Thursday, 23 January 2014

Pasangan Kita Adalah Pelengkap Kita

Assalammualaikum !

Hello Everybody ~ 
hamboii entry kesah chenta aku nampaknya mendapat perhatian, abis kawan-kawan lama semua baca entry tu yer , pastu pakat bahankan aku kat fb.. kuikui sampaikan anak buah aku berminat jugak nak baca , nak tau kisah cinta aunty & uncle dorang.. isk ! macam takde benda lain korang nak baca keenn 

Yang tak boleh tahan bila dorang baca depan aku plak tu, lepas tu tersengih-sengih masing2.. serius aku rasa nak sorok muka bawah bantal , pastu campak bantal tu kat muka anak2 buah aku.. hahaha Tapi disebab kan sifat sporting yang menebal dalam diri aku layankan ajee perangai anak2 buah aku tuu.. 

Tapi apa yang aku tak boleh tahan lagiiiii , bila niece aku yang umur 12 tahun, Mia bagi soalan padu kat aku lepas membaca entry How We Met .. 
" Hurmm.... Aunty , dulu aunty cantik ke macam sekarang ? " 

Huh ! tak ke bernanah soalan tu ko dengar.. pastu aku bagi jawapan dengan persoalan pelik 
" kenapa Mia tanya macam tu ?" 

"Yerlaa sebab mia rasa aunty dulu biasa-biasa je , macam mana uncle Shah boleh suka kat aunty.. " maksud dia biasa2 tu tak cun laa, tapi guna ayat tu nak jaga hati.. tak cukup jaga lagi tu nakk

Kahkahkah kejam okey statement anak buah aku ni.. Dia tak tahu ke aunty dia ni hot jugaakk seuatu masa dulu !! hahaha Tapi sebelum aku jawab soalan tu , sempat laa aku gelak guling-guling dulu.. Akak aku pon tukang gelak jugak , kasi siram lagi minyak dalam hati aku yang tengah mendidih .. hahaha

" Mia itu tandanya uncle Shah suka kan aunty bukan sebab paras rupa.. Tapi sebab diri aunty yang sebenar.. Lagipon masa zaman tu , aunty takde laa comot sangat.. " kuikui tetaaappp nak cover line ! 

Sebenarnya soalan yang Mia bagi kat aku tu , bukanlaa biasa.. Aku pon pernah bagi soalan tu pada Shah sebelum kitaorang declare.. hehe Yerlaa dengan muka jambu , keja hebat , duduk dalam office ,takkan laa dia betul2 nak kat aku.. Aku waktu tu keje angkat camera, dress up jeans + t'shirt jer .. tak reti nak pakai dress, mekap , kasut cantek2.. huhu sedih !  Tapi inila jawapan yang dia bagi setiap kali aku ajukan, bukan sekali okey, berpuluh2 kali aku tanya benda yang sama.. 

" I suka u sebab diri u .. I tahu u boleh tahan dengan diri i , sebab u ada apa yang i takde.. U boleh lengkapkan kekurangan i, & i akan cuba jadi pelengkap diri u .. " 

Haaa tak ke cair ko dengar jawapan dia.. *_* 
Tapi itulaa hakikatnya hidup berpasangan adalah saling melengkapi , mana ada manusia yang sempurna .. Kalau kita rasa diri kita sempurna pun , orang lain pandang kita pasti ada jugak kekurangan.. Allah itu maha adil , dia dah tetapkan pasangan kita adalah pelengkap kepada kekurangan kita .. Kalau kita tak boleh terima kekurangