Tuesday, 20 May 2014

Tips Amalkan Minum Air Putih

Assalammualaikum !!
Harini aku nak share beauty tips skit.. hehe walaupun aku takdela cantik mana punn, tapi moh ler kita sama-sama berusaha untuk mencantikkan diri..  Okey entry ni untuk sharing pada customer-customer yang dah beli vitamin C dari aku , sebabnyaaa ada yang lepas makan vitamin C 1000 tablet dari aku ,  text & email tanya kenapa bila makan vitamin c ni bibir jadi kering sampai mengelupas tahap kerak nasi.. hohoho pastu bila ada jari jemari yang gatal dok kopek2 bibir yang pecah-pecah tu, makin teruk laa jadinya .. dasar tangan memang tak reti dok diam kan ! 

So ini adalah jawapan aku.. sebab aku pon kadang-kadang jadi simptom ni bila penyakit malas nak minum air putih bebanyaak ! Actually ia akan terjadi bila aku makan vitamin c ni 10 biji sehari , kalau sehari aku telan vit c tu 5biji , elok je aku tak minum segelas air putih pon , dan hidup aku pon tenang jerr.. hehe takde huru hara nak cari toilet merata, takde sibuk nak jinjing botol air ke hulu kehilir .. hehe 

So bila korang makan vit c , especially dengan dos yang tinggi like yang aku pernah suggest 10 biji sehari .. memang automatik badan korang akan bagi signal bila badan kita dah kekurangan air.. aku tak tahu la macam mana vit c tu bekerja dalam badan kita, tapi memang itula yang terjadi bila aku makan vit c , memang aku akan rasa haus .. rasa nak minum air kosong jer , tak rasa pun nak minum air manis2.. which is bagus laa kan ??? ada ke orang kata minum air kosong tak bagus ? 

Tapi kalau korang rasa korang tak mampu nak gogok air setiap masa , atau punyai masalah dengan tandas.. so better korang telan 5 biji sehari jer.. tapi tulaa kan , ramai yang nak cantik cepat , nak effect cepat laa bagai.. tapi malas nak minum air ! dah tu cemaner ??? haishhh susah laa akak nak tolong dik non... 

Tapi kat sini aku boleh bagi sikit laa tips2 untuk aku share macam mana aku praktikkan untuk rajin minum air kosong ni.. sebab aku dulu pon bukan reti nak minum air kosong , rasa payau jer kan.. Air kosong adalah air terakhir dalam list kalau takde minuman lain untuk aku minum.. hohoho dasat betul bunyinyerr kan  ! Tapi sekarang tidak lagi .... no..! no..! no..! hahaha 
Nak tau cara-caranya ?? Moh try tips2 yang aku share ni ! 

Tips 1. Sediakan / Beli 1 botol air yang sederhana besar & cantek untuk korang bawak kemana-mana..  Bila dah cantek barulaa tak segan nak usung ke sana ke mari.. Alaa botol air macam budak-budak pergi sekolah tu , hehe chomel jerkan.. tapi macam aku air botol mineral tu pon boleh jerk.. 


2. Sediakan botol mineral kecik kat atas meja di office,  dalam kereta dan pastikan letak di tempat - tempat yang mudah nak di capai , supaya bila rasa haus laju jer tangan korang akan minum air yang ada depan mata.. Dan kadang-kadang bila air putih dah ada depan mata , bila tak haus pon korang akan rasa nak minum saja-saja secara tak sengaja..


3. Setiap kali di kedai makan , amalkan order air suam sekali bersama minuman lain.. Biasanya waiter akan antar air suam dahulu kan ? sebab air tu paling senang nak buat , tapi ada jugak setengah kedai makan mintak air suam pon berejaaaamm baru sampai... so sementara nak menunggu makanan sampai , korang minum air kosong tu dulu sikit-sikit... Atau lepas makan , cuba habiskan air suam dulu sebelum minum air manis.. hehe Tapi lagi bagus kalau tak order air minuman lain, save budget sikit bayar air suam jer .. yer tak ?? 


