Monday, 27 January 2014

Kenapa Perlu Ada 2nd Income ?

Assalammualaikum ! 

Baca tajuk kat atas macam nak buat iklan bisnes MLM jer kan.. ? hehe jangan risau puan-puan , aku bukan nak jual barang atau nak ajak korang jadi downline aku yer.. Just nak share pendapat & idea , semoga apa yang aku share dapat memberi,  tak banyak skit galakan & inspirasi pada korang-korang kat luar tu..

Aku percaya ramai yang asal tengah bulan merungut dah pokai , duit gaji kita dalam masa seminggu dah abis..  Bayar itu , bayar ini , yang tinggal duit belanja untuk hari2 pergi keje jer, silap2 tak cukup lagi adalah .. Zaman sekarang keluar je rumah , semuanya duit, duit, duit !! Especially yang duduk Klang Valley  laa , kalau ko duduk Alor Setar nun , mungkin takde masalah yang akan aku cite ni.. 

Contoh , nak pergi keje kene naik keta , kene isi minyak , masuk highway kene bayar tol , ( boleh kata kebanyakkan jalan semuanya ada tol ) , sampai office , parking keta kene bayar , melainkan korang gamble tak bayar parking pastu rela kene saman dengan Majlis Perbandaran.  Masuk office , rasa nak sarapan dulu , beli sandwich 2 keping + air teh tarik ikat tepi. pastu lunch plak ,  makan kat kedai paling kurang kene Rm8 sekali air itupun kalau makan kat gerai2 tepi jalan , pastu amik lauk ikan goreng, kuah sikit & sayur. Kalau tiba-tiba tekak ko nak makan sambal udang , siput sedut , kurang2 dalam purse kene standby Rm20... 

Jom kita buat kira2 secara kasar k  ! 
Sehari belanja cincai laah , RM20 or mungkin kurang sebab korang makan lunch jer RM15 sehari .. Kali dengan 28hari , tak masuk minyak tol , beli benda2 lain kat guardian , lipstick la , pad la, wet tissue la.. Jangan tipu kalau korang kata duit gaji korang cukup malah berlebih2 setiap bulan.   Tapi tak tahu la kalau korang memang seorang yang bijak pandai dalam menguruskan wang.. hehe but mostly aku yakin memang ramai berada situasi yang sama.

Aku pernah keje makan gaji , sebab tu aku tahu & selalu sangat dengar rungutan pasal duit gaji tak cukup dari kawan2 sepejabat dulu.. termasuk aku laa yang merunggut tuh ! Bukan kita tak bersyukur , bukan kita tak reti berjimat , tapi lumrah setiap manusia ada keinginan kan.. Sekali sekala nak jugak beli baju , seluar baru , beli bedak , pergi bercuti dengan kawan / family. Tapi kalau duit gaji setiap bulan negative , agak2 nya tahun bila korang dapat pergi bercuti. 
Kalau yang lelaki lagi kesian , nak bayar hutang kereta/motor, hutang ptptn la , sewa rumah , bagi duit kat mak abah kat kg , bila ada gf nak kumpul duit nak kawen pulak.. itupun kadang2 culas , last2 amik loan , menambahkan hutang yang memang tak cukup pinggang nak lilit.. kesian okeey ! 

memang tak heran , ramai orang sekarang banyak yang status bankrupcy / blacklist sebab banyak hutang ! 

So itulaa perlunya ada 2nd income !! Tak kira apa jenis pekerjaan ,perniagaan janji ia adalah 2nd income yang dapat membantu sedikit sebanyak kewangan kita. 

Kat sini aku beri contoh paling dekat adalah diri aku sendiri.. Aku dulu pernah makan gaji , mula2 memang rasa cukup , tapi lepas tu expenses makin meninggi , kereta asik rosak jer masa tu , tiap2 bulan masuk bengkel ! Pastu keje aku yang berisiko mendorong aku untuk amik insurans yang paling minimal.. kot2 laa apa-apa jadi tengah2 jalan, risau jugerr.. hurmm dua benda tu jer pun dah buat duit gaji aku abis seblum waktunya.. 

Heeii insurans tu penting tau ! aku jenis yang beringat sebelum kene, pada aku setiap orang berisiko untuk di timpa kemalangan, ragut , atau penyakit yang kita tak tahu bila-bila je boleh ada dalam badan kita ni.. so aku sanggup la ikat perut demi nak bayor insurans... tapi kalau dah duit gaji pon tak cukup , camner gamaknya aku nak bayar duit insurans bulan2 tu.. hurmm pikirlaa sendiri ! 

tup..tup.. ! Aku dapat idea untuk jual tudung kat office . walaupun masa tu diri sendiri pon tak pakai tudung .. huhu Company aku memang ramai perempuan bertudung , itulaa untungnya keje comp besar , jual apa pon laku.. Alhamdulillah , tudung2 ku mendapat sambutan , membuatkan aku terdorong pulak nak bukak bisnes on9.. Masa tu aku memang tak tahu apa2 pasal blog , facebook, perlahan2 belajar.. setiap hari belek  & pikirkan macam mana nak orang tahu produk kita.. Dah abis jual tudung aku cuba jual kasut pulak , sebab masa tu aku rasa ramai sangat jual tudung, so aku cari something yang lain..  bermula dengan jual kat office , kawan2 , bazaar kemudian baru berkembang di dalam on9 .. Dan sekarang hampir 5 tahun aku berniaga kasut.  

