Friday, 16 May 2014

Rindu Seorang Anak - Selamat Hari IBU

Selamat Hari Ibu to all mothers out there !! Rasanya masih tak terlambat kan...


Seriously weekend lepas , emosi aku memang tak tenang , bukak fb, instagram orang wish hari ibu , share celebrate hari ibu dengan ibu memasing , bawak ibu2 pergi makan , jalan2 .... yerr 2 tahun sebelum ni aku pon sama macam korang-korang , bawak mak pergi dinner , jalan2 tapi dah 2 tahun aku hilang peluang tu.. 

Last weekend aku follow Shah pergi Melaka, kebetulan dia ada kerja kat sana.. So aku pon gediklaa ikut sama , boleh jugak honeymoon manja2.. oopsss ! Tapi tulaa ingat bila aku dah mood bercuti , aku takdelaa terasa sangat tengok orang lain pimpin ibu memasing sambut hari ibu.. Tapi rupenya sama jer , kat Melaka tu aku pusing kiri kanan semua bawak ibu untuk di raikan.. Dalam hati aku tetap tumpang gembira & bersyukur sebab masih ramai lagi anak-anak yang tahu menghargai jasa seorang ibu. masih ramai lagi anak-anak yang boleh habiskan masa seharian untuk ibu-ibu mereka, pada hari ibu.. 

Aku ?? Aku hanya mampu hadiahkan Al fatihah , surah yassin & doa untuk mak.. Aku tahu itu laa hadiah yang ditunggu-tunggu oleh setiap ibu.. Tapi aku tetap terkilan sebab aku tak sempat nak buat banyak perkara dengan arwah mak.. Dulu aku takdela senang sangat , duit gaji pon cukup-cukup.. Nak bawak arwah mak jalan-jalan pon berkira-kira.. Tapi sekarang , bila aku dah mampu sikit, peluang tu pulak takde.. =( 

Sebenarnya 25 April lepas genap 2 tahun arwah mak meninggal dunia.. Aku cuba sebenarnya untuk tak nak buat entry sedih ni , sebab aku tak nak orang ingat aku cengeng.. tapi bila menjelang je hari ibu ni , hati aku meronta-ronta rindu pada arwah mak.. Sampaikan aku buat apa je teringat pada arwah , masakan arwah , kata-kata arwah , keletah arwah , sikap arwah.. semuanyaa laah tentang dia ! Sampai kan bila depan Shah aku  asyik cerita tentang arwah mak jer...  dan dalam masa yang sama aku cuba untuk tak menangis , tapi bila aku sorang aku menangis teresak-esak.. sampai aku sendiri tak tahu macam mana nak berenti dari menangis.. 

Ntahlaa aku pon tak tahu macam mana nak describe rasa rindu ni , tapi inilah pertama kali aku rasa rindu yang teramat sangat sampai rasa sesak dada.. korang pernah tak rasa macam tu ?  Dan sebenarnya aku tak larat dah nak citer kat Shah , sebab tu aku cuba jugak tulis kat blog, supaya apa yang aku share mampu buat dada aku lapang.. 

Yer aku tahu , memang tak elok meratapi orang yang telah meninggal dunia.. Tapi aku bukan laa meraung , meratap sampai tak buat satu keje apa pon.. Tapi is just rasa rindu.. rasa rindu nak tatap wajah ibu kandung aku, ibu yang melahirkan aku , membesarkan aku , mendidik aku.. Sampaikan aku berdoa pada Tuhan setiap kali sebelum tidur , supaya mimpikan aku dengan arwah mak , untuk kurangkan rasa rindu aku .. Dan Alhamdulillah , Allah dengar doa aku 3 malam lepas aku dapat jugak bertemu arwah mak dalam mimpi.. =)) 

Arwah mak tak banyak cakap , asyik tersenyum.. Dan sebelum arwah mak nak pergi , dia sempat bagitahu aku dia seronok sebab dapat minum air zamzam percuma.. hehe chomel kan ? aku tak tahu la apa maksudnya , tapi aku rasa arwah mak tenang kat sana.. Insyallah selagi aku hidup , aku takkan pernah putus mendoakan arwah mak & abah ..  

Aku yakin siapa yang dah kehilangan ibu pasti faham apa yang aku cuba sampaikan.. Bagi yang tak faham , takpelaa korang masih bertuah & gunakanlah kesempatan yang ada untuk tatap puas-puas wajah ibu korang.. Bila lagi kita nak rebut buat pahala yang senang , hanya dengan menatap wajah ibu , hanya dengan berbakti pada ibu , hanya dengan mengembirakan hati ibu.. aahh senangnya mengutip pahala hanya dengan buat semua benda tu.. Sayang sekali kalau korang tak buat kan..    

Raikanlah ibu korang , bukan untuk hari ibu jer tapi setiap hari , setiap detik... Biarlah ada orang kata haram ke apa ke, tapi bagi aku .. Asalkan niat kita betul , pasti Allah meredhai.. Lagipon aku tak nampak dosanya apabila kita dapat mengembirakan hati ibu kita , pada hari ibu ni.. Betul tak ?? Kalau aku masih ada peluang tu pon , aku tak teragak-agak nak bawak arwah mak pergi jalan-jalan , bercuti , makan sedap-sedap.. Tapi ....... hurmm ibu mertua pon duduk jauh , tapi insyallah ibu mertua aku akan turun kl hujung minggu ni.. so boleh laa aku raikan hari ibu dengan ibu mertua nanti.. Insyallah ... =)) 

Apapon selamat hari ibu terutama buat ibu mertua aku , walaupun dia tak baca blog aku.. hehe untuk akak aku yang dah jadi penganti arwah mak sekarang dia laa tempat aku mengadu ,  tempat aku berkonsi kisah hidup & rahsia rumah tangga , tempat bermanja semestinya.. hehe tanpa dia pasti aku akan lagi rasa kekosongan.. Dan untuk sahabat2 aku yang dah bergelar ibu , bakal bergelar ibu .. semoga korang menjadi ibu yang terhebat di mata anak2 korang yer..

Okey dah cukup ! jom layan lagu Doa Untuk Ibu dari kumpulan pevret aku nihh...  Anyway thank you sudi baca entry ni & share rasa kesedihan aku bersama.. Tanpa korang siapalaah aku ! eehh ?

Enjoysss !  



2 comments:

  1. salam kak yana..saya faham perasaan kak yana ble kite terlampau rindukan arwah .walau saya masih ada ibu, say kehilangan nenek yang umpama ibu kedua saya..hanya dpat doakan dan sedekahkan yasin pada arwah..rindu yang tiada penghujungnya..Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. anakmaksaya : thank you dear.. Insyallah semoga kita menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan ibu bapa yang telah meninggal dunia.. Al fatihah buat arwah nenek awak juga yer..

    ReplyDelete