Tuesday, 20 May 2014

Tips Amalkan Minum Air Putih

Assalammualaikum !!
Harini aku nak share beauty tips skit.. hehe walaupun aku takdela cantik mana punn, tapi moh ler kita sama-sama berusaha untuk mencantikkan diri..  Okey entry ni untuk sharing pada customer-customer yang dah beli vitamin C dari aku , sebabnyaaa ada yang lepas makan vitamin C 1000 tablet dari aku ,  text & email tanya kenapa bila makan vitamin c ni bibir jadi kering sampai mengelupas tahap kerak nasi.. hohoho pastu bila ada jari jemari yang gatal dok kopek2 bibir yang pecah-pecah tu, makin teruk laa jadinya .. dasar tangan memang tak reti dok diam kan ! 

So ini adalah jawapan aku.. sebab aku pon kadang-kadang jadi simptom ni bila penyakit malas nak minum air putih bebanyaak ! Actually ia akan terjadi bila aku makan vitamin c ni 10 biji sehari , kalau sehari aku telan vit c tu 5biji , elok je aku tak minum segelas air putih pon , dan hidup aku pon tenang jerr.. hehe takde huru hara nak cari toilet merata, takde sibuk nak jinjing botol air ke hulu kehilir .. hehe 

So bila korang makan vit c , especially dengan dos yang tinggi like yang aku pernah suggest 10 biji sehari .. memang automatik badan korang akan bagi signal bila badan kita dah kekurangan air.. aku tak tahu la macam mana vit c tu bekerja dalam badan kita, tapi memang itula yang terjadi bila aku makan vit c , memang aku akan rasa haus .. rasa nak minum air kosong jer , tak rasa pun nak minum air manis2.. which is bagus laa kan ??? ada ke orang kata minum air kosong tak bagus ? 

Tapi kalau korang rasa korang tak mampu nak gogok air setiap masa , atau punyai masalah dengan tandas.. so better korang telan 5 biji sehari jer.. tapi tulaa kan , ramai yang nak cantik cepat , nak effect cepat laa bagai.. tapi malas nak minum air ! dah tu cemaner ??? haishhh susah laa akak nak tolong dik non... 

Tapi kat sini aku boleh bagi sikit laa tips2 untuk aku share macam mana aku praktikkan untuk rajin minum air kosong ni.. sebab aku dulu pon bukan reti nak minum air kosong , rasa payau jer kan.. Air kosong adalah air terakhir dalam list kalau takde minuman lain untuk aku minum.. hohoho dasat betul bunyinyerr kan  ! Tapi sekarang tidak lagi .... no..! no..! no..! hahaha 
Nak tau cara-caranya ?? Moh try tips2 yang aku share ni ! 

Tips 1. Sediakan / Beli 1 botol air yang sederhana besar & cantek untuk korang bawak kemana-mana..  Bila dah cantek barulaa tak segan nak usung ke sana ke mari.. Alaa botol air macam budak-budak pergi sekolah tu , hehe chomel jerkan.. tapi macam aku air botol mineral tu pon boleh jerk.. 


2. Sediakan botol mineral kecik kat atas meja di office,  dalam kereta dan pastikan letak di tempat - tempat yang mudah nak di capai , supaya bila rasa haus laju jer tangan korang akan minum air yang ada depan mata.. Dan kadang-kadang bila air putih dah ada depan mata , bila tak haus pon korang akan rasa nak minum saja-saja secara tak sengaja..


3. Setiap kali di kedai makan , amalkan order air suam sekali bersama minuman lain.. Biasanya waiter akan antar air suam dahulu kan ? sebab air tu paling senang nak buat , tapi ada jugak setengah kedai makan mintak air suam pon berejaaaamm baru sampai... so sementara nak menunggu makanan sampai , korang minum air kosong tu dulu sikit-sikit... Atau lepas makan , cuba habiskan air suam dulu sebelum minum air manis.. hehe Tapi lagi bagus kalau tak order air minuman lain, save budget sikit bayar air suam jer .. yer tak ?? 


