Tuesday, 25 March 2014

Al fatihah & Takziah MH370

Assalammualaikum...

Semalam, bukan hanya satu Malaysia bersedih bahkan satu dunia turut merasai kesedihan selepas 18 hari kita menanti jawapan misteri kehilangan MH370... Selama tempoh 18 hari itu juga aku percaya seluruh rakyat Malaysia tak berhenti-henti berdoa & mengharapkan keajaiban akan berlaku... 

Tetapi sekiranya ia sudah tertulis begini , apalagi yang kita sebagai hambaNya & rakyat biasa mampu katakan & lakukan.. Jangan pernah pertikaikan usaha kerajaan , usaha Perdana Menteri , usaha negara-negara yang terlibat.... kerana kita tidak berada di tempat mereka. kita tidak berada di tempat keluarga mangsa , kesedihan yang kita rasa tidak mungkin akan sama dengan apa yang mereka rasa.. 

Kadang-kadang aku tak faham dengan sesetengah orang yang suka sangat menjadi penganalisis tak bertauliah , suka menjatuhkan hukum pada seseorang sesuka hati.. Macam takde kerja lain, macam laa dorang tu hebat sangat.. Pada aku musibah yang menimpa negara kita sekarang , bukanla masa untuk kita menghentam kerajaan , MAS , atau mekanik MAS atau sesiapa pun.. Ambil iktibar di atas setiap kejadian.. 

Dapat ke kita bayangkan saat-saat pesawat itu menukar haluan , apa yang berlaku sepanjang penerbangan malam itu , atau ketika pesawat iut hendak terhempas , di dalam kepekatan malam , di tengah lautan yang luas & dalam... Bagaimana keadaan mangsa-mangsa di dalam pesawat  bertarung nyawa menyelamatkan diri masing-masing ?? Ini bukan cerita didalam filem , ini adalah realiti.. Tak terjangkau dek akal kita , apa yang mangsa lalui sejak dari tarik 8mac 2014.. Astagfirullah hal azim..... 

Sekiranya Allah telah menkehendaki sesuatu itu terjadi , maka terjadi la ia... Semuanya yang berlaku dengan izin Nya.. Siapa kita nak mempertikaikan setiap kejadian yang berlaku.. Malah sepatutnya kita lebih menginsafi diri , ingat mati , ingat tiada yang lebih berkuasa selain ALLAH..  


Ya allah , aku bukan la baik .. aku juga manusia biasa macam korang.. tapi aku sangat sedih bila membaca status , komen sesetengah orang yang tidak memikirkan perasaan -perasaan orang yang terlibat dan pengunaan hastag yang tak kene pada statemen & gambar..  dan ada yang lebih kejam mengaku anak , ibu , adik , kawan kepada mangsa yang terlibat didalam pesawat MH370 sedangkan korang kenal pun tidak... Ada jugak jenis manusia macam ni ??? serius aku tak faham apa motif orang2 macam ni... 

Sementara menunggu pihak berkuasa menjumpai kotak hitam , yang entah makan masa berapa lama pula.. mungkin berbulan , bertahun , kita tunggu jela .. Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah sedekah doa untuk mangsa yang beragama islam.. Walaupun masih ada segelintir yang kata belum sahih mereka semua nahas.. Ya mungkin akan ada keajaiban , siapa tahu .. Itu semua rahsia Allah.. Tapi tak salah kalau kita sedekahkan Al fatihah & terus berdoa.. Amin...





Monday, 24 March 2014

Hari Jadi Abah...

Assalammualaikum !

Percaya atau tak aku sebenarnya sepanjang hidup aku tak pernah sambut hari jadi abah apatah lagi sambut father's day... kejam bunyinyaa kan ?? tapi itulaa realitinyaa... aku akui aku memang sangat tak attach to abah.. aku lebih kan mak dalam segala hal , harijadi mak , sambutan hari ibu , kalau dapat rezeki lebih pon aku akan bagi pada mak atau belikan barang untuk mak.. Untuk abah??? hurmmm memang aku tak reti ... rasa macam kekok nak belikan apa2 untuk abah.. kalau ada pon time raya aku belikan baju sehelai dua , atau hulurkan duit raya.. 


Tapi semenjak mak aku meninggal dunia , semua perasaan kasih dan sayang tertumpu pada abah.. Dan sejak itulaa aku baru sedar yang abah dah lama kurang perhatian dari anak-anak.. Dalam ramai-ramai adik beradik aku , hanya akak aku jer yang manja dengan abah .. Dia laa tempat abah mengadu , mintak perhatian & tempat nak mintak duit... 

