Monday, 16 February 2015

Jogging Kononnya


Lama betul tak jogging, rasa ada dekat setahun lebih kot ke dua tahun ntah .. Peha pon dah size-size ayam golek , kalau jalan tu memang bergesel saja.. bontot pon makin melebor kalah orang yang dah beranak , nak buat macam mana memang baka bontot besorr. Dulu masa zaman anak dara pon walau kurus melidi bontot aku tetap up! hahaha aset katanyaa.. Aset takde hasil apa jadah.. 

Tapi apa yang merisaukan aku ialah bab perut.. Memang tak tau nak cover macam mana dah macam -macam taktik masih gitu gak terbonjol! Stress aku tau , tak nak laa orang dok teka-teka aku pregnant pulak bila tengok perut aku jer... Memang laa kata-kata tu doa , dan setiap kali orang tegur perut aku , aku amin kan ajer laah.. Tapi kalau dah ramai sangat tegur , sentap laa jugak walaupon dalam redha.. So lepas ni kalau nampak perut aku macam bunchhh , dont ever-ever uoolss berani buat tekaan cepu emas tau..  

korang jangan tertipu kalau tengok aku macam kurus jer , macam selim jer, huh! itu semua propa okey.. dalam gambar boleh laa aku cover-cover , realitinya memang tak seindah dalam gambar... Takkan setiap kali nak amik gambar nak kena tahan nafas , ye dakk ? Itu belum lagi kalau lepas makan, ya ampunnn aku punya senak button seluar pon rasa nak tanggal.. Itupon tak sedar diri lagi aku ni , tiap kali laa bagi alasan kat Shah nak beli seluar baru sebab tak muat dah seluar lama, tapi tiap kali beli tetap jugakk beli size yang lama.. Masih tak nak terima kenyataan yang aku kena bertukar size yang lebih besar... Lepas tu sehelai sehelai seluar aku sedekah dekat Mia.... Eeh muat pulak budak tu , korang bayangkan lahh betapa kurusnya aku dulu kalau tengok Mia...  Nangiss laa macam nihh  T_T

Sudahnyaa aku kenalaa paksa badan aku yang dah berlemak terbonjol sana sini ni pergi jogging... Ini pon sebenarnya cubaan ntah berapa kali ajak Shah teman aku bersenam , sebab badan dia pon boleh tahan macam di pam pam.. Tapi nauzubillah punyalaa susah nak ajak dia gi jogging , ada jer alasan dia.. Geram pulak aku ! 

Tapi masa cuti Thaipusam aritu , kebetulan Mia nak stay dengan aku 3 hari sebab mama dia gi holiday so adalah geng untuk aku ajak gi jogging. So bila ada Mia , baru laa Shah hegeh-hegeh nak ikut , kalau tak dia tu laa pemusnah harapan aku untuk kurus.. 


Pukul 8 pagi dah tercongok kat Tasik Shah Alam , ikutkan boleh jer jogging kat kawasan umah aku , tapi aku macam tak best lak jogging dekat-dekat jer .. Mengada sangat ! Sampai jer tasik bukan main aku laa paling semangat waja , siap buat streching bagai , and aku laa paling dulu jogging, Mia dengan Shah pon follow jer .. Mula-mula tu yer laa aku dengan Mia lari pon seriring jerk , Shah slow-slow dah tinggalkan kitaorang.. Lepas 10 minit, habisssss aku dah start semput, hamek ko berat gila nak bawak peha dengan bontot ..  Nak  tarik nafas pon tercungap-cungap , pastu lek lek laa aku jalan jerlaa sementara nak bagi nafas ni lega dulu. 

Tapi Mia memang tak kasi can k, takde say bye langsung slow slow dia tinggalkan aku .. Aku pon bajet jap-jap gi boleh laa aku kejar dia nanti , confident jer aku kejap lagi dia penat. tapi makin lama bayang Mia pon aku tak nampak dah , gilaa laju jugak budak ni lari.. Tapi sudahnyaa  sampai abis satu tasik aku pusing tengok-tengok dia dengan Shah dah tunggu aku kat bawah pokok kat depan kedai Kopi dah.. Jahanam !!

Rupanya dorang dua, dari seberang tasik dah nampak aku berlenggang jalan.. Memang mintak jadi bahan jer la aku aritu.. Tapi sempat laa aku smash sindiran dorang dua aritu , yerla umur mia beza berapa dengan aku. Aku masa umur 13 tahun pon stamina hebat lagi.. hahaha Tettap tak nak kalah kooo.. Lantak laa janji usaha tu ada kan.. Tapi korang jangan tanya lepas jogging kita orang bantai sarapan apa , aku pon tak nak bagitahu kalau tak nanti perasaan bersalah tu datang balik...  