Alhamdulillah pendapatan 2nd income tu banyak sangat membantu aku, sampai laa sekarang.. Walaupun ada kalanya bisnes bukan laa selalu nya bagus.. tapi boleh laa nak cover apa yang tak cukup tengah2 bulan.. Nak makan sedap2 skit kalau ada duit lebih, atau bagi duit kat parent lebih skit.. =) 

Zaman sekarang aku rasa macam2 orang meniaga , antara rajin dengan tidak jer.. Tak semestinya korang kene jual produk , service pon boleh.. Contoh , korang pandai buat cake / kuih , boleh buat bisnes dari rumah.. Balik keje malam, tetapkan buat 2 / 3 biji cake / 50 biji kuih.. hebahkan pada kawan2 kalau ada majlis apa -apa boleh tempah dengan korang.. 
Atau mungkin korang pandai mengait / menjahit , boleh cuba untuk mengait baju untuk baby ker  , amik tempahan baju kurung ke , then starting jual kat kawan2 di office dulu , sedara mara .. Trust me slowly benda tu akan berkembang sendiri , asalkan kita pandai merebut peluang. Janganlaa bila ada orang nak order , ko bagi 1001 alasan ! Haishh

Aku pernah jumpa orang macam ni , aku tolong promote kan service dia.. Bila ada orang nak khidmat dia , banyak pulak songeh dia ! tak cukup tangan laa , anak kacau laa, laki tak bagi laa.. Hurmm ini dinamakan nak 1000 daya , tak nak 1000 dalih ! sudahnya aku malas nak layan 

Mungkin ada jugak yang takde kemahiran , tak salah cuba untuk berniaga secara sambilan .. Sekarang ni banyak produk korang boleh meniaga , tapi kene ada modal skit laa... Mula dari kecil-kecilan dulu, sambil2 main facebook tu promote skali.. Bukan susah pun , orang nak beli ke tak , itu terpulang pada rezeki.. Janji usaha tu ada ! 

Bagi yang belum kawen , aku rasa peluang nak buat keje part time ni lagi senang.. Percaya atau tak , dulu aku lepas waktu keje , aku pernah keje kat pasaraya & kedai video .. Sabtu & Ahad aku keje dari pagi sampai malam.. Siapa nak bagi weeii sebulan 4,5ratuss ?? zaman tu 500 dah besar rahmat . hehe  Itu masa aku zaman muda , takde bf nak dating so bzz kan diri dengan kerja sambil menambah pendapatan. 

Kalau yang lelaki lagi senang,  boleh jer keje part time kat mc'd , dominos , pizza , kedai burger pon boleh .. janganlaa nak keje pakai kemeja + tie jer , tak hina pon keje tukang angkat dulang.. asalkan halal dik ! bagi aku laa, kalau kita sendiri tak tolong diri kita sendiri , belum tentu ada orang nak tolong kita.. nak hulur 5 hengget pon belum tentu ..   

Sebagai perempuan , lagi laa macam-macam keinginan yang mengoda setiap hari. Tapi kalau tak de duit memang telan air liur jelaa.. Kalau dah bersuami pun , kalau tiap-tiap bulan kita mintak itu ini , dia pun pening ! Kalau takde anak boleh laa di layankan lagi keinginan kita tu , kalau dah ada anak sendiri mau ingat laa kan.. huhuhu 

So korang-korang.. balik ni pikir laa apa yang korang perlu buat untuk menjana pendapatan bulanan. Cungkil bakat yang terpendam , mana tau kot2 selama ni korang pandai buat karipap ker , buat 30 biji jual kat office.. Atau korang boleh ajar budak-budak sekolah rendah tuisyen matematik , sains ke .. Aku dulu terpikir nak ajar Bahasa Melayu , tapi nasib sedar diri , diri tak berapa nak berbahasa sangat.. hahaha baik rentikan ! jahanam bahasa melayu budak2 nanti dapat cikgu macam aku.. 

Apapon tepuk dada tanya selera ! Kalau korang rasa selesa dengan tahap sekarang, terpulang. Cuma apa yang boleh aku katakan kalau zaman sekarang pon ekonomi tak menentu , 2,3 tahun akan datang pasti lebih mencabar.. Orang tua2 kata sediakan payung sebelum hujan ! Yer taakk ?? 

yang terakhir harus laa gambar selfie ketika meniaga ! 

Thank you for reading this entry !

Thursday, 23 January 2014

Pasangan Kita Adalah Pelengkap Kita

Assalammualaikum !

Hello Everybody ~ 
hamboii entry kesah chenta aku nampaknya mendapat perhatian, abis kawan-kawan lama semua baca entry tu yer , pastu pakat bahankan aku kat fb.. kuikui sampaikan anak buah aku berminat jugak nak baca , nak tau kisah cinta aunty & uncle dorang.. isk ! macam takde benda lain korang nak baca keenn 

Yang tak boleh tahan bila dorang baca depan aku plak tu, lepas tu tersengih-sengih masing2.. serius aku rasa nak sorok muka bawah bantal , pastu campak bantal tu kat muka anak2 buah aku.. hahaha Tapi disebab kan sifat sporting yang menebal dalam diri aku layankan ajee perangai anak2 buah aku tuu.. 

Tapi apa yang aku tak boleh tahan lagiiiii , bila niece aku yang umur 12 tahun, Mia bagi soalan padu kat aku lepas membaca entry How We Met .. 
" Hurmm.... Aunty , dulu aunty cantik ke macam sekarang ? " 

Huh ! tak ke bernanah soalan tu ko dengar.. pastu aku bagi jawapan dengan persoalan pelik 
" kenapa Mia tanya macam tu ?" 

"Yerlaa sebab mia rasa aunty dulu biasa-biasa je , macam mana uncle Shah boleh suka kat aunty.. " maksud dia biasa2 tu tak cun laa, tapi guna ayat tu nak jaga hati.. tak cukup jaga lagi tu nakk

Kahkahkah kejam okey statement anak buah aku ni.. Dia tak tahu ke aunty dia ni hot jugaakk seuatu masa dulu !! hahaha Tapi sebelum aku jawab soalan tu , sempat laa aku gelak guling-guling dulu.. Akak aku pon tukang gelak jugak , kasi siram lagi minyak dalam hati aku yang tengah mendidih .. hahaha

" Mia itu tandanya uncle Shah suka kan aunty bukan sebab paras rupa.. Tapi sebab diri aunty yang sebenar.. Lagipon masa zaman tu , aunty takde laa comot sangat.. " kuikui tetaaappp nak cover line ! 

Sebenarnya soalan yang Mia bagi kat aku tu , bukanlaa biasa.. Aku pon pernah bagi soalan tu pada Shah sebelum kitaorang declare.. hehe Yerlaa dengan muka jambu , keja hebat , duduk dalam office ,takkan laa dia betul2 nak kat aku.. Aku waktu tu keje angkat camera, dress up jeans + t'shirt jer .. tak reti nak pakai dress, mekap , kasut cantek2.. huhu sedih !  Tapi inila jawapan yang dia bagi setiap kali aku ajukan, bukan sekali okey, berpuluh2 kali aku tanya benda yang sama.. 