4. Kalau korang memang jenis langsung tak boleh nak telan air kosong , dalam erti kata lain memang tak suka !! apa kata korang ajar diri korang dengan minum air suam + honey & hirisan lemon.. air ni aku pernah try masa pergi spa , hehe beautician tu kate bagus untuk buang toksin dalam badan jugak.. tapi memang sedap la , sebab ada rasa madu & masam yang light2 jerrr... so takde laa rasa payau kan.. Nanti lama kelamaan bila korang dah malas nak bancunh air lemon tu , dengan sendirinya tekak korang akan ok je telan air kosong tanpa madu & lemon.. tak cayer?? try dulu....  


5. Minum air kosong walaupon tak rasa haus.. Masa ni laa tips no 2 tadi di perlukan !! hahaha Tips ni aku tahu ramai yang susah nak buat, sebab ia kena jadi habit dulu.. So sebelum nak jadi habit korang kenalah cuba praktikkan .. Sambil buat kerja tu , bila mata terjeling botol air tepi komputer , cepat-cepat amik botol air dan minum seteguk dua..  kalau dalam kereta pon macam tu , bila kereta berenti kat trafic light or stuck dalam jam ker , atau pon tengah tunggu orang ke , biasakan teguk air kosong walaupun masa tu korang tak rasa nak minum ponnn..  So nanti bila malam tanpa korang sedari dah banyak pon sebenarnya air kosong yang korang minum..  betul tak ?? hehehe


Okey itulaa antara tip-tips untuk jadikan air putih / kosong sebagai amalan ..  Aku share apa yang aku buat jer yer , aku rasa mesti ada banyak lagi tips lain kan.. so sesiapa nak tumpang share boleh comment nanti .. Sebenarnya walaupon tak makan vitamin c , air kosong memang sangat penting dalam tubuh .. Sebab air kosong ni banyak khasiatnya walaupon namanyerr air kosong & warnanyerr pon jernih jer tapi jangan amik mudah .. Hamboii ayat aku !! hohoho kalau rasa over maaflaa yer .. Anyway lets chekkkidauddd list antara kebaikan & khasiat air kosong / air putih / masak / mineral ..  

1. Menguruskan badan - air masak tidak mengandungi lemak , gula atau kalori kalau tak takdela warna dia jernih jer kan.. hehe lagipon kalau dah amalkan minum air masak , secara tak langsung buat perut kita tak nak makan banyak sangat. 

2. Melancarkan sistem pencernaan - minum air secukupnya atau sekurang-kurangnya 8 gelas sehari akan dapat menghindarkan kita dari masalah sembelit & pembakaran kalori juga akan berjalan lancar . 

3. Melambatkan pertumbuhan zat / kanser dan juga membantu mencegah masalah hait & ginjal 

4. Awet muda - Minum air secukupnya melambatkan proses penuaan , kalau badan kita kekurangan air menyebabkan tubuh mengalami kesukaran untuk menyerap air sekaligus membuarkan kulit kita kering & cepat berkedut . 

5. Rambut sihat berkilau - Air juga penting untuk rambut selain muka & kulit , apabila kekurangan air , rambut juga akan kekurangan zat , dan menyebabkan rambut mudah kering , rosak, berminyak & berkelumumur. 

6. Menyihatkan jantung & ubat kepada strok -   
Air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

7. Kulit Lembab - Bila air dah cukup barulaa kulit & bibir lembab , tak yah sibuk nak pakai moisturizer or lotion bagai .. Kalau tak bersisik -sisik kan , kulit korang.. lepas tu bila garu or terkuis dek kuku dah bercalar kulit tu.. hehe sedih !

Okey cukup ! sebenarnya banyak lagi khasiat air putih , korang gooogle laa sendiri yer.. 
Anyway thank you for reading my tips ! Selamat mengogok air masak  okey ~ gulp..gulp.. gulp... 



^
^
^
^___^
^
^
^
^

sesiapa yang nak order vitamin c 1000 tablet , jangan segan silu whatsapp aku yer ! eeh ?? sempat lagi kaaan.... =)
  
0192323395 -Yana 

Friday, 16 May 2014

Rindu Seorang Anak - Selamat Hari IBU

Selamat Hari Ibu to all mothers out there !! Rasanya masih tak terlambat kan...