Tapi aku rasa usaha untuk aku jogging ni memang akan buat azam aku untuk kempiskan perut dan kecikkan peha ke laut perginyaa . So aku rasa baik gunakan pendekatan yang senang, buat sit up and tekan tubi jer kat rumah  bila-bila masa pon boleh buat kan... Tak yah nak beria -ia nak kena pergi tasik shah alam bagai. Tapi kan dah seminggu aku buat sit up ni perut aku dah start rasa cramp , Shah kata memang mula-mula akan rasa macam tu sebab otot-otot aku  terkejut.. Dia suruh aku jangan berenti walaupon dah cramp , nanti dah lama-lama akan biasa la perut aku tuh.. Tapi nak tunggu biasa seksa woiii , so sekarang aku selang sehari  jer buat sit up , agak-agak berhasil tak usaha aku yang cenonet tuuu.. haaaa takyah jawab, lantak aku kat situ ! 


Jogging tak hebat mana , posing jer lebih kita orang... 


Mamat ni lagi laa , fefeling macam shoot iklan NIKE katanya.. hurmmm




Okey last selfie sebelum pergi menyantaaapp ! sekarang aku memang suka senyum simpul macam tu , kalau tak muka aku pon nak melebor .. Nyampahh! 

Thursday, 12 February 2015

Pengakhiran Yang Menginsafkan

Al fatihah  buat alahyarham Datuk Nik Abdul  Aziz bin Nik Mat , semoga rohnya di cucuri rahmat.




Aku bukan la pengikut nya, anak murid jauh sekali mengenali beliau secara langsung atau tak langsung . Pernah beberapa kali mendengar ceramah beliau di internet. Tapi aku pon tak tahu kenapa hati aku begitu hiba bila mendapat tahu berita kematian beliau. 

Sayup bila membaca berita yang orang ramai sebarkan kat facebook , dada akhbar dan tv. Kenapa aku rasa seolah - olah kehilangan seseorang yang aku pernah kenal, pernah jumpa walaupun sebenarnya tidak. 

Subhanallah.. Bila aku fikir aku akur , perasaan ini Allah singgahkan di hati-hati hambanya untuk menyanjungi , mengasihani dan menyayangi beliau walaupon sebelum ini tak pernah terdetik untuk aku ambil tahu kisah mengenai beliau.

Jujur aku tak pernah membenci Tok Guru Nik Aziz, kerna bagi aku dia seorang ulama yang semestinya di hormati oleh sesiapa pon. Nak dibandingkan ilmu , pengalaman yang ada pada beliau bisa membuatkan sesiapa pon malu pada diri sendiri, malu pada DIA. Jadi apakah layak kita untuk membenci atau mempertikaikan apa jua yang keluar dari bibirnya sewaktu hayatnya masih hidup. 




Janji Allah itu benar, mati itu pasti. Pemergian Allahyarham Datuk Nik Aziz pastinya memberi kesan pada seluruh umat islam di negara kita, terutama sekali pengikut-pengikutnya. Lautan manusia mengiringi jenazah allahyarham menunjukkan betapa kasih dan hormatnya mereka pada allahyarham. Semua ini adalah kuasa Allah , pasti Allah juga kasihkan pada allahyarham sehinggan digerakkan hati-hati manusia ini untuk turun sama-sama sembahyangkan dan mengiringi jenazah beliau.  

Tapi aku sebagai manusia biasa dan hamba Allah yang jahil setiap kematian memang menginsafkan aku. Smenejak aku kehilangan arwah mak, aku memang mudah terkesan mendengar berita kematian. Aku boleh memahami perasaan keluarga si mati , atau aku secara automatik akan terfikir bagaimana pengakhiran aku pula nanti. 

Bagaimana cara aku akan mati ? Accident ker, kerana penyakit ker , dibunuh ker, atau macam mana sekali pon memang tak terpikir oleh akal aku. Di mana aku akan mati ? Rumah , hospital , tepi jalan, tepi longkang. Allahu akbar , takut kan bila pikir kan bagai mana kita akan mati suatu hari nanti. Entah esok atau lusa. entah beberapa jam lagi. Ada ke orang yang akan menangisi kematian aku, mendoakan kesejahteraan aku ? Wallahualam ....

Semua itu rahsia Allah. 

Kalau la kita tau saaat kematian kita pasti kita sekarang bertungkus lumus mengumpul amal, berbuat kebaikan, mohon maaf pada semua orang... Melihat kematian orang-orang soleh di tangisi, di doakan, di solatkan beribu-beribu orang, untungnya mereka. Malah Allah telah buka pula pintu hati hambanya  seperti aku yang tidak pernah kenal pon dengan beliau langsung. Aku yakin bukan aku sahaja yang di beri perasaan ini , kalau tak mungkin harini kat facebook tak penuh dengan kisah-kisah Tok Guru ... Padahal yang share tu aku rasa dorang pon orang seperti aku yang sebelum ini tak pernah jumpa pon dengan beliau. 

