Tuesday, 3 June 2014

Ibu Pergi Umrah

Assalammualaikum !

2 minggu lepas , selamat sudah mak mertua ku berangkat ker Mekah untuk tunaikan ibadah Umrah.. Tapi aku baru hegeh-hegeh nak hapdet.. hohoho Arini orang tua tu dah nak touchdown pun , sabau jer laa.. Takpela dik non , kebetulan ada masa terluang hapdet jela apa yang terlintas.. 

Yang seronoknya mak mertua aku pergi Umrah kali ni , dengan semua adik beradik dia.. Adik beradik Ibu semuanya 8 orang tapi yang tak dapat pergi sorang jer.. huhu seronok okeyy , bila dapat pergi buat ibadat dengan adik beradik , ramai2.. Mesti riuh rendah kat dalam kapal terbang tu dibuatnya.. hehe 

Sebenarnya flight Ibu 23/5 , tapi Ibu datang awal 5 hari awal sebab nak spend time dengan anak lelaki dia yang sorang tu.. Sempat laa kita orang bawak Ibu pergi makan-makan , celebrate hari Ibu pastu cari barang-barang skit untuk Ibu bawak gi Mekah..  Ibu nak cari kasut yang selesa untuk pakai kat sana , so misi kitaorang aritu cari kasut jer dulu.. 

sawan cermin , dengan mak mertua aku sekali terjebaakkk ! 

Ibu kene paksa senyum dengan Shah ! hasilnyaa senyum malu2 kucing dari Ibu mertuaku ..  

Shah melayan Ibu dia nak beli kasut nak pakai kat Mekah.. 

Lepas dah cari kasut baru laa bawak Ibu pergi makan Nando's.. Ibu memang suka ayam Nandos , sebab kat Terengganu takde Nando's lagi.. So bila datang KL je baru dia dapat makan.. Masa kitaorang bawak gi makan tu , aku sempat la keluarkan monopod aku untuk bergambar selfie pertama kali dengan Ibu . hahah suka kemain dia tau ! sampai dia plak yang suruh kita orang pose macam-macam.. hahha sporting sangat mak mertua iolss kann .. =D

ciuman kasih sayang dari anak menantu .. eceh..ceh..ceh.. 

Bila aku upload pic ni kat Ig , ramai noo yang cakap Ibu nampak muda.. hehe actly memang mak mertua aku ni nampak muda , sebab dia suka senyum , gelak , pastu dia pon tak keje berat-berat .. Cikgu tadika laa katakan.. so itu laa rahsia awet muda nya ! 

Itu jerlaa hari yang sempat kita orang mengedik pon, sebab hari-hari lain tu aku & Shah kerja .. Kebetulan staff aku sorang pon baru berenti kerja , so tak dapat la aku nak mengular sangat bawak Ibu gi jalan-jalan.. Hari jumaat , Ibu dah nak bertolak ke Mekah , flight pukul 8.30malam tapi pukul 5 petang kita orang dah sampai KLIA.. 

Sebelum tu kitaorang berkumpul rumah pakcik Shah dulu kat Bangi , semua berkumpul kat situ dulu sebab pakcik dia nak brief sikit-sikit pada semua yang nak pergi Umrah tu.. Sebab ada jugak aunty-aunty dia yang 1st time nak pergi Mekah , so tak nak laa nanti sampai sana ada yang terlepas pandang kan.. Aku & Shah pon amik cuti hari tu , pergi Midvalley tukar duit untuk Ibu buat belanja & lepas tu cari stokin & sunglasess untuk Ibu pakai kat sana.. 

Masa ni tengah tunggu sedara lain nak loading barang dalam keta.. Aku pon apalagi pantas keluarkan monopod , ajak depa bergambar kenang-kenangan.. hehe Ibu dengan makcik Shah pon melayan jer , apa sajer pose yang Shah suruh buat dorang ikutkan.. memang tergelak2 aku time nihh.. 


Lepas solat asar baru lah  konvoi ramai-ramai ke KLIA.. Sampai jer KLIA , baru laah nampak semua muka adik beradik ibu yang nak pergi Umrah ni .. Masa tu baru aku perasan adik beradik ibu ramai jugak, hahah sebab selalu time kenduri or raya ada yang ada , ada yang takde.. BIla kat airport aritu semua ada , baru boleh telek muka sorang aunty-aunty... hahhaha

Ini laa semua adik beradik Ibu , 6 perempuan 2 lelaki.. 

Ibu bersama adik beradik perempuan dia, sorang lagi tak tau kemana.. 

Lepas dah berkumpul semua , ada briefing lagi kali ni dari agent plak.. Lepas tu sesi bergambar , bersalaman & mintak maaf dari semua ahli keluarga.. Part ni biasalah mesti fefeling sikit, especially Ibu lah.. hehe Ibu belum apa-apa dia dah menitis air mata.. Adik beradik Ibu yang lain aku tengok ok lagi , siap boleh gurau-gurau..  Aku yang menantu ni , kekok jugak laa sebab tak rapat lagi kan.. Aku menempel sebelah Shah jerlaa , dia salam aku pon salam.. hahaha 

Ibu yang paling tekun sekali mendengar... 


yang kiri sekali tu pakcik Shah, dia lah yang uruskan semua urusan ibadah Umrah ni. Pakcik Shah ni pon kelakor jugak , suka bergambar.. takyah suruh dia yang akan suruh orang amik gambar dia.. =D 
gambar bersama Ibu haruslah ada.. Dulu masa arwah mak aku pergi Umrah aku takde pon amik gambar berdua , zaman tu takde handfone canggih.. sedih ! 


Shah & Ibu... Ramai yang cakap Shah ikut muka ibu dia , tapi sebenarnya kalau korang tengok gambar arwah bapak dia , muka Shah mirip bapak dia lagi.. hehe chinese look tu dia menurun dari bapak dia lah..  

Lepas dorang semua dah masuk ruang berlepas , kita orang  lambai-lambai dari atas jerla ..  lepas tu kita orang sedara mara yang tinggal ni sempat laa borak-borak kejap pastu balik... Dan hari ni , pejam celik pejam celik , dah nak balik pon dorang semua .. Alhamdulillah , dorang semua selamat kembali .. Tapi Ibu balik Kuala Terengganu ari khamis ni , so ada 2 hari lagi untuk Ibu lepak2 kat rumah aku.. =)

 Last sekali wajib laa ada gambar selfie suami isteri.. hohoho walaupon muka aku nampak tembam , tetaap nak jugak letak !! benci tau pakai front camera ni , muka nampak bulat macam bulan ! kuikuikui

Anyway tq uolss for reading this entry !! muaaahhh xoxo !!
     

4 comments:

  1. wahwahwah....monopod pulak, jgn monopos sudah....hahahaha....By the way muka yana cantik flawless gitu.....

    ReplyDelete
  2. oooo suami sis org ganu ke? area mn?? sy pon org ganu kat paka hihi...ibu mertua muda btl...comey je muka dia

    ReplyDelete
  3. WanAni - hahaha monoposs???? flawless laaa sangaatt ! 360 jer tu.. =D

    ReplyDelete
  4. Mama Safiy Arfan : suami orang kuala terengganu.. hehe ibu mertua memang nampak muda , i pon admire tengok muka dia.. =)

    ReplyDelete