Thursday, 12 February 2015

Pengakhiran Yang Menginsafkan

Al fatihah  buat alahyarham Datuk Nik Abdul  Aziz bin Nik Mat , semoga rohnya di cucuri rahmat.




Aku bukan la pengikut nya, anak murid jauh sekali mengenali beliau secara langsung atau tak langsung . Pernah beberapa kali mendengar ceramah beliau di internet. Tapi aku pon tak tahu kenapa hati aku begitu hiba bila mendapat tahu berita kematian beliau. 

Sayup bila membaca berita yang orang ramai sebarkan kat facebook , dada akhbar dan tv. Kenapa aku rasa seolah - olah kehilangan seseorang yang aku pernah kenal, pernah jumpa walaupun sebenarnya tidak. 

Subhanallah.. Bila aku fikir aku akur , perasaan ini Allah singgahkan di hati-hati hambanya untuk menyanjungi , mengasihani dan menyayangi beliau walaupon sebelum ini tak pernah terdetik untuk aku ambil tahu kisah mengenai beliau.

Jujur aku tak pernah membenci Tok Guru Nik Aziz, kerna bagi aku dia seorang ulama yang semestinya di hormati oleh sesiapa pon. Nak dibandingkan ilmu , pengalaman yang ada pada beliau bisa membuatkan sesiapa pon malu pada diri sendiri, malu pada DIA. Jadi apakah layak kita untuk membenci atau mempertikaikan apa jua yang keluar dari bibirnya sewaktu hayatnya masih hidup. 




Janji Allah itu benar, mati itu pasti. Pemergian Allahyarham Datuk Nik Aziz pastinya memberi kesan pada seluruh umat islam di negara kita, terutama sekali pengikut-pengikutnya. Lautan manusia mengiringi jenazah allahyarham menunjukkan betapa kasih dan hormatnya mereka pada allahyarham. Semua ini adalah kuasa Allah , pasti Allah juga kasihkan pada allahyarham sehinggan digerakkan hati-hati manusia ini untuk turun sama-sama sembahyangkan dan mengiringi jenazah beliau.  

Tapi aku sebagai manusia biasa dan hamba Allah yang jahil setiap kematian memang menginsafkan aku. Smenejak aku kehilangan arwah mak, aku memang mudah terkesan mendengar berita kematian. Aku boleh memahami perasaan keluarga si mati , atau aku secara automatik akan terfikir bagaimana pengakhiran aku pula nanti. 

Bagaimana cara aku akan mati ? Accident ker, kerana penyakit ker , dibunuh ker, atau macam mana sekali pon memang tak terpikir oleh akal aku. Di mana aku akan mati ? Rumah , hospital , tepi jalan, tepi longkang. Allahu akbar , takut kan bila pikir kan bagai mana kita akan mati suatu hari nanti. Entah esok atau lusa. entah beberapa jam lagi. Ada ke orang yang akan menangisi kematian aku, mendoakan kesejahteraan aku ? Wallahualam ....

Semua itu rahsia Allah. 

Kalau la kita tau saaat kematian kita pasti kita sekarang bertungkus lumus mengumpul amal, berbuat kebaikan, mohon maaf pada semua orang... Melihat kematian orang-orang soleh di tangisi, di doakan, di solatkan beribu-beribu orang, untungnya mereka. Malah Allah telah buka pula pintu hati hambanya  seperti aku yang tidak pernah kenal pon dengan beliau langsung. Aku yakin bukan aku sahaja yang di beri perasaan ini , kalau tak mungkin harini kat facebook tak penuh dengan kisah-kisah Tok Guru ... Padahal yang share tu aku rasa dorang pon orang seperti aku yang sebelum ini tak pernah jumpa pon dengan beliau. 

Setiap yang hidup akan mati. Janji Allah itu pasti , cuma bagaimana kita berjalan di atas bumi ini, apa yang kita amalkan di dunia menentukan di mana kita akan berada di akhirat nanti. Aku bukan la baik tapi mana tahu dengan penulisan aku hari ni mampu memberi sedikit pahala buat aku di hari jumaat ni , sama-samalah kita mengingati mati, berebut untuk berbuat kebaikan walaupon kecil dan menginsafi orang yang telah pergi. 

Sessunguh nya orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak, sabda Rasulullah s.a.w

Semoga allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, dan suatu hari kita juga di tempatkan bersama mereka. Amin....

No comments:

Post a Comment