Setiap yang hidup akan mati. Janji Allah itu pasti , cuma bagaimana kita berjalan di atas bumi ini, apa yang kita amalkan di dunia menentukan di mana kita akan berada di akhirat nanti. Aku bukan la baik tapi mana tahu dengan penulisan aku hari ni mampu memberi sedikit pahala buat aku di hari jumaat ni , sama-samalah kita mengingati mati, berebut untuk berbuat kebaikan walaupon kecil dan menginsafi orang yang telah pergi. 

Sessunguh nya orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak, sabda Rasulullah s.a.w

Semoga allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, dan suatu hari kita juga di tempatkan bersama mereka. Amin....

Tuesday, 10 February 2015

Pestime Masak Kuew Tiaw ?

Cubaan pertama memasak kuew tiaw goreng basah! haha sian dah lama hidup baru nak cuba masak kuew tiaw goreng, selalu pandai order jerk. Gitula isteri-isteri moden sekarang, ker aku jer cengitu ? Okey fine ! Aku jer macam tuuuu ....

Aku ni bukan apa tekak kampung sangat , asal makan jer nasi, kat kedai ker , kat rumah ke , memang nasi.. nasi..nasi.. Sape kenal aku memang tahu sangat dah, takyah lauk sedap sangat pon takpe, ikan goreng dengan sambal belacan pon boleh. Western jangan la ko offer , memang kembang tekak aku! Tapi sekali sekala layan jugak la, sebab laki aku tu boleh tahan mat saleh dia..

Nak di jadikan cerita masak kuew tiaw ni , teringin punya pasal lahh.. Ntah kenapa minggu ni aku memang tak lalu nak makan nasi.. Mengada naper ntah tekak aku ni , sampai kadang tak lalu punya pasal sanggup aku makan roti jer. Pastu bila angin dah naik kat kepala baru rasa nyesal berguling-guling. 

Perut aku ni memang manja nauu pantang la makan lambat skit cepat jer angin merasuk satu badan. Shah sampai nak berbuih bebel kat aku, pesan suruh makan, makan, tapi aku anggap macam dia menyanyi jer. Bila sakit tau mintak tolong orang tu picitkan kepala lah , buatkan milo lah. Huh! dasar mengada !! 

So disebabkan perut aku yang tengah mogok nasi sekarang ni, barulah hegeh-hegeh google resepi nak masak char kuew tiaw. Tapi aku ni jenis masak tak reti nak ikut resepi google, biasa memang ikut citarasa sendiri jer , main campak-campak tahu-tahu dah siap! haha hebat ko jah ! takdelaa so far aku kalau nak masak google aku ialah akak aku.. so nak resepi apa jer , tanya jer intan payung tu kompom berdesupp dia reply. macam google laa type jer terus keluar resepinya kan. Sekali dia bagi resepi , nah macam ni jerkk ?? simple gilerr naper lah dari dulu aku tak try masak.. 


Tapi aku ni jenis kalau nak masak baru hegeh-hegeh nak beli bahan. Sebab aku tak suka simpan bahan basah dalam peti ais lelama, nak masaknya tak tahu bila .,. Dulu aku suka beli lauk buat stock konon rajin nau nak masaknya.. Sekali dalam sebulan tu ada la 3,4 kali masak. Sebab balik jer dah malam, weekend pulak asik merayap , pergi bercuti sampai 3,4 hari dah tu bila masa nak masaknya kan. Tau-tau bukak peti ais sayur-sayur dah layu, ayam pon dah kejung pucat beku. 

So sekarang aku gunakan tips kalau nak masak baru beli bahan, untuk elakkan dari membazir. Memang la renyah sebab nak singgah beli bahan sikit-sikit, berapa kali nak singgah kedai ken. Tapi nasib baik otw nak balik rumah aku boleh singgah mydin, so takdela payah sangat. Kat mydin tu semua ada, pukul 10 malam aku datang pon still ada lagi ikan fresh , santan, udang, sayur. Takat nak beli untuk sekali dua masak tu boleh sangatlaa. 

Tapi nak masak char kuew tiaw ni aku nak beli bahan basah pon udang, taugeh , fishball jer pon. Tak sampai 5 minit masuk mydin dah settle. Sampai rumah terus bersilat kat dapur dengan pantas, menggunakan resepi dari "google" aku tadi. Dan  selepas 30 minit ini lahh hasilnyaa.. 




Tak sangka sedap melampauu koo resepi intan payung kiter. Tq for sharing! Lepas ni nak mintak resepi mee bandung plak ! huh?? hahhaha memang buang tebiat laa kalau aku nak masak benda-benda gituhh...