Tuesday, 25 March 2014

Al fatihah & Takziah MH370

Assalammualaikum...

Semalam, bukan hanya satu Malaysia bersedih bahkan satu dunia turut merasai kesedihan selepas 18 hari kita menanti jawapan misteri kehilangan MH370... Selama tempoh 18 hari itu juga aku percaya seluruh rakyat Malaysia tak berhenti-henti berdoa & mengharapkan keajaiban akan berlaku... 

Tetapi sekiranya ia sudah tertulis begini , apalagi yang kita sebagai hambaNya & rakyat biasa mampu katakan & lakukan.. Jangan pernah pertikaikan usaha kerajaan , usaha Perdana Menteri , usaha negara-negara yang terlibat.... kerana kita tidak berada di tempat mereka. kita tidak berada di tempat keluarga mangsa , kesedihan yang kita rasa tidak mungkin akan sama dengan apa yang mereka rasa.. 

Kadang-kadang aku tak faham dengan sesetengah orang yang suka sangat menjadi penganalisis tak bertauliah , suka menjatuhkan hukum pada seseorang sesuka hati.. Macam takde kerja lain, macam laa dorang tu hebat sangat.. Pada aku musibah yang menimpa negara kita sekarang , bukanla masa untuk kita menghentam kerajaan , MAS , atau mekanik MAS atau sesiapa pun.. Ambil iktibar di atas setiap kejadian.. 

Dapat ke kita bayangkan saat-saat pesawat itu menukar haluan , apa yang berlaku sepanjang penerbangan malam itu , atau ketika pesawat iut hendak terhempas , di dalam kepekatan malam , di tengah lautan yang luas & dalam... Bagaimana keadaan mangsa-mangsa di dalam pesawat  bertarung nyawa menyelamatkan diri masing-masing ?? Ini bukan cerita didalam filem , ini adalah realiti.. Tak terjangkau dek akal kita , apa yang mangsa lalui sejak dari tarik 8mac 2014.. Astagfirullah hal azim..... 

Sekiranya Allah telah menkehendaki sesuatu itu terjadi , maka terjadi la ia... Semuanya yang berlaku dengan izin Nya.. Siapa kita nak mempertikaikan setiap kejadian yang berlaku.. Malah sepatutnya kita lebih menginsafi diri , ingat mati , ingat tiada yang lebih berkuasa selain ALLAH..  


Ya allah , aku bukan la baik .. aku juga manusia biasa macam korang.. tapi aku sangat sedih bila membaca status , komen sesetengah orang yang tidak memikirkan perasaan -perasaan orang yang terlibat dan pengunaan hastag yang tak kene pada statemen & gambar..  dan ada yang lebih kejam mengaku anak , ibu , adik , kawan kepada mangsa yang terlibat didalam pesawat MH370 sedangkan korang kenal pun tidak... Ada jugak jenis manusia macam ni ??? serius aku tak faham apa motif orang2 macam ni... 

Sementara menunggu pihak berkuasa menjumpai kotak hitam , yang entah makan masa berapa lama pula.. mungkin berbulan , bertahun , kita tunggu jela .. Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah sedekah doa untuk mangsa yang beragama islam.. Walaupun masih ada segelintir yang kata belum sahih mereka semua nahas.. Ya mungkin akan ada keajaiban , siapa tahu .. Itu semua rahsia Allah.. Tapi tak salah kalau kita sedekahkan Al fatihah & terus berdoa.. Amin...





No comments:

Post a Comment