amran.. Namun aku tak dapat menepis jika sesekali bayangan Amran datang menjengah..  Aku cuba sibukkan diri aku dengan persiapan SPM, dan pastinya ayah dan mammy gembira melihat aku begitu focus pada pelajaranku..  Aku tahu mereka meletakkan harapan tinggi pada aku, memandangkan aku adalah anak sulung dalam keluarga.. Mereka mahu aku menjadi contoh kepada adik-adikku, Fara dan Faiz.. Aku tak mahu menghampakan mereka, itu janji aku pada ayah dan mammy…

                Minggu ke empat… Suatu petang yang nyaman, sedang leka aku membantu ibu didapur menyiapkam hidangan minum petang.. Tiba-tiba telefon berdering minta di angkat, kedengaran suara Fara menjawab panggilan.. Beberapa saat selepas itu Fara menjerit nama ku,                “ Sara... ada orang call… nama dia Amran..”      Jantungku berdegup laju sebaik saja nama Amran di sebut.. Aku memandang mammy,  tanda meminta pandangan, wajarkah aku menjawab panggilan Amran itu.. Mammy tersenyum seakan member green light..  Tapi hati aku masih berat mahu berbicara dengan Amran, aku tidak rasa sekarang masa yang sesuai.. Aku mengambil keputusan untuk tidak menjawab dan meminta Fara memberi alasan bahawa aku sedang sibuk..

                Sejak petang itu, Amran cuba beberapa kali untuk menghubungi aku, sama ada menerusi telefon rumah mahupun telefon bimbit, sahabatku Lynn..  Namun aku biarkan panggilannya itu sepi, sehinggakan Lynn sendiri sudah tahu memberi alasan bagi pihak aku.. Aku bukan tidak mahu bercakap dengan Amran,  aku cuma tak mahu hati aku lemah sekiranya di pujuk rayu oleh lelaki itu.. Kenapa setelah empat minggu baru dia mahu menghubungi ku..?  Bukankah itu terlalu lama masa yang di ambil untuk memujuk.. Tapi benarkah dia mahu memujuk..?? Atau sekadar mahu bertanya khabar.. Tapi, kenapa sekarang.. Itu menguatkan lagi alasan ku untuk terus menghindar dari lelaki yang bernama Amran..  Jika sebelum ini dia tegar membiarkan aku tanpa khabar kenapa tidak aku..? Yaa aku perlu tanamkan ego seperti itu untuk terus kuat.. 

                      Bersambung......

Friday, 24 February 2012

Episod 7 : Layangan Surat

                Esoknya semasa waktu rehat , aku mengutarakan  kepada Lynn, hasrat aku untuk berpisah dengan Amran..  Seperti yang aku jangka, Lynn terkejut  dengan niat aku itu..   “ Kau betul ke nak break ni Sara?? Bukan ke kau sayang kat dia ? “      Soal Sara sambil mulut masih mengunyah goreng pisang dari gerai Makcik Timah..     “ Yer memang aku sayang Lynn.. Tapi aku rasa hubungan aku ni mcm takkan kekal.. Amran pun dah banyak berubah Lynn..”   Luah aku sayu..      “ Yerlaa aku faham, mungkin sebab korang jauh kot.. ke… sebab Amran dah ada gf baru..?? “    Aku tersentak.. Itulah yang aku fikirkan selama ini.. Mungkin benar Amran sudah punya kekasih baru di sana.. Jika tidak masakan Amran tidak rindu pada aku.. Sudah berminggu kami tidah berhubung, itu menguatkan lagi prasangka aku pada dia..          

                Jadi malam itu aku mengambil keputusan untuk menulis surat kepada Amran.. Mujurlah Amran pernah memberkan alamat asramanya di sana.. Kali ini aku nekad, aku tak mahu menangguhkan lagi, makin lama makin sesak nafas aku memikirkan tentang Amran.. Aku tak mahu masa aku di bazirkan dengan memikirkan tentang lelaki yang semakin menjauhkan diri dari aku itu.. Biarlah aku yang mengambil keputusan ini, daripada aku mendapat tahu kemudian hari bahawa Amran sudah berlaku curang di belakang aku.. Sekurang-kurangnya hati aku tidak terlalu sakit akan datang dan aku boleh fokus pada kehidupan aku di sini.. Mungkin ini juga terbaik untuk Amran, aku yakin..

           
    Ringkas saja surat yang aku layangkan pada Amran, namun maksudnya begitu jelas.. Aku tidak mempunyai alasan yang lebih jelas untuk memutuskan hubungan kami, tapi aku terpaksa.. Aku tak mahu lagi hidup dalam kerinduan..  Aku mengandaikan cinta kami hanya cinta monyet, seperti remaja lain..  Apalah yang ada pada remaja belasan tahun seperti kami, masih mentah untuk mengharungi semua ini.. Teringat pada kata-kata mammy sewaktu menjemput aku dari sekolah,     “ Sara.. kamu masih muda sayang.. ramai lagi lelaki yang Sara akan jumpa.. Lebih bagus, bertanggung jawab.. Masa tu Sara akan tahu apa yang sebenar Sara cari dalam bercinta..”      Terkejut aku sewaktu mammy memberi nasihat itu, dia seakan2 dapat membaca fikiran aku..  Benarlah kata orang, seorang ibu sentiasa memahami anaknya tanpa perlu kita kongsikan, seorang ibu sudah dapat merasakan perasaan anaknya..