4. Kalau korang memang jenis langsung tak boleh nak telan air kosong , dalam erti kata lain memang tak suka !! apa kata korang ajar diri korang dengan minum air suam + honey & hirisan lemon.. air ni aku pernah try masa pergi spa , hehe beautician tu kate bagus untuk buang toksin dalam badan jugak.. tapi memang sedap la , sebab ada rasa madu & masam yang light2 jerrr... so takde laa rasa payau kan.. Nanti lama kelamaan bila korang dah malas nak bancunh air lemon tu , dengan sendirinya tekak korang akan ok je telan air kosong tanpa madu & lemon.. tak cayer?? try dulu....  


5. Minum air kosong walaupon tak rasa haus.. Masa ni laa tips no 2 tadi di perlukan !! hahaha Tips ni aku tahu ramai yang susah nak buat, sebab ia kena jadi habit dulu.. So sebelum nak jadi habit korang kenalah cuba praktikkan .. Sambil buat kerja tu , bila mata terjeling botol air tepi komputer , cepat-cepat amik botol air dan minum seteguk dua..  kalau dalam kereta pon macam tu , bila kereta berenti kat trafic light or stuck dalam jam ker , atau pon tengah tunggu orang ke , biasakan teguk air kosong walaupun masa tu korang tak rasa nak minum ponnn..  So nanti bila malam tanpa korang sedari dah banyak pon sebenarnya air kosong yang korang minum..  betul tak ?? hehehe


Okey itulaa antara tip-tips untuk jadikan air putih / kosong sebagai amalan ..  Aku share apa yang aku buat jer yer , aku rasa mesti ada banyak lagi tips lain kan.. so sesiapa nak tumpang share boleh comment nanti .. Sebenarnya walaupon tak makan vitamin c , air kosong memang sangat penting dalam tubuh .. Sebab air kosong ni banyak khasiatnya walaupon namanyerr air kosong & warnanyerr pon jernih jer tapi jangan amik mudah .. Hamboii ayat aku !! hohoho kalau rasa over maaflaa yer .. Anyway lets chekkkidauddd list antara kebaikan & khasiat air kosong / air putih / masak / mineral ..  

1. Menguruskan badan - air masak tidak mengandungi lemak , gula atau kalori kalau tak takdela warna dia jernih jer kan.. hehe lagipon kalau dah amalkan minum air masak , secara tak langsung buat perut kita tak nak makan banyak sangat. 

2. Melancarkan sistem pencernaan - minum air secukupnya atau sekurang-kurangnya 8 gelas sehari akan dapat menghindarkan kita dari masalah sembelit & pembakaran kalori juga akan berjalan lancar . 

3. Melambatkan pertumbuhan zat / kanser dan juga membantu mencegah masalah hait & ginjal 

4. Awet muda - Minum air secukupnya melambatkan proses penuaan , kalau badan kita kekurangan air menyebabkan tubuh mengalami kesukaran untuk menyerap air sekaligus membuarkan kulit kita kering & cepat berkedut . 

5. Rambut sihat berkilau - Air juga penting untuk rambut selain muka & kulit , apabila kekurangan air , rambut juga akan kekurangan zat , dan menyebabkan rambut mudah kering , rosak, berminyak & berkelumumur. 

6. Menyihatkan jantung & ubat kepada strok -   
Air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

7. Kulit Lembab - Bila air dah cukup barulaa kulit & bibir lembab , tak yah sibuk nak pakai moisturizer or lotion bagai .. Kalau tak bersisik -sisik kan , kulit korang.. lepas tu bila garu or terkuis dek kuku dah bercalar kulit tu.. hehe sedih !

Okey cukup ! sebenarnya banyak lagi khasiat air putih , korang gooogle laa sendiri yer.. 
Anyway thank you for reading my tips ! Selamat mengogok air masak  okey ~ gulp..gulp.. gulp... 



^
^
^
^___^
^
^
^
^

sesiapa yang nak order vitamin c 1000 tablet , jangan segan silu whatsapp aku yer ! eeh ?? sempat lagi kaaan.... =)
  
0192323395 -Yana 

No comments:

Post a Comment