Sunday, 1 March 2015

Makan Besar Kat Jeram

Assalammualaikum

8/2/2015 yang lepas genap umur abah yang ke 69 tahun. Tapi sebab date tu aku meniaga kat subang parade , so plan dengan akak aku nak celeberate birthday abah the next weekend.. Alahh bukan celebrate sangat pon , nak belanja makan and bawak abah relax-relax jer sebab selalu kalau kita orang balik sungai buloh abah yang masak so birthyday dia biar la kasi dia makan luar. 

Abah aku memang ON jer kalau anak-anak ajak keluar , kalau kerja dia sanggup amik cuti. Yerlaa mak bapak mana yang tak nak spend time dengan anak-anak kan.. Nak plak anak-anak semua dah kawen , ada family & kerja sendiri. Dorang sendiri nak ajak anak-anak keluar , takut menganggu so tunggu jerla anak-anak pelawa nak bawak pergi bercuti ker , pergi makan luar ker. 

Masa akak aku bagitau birthday abah aritu aku terus laju jer bagi idea nak ajak abah dinner kat Jeram, Kuala Selangor. Aku dengan Shah pon dah lama kepingin nak makan seafood kat Jeram ni sebenarnya , sebelum ni asik dengar orang cakap jer pasal makanan laut kat Jeram. Tapi sebab tak pernah pergi so tak berani nak redah dua orang laki bini. Kalau ramai-ramai syok sikit , baru lah berbaloi ! Boleh order banyak-banyak dan makan pon banyak-banyak ! 

Disebabkan kita orang semua tak pernah sampai Jeram ni , kita orang search kat waze jer dari Sg Buloh tak sampai sejam lebih kurang 45 minit dah sampai. Masa perjalanan pergi tu ntah mana-mana la waze tu ajar kitaorang jalan kampung , mujur la petang dan cerah lagi takdela sesat barat, kalau malam memang tak nampak kot lorong-lorong jalan kampung tu sebab kiri kanan pon pokok getah. Tapi masa on the way balik boleh pulak waze ajar ikut hihgway. Lagi la sekejapan dah sampai kalau tau masa pergi tu takyah belit-belit rupanya masuk highway LATAR jer senang. Haishhh suka hati ko jer la nak ajar ikut mana , selalu macam tu . Pergi jalan lain , balik jalan lain dah tu macam mana lah nak pandai jalan sendiri.

Bila sampai jer Jeram terus nampak besar -besar restoran Aroma Ikan Bakar sebelah kanan. Bapak punya besar restoran tu , keta berduyun-duyun tak tau datang dari mana ntah. Masa tu aku dah tak sedap hati sebab tak buat reservation. Shah dah perli-perli aku kalau takde table , kita makan bersila tepi laut jerla.. Abang ipar aku actually dah call restoran  tengahari tu , nak book table tapi dorang kata dah penuh.  Tapi dengan hati yang kental , kita orang gamble jer redah dengan harapan ada meja kosong. Dan nasib baik ada ! Itupon join event reunion sekolah mana ntah, gasak la janji dapat meja , dapat makan. Kalau tak, nak menunggu meja kosong ntah berapa jam lagi. 

So kalau korang plan nak pergi makan kat sini , jangan nak main redah better buat reservation. lagipon kalau korang buat tempahan boleh pilih nak meja view laut ker , makan bersila ker baru la syiokk..  Shah kata  nak makan kat meja yang atap rumbia tu RM10 tapi kalau nak lagi best view laut  add on lagi RM10 . 


Masa aku datang aritu memang meja yang atap rumbia tu penuh , bukan situ jer satu restoran penuh , segala mak nenek manusia datang bergerombolan. Ada yang buat reunion , birthday , geng konvoi keta , family dinner dan macam-macam la. 

Sementara nak tunggu Shah dengan abang ipar aku pergi membelek lauk apa nak di order , kita orang yang lain bersantai kat tepi laut dulu la. Melihat suasana matahari terbenam sambil posing-posing feeling cantek amik gambar anak beranak. Abah pon ikut jer la kepala anak pompuan dua orang ni.  





Lama gak kitaorang lepak tepi laut tu , tapi masa tu air tengah surut. So nan hado laa air laut nya. Lisa pon syok jugak dapat main pasir, kesian budak bandar tak pernah main pasir. Mak bapak nya pon lantak kan jer. tapi kejap jerla , sebab nak maghrib dah.  


Lepas dah maghrib semua barulah memasing sibuk duduk kat table nak mengorder air , kehausan memasing. Tadi tak hengat memasing nasib bibik ada tukang jaga meja , kalau tak meja pon kena kebas orang. Lebih kurang sejam jugak la menunggu makanan sampai , dah la order macam-macam , jenuh nak tunggu satu -satu makanan ko sampai. Antara menu yang kita orang order malam tu , Butter Prawn , Ketam Bercili , Ikan Pari Bakar , Siakap Steam Limau , Terubuk Bakar, Sotong Celup Tepung , Kailan Ikan Masin , Tom Yam Campur, Pepahat Masak Sambal dan last Kupang Masak Halia. 

Bagi Shah order memang segala jenis hidupan laut dia nak makan. Padan sangat lah , orang lain dah berenti makan dia tak habis-habis lagi. Tapi alhamdulillah semua pinggan licin , takde membazir .  




Tapi ini jer gambar aku sempat snap sebab dah kebulor sangat tak teringat nak ambik gambar. Lagipon bila makanan sampai macam enjoy giler okey makan berebut-rebut ramai-ramai.. Pulak tu untung kita orang join reunion sekolah jawa malam tu , dorang siap panggil artis  Herman Tino dengan penyanyi mana 90an mana aku tak tau buat persembahan malam tu. Jawa pon jawa laa uoolss tapi kita orang layan jerla..  Nasib suara depa mantoopp jugak


Lepas abis makan sempat borak-borak walaupun memasing dah tersandar kemengahan, Puas hati dapat makan seafood sebab masa kat cuti sekolah aritu pergi JB tak sempat nak bawak abah makan seafood. Total bill kita orang semua malam tu dekat Rm400 la jugak .. Bagi kita orang memang padan la dengan apa yang kitaorang order semua tu tadi dengan 10 orang makan. Iskk bagi aku okey sangat , makanan pon sedap. 


Okey last picture tatap laa gambor aku laki bini. Shah dah makin bulat muka macam di pam-pam.. Takpela bulat pon tetap kesayangan.. hahaha