Dan bulan lepas 8//2/14 , adalah pertama kali aku sambut harijadi abah .. Aku tahu , jauh di sudut hati abah mesti rasa terharu.. atau mungkin dia dapat rasa janggal sebab tak pernah2 kita orang nak celebrate birthday dia.. hehe tapi bukan laa ada tiup2 lilin pon , just belanjer makan kat Jhonnys Steamboat,  One Utama..  Dan kita orang share2 duit belikan abah hadiah jam idaman dia.. hehe suka betul dia dapat hadiah dari anak-anak dia..  Maaf abah selama ni orang tak pernah bagi hadiah pada abah.. T_T




Honestly aku dapat rasakan abah happy hari tu , dia layankan jer kita orang bila kita orang suruh abah posing nak amik gambar.. siap tukar2 cermin mata setiap kali suruh posing.. hohoho sampai cermin mata shah pon kita orang suruh dia gayakan..  hohoho seronok aku tengok abah macam tu .. dan jauh di sudut hati aku terbayang jika arwah mak ada di situ.. mesti lagi meriah... T_T 



Tapi bila aku fikir dalam-dalam , mungkin jugak sekiranya arwah mak masih ada aku masih lagi tak pedulikan abah... kasih sayang aku tertumpu pada mak.. Dan aku tahu ini adalah percaturan Nya , Dia nak abah juga merasai perhatian dan kasih sayang anak-anak sama seperti mak.. 



Aku tahu tak semua orang macam aku , tapi mungkin ada jugak yang macam aku.. lebih tertumpu pada mak hingga kita terlupa bapa kita jugak susah payah membesarkan kita.. bapa kita juga sebenarnya sayang sama macam mak kita sayang pada kita , tapi cuma bapa kita tak luahkan , tak tunjukkan pada kita cara dia sayang kita , cara dia ambil berat , cara dia peduli tentang kita.. 


Ramai kata muka aku iras abah.. apa kata korang ??

Dan aku bersyukur sebab Tuhan beri aku kesempatan untuk berbakti pada abah pulak.. Walaupun aku tahu aku tak dapat nak tebus apa yang kurang pada masa lepas , tapi aku akan cuba untuk bahagiakan abah... Semoga Allah panjangkan usianya , berikan kesihatan & lapangkan dadanya di saat-saat abah meniti usia senja.. Amin.... 

 aku pon dapat jam baru dari Shah.. hehe hadiah anniversary katenyer.. 


Thursday, 13 March 2014

Hi Tea Hijabista !

Assalammualaikum !

Berkurun tak hapdet blog rasa macam banyak yang tertinggal.. Tapi aku tetap jugaak nak hapdet , Cerita bulan lepas tapi rasa macam dah lama sangat , sebab sepanjang tempoh sebulan aku sibuk sangat sampai rasa macam dah basi nak hapdet pasal event hijabista ni.. Basi tak basi , korang layan jelaa yer.. hehe 

Event ni sebenarnya Kathy yang ajak aku dan Ira join , dan Kathy pon dapat jemputan dari kawan dia.. Katenyaa we alls ni hijabista , so asal boleh , join sajer laa dik non.. walaupun hakikatnya aku tak pernah beli sekalipon majalah hijabista tu.. ooopsss! Maaflaa semenjak dah tak muda remaja ni memang dah lama aku tak baca majalah..


Ikutkan aku memang tak biasa join-join majlis-majlis hi-tea ni , dulu masa keje adalah pergi tapi itupon kene keje… attend as guest memang tak pernah kooot… Nak pulak yang ada tema bagai , haisshhh letih betul ! Masa Kathy bagitau ada tema Artsy Attire , otak aku terus teringat lukisan budak fine art masa aku study kat uitm dulu.. hahaha ko dah kenapa ??? Sebab bagi aku lukisan fine art tu jer aku rasa berseni , & orang biasa memang takkan faham… 

Honestly aku bukan laah seorang fashionista, dan nak pakai tudung pon tak pandai apatah lagi berhijabista bagai.. hahaha  Bagi aku asalkan selesa , tak nampak selekeeh aku sarung jer.. So tak nak serabut kepala , aku decide pakai pallazo corak bunga , loose shirt & shawl 2 tone untuk petang tu. Ini pon last minit aku grab jer yang mana aku rasa sesuai.. Ntah ikut tema ke tidak ,belakang kira.. Sebab bagi aku kalau dah majlis hi-tea , pastinya majlis tu santai-santai jer.. so ok kot aku pakai casual macam ni.. hehe Pastu suruh Kathy mekapkan sikit muka aku , sendiri nak mekap memang tak reti aku..  So inilaahh hasilnya dress up aku aritu.. hohoho hijabista ke koooo??? 


