Monday, 9 June 2014

Kenduri Arwah Di Sg Buloh

Alhamdulillah , ahad lepas 1 Jun aku & akak aku selesai buat kenduri arwah untuk arwah mak serta kaum keluarga lain yang telah meninggal dunia.. Kenduri arwah ni sempena 2 tahun pemergian arwah mak.. Tahun lepas kita orang buat kat rumah anak yatim , tahun ni buat simple2 jer , jemput kawan-kawan arwah mak jer .. sedara mara pon tak jemput.. 


Bila buat kat rumah ni memang penat skit laa , sebab nak masak , kemas rumah , pastu bila dah selesai nak mengemas lagi.. Biasa la buat kenduri , walaupun kecil kalau tak penat bukan kenduri laa kan namanya.. Tapi bila jemputan tak ramai , penat tu takde laa rasa sangat, majlis pon cepat selesai.. hehe 

Jemputan sampai awal-awal pagi lagi , lepas jamu sarapan terus bacaan yassin di mulakan.. Aku suka baca yasin dengan kawan-kawan mak ni , sebab dorang baca yasin tak laju tak perlahan.. hehe so budak-budak pon boleh follow, macam anak -anak buah aku tu.. Biasanya jemaah lelaki jer yang baca laju-laju ni aku rasa , aku pernah baca yasin dalam satu majlis ni , memang merangkak-rangkak aku nak ikut.. hehe dorang dah abis , aku tak abis-abis lagi.. Budak-budak apatah lagi , memang tak terkejor la.. Dorang baru Bismillah , yang lain dah sadaqallah... so untuk para jemaah yang baca yassin ni lenkali jangan laju sangat yerr.. 


Apa yang best setiap kali buat kenduri kat rumah ni ialah , mesti laa sebab lauk pauknyer.. hahaha bak kata Shah , kalau kenduri mesti nak tengok lauknyaa dulu.. Nak plak bapak aku yang masak , memang terangkat laa woiii !! huhu So aritu kita orang decide nak masak lauk , ikan masin nenas masak lemak cili api , pajeri terung , ikan goreng , sambal ikan bilis & menu wajib , sambal belacan... hoho takde sambal belacan bukan orang perok laa yeoppp.. 


Tapi mesti korang tak percaya semua lauk-lauk tu bapak aku yang masak , akak aku masak sambal ikan bilis jer.. hahahah aku ??? aku masak lepat pisang tapi itu pon tak berapa nak jadi.. anak bertuah betul kan !! hahaha dah lama tak buat tu yang skill tak berapa nak jadi.. tunggu nanti akan ku tebus semula buat lepat pisang tu.. kalau jadi baru boleh show off kat korang.. 

Apapponn lega bila kenduri arwah ni dah selesai.. semoga apa yang kami sekeluarga buat dapat mengembirakan mereka di "sana" ... 


Pernah terdengar satu ceramah di radio : " Sekiranya kita tak dapat berbakti pada ibu bapa kerana mereka telah meninggal dunia , jangan la kamu kesal .. Berbuat baik dengan sahabat atau sesiapa yang di sukai oleh arwah juga adalah salah satu cara untuk berbakti kepada mereka.. Selain itu sedekah dan amal jariah buat mereka, adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh mereka di alam sana.. "  Amin .... =) 

Thank you uoolss for reading this entry ! 

3 comments:

  1. Ya Allah manjer teringat pulak lauk2 bapak ko masak..terliur terus..

    ReplyDelete
  2. Al fatihah untuk semua arwah..
    Semoga semuanya tenang disana..

    ReplyDelete
  3. KathyJem : hahaha kan ?? nanti bulan puasa boleh datang bukak puasa kat umah bapak aku k..

    Chekgu Azrine : tq dear... =))

    ReplyDelete