Monday, 19 January 2015

Prudential Menjadi Pilihan

Assalammualaikum ! 

1st of all , "Aku tanya apa khabar semua ???? " hahaha saje amik mood lagu AJL malam tadi walaupon hakikatnyaa aku memprotes keputusan juri menobatkan lagu tu sebagai Juara Lagu..

Okey bukan pasal Ajl aku nak share mungkin esok atau lusa baru aku akan hapdeet rasa ketidak puasan hati ku  terhadap lagu tuhh.. Harini nak bagi kesedaran mengenai insuran, untuk sape yang masih tak sedar diri lagi meh sini baca..  oopss! main kasar nampakk.. =D

Korang dah ada insurance ke belum ? Sibuk jerk nak tanya ken orang sebab aku baru hegeh-hegeh sebenarnya sign up insurance baru dan kali ni dengan Prudential pulok. Seriously ni ntah ke berapa kali aku sign up life insurance ..

Sebelum ni dengan Takaful dah dua kali , masa tu aku baru-baru kerja.. Baru ada gaji tetap , walaupon duit gaji masa tu cukup-cukup nak makan jer sebenarnya , tapi tetap ku gagahkan diri amik insuran ..  Yes!! kesedaran aku mengenai kepentingan insuran memang sangat tinggi, sebab tu baru jer start kerja aku dah beli insuran bukan apa untuk kesenangan , keselamatan dan jaminan di masa susah atau sakit.. 

Lagipon masa tu aku kerja as photographer , so aku pikir risiko untuk aku kemalangan ke , kena ragut ke , sakit ke sangat tinggi..sebab tu aku cepat-cepat amik insuran untuk pastikan kalau aku sakit atau kemalangan takdela aku terkanjai nak membayor rawatan hospital.  

Tapi disebabkan aku berenti makan gaji pon agak cepat , dan dengan pendapatan yang tak menentu sebab aku bekerja sendiri lepas berenti  menyebabkan aku lack bayar premium insuran aku masa tu. Dan seperti yang korang tahu insuran kalau tak bayar bulanan selama 3 bulan berturut-turut premium insuran tu akan mati atau kata lain burn macam tu jerk.. (Tak silap aku laa, ke 6 bulan ntah. ) Walaupon sebelum tu ko dah bayar setahun , dua.. So bila dah deactivate ko kene laa sign up insuran baru plak.. Tak ke membazior namanya tuh! huh rogi...rogi... 

So kali ni aku jumpa panel insuran prudential yang di introduce oleh akak aku, nama dia Lynda Clara. Ikutkan umur aku yang dah masuk 30series ni memang dah tua jugak, baru hegeh2 nak beli insuran. Rugi sangat tau !!  Tapi bak kata pepatah orang putih "better late than never " yer daakk ? cewahh !  Yerla kita ni makin berusia makin berisiko untuk dapat sakit sebenarnya, so takkan nak tunggu sakit baru nak amik insuran betul tak ? masa tu nak amik pon, agent insuran tak nak layan ko dah!

Nangislahh ko tepi katil hospital sengsorang kat sana... hahaha kejam kan ayat aku ! 

Actually aku pon berkobar-kobar nak beli insuran ni since tahun lepas sebab , bila dapat berita ada dua orang kawan aku kene operation sebab ada cyst dan sorang lagi ada fibroid. Bila check dua2 kena buat immediately operation sebab dah stage bahaya.. Haaa kalau ada insuran boleh la depa cover bill operation semua kenn, kalau tak ?? mana nak cekau kak oii.. Actually akak aku pon pernah ada fibroid 5 tahun dulu , sama gak kene immideately operate. And of coss akak aku ada insuran , siap dua insuran lagi cover.. so tak salah kalau ko beli insuran bebanyak janji mampu.. 

 Dan disebabkan berita-berita kawan-kawan aku tadila buat aku lagi mengelabah nak cepat sign up insuran. Kalau tak dok tangguh-tangguh jugak, tunggu apa pon tak tauu.. 

Btw apa yang aku suka dengan prudential sebab dorang ada saving skali. so kiranya macam 2 dalam satu la , insuran pon dapat , duit tabung pon ko dapat. sesuai sangat untuk orang yang tak pandai nak menyimpan macam aku.

Bila dah set appointment dengan Lynda , aku pon tak banyak soal sangat, sebab aku dah tau aku nak apa. lain la kalau orang yang blur2 pasal insuran ni boleh la tanya panjang lebar. Tapi aku pon amik premium yang ikut kemampuan aku nak mebayor bulan-bulan, tak nak la sekerat jalan nanti aku tak mampu nak bayar ke stop macam tu jer. Dan yang penting bila umur aku dah 50 nanti aku tahu aku ada duit saving kat situ. =D


takdela nanti tua aku dok sibuk jual kasut lagi.. hahaha Tapi kalau jadi tokey apa salahnya kan.. tapi kali ni memang aku akan nekad nak disiplin membayar tak kira apa pon terjadi! Dan kalau ada rezeki lebih aku nak tambah lagi akan2 datang.. 

So korang yang takde insuran lagi elok laa cepat beli, jangan tangguh sebab sakit , mati pon tak tangguh-tangguh kalau nak singgah kat kita.. choii la kan! tapi itulaa hakikatnya, so jangan nak kata korang akan sihat sampai tua. Jangan kata korang takde keturunan sakit barah ke , sakit fibroid ke , sekarang ni penyakit tak kenal keturunan dah oii , kalau Allah nak bagi ujian tu kat kita mana boleh nak tolak kan.. Yes mestilah kene redha , setiap yang hidup akan mati . Tapi kalau boleh cegah ? boleh usaha untuk berubat mestilah kita kene berusaha kan.. Takkan nak duduk saja.. Tepuk dada tanya selera laa ..  

 Anyway kalau korang nak try sign up dengan agent yang aku jumpa tu boleh direct contact dia 
Azlinda - 019 6090693 sebab minah ni memang tip top service dia... Dengar ko sakit jer berdesupppp dia sampai , silap-silap lagi awal dari ambulans ! heheh  kalau tak nak pon takpe  korang cari laa sendiri mana-mana agent, Takaful ada , AIA ada, macam-macam la tinggal korang nak pilih nak compare yang mana paling bagus. 



Amboii cik lynda free promo ni, boleh laa belanja ayam golek nanti! 
okey uools daa !! semoga kita berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat , dan sentiasa berfikiran positive yaa..  hiyaakk !! Muahhhss xoxo

1 comment:

  1. alamak...belum ambl insurans juga...seb takut xleh nk bg comitment bayar..huuhu

    zinziemeewah

    ReplyDelete