Tuesday, 10 February 2015

Pestime Masak Kuew Tiaw ?

Cubaan pertama memasak kuew tiaw goreng basah! haha sian dah lama hidup baru nak cuba masak kuew tiaw goreng, selalu pandai order jerk. Gitula isteri-isteri moden sekarang, ker aku jer cengitu ? Okey fine ! Aku jer macam tuuuu ....

Aku ni bukan apa tekak kampung sangat , asal makan jer nasi, kat kedai ker , kat rumah ke , memang nasi.. nasi..nasi.. Sape kenal aku memang tahu sangat dah, takyah lauk sedap sangat pon takpe, ikan goreng dengan sambal belacan pon boleh. Western jangan la ko offer , memang kembang tekak aku! Tapi sekali sekala layan jugak la, sebab laki aku tu boleh tahan mat saleh dia..

Nak di jadikan cerita masak kuew tiaw ni , teringin punya pasal lahh.. Ntah kenapa minggu ni aku memang tak lalu nak makan nasi.. Mengada naper ntah tekak aku ni , sampai kadang tak lalu punya pasal sanggup aku makan roti jer. Pastu bila angin dah naik kat kepala baru rasa nyesal berguling-guling. 

Perut aku ni memang manja nauu pantang la makan lambat skit cepat jer angin merasuk satu badan. Shah sampai nak berbuih bebel kat aku, pesan suruh makan, makan, tapi aku anggap macam dia menyanyi jer. Bila sakit tau mintak tolong orang tu picitkan kepala lah , buatkan milo lah. Huh! dasar mengada !! 

So disebabkan perut aku yang tengah mogok nasi sekarang ni, barulah hegeh-hegeh google resepi nak masak char kuew tiaw. Tapi aku ni jenis masak tak reti nak ikut resepi google, biasa memang ikut citarasa sendiri jer , main campak-campak tahu-tahu dah siap! haha hebat ko jah ! takdelaa so far aku kalau nak masak google aku ialah akak aku.. so nak resepi apa jer , tanya jer intan payung tu kompom berdesupp dia reply. macam google laa type jer terus keluar resepinya kan. Sekali dia bagi resepi , nah macam ni jerkk ?? simple gilerr naper lah dari dulu aku tak try masak.. 


Tapi aku ni jenis kalau nak masak baru hegeh-hegeh nak beli bahan. Sebab aku tak suka simpan bahan basah dalam peti ais lelama, nak masaknya tak tahu bila .,. Dulu aku suka beli lauk buat stock konon rajin nau nak masaknya.. Sekali dalam sebulan tu ada la 3,4 kali masak. Sebab balik jer dah malam, weekend pulak asik merayap , pergi bercuti sampai 3,4 hari dah tu bila masa nak masaknya kan. Tau-tau bukak peti ais sayur-sayur dah layu, ayam pon dah kejung pucat beku. 

So sekarang aku gunakan tips kalau nak masak baru beli bahan, untuk elakkan dari membazir. Memang la renyah sebab nak singgah beli bahan sikit-sikit, berapa kali nak singgah kedai ken. Tapi nasib baik otw nak balik rumah aku boleh singgah mydin, so takdela payah sangat. Kat mydin tu semua ada, pukul 10 malam aku datang pon still ada lagi ikan fresh , santan, udang, sayur. Takat nak beli untuk sekali dua masak tu boleh sangatlaa. 

Tapi nak masak char kuew tiaw ni aku nak beli bahan basah pon udang, taugeh , fishball jer pon. Tak sampai 5 minit masuk mydin dah settle. Sampai rumah terus bersilat kat dapur dengan pantas, menggunakan resepi dari "google" aku tadi. Dan  selepas 30 minit ini lahh hasilnyaa.. 




Tak sangka sedap melampauu koo resepi intan payung kiter. Tq for sharing! Lepas ni nak mintak resepi mee bandung plak ! huh?? hahhaha memang buang tebiat laa kalau aku nak masak benda-benda gituhh... 

2 comments:

  1. nampak sedap tu.. boleh try resepi ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Rina Ellisa : hahaha boleh try campak2 jer resepi ni.. hasil dia memang sedaap, janji masak dengan penuh kasih syg..

    ReplyDelete