" I suka u sebab diri u .. I tahu u boleh tahan dengan diri i , sebab u ada apa yang i takde.. U boleh lengkapkan kekurangan i, & i akan cuba jadi pelengkap diri u .. " 

Haaa tak ke cair ko dengar jawapan dia.. *_* 
Tapi itulaa hakikatnya hidup berpasangan adalah saling melengkapi , mana ada manusia yang sempurna .. Kalau kita rasa diri kita sempurna pun , orang lain pandang kita pasti ada jugak kekurangan.. Allah itu maha adil , dia dah tetapkan pasangan kita adalah pelengkap kepada kekurangan kita .. Kalau kita tak boleh terima kekurangan pasangan kita , macam mana kita nak hidup hari-hari dengan dia.. Betul tak ?

Antara aku & Shah memang banyak sangat perbezaan sebenarnya , dari segi sikap , karakter , bidang kerja , cara bergaul , background , education, pemikiran , pendapat & bla..bla.. Boleh kata ada 1001 perbezaan antara kami.. Masa mula2 dulu macam anjing & kucing , ada je yang tak betul kat mata dia , tak betul kat mata aku.. Ramai jugak yang menganalisis (wah macam ayat ekonomi ) hubungan kita orang takkan sampai ke jinjang pelamin.. huhuhu 

Tapi kadang-kadang aku terfikir jugak kalau aku berkahwin dengan orang yang banyak persamaan dengan aku, mesti huru hara jugak hidup aku kot.. 

Contoh : Karier
kawen dengan photographer ( sebab dulu aku photographer kan ) mesti topik kita orang pasal cara nak amik gambar , job wedding , teknik amik gambar , boss kat ofc , event yang pergi siang tadi & bla..blaa... 

So bila shah keje bidang It , aku keje bidang perniagaan kitaorang share benda yang totally berbeza setiap hari.. Keje aku jumpa orang yang berlainan setiap hari , tapi dia akan hadap laptop yang sama setiap hari.. hahahha bosan sungguh ! Bila balik aku sibuk nak cite sales kat kedai , stock kasut baru sampai , customer yang cerewet , tapi dia takde benda nak cite .. sebab dia memang ditakdirkan untuk jadi pendengar setia aku sampai mati.. whuawhuawhua 

Sikap : Peramah
Dapat pasangan yang peramah jugak , pergi mana-mana dua2 sibuk nak bercakap.. Tegur orang tu , tegur orang ni , dah lambat nak pergi keje pon sempat tegur jiran sebelah , sembang dekat 1/2 jam pasal topik pokok bunga jer punnn .. ( ini adalah aku yer ) Bila kita nak bercakap dia pon nak bercakap.. hehe kalau dua2 cakap siapa nak dengar ? Betul tak ?

Tapi ada satu sikap aku yang teruk : Pelupa 
So keje Shah ada lah menjadi reminder aku untuk semua perkara.. Sampai urusan bisnes aku pon banyak benda dia ingatkan. Sebelum nak pergi mana2 pon dia akan tanya aku satu-satu , make sure aku takde tinggal barang.. hehe kalau sebelum kawen , memang tak sah kalau aku tak tinggal barang kat rumah ! So sekarang , Shah ada lah pelengkap aku .. ibarat macam PA aku laa .. hehe 

Begitu indah percaturan Allah kan, itu yang kita sedar , yang kita tak sedar sebenarnya lagi banyak.... orang kata , kalau kita sibuk mencari kekurangan pasangan kita sampai bila pon kita takkan nampak kehebatan dia.. so kalau cacat sana sikit sini sikit tu jangan merungut laa, sebab diri kita pon banyak celanya juger.. last but not least , pesanan penaja , hargailah pasangan anda & sentiasa hargai apa pun yang dia buat untuk kita walaupun sebesar kuman..  =) 



Tuesday, 21 January 2014

Flashback Part II : Kenal Hati Budi

Hello !!

Ini sambungan kisah cinta aku & si dia.. eceehhh ! pantass tak aku hapdet?? *_*

 Lepas pertemuan pertama , seriously aku tak sangka akan jumpa Shah lagi .. Aku ingatkan malam tu dia join sebab nak tengok bola jer.. Ada satu petang lepas abis keje , member2 aku ajak dinner kat Idaman ,  Mutiara Damansara. Itu kira port kita orang lepak untuk makan & borak2, sebab mostly kawan2 keje area Damansara , cuma aku je dari Shah Alam.. 

Tapi petang tu aku tersampai awal plak, roger kawan2 lain masih otw , ada yang stuck dalam jam ada yang tak abis keje lagi.. So aku cakap okey takpelaa aku just tunggu jer dalam keta, tengah dok tunggu2 tu , tiba2 ada orang call aku dari nombor yang tak dikenali.. Aku pon jawab tanpa perasaan.. =P

 Sekali rupanya, Shah daaa yang call.. Pelik gak camner dia ada nombor aku.. Tapi masa tu aku takdelaa suspicious sangat.. mesti dia dapat dari salah seorang kawan aku.. Rupanya dia call aku sebab nak bagitahu dia pon dah sampai kat kedai makan tu, so dia suruh aku datang kat table dia.. Aku pon okey jerlaa kan, nak cakap apa lagi.. hehe 

Tapi kaannnnnn , elok aku duduk jer , lepas tu kereta bf aku plak sampai.. kahkahakah Aku tak prasan muka Shah macam mana lepas tu , sebab hati aku tengah berbunga2 ( dalam hati lega laa jugak sebab kalau tak aku sengal jugak tak tau nak borak apa dengan mamat ni )... Masa tu , Shah ingatkan aku sorang , sekali aku ajak bf aku join jugak.. hehe Actually aku memang suka sangaaattt ajak bf lepak dengan kawan2 aku , sebab kononya, aku nak bf aku pon jadi sebahagian daripada kawan2 aku.. So senang nak lepak dengan kawan2 & dating at the same time.. hehe itulaah tujuannya... Yerlaa masa tu kawan-kawan macam penting sangat laa bagi aku.. Friends Forever katanyaaa!
So dipendekkan cite dari situlaa dia ada nombor aku, dan tak sangka dia simpan.. Aku ?? memang tak terlintas nak save okey ! 

Bila tanya Shah balik macam mana perasaan dia masa tu , dia kata dia siap kutuk bf aku dalam hati.. whuawhuawhuawhua tapi tak cakap laa kutuk apa.. kelakar okeyy ko feeling kat gf orang masa tu, pastu nak kutuk2.. Tapi..tapi..tapi.. 