Seriously weekend lepas , emosi aku memang tak tenang , bukak fb, instagram orang wish hari ibu , share celebrate hari ibu dengan ibu memasing , bawak ibu2 pergi makan , jalan2 .... yerr 2 tahun sebelum ni aku pon sama macam korang-korang , bawak mak pergi dinner , jalan2 tapi dah 2 tahun aku hilang peluang tu.. 

Last weekend aku follow Shah pergi Melaka, kebetulan dia ada kerja kat sana.. So aku pon gediklaa ikut sama , boleh jugak honeymoon manja2.. oopsss ! Tapi tulaa ingat bila aku dah mood bercuti , aku takdelaa terasa sangat tengok orang lain pimpin ibu memasing sambut hari ibu.. Tapi rupenya sama jer , kat Melaka tu aku pusing kiri kanan semua bawak ibu untuk di raikan.. Dalam hati aku tetap tumpang gembira & bersyukur sebab masih ramai lagi anak-anak yang tahu menghargai jasa seorang ibu. masih ramai lagi anak-anak yang boleh habiskan masa seharian untuk ibu-ibu mereka, pada hari ibu.. 

Aku ?? Aku hanya mampu hadiahkan Al fatihah , surah yassin & doa untuk mak.. Aku tahu itu laa hadiah yang ditunggu-tunggu oleh setiap ibu.. Tapi aku tetap terkilan sebab aku tak sempat nak buat banyak perkara dengan arwah mak.. Dulu aku takdela senang sangat , duit gaji pon cukup-cukup.. Nak bawak arwah mak jalan-jalan pon berkira-kira.. Tapi sekarang , bila aku dah mampu sikit, peluang tu pulak takde.. =( 

Sebenarnya 25 April lepas genap 2 tahun arwah mak meninggal dunia.. Aku cuba sebenarnya untuk tak nak buat entry sedih ni , sebab aku tak nak orang ingat aku cengeng.. tapi bila menjelang je hari ibu ni , hati aku meronta-ronta rindu pada arwah mak.. Sampaikan aku buat apa je teringat pada arwah , masakan arwah , kata-kata arwah , keletah arwah , sikap arwah.. semuanyaa laah tentang dia ! Sampai kan bila depan Shah aku  asyik cerita tentang arwah mak jer...  dan dalam masa yang sama aku cuba untuk tak menangis , tapi bila aku sorang aku menangis teresak-esak.. sampai aku sendiri tak tahu macam mana nak berenti dari menangis.. 

Ntahlaa aku pon tak tahu macam mana nak describe rasa rindu ni , tapi inilah pertama kali aku rasa rindu yang teramat sangat sampai rasa sesak dada.. korang pernah tak rasa macam tu ?  Dan sebenarnya aku tak larat dah nak citer kat Shah , sebab tu aku cuba jugak tulis kat blog, supaya apa yang aku share mampu buat dada aku lapang.. 

Yer aku tahu , memang tak elok meratapi orang yang telah meninggal dunia.. Tapi aku bukan laa meraung , meratap sampai tak buat satu keje apa pon.. Tapi is just rasa rindu.. rasa rindu nak tatap wajah ibu kandung aku, ibu yang melahirkan aku , membesarkan aku , mendidik aku.. Sampaikan aku berdoa pada Tuhan setiap kali sebelum tidur , supaya mimpikan aku dengan arwah mak , untuk kurangkan rasa rindu aku .. Dan Alhamdulillah , Allah dengar doa aku 3 malam lepas aku dapat jugak bertemu arwah mak dalam mimpi.. =)) 

Arwah mak tak banyak cakap , asyik tersenyum.. Dan sebelum arwah mak nak pergi , dia sempat bagitahu aku dia seronok sebab dapat minum air zamzam percuma.. hehe chomel kan ? aku tak tahu la apa maksudnya , tapi aku rasa arwah mak tenang kat sana.. Insyallah selagi aku hidup , aku takkan pernah putus mendoakan arwah mak & abah ..  