                Genap seminggu aku poskan surat kepada Amran, aku masih belum menerima balasan melalui surat mahupun panggilan..  Aku tak tahu kenapa , hati aku masih lagi gusar memikirkan dia.. Bukankah sepatutnya aku berasa lega sekarang.. Dan seharusnya aku tidak perlu lagi memikirkan tentang dia, tapi kenapa hati aku sakit sekarang semakin sakit berbanding sebelum ini.. Betulkah apa yang aku lakukan ini…? Tetibe perasaan menyesal meyelubungi hati.. Ahhh perlukah aku rasa menyesal..? Sedangkan Amran tidak sedikit rasa mahu memujuk…  Yaa.. Aku perlu menanam perasaan benci pada lelaki itu, dan akan aku bina rasa ego setinggi tembok cina agar bisa namanya aku padam dalam kamus hidupku…


                                    Bersambung......
               
                

Episod 6 * Tak Keruan

              Semenjak malam itu, ayah semakin ketat mengawal gerak geri aku.. Ayah telah mengetahui anaknya sedang bermain cinta.. Amran memberitahu bahawa ayah menasihati supaya dia tidak meganggu aku sehingga tamat SPM.. Walau bagaimapun kami masih berhubung  semakin sukar, Amran menasihati supaya bersabar. Namun aku seakan-akan tidak  dapat menerima situasi setiap hari tanpa mendengar suara Amran.. Dia juga semakin sibuk dengan tugasan di universiti, pelbagai aktiviti perlu dia ceburi selain menghadiri kuliah.. Aku tahu Amran seorang yang aktif, dia masuk pelbagai kelab dan persatuan.. Oleh kerana itu juga lah aku semakin risau dengan hubungan kami.. Aku bimbang Arman akan mula berpaling pada wanita lain.. Pasti ramai pelajar2 perempuan yang cantik dan bijak di Universiti tu,  dan tidak mungkin seorang pun Arman tidak tertarik...  Persoalan itu selalu aku keutarakan pada Amran, dan setiap kali itulah Amran cuba meyakinkan aku bahawa dia terlalu sibuk untuk mengenali wanita lain.. Ahh seakan tidak masuk akal jawapannya itu, tapi aku hanya menelannya selagi mampu…

             Oleh kerana perbatasan aku yang semakin tersekat, aku dan Amran semakin jarang berhubung.. Kadangkala hampir dua minggu barulah aku dapat menghubungi Amran itupun menggunakan telefon awam, perbualan kami juga semakin singkat.. Aku dapat rasakan hati aku juga semakin tawar , mungkin kerana sikap Amran yang kadangkala seperti acuh tak acuh terhadap aku.. Terbit juga rasa syak wasangka buruk terhadap Amran..  Sudah lima bulan tidak bertemu, berhubung melalui telefon juga  semakin jarang, tidak mustahil hubungan kami akan pudar lama kelamaan.. Masakan aku mahu berterusan begini sepanjang  empat tahun Amran di sana.. Belum pun tamat satu semester aku sudah begini inikan pula empat tahun..  Aku benar-benar tidak sanggup..


                SPM semakin hampir , aku membuat keputusan untuk tidak menghubungi Amran..  Jadualku semakin ketat, selepas tamat waktu sekolah  aku perlu hadiri kelas tambahan.. Hujung minggu pula ayah hantar aku ke tuisyen, pergi dan balik aku di temani ayah ataupun mammy.. Sehinggakan aku tiada masa untuk berlibur bersama kawan2.. Serius aku berasa tertekan, tapi aku tahu sekiranya aku memberontak pasti ayah akan menghukum aku dengan lebih teruk lagi..   Selain alasan itu, aku mahu menunjuk perasaan pada Amran, aku mahu lihat sejauh mana Amran akan berusaha menghubungi aku..  Aku mahu menduga perasaan sayang dia pada aku sekarang.. Apakah masih menebal atau semakin hilang di telan masa….

                Dua minggu berlalu, hidup aku benar-benar tak keruan sekarang, siang malam aku memikirkan Amran.. Perhatian aku terhadap pelajaran juga sedikit terganggu.. Aku sering mengelamun di dalam kelas, di rumah juga aku banyak habiskan masa didalam bilik di temani lagu-lagu jiwang.. Aku tahu aku tak boleh berterusan begini, sedangkan Amran sikitpun tidak pernah peduli.. Lagipon Amran dah berjaya menjejakkan kaki dimenara gading, manakala nasib aku masih belum tentu lagi.. Aku tak mahu perasaan aku ni membinasakan impian aku pula.. Yaa aku perlu lakukan sesuatu, kali ni aku nekad...

                           Bersambung....