 Tapi bila kathy dah mekap kan , seriously dekat 20x aku tengok muka kat cermin sebab rasa janggal giler.. ahahha tengok muka sendiri pon rasa pelik , kejap aku rasa muka aku bulat , kejap aku rasa kening aku tebal sangat , kejap aku rasa pipi aku merah .. serba tak kene dibuatnya !!

muka bajet fokus sangat laa konon .. =D

              Dan dalam pada aku berasa janggal tu, boleh plak ada 2,3 reporter nak interview aku.. hahaha wut the hack ???!!  serius masa tu aku rasa blur dan malu gile kott… Punyerlaa ramai hijabista yang lagi vogue de vass kat situ , ahkak jugak dia nak interview.. Rasa macam tak layak pon ada , yerlaa orang lain bukan main lagi pakai tudung stylo mylo , baju pon unik2 sampaikan aku rasa macam nak lari pergi tukar baju lain jer masa tu .. Mana taknyaa team majalah & kru2 event t upon lagi stylo dari aku.. hohoho sedih !

Bla..bla..bla.. Ntah apa2 laa jawapan aku masa ni..

Tapi sebelum dorang record tu aku tanya laa dulu , apa yang dorang nak interview aku.. huuhu supaya aku dapat standby jawapan sedap sikit untuk soalan tu.. takdelaa Nampak macam budak sekolah punya jawapan kan… hahaha

Majlis ni sebenarnya sampai harini pon aku tak faham & tak tahu apa motifnya selain daripada nak jamu kitaorang makan desert  yang super banyak & super delicious.. huhu sampaikan aku rasa macam pergi pesta apa je penuh meja makanan manis-manis.. Kita orang dah laa lapor time tu ,  dok mengharaplaa dapat makan mee hoon ker , kuih muih ker, paling bodoh pon bagi sandwich la.. hahha tapi hampeh !! sudahnya abis majlis memasing mengigil check in kedai makan , cari nasi .. hahaha  










Permulaan event ni di mulai dengan talk dari  Bank Islam mengenai khidmat yang Bank Islam tawarkan.. Lepas tu ada laa tutorial cara pakai shawl.  Dan lepas tutorial tu aku expect ada lagi laa tutorial lain or apa2 talk lagi , tup tup mc bagitau terus ke acara swap hadiah.. huhu aku , ira & Kathy terus blur sesangat time ni… 

Memang dari awal Kathy dah bagitau yang kene bawak apa2 barang untuk swap dengan tetamu lain.. So aku pon bawak laa kasut sepasang , tudung , baju yang aku beli on9 tapi tak pakai2 sebab gedabak besar..  Tapi aku bajet acara swaping ni takde laa macam nak jual barang kat pasar malam...huru hara aku tengok memasing macam kalut nak tukar-tukar hadiah, macam dapat hadiah iphone jerk.. haishhh  

sesi swappingggggg !

Ada yang terjerit-jerit macam nak lelong barang kat pasar malam & ada yang tersipu-sipu tanya sorang2 nak tukar barang tak ?? Yang tersipu-sipu tu ada lah kitaorang yer… dah laa tak kenal orang lain , tetiba nak offer orang tukar barang kita yang tak seberapa tu.. hahaha actually sepanjang event ni memang aku blur lah !!  bila ada orang tanyer nak tukar apa2 cepat je bagi apa yang ada.. Itupon ada satu barang yang aku tak dapat swap..  Ira lagi laa , tak silap aku 3 barang dia tak dapat nak swap.. dasar pompuan tu lagi malas & blur ! 


Turn depa untuk berlakon depan kamera 

Bergambar dengan mc petang tu : Dayah Bakar aka host untuk program Hijabista kat tv jugak 

sambil kita orang tengah swapping tu , adalaa background kat stage belakang retis mana ntah buat persembahan.. Yang sorang aku kenal Noryn Aziz.. So sambil orang lain sibuk dok swap2 barang , aku & Ira tertenggek jelaa kat bucu meja layan persembahan.. hahaha Kathy dengan yang lain masih berusaha untuk bertukar hadiah... 


Sebelum balik aku sempat laa bergambar dengan anak Tuan Haji , iaitu owner Kumpulan Karangkraf  , Farah Husamuddin .. Farah ni dulu boss aku , hohoho dia jaga department creative.. Masa jadi boss , aku nak cakap dengan dia pon segan , yerlaa kita ni kuli jerkannn.. Tapi masa kat event tu , aku berani kan diri laa tegur & tanya khabar.. Nasib baik dia masih ingat aku , walaupun aku dah bertudung .. hehe  kalau tak memang aku sorok muka bawah meja tauuu ! 


 


Anyway Tq Hijabista magazine,  sebab organize event yang simple & santai ni untuk gadis-gadis Hijabista dan jamu kita orang dengan desert-desert yang sedap.. Kalau ada lagi function macam ni boleh jemput lagi yerrrr !! #ahaks =))