Aku yakin siapa yang dah kehilangan ibu pasti faham apa yang aku cuba sampaikan.. Bagi yang tak faham , takpelaa korang masih bertuah & gunakanlah kesempatan yang ada untuk tatap puas-puas wajah ibu korang.. Bila lagi kita nak rebut buat pahala yang senang , hanya dengan menatap wajah ibu , hanya dengan berbakti pada ibu , hanya dengan mengembirakan hati ibu.. aahh senangnya mengutip pahala hanya dengan buat semua benda tu.. Sayang sekali kalau korang tak buat kan..    

Raikanlah ibu korang , bukan untuk hari ibu jer tapi setiap hari , setiap detik... Biarlah ada orang kata haram ke apa ke, tapi bagi aku .. Asalkan niat kita betul , pasti Allah meredhai.. Lagipon aku tak nampak dosanya apabila kita dapat mengembirakan hati ibu kita , pada hari ibu ni.. Betul tak ?? Kalau aku masih ada peluang tu pon , aku tak teragak-agak nak bawak arwah mak pergi jalan-jalan , bercuti , makan sedap-sedap.. Tapi ....... hurmm ibu mertua pon duduk jauh , tapi insyallah ibu mertua aku akan turun kl hujung minggu ni.. so boleh laa aku raikan hari ibu dengan ibu mertua nanti.. Insyallah ... =)) 

Apapon selamat hari ibu terutama buat ibu mertua aku , walaupun dia tak baca blog aku.. hehe untuk akak aku yang dah jadi penganti arwah mak sekarang dia laa tempat aku mengadu ,  tempat aku berkonsi kisah hidup & rahsia rumah tangga , tempat bermanja semestinya.. hehe tanpa dia pasti aku akan lagi rasa kekosongan.. Dan untuk sahabat2 aku yang dah bergelar ibu , bakal bergelar ibu .. semoga korang menjadi ibu yang terhebat di mata anak2 korang yer..

Okey dah cukup ! jom layan lagu Doa Untuk Ibu dari kumpulan pevret aku nihh...  Anyway thank you sudi baca entry ni & share rasa kesedihan aku bersama.. Tanpa korang siapalaah aku ! eehh ?

Enjoysss !  



Wednesday, 14 May 2014

Solemnization Ila & Ezwan =)


Finally dapat jugak aku hapdet entry wedding Ila.. huhu masuk
2 bulan lebih , seri pengantin pon dah hilang dah pompuan tu.. Bukan apa,  gambar banyak sangat , pastu nak collect gambar dari sorang-sorang manjer adalah amat seksa.. rasa macam nak mintak hutang jerkk.. hohoho 

Sudahnya bila Kathy dah hapdet semua barulaa aku dapat amik dari dia sekaligus, sebab pompuan tu memang gigih kumpul semua gambar dari semua manjer.. hahaha Tak kisah laa walaun pon lambat tapi usaha nak hapdet tetap adoo kann.. Faham jerlaa aku ni bukan blogger tegar yang akan mengigil kalau seminggu tak hapdet blog, so bila masa terluang aku update kalau takde , memang nan adoo laa jawabnya ! =D  

Sebelum tu nah tatap laa wajah-wajah manjers sekalian.. eeh ?



Hujung sekali tu , Julie manjer aku jugak.. =)  

Sebenarnya Ila ni adalah kawan baik aku dari zaman uitm lagi , satu fakulti , satu blok asrama , bilik dia depan bilik aku jer.. Lepas abis study aku & Ila tak sambung degree , kita orang terus kerja.. Tapi aku keje dulu la, after a few months baru Ila datang keje kat KL , since that  memang kita orang bertambah rapat & rapat... sebab kawan-kawan lain semua sibuk sambung degree.. hehehe so pantang masa terluang memang aku melepak dengan Ila jer.. dulu aku kawan pon tak ramai , hehe sekarang pon tak ramai jugak.. kawan aku yang itu , itu jer .. tak bertambah , tak berkurang.. hahaha 