Nak dijadikan drama , hurmm relationship aku & bf aku tu , tak bertahan lama.. Aku found out dia ada perempuan lain.. huh ! drama melayu sangat ..  T_T
 remuk , berkecamuk , marah , benci semua ada masa tu.. sob..sob.. seriously masa tu aku memang tak sangka di "gula-gula" lagi oleh lelaki.. Dan itu adalah kali ke-3 aku frust, memang kesian sebab relationship aku dengan dia & sebelum2 tu semuanya not over than 5 months..! sedih hidup aku masa tu.. Rasa macam serik pon ada at that time.. whuaaaa =(

Dan masa aku tengah frust tu , seriously i always need someone to share my feelings.. Kalau boleh biar 24 jam ada orang sebelah aku yang dengar rintihan hati.. Dan selalu jadi mangsa menadah telinga , adalah Ila .. Tapi satu hari aku call Ila , dia bzz pulak.. atau mungkin dia dah letih nak dengar citer sedih aku.. sob..sob..
dan tiba-tiba dia mention nama Shah , (sangat pelik okey ) dia kata Shah memang tengah free je waktu tu.. Aku pelik bertambah pelik , macam mana minah ni boleh tau Shah free ke tak.. Ila pon intro laa skit pasal Shah ni, rupanya mamat tu pon tengah frust masa tu.. kahakahakah memang sesuai sangat laa kan ..

Tapi aku nak call dulu memang tak la, sebab aku tak kenal sangat kan.. Tiba2 nak lepak berdua , lagipon nombor dia pon aku tak save.. hehe padanlaa muka aku kan ! Eksyen sangat aritu.. Tengah aku pikir2 nak cari kawan lain ajak lepak , sekali aku dapat call dari Shah.. hehe Dia ajak aku lepak minum-minum, dalam hati aku mesti Ila yang bagitau ni... Disebabkan aku tengah bosan & kecewa aku pon say yes ! Atleast takde laa aku meroyan kat rumah sorang-sorang.. 

So dari situlaah bermulanya perkenalan yang lebih rapat antara aku & Shah , kita orang sama-sama tumpangkan bahu masing2 untuk disandarkan... kuikuikui so sweets okey ! Aku dengar kisah dia , dia dengar kisah aku sampailaa bosan.. bla..bla..bla..

 Tapi we all takdela terus declare , mungkin masing2 baru lepas di kecewakan , so tak nak laa tergopoh-gopoh.. Kita orang amik masa 6 bulan untuk kenal hati budi , sampai laa aku rasa confident baru we all move to the next step.. Dan yang best nya , dalam tempoh 6 bulan tu kawan2 semua tak tahu kita orang rapat.. hahaha nak keluar dating pon curi-curi , takut kantoi dengan kawan2.. Bukan apa , aku takut nanti kalau hubungan tu tak jadi , takdelaa malu sangat dengan member2 kenn.. hohoho  sampai kesitu aku pikir , punya laa fobia nak bercinta lagi masa tu.. 

Tahun baru aritu genaplaa 6 tahun aku & Shah together2.. hehehe Tipula aku cakap kita orang tak pernah gaduh , cemburu , sampai pernah satu tahap hampir putus.. Tapi alhamdulillah , Allah panjangkan jodoh kami.. =) 

Apa yang aku boleh katakan , Shah seorang yang very protective , bertanggungjawab & bersungguh2 dalam apa2 yang dia buat. Dalam hubungan kita orang, family,  kerja , even dengan kawan2.. Dia akan lindungi & jaga aku walaupon dia jauh , sebab dulu kerja aku kan banyak kat luar & selalu outstation .. So dia memang sangat risau atau dalam istilah lain cemburu.. kahkah takut sangat aku sangkut kat orang lain.. Tapi bila ingat balik , best pulak moment tu , sebab dia akan sentiasa nak amik tahu apa yang aku buat , pergi mana.. masa tu toksah cite laa telefon memang gantung kat leher jer , kejap2 dia call , kejap2 dia sms.. hehe sekarang ???  telefon tinggal kat rumah pon takde hal !!  

So itulaa kesah perkenalan aku & Shah.. Cukup kot sampai situ , nanti kalau citer lebih orang muntah plak dengar.. hehe ini pon aku dah ringkaskan seringkas yang mungkin !
Tapi sebenarnya bagus jugak bila bercinta dengan orang yang pernah di kecewakan jugak ni , sebab dorang akan lebih menhargai pasangan.. Dorang seboleh-bolehnya takkan buat kita  menangis , & ulang kesilapan yang pernah ex dorang buat dulu.. setuju ??? =)) 




Aku bersyukur sangat sebab di temukan dengan Shah , dan bila aku semakin rapat mengenali dia baru aku tahu apa hikmahnya Allah temukan aku dengan beberapa lelaki yang salah.. Pernah dengar tak ungkapan ni " Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari , Dia datangkan hujan petir .. Kita tertanya kemana hilangnya matahari , rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi " =) Doa aku semoga perkahwinan kami kekal hingga ke syurga & mendapat keredhaan-Nya.. Amin... 

Tamat................ 

Monday, 20 January 2014

Flashback : How We Met

Assalammualaikum !

Semalam aku lepak dengan sorang kawan lama , hurmm lebih 5 tahun tak jumpa , semua berkat aku mengodek phone book finally terjumpa sahabat baek yang boleh aku kategorikan kawan menangis bersama , ketawa bersama , hidup mati pun bersama .. ecehh.. ceh..ceh 

Dulu masa masing2 study kat uitm , (tp kampus yang berlainan) asal cuti semester jer mesti kitaorang akan jumpa , untuk hapdet perkembagan memasing.. sampai laa masing2 dah grad , lepas tu masing2 dah dapat keje , tup2 we all lost contact.. T_T
 huhu zaman tu pesbook belum ada , cuma ada friendster & myspace.. Orang buat account friendster / myspace ni plak bukan guna nama ntah apa-apa, ada yang sweetgirl , mylady84, fashalicious, and bla..bla..  so memang payah la jejak kawan aku sorang ni.. 

so setiap kali aku & sahabat aku ni jumpa , topik yang paling best nak borak ialah pasal boyfriend..!! hohoho nampak betul miangnyaa aku dulu2 kan.. tapi honestly masa aku study dulu memang aku takde official bf , eceh boleh plak official , tak official kann.. maksud aku bila tak official tu means tak declare , tapi kawan lelaki yang aku rapat memang ada 2,3 .. fuyoo 2,3 tu tak tahan.. feeling hot sangat kan ko yana ! 