Macam mana Ira , Kathy & Ayu boleh jadi kawan jugak dengan Ila ni ?? Sebab aku masa zaman memasing bujang , asal karoke je aku ajak Ila , asal nak lepak aku ajak Ila , nak tengok movie pon Ila , hehe pendek kata Ila tu dah macam PA aku laah !  so sebab tulaa sape je kawan aku akan kenal Ila masa tu.. hehe Lagipon Ila ni memang best , sebab dia senang nak masuk dengan sesiapa pon , so aku pon rajin la mengangkut dia ke sana ke sini.. sebab dulu Ila pon tak pakai kereta lagi.. huhu rindu plak zaman2 muda gitu.. 



Dan macam mana pulak Ila & Ezwan boleh kenal ?? Dan buat aku rasa fefeeling sangat bila tengok Ila nak kawen dengan Ezwan , ialah sebab Ezwan pon adalah kawan aku.. hehe aku kenal Ezwan dulu melalui seorang kawan , lepas tu kita orang jadi satu geng bila aku bawak Ila lepak , kawan aku bawak Ezwan lepak.. Lepas tu bawak lagi kawan yang lain , kawan lain , sampailah geng kita orang jadi besar... hahha macam apa je geng2 ni kaann.. geng bas sekolah ke hapa..! 


tak kisah laa , tapi itulaa dia permulaan perkenalan Ila & Ezwan.. Mula-mula dorang ni kawan biasa , pastu aku tengok dah macam kawan baik , pastu lama2 aku tengok dah macam kawan rapat plak.. dan lama-lama aku tengok macam lain macam pon ada.. hahaha gitulaa kalau terlalu banyak chemistry memang akan tersangkut jugak.. sweets sangatttt kat dorang ?? kuikuikui 

Okey cukup pasal perkenalan dorang.. kisah cinta orang mana boleh citer lebih-lebih.. So bila Ila & Ezwan decide nak kawen , seriously aku rasa semua orang super excited sebab dah lama sangat kot dorang bercinta... hehe expecially kawan-kawan manjers aku , Ira , Kathy & Ayu memang kemain semangat lagi nak turun ke Sg Petani pergi wedding Ila.. Siap nak tempah baju theme sama-sama bagai... 


fefeling cover magazine time nihh ! wakawakaka 



Yeaaayy !! Ila dah kawennnnn... All manjers are taken ! =) 

Walaupon Ila takde tetapkan color tema pon tapi tetaaappp nak jugak.. ! Haruslaa barulaah meriah & cantik bila dalam gambar.. Dan dari situ barulaah orang tau betapa gediknya kita orang.. hahhaha suker tak ??? Tengok jerlaa gambar-gambar kita selfie kita orang , tak cukup kat masjid sambung pulaaakk kat homestay.. haishh dasar manjers sangaaat tau ! =D

Tapi memang betul ok , bila pakai baju ada theme ni senang sangat orang nak ingat ko , nak tau korang ni bestfren pengantin.. hehe macam kita orang , photographer siap panggil kita orang 2,3 kali untuk snap pic together2 dengan pengantin.. siap panggil kita orang gadis hijau masa majlis reception .. hehe comel takk ??? chomelll okeeey ! =))

Ooopsss btw sebelum aku terlupa masa wedding Ila ni , penginapan kita orang kat Kelab Cinta Sayang , di taja oleh pengantin .. Tq babe !!!! hehe sweeettsss lagi ! kencing manis tau banyak sangat sweet-sweet thing dalam entry nihh.. seriously sangat berbaloi dapat homestay ni, bersih , besar , lengkap , kalau nak masak-masak pon boleh.. cuma kita orang stay kejap so tak koser laa nak memasak bagai.. hehe tapi kalau korang-korang nak cari homestay kat area sg petani boleh try stay kat sini k.. memang puas hati kate ko...  Tak cayer ?? tengokkk sajer pic yang sempat aku rembat dari blog kathy .. hohoho enjoyss !!







Thank you for reading this entry !