So after 5 years tak hapdet , semalam jumpa boleh tak dia suruh aku hapdet macam mana aku kenal , bercinta & finally married dengan shah .. Oh My English ! 5 tahun punyer cerita aku nak flashback, memang letih okey ! sampai 3 gelas air aku order semalam.. hahaha kan aku dah kata , jumpa kawan lama memang sampai kedai tutup laa sembang.. 

Lepas borak , punyer borak, tup..tup pagi ni aku rasa macam segar bugar nak share kisah cinta aku kat blog.. whuawhuawhua walaupun korang tak minta / tanya , aku tetap bajet kisah cinta aku setanding cinta Laila Majnun.. ekekeke pedulikan kalau orang tak nak baca pun, aku tetap nak share kat blog supaya lepas ni setiap kali aku jumpa kawan-kawan yang berkurun tak jumpa , boleh aku suruh baca blog sajer.. tak koser aku nak ulang2 cerita benda yang sama.. 

hehe lagipun bila cerita melalui tulisan ni feeling dia lain skit , sambil type boleh berangan2 , flashback zaman bercinta dulu.. pastu sengih sorang-sorang.. kuikuikui so this is the story , camner aku leh kenal, jumpa shah / suami ku sekarang.. 


1st time jumpa shah kat kedai makan &  masa tu aku in relationship with someone & the relationship baru 3 bulan macam tu.. So the 1st time we all jumpa ialah kat Hartamas Square , (sekarag Hartamas Square dah jadi Balai Polis)  masa kawan2 aku nak tengok bola , so aku pon plan bawak bf aku sekali.. Konon2 nak introduce la bf kat kawan2..  poyo sangat kan , baru 3 bulan nak show off.. wakaka

Actly Shah ni kawan kepada kawan aku, so bila sampai je kat table aku perasan la ada orang yang aku tak kenal kat situ.. yerlaa selalu lepak muka sama jer , tiba-tiba malam tu ada muka leng chai mana ntah..  huhu tapi disebabkan ada bf kat sebelah so aku tak amik port sangat la nak kenal dia.. just tau nama dia Shah, masa member aku introduce..  

1st time jumpa memang we all tak bersembang pon , member lain ralit tengok bola.. bila bola dah abis , dorang dok sembang lagi pasal bola.. huh , bosan ! bf aku masa tu memang very the 'keras' weyy sebab tak reti nak nyampuk.. so sudahnya lepas makan we all gerak balik.. so time nak balik tu pon aku tak tegur pon shah , sebab masa tu aku nampak dia macam mamat yang perasan hensem .. hahaha tau tak macam mana mamat yang perasan hensem ?? huh ! alaa cakap pon nak ada style , pastu dress up tak nak kalah , ala-ala macam budak subang jaya ! hoho budak subang jaya, memang ada gaya.. macam hari-hari,  hari raya ! ( pengaruh lagu teruk sangat aku ni ) muka pulak chinese look , rambut plak pacak-pacak , tak ke macam hensem tu.. kan? kan? mihmih 
tapi memang aku akui laa dia memang hensemm weii masa tu !! hahaha but frankly speaking aku memang tak taste lelaki muka jambu, so masa tu memang pandang muka dia tanpa perasaan.. =D

itulah kali pertama kita orang jumpa, aku memang langsung takde pikir nak jumpa dia lagi or nak kenal dia dengan lebih rapat pon.. Tapiiiiiiiiiiiii ... (wah panjang ko punyer tapi) rupa-rupanya masa 1st time jumpa tu Shah memang mengaku kat aku , masa tu dia dok ushar2 aku & rasa nak borak dengan aku.. wakakaka ni lepas kitaorang dah bercinta , dia reveal perkara ni kat aku.. sungguh tak sangka , walaupun aku ada bf tetap ko menaruh harapan eekk.. 
 ^_^

Haaa nak tau macam mana kita orang boleh rapat ? dan apa jadi pada bf aku masa tu ?? huhuh tunggu next entry k ! Kalau citer semua satu entry mau jadi cerpen pulak nanti.. Sementara ni aku bagi korang berteka - teki , apakah kehadiran Shah buatkan relationship aku & bf aku masa tu putus @ aku aku mencintai 2 lelaki pada masa yang sama ketika itu... ?? jeng..jeng..jeng.. barulaa best kalau  ada teka - teki macam ni.. feeling macam drama melayu gituuu.... ok daaa ! 



Inilah leng chai yang aku maksudkan tadi.. Shah dengan new image , bila dia pakai spec memang sejibik macam cina apek kat low yat .. whuawhuahua 

Bersambung..................... =) 

Tuesday, 14 January 2014

Bukan Lupa Tapi Tak Ingat !!

Assalammualaikum & Salam Maulidur Rasul ....

Semalam lepas keje , walaupun semalam Public Holiday tapi aku kene keje yer sebab staff aku sorang off. So aku kene laa cover semalam sampai pukul 6pm.. Shah cuti so dia baik hati nak antar & amik aku balik keje.. hehe so semalam lepas je keje aku terus ajak shah pergi makan, sebab aku kebuluran hanya makan 2 keping roti dari pagi & secawan air milo.. 

Kita orang kalau kat dalam Setia City Mall ni tak lain memang makan nandos jerlaa.. So otw turun nak ke Nandos , tetibe ada seorang minah ni tarik tangan aku sambil jerit nama aku 
" Yanaaaa !! "

Dalam hati aku " ceh sape berani tarik tangan aku tengah-tengah orang ramai ni ??" 
hehehe

Sekali bila toleh rupa-rupanya kawan lama aku masa kat uitm , Mazni  .. huhu lost contact a few years, tetiba jumpa balik dalam keadaan yang tidak disangka2... Masing2 dah berlaki , bezanya dia dukung anak.. Aku dukung handbag ! hahaha Sebenarnya Mazni ni bukan satu course pun dengan aku , satu block asrama pon bukan.. Dia course Science Computer , aku plak Art & Design.. Kalau ikutkan dua course ni memang payah nak ngam & payah nak bertembung jugak masa kat uitm dulu.. 

Aku pon tak ingat sebenarnya macam mana aku boleh kenal dengan dia.. huhu kejam sangatkan.. Tapi yang pastinya si Mazni memang suka sangat tegur aku kalau jumpa kat cafe , dining or mana2laah.. Pastu dia memang suka datang bilik aku , borak2 kosong .. Sampai orang pelik macam mana aku ada kawan budak Science Comp.. Dulu masa kat uitm kalau ko rapat dengan student course lain memang pelik sangat lah !  Sebab lain ialah budak art ni memang takde masa nak kenal2 , berkawan dengan course lain .. Sebab masa kita orang banyak dihabiskan untuk siapkan artwork jerk.. Masa untuk tido pun tak cukup ini plak nak berkenal-kenalan.. hehe 

Yerlaa budak art & design ni kalau kat uitm memang kawan dengan kelompok kita orang jerk.. Konon macam course kita orang paling happening & hips laa kat uitm tu.. hahaha tu bagi student art lain la, escp student fesyen .. oopss ! mohon jangan terasa.. 

But its really true , excep for my batch la, sebab batch aku low profile skit.. kan??kan??   kalau senior2 aku memang diva okey.. Tapi memang layak laa dari dulu dorang diva , sebab sekarang pon memang dorang dah betul-betul diva.. Antara seniour fesyen yang dulu aku berlanggar2 bahu ialah , sekarang sape tak kenal designer ni memang boleh hempuk kepala dengan keyboard.. Rizman Ruzaini , Zery Zambri , Azura Couture & ramai lagi sebenarnya..  Hatta Dolmat tu senior jugak tapi dia senior atas2 skit.. ecehh ckp senior macam aku course fesyen jerkk kan.. hahaha feeling tumpang glamer dorang apa salahnya.. hahaha 

Eehh apa yang aku melalut dok flashback zaman uitm ni.. huhu so di pendekkan cerita lepas bertegur sapa , tanya khabar & bertukar2 handphone number .. Aku mintak diri , sebab rasa macam serabut nak sembang tengah-tengah jalan , dah laa semalam shopping mall sesak dengan manusia.. Lagipon bila sembang laki kita dok jeling2 , macam nak suruh cepat.. memang sangat tak best ! hehe 

So nak ringkaskan perbulan , macam biasalah 5 soalan wajib yang orang akan ajukan bila jumpa kawan lama.. Aku pun praktikkan , di balas dengan mazni dengan soalan wajib dia jugak ! hahaha 

1) " Lama tak jumpa babe... ko buat apa sekarang ?? " 

 soalan ni ibarat intro sebelum ko mulakan dengan soalan2 wajib yang lain.. Dalam kata lain nyibuk jugak nak tau dia keje kat mana , hebat ke tidokk ?? hohoho 

2) " Ko dah kawen ker ? / Anak dah berapa babe ?? " 

soalan ni lebih kepada soalan cepu emas orang kate.. huhu bukan semua orang seronok nak jawab soalan ni.. Nak plak korang memang masih status single di usia lewat 20an .. atau macam kes aku masih belum ada rezeki anak walaupun dah 2 tahun kawen.. Huh ! Tapi hati aku dah kental nak jawab seoalan ni.. so takde hal lah !

3) " Duduk mana sekarang  ? / Duduk rumah lama lagi ker ?"

 Soalan ni lebih kepada ayat pancing nak tau dia duduk mana , ntah2 satu taman ngan aku jer sebenarnya.. ataupun ntah2 tempat tinggal dia memang sekangkang kera je dengan rumah aku.. huhu maklum laa orang zaman sekarang jiran sebelah pon tak kenal.. 

4) "Ko dengan si polan lagi ker ??"

 soalan ni kalau2 korang terserempak ketika sorang tanpa di temani pasangan.. hehe Nak plak kawan ko kenal bf / ex bf ko dulu.. Nampak sangat bzz body nyer u alls.. macam kes aku soalan yang di beri " Ko kawen dengan bf ko yang dulu tu ker ??" 
heeiii haruslaah aku kawen dengan si dia ! aku kan setia orangyaa.. ececeh 

5) Dan soalan yang terakhir ! 
" Berapa no telefon kau ?? Bak sini bagi , lepas ni boleh minum-minum kopi , sambung borak2 lagi "

 hehe Sekali bila dia sebut nombor telefon dia & ko pon dial konon2 nak misscall sekali,  keluar daaa nama dia dalam phonebook ko !! hahaha kejam weiii... 
Sape pernah terjadi situasi ni ?? Tolong laa kate korang pon pernah terjadi macam ni.. Kalau tak memang aku sorang jelaa yang tergolong sebagai kawan yang lupa ingatan !! haha 

Tapi seriuss aku memang tak hengat yang aku ada save nombor dia.. huhuhu maklumlaa orang berniaga ni , banyak betul simpan no telefon customer.. Pastu save nama ntah apa2 , bila nak cari balik tak jumpa.. ada tu tak ingat yang mana satu.. kesiaan kan aku ??

Aku rasa , aku kene back to manual .. simpan no orang dalam note book macam dulu-dulu salin semua nombor orang dalam buku telefon , siap address bagai.. senang nak cari bila time nak jemput kenduri.. eeh ! =D  kenduri doa selamat laa ! hehe 

So kepada kawan2 lama korang jangan terasa kalau aku tak hello2 korang yer.. bukan aku sombong or lupe tapi itulaa hakikatnya bila semua pon rasa dah tak perlu jumpa , tengok fb dah tau apa korang buat , keje kat mana, pergi bercuti kat mana & bla..bla.. kita semua ni adalah mangsa social network !! hohoho tak salah kalau sesekali hello kawan2 lama , ajak lepak minum kopi ker.. hehe mesti sebenarnya banyak topik nak sembang sampai tak sedar kedai nak tutup !! huhu apalagi cepat laa pikir kawan mana yang korang dah lama tak jumpa... Aku dah ada beberapa list cuma kene godek phone book dulu nak cari nama dorang.. hahaha

       Gambar hiasan 

Thank you for reading this entry !

Monday, 6 January 2014

Drama Petang Petang

Assalammualaikum !

Siapa memang pengikut tegar drama2 melayu bersiri kat tv3 ?? Sila senyum kambing sekarang..!! huhu Kalau korang memang follower tegar citer bersiri kat tv3 , aku rasa korang mesti akan setuju dengan pendapat aku kejap lagi.. 

Aku cuba jugak untuk jadi pengikut setia drama melayu petang-petang ni.. tapi kadang2 kekangan kerja tak tentu masa ni buatkan aku dah tak koser nak terkejar-kejar balik rumah sebab nak tengok drama pukul 7. Dahlaa timing tu jam tengah mengilerr , nak meredah jam 4 hari seminggu , semata-mata demi citer melayu yang balik2 jalan citernya lebih kurang ! Ooppss , mohon peminat citer melayu tak marah aku melulu.. 


Aku bukan nak hentam citer melayu punn, sumpah ! aku adalah peminat drama melayu no 1 !! alaa budak2 kate die hard fans gituu.. hohoho aku kalau tengok drama melayu memang boleh feeling sampai keluar air mata , air hidung semua.. serius ! orang bintang Libra memang jiwa sensitip okeyy.. 

Tapi apa yang aku rasa kembang tekak tengok citer drama bersiri sekarang ni , semua citer kesahnya lebih kurang.. Dah laa cedok dari novel , pastu buat citer pasal kene kawen paksa, kawen diaturkan oleh orang tua, kawen kerana harta , kawen kene tangkap basah , kawen bla..bla..bla...  kalau tak kene kawen paksa pun, mesti jalan citer mula2  hero & heroin benci , pastu malu2 kucing jatuh cinta , pastu jual mahal , pastu cinta sepenuh hati macam dorang punya cinta tu paling sweets , paling heaven in the world !! 


Pastu yang tukang tengoknyaa pun mulaa feeling nak dapat husband macam si hero tadi.. romantik , kacak , kaya .. hehe hakikatnya ko bf pon takde lagi..! Atau suami ko, nak cakap i love you pun payah ! ( wakaka nasib suami aku cakap hari2...eeh motif sangatlaah! )

Haaa Betul tak ?? Betul tak ?? Aku tak tau dari mana fenomena drama bersiri kene kawen paksa ni bermula.. heheh ko ingat fenomena K-Pop jer melanda M'sia  ?? Fenomena drama bersiri pon ada tau !! Haaa kan ayat reporter akak dah keluar.. huhuhu maybe start dari drama Adam & Hawa , ke Setia Hujung Nyawa ?? ke ada drama yang lagi awal dari tu.. haishhh tak koser laa aku nak ingat.. 


Dulu tak prasan sangat tapi lately lepas satu , satu drama kawen paksa ni keluar.. 
Pelik sungguh , takde kesah lain ke yang boleh dorang ni buat drama .. Punyalaa banyak novel kat pasaran , macam2 cerita , cerita yang sama jugak nak di jadikan drama.. aku ni dulu kaki novel jugak , aku rasa banyak jer novel yang best boleh di jadikan drama.. Kalau nak sangat adaptasi novel laa kenn.. Isk seriuss tak faham ! 

Yang terbaru ni drama Ariana Rose , aku tak sempat tengok lagi.. tak tau laa kesah nya macam mana.. Korang mesti dah tengok kan.. hehehe Pantas jerr tau korang nih ! Balik keje pukul berapa gamaknyer... ontime je pukul 7 dah terpacak depan tv.. jeless akak tau ! 


Tapi drama sebelum ni , yang hero & heroin dia haraaam aku tak kenal, memang buat aku kembang tekak.. Aku tengok part hujung2 , anak buah aku kate mula-mula dorang kene kawen paksa , si hero benci tahap dewa kat heroin tu.. Tapi bila aku tengok part hujung2 , si hero punyerlaa romantik , ayat jiwang karat tahap sastera.. Aku yang tengok pun rasa malu2, rasa macam nak terjun katil !! Eeeuuwww geli geleman , tak tau mungkin sebab hero nyer bukan taste akak kot.. Cuba kalau Adi Putra , kembang kuncup hidung menengoknya.. Semua perkataan yang keluar dari mulut dia rasa sweets.. hohoho over plaak..! 


Tak dinafikan citer macam ni memang mendapat hits yang tinggi , penonton memang suka .. Tapi bagi aku biarlaa ada variety sikit , buat citer pasal tanggang moden ke , isteri curang ke ,  suami panas baran ke .. hohoho extreme sungguh idea aku ! Idea aku jer , kalau aku boleh jadi penulis skrip memang dah lama aku buat cite macam tu.. banyak kisah yang ada depan mata boleh di jadikan drama , supaya dapat bagi inspirasi kat orang lain jugak.. hehe   


Apappun akak nak bagitahu , yang aku baru register tonton.. hohoho senang hati aku , lepas ni boleh tengok drama petang2 anytime .. Bukan takat citer melayu , citer korea pon aku boleh layan lepas nih !! yeyeyeyyyeahh !! 



Harap-harap drama Ariana Rose ni berbeza laa jalan citernya..  Biasanya awal-awal siri ni aku tak layan sangat , nanti dah tengah2 , bila drama ni dah jadi trending , baru aku sibuk nak layan.. hehe Thank you for tonton sebab buat diri aku tak ketinggalan , bila bergossip dengan cik kiah pasal drama petang2... hohoho 

last but not least pic selfie diri sendiri .. huhuh tak cukup kat instagram , fb , kat blog pon sibuk nak selfie... hehe tudung yang aku pakai masa ni ialah tudung bawal , tapi aku gayakan ala shawl .. tak sangka akak makin kreatif melilit tudung ! huhuhu  sesiapa nak order cream pati ibu putih sila jenguk kat instagram akak k !! =D 


Thank you for reading this entry !

Thursday, 2 January 2014

Lunch With Birthday Girl

Assalammualaikum ! 

Amacam sambutan new year korang ?? Meriah ke tidokk ? hehe aku malam new year tu keluar dinner jer kat ss 15 subang , tak koser nak masuk KL or damansara.. Itupon lepas makan terus balik , otw back tu ada laa nampak fireworks letup2 dari jauh.. hehe jadilaa u alls, dah kertu sangat rasanya nak feeling2 tengok fireworks ni.. 

Okey bukan nak citer pasal sambutan new year pun , tapi nak story mory pasal birthday akak aku yang jatuh pada hari new year .. huhu tarikh yang cantek , kalau orang kawen boleh jugak planning nak date new year ni , tapi kalau date hari jadi ni memang orang yang bertuah jer okeyy.. =)) sebelum tu aku nak show off gambar akak aku dengan imej terbaru dia .. hehe cantek sangat akak aku berhijab , sejuk mata memandang.. ^_^ 


Selalunya malam new year tu aku memang takkan kacau akak aku , sebab aku tau kawan2 dia akan sibuk nak ajak celebrate bagai.. 1st jan pulak aku kene kerja , so tak dapat jugak nak jumpa akak aku.. So alkesahnya semalam la aku culik akak aku kita orang gi lunch & shopping.. walaupun sebenarnya aktiviti ni dah kerap sangat we all buat , tak payah tunggu hari jadi .. huhu tapi semalam feel dia lain laa skit sebab mood birthday girl very the ceria gituu ! hohoho motif sgt !

 walaupun adik beradik tapi muka kita orang jauh beza .. 

my best friend forever ! 

Jenuh pikir nak lunch kat mana , sebab dah kerap sangat keluar lunch together2 sampai blur nak makan kat mana.. tapi disebabkan akak aku nak gi butik micheal kors kat The Garden , we all decide cari jerlaa restoran apa2 kat The Garden or Midvalley nanti.. 

Belum pun sempat nak survey restoran mana nak makan , awal-awal dah terjebak masuk butik Gap .. rembat sehelai dua baju , sebab tak tertahan dengan sales yang mengiler...! Choii sangat tau.. dasar pompuan ! hohoho

Lepas dah abis pusing kat The Garden , ternampak The Garden Cafe kat bridge yang sambung ke Midvalley tu .. malas nak jalan lagi , we all decide lunch kat situ sajork ! Perut pun dah lapar , asal tengok menu semua nampak sedap.. hehe tapi memang sedap punn ! 

tatila chicken 

salmon baked

So ini yang we order , makan sambil gosip , borak-borak walaupun dah ulang gosip yang sama banyak kali.. hahaha korang ada kakak macam ni ?? kalau ada kire korang tergolong dalam orang yang bertuah jugaklaa sama macam aku..


Kadang-kadang aku pernah cuba dalam sehari tak contact or dalam seminggu tak nak jumpa akak aku.. Konon nak buat-buat bzz,  tapi dalam bzz macam mana pun still aku akan hegeh2 text or roger dia nak gi lepak minum kopi or teman aku makan.. Sekarang dah jadi business partner lagi laa , boleh kata hari -hari we all akan lunch sama, padahal aku dari setia alam , dia nun kat sri hartamas.. haaa imagine laa berapa jauhnya , sekarang baru aku sedar kenapa monthly petrol aku banyak.. hohoho mengalahkan orang bercinta ! 



posing malu2 hanjeng namanyaa ni.. sebab mat salleh tepi aku dah pandang2.. eeuuu malu akak ! 

Kadang-kadang Shah pun pelik apa laa yang aku sembang dengan akak aku , setiap hari jumpa tak pernah abis topik .. huhu sian laa dia tu , adik beradik dua orang jerk , adik dia plak pompuan so tak faham relationship sisterhood macam mana.. Susah nak explain dengan perkataan.. 

Okey lepas perut kenyang , akak aku ingat nak cari tudung .. Al maklumlaa , orang baru pakai tudung mestila nak cari tudung buat koleksi . btw aku suker sangat & bersyukur atas penghijrahan akak aku sorang ni.. Kalau laa arwah mak aku ada , mesti dia suka tengok anak pompuan dia dua2 orang dah bertudung litup.. 

Tak sampai berapa langkah keluar dari The Garden Cafe tu , kitaorang dah nampak butik Arzu Scarf kat belah kanan.. Laju jer kan akak aku masuk butik tu , sekali masuk hamekk ko sehelai shawl dia plaing murah yang aku tengok pun RM 179.. 

Akak aku rembat 3 helai shawl , harga dia toksah citerlaa .. boleh beli 30 ke 40 helai kalau beli tudung on9 or kat kioks tepi jalan.. ^_^ tapi takpelaa bak kate akak aku hadiah hari jadi untuk diri sendiri.. hehe Terus dia nak tukar pakai terus shawl yang dia baru beli tu , cina kedai tu pun terus tolong lilitkan shawl kat kepala akak aku.. huhu 




Kagum aku dengan cina ni pandai pakaikan orang tudung , tak tau laa dia just keje or owner arzu ni.. Kalau dia owner pun aku memang tak heran , sebab orang cina memang pandai amik peluang , dorang rasa jual tudung ni untung sebab tu dorang buat bisnes tudung.. Apa yang menguntungkan mesti dorang akan jual.. 

Ini laa hasil lilitan amoi cina kedai arzu tu ! inner dalam tu arzu bagi free gift .. cantek tau, aku nak beli pon depa tak jual.. kejam ! 

Tapi honestly memang superb laa kain tudung dia , aku mungkin akan beli tapi tunggu raya ke , ada wedding ke boleh la.. takat nak pakai gi keje tak payah , pakai jer shawl 25hengget !! hohoho 

Aku kalau bab tudung ni tak koser nak beli memahal , sebab tau akan pakai 2,3x jer.. cepat boring ! huhu dasar pompuan sangaattt ! Tapi bila try inner neck dia , perghh terus aku jatuh cinta , sebab aku memang tak suka pakai inner yang boleh buat muka aku nampak bulat macam bulan.. hohoh so bila try inner neck arzu ni memang aku rasa suker sgt laah ! terus aku rembat 6 helai pelbagai kaler.. hamek kooo.. =D 

Aku pun sama terus tukar inner arzu pakai dengan tudung.. Lepas tukar baru rasa match & outstanding..! kuikuikui


Hadiah aku untuk akak aku belum beli lagi , aku tak suka kasi surprise ni .. Lebih baik tanya nak apa , pastu gi cari sama-sama.. Baru laa puas hati ! nanti kalau aku main beli jer dia tak suka , pastu tak pakai sia2 jerk .. akak yang sentap nanti.. heheh 

Semalam aku sempat tanya akak aku nak apa untuk birthday gift , dalam hati fuhhh jangalaa dia mintak yang mahal2.. hahahah nak tau apa , tunggu yer nanti dah beli baru boleh citer !  =D 

Anyway tq for reading this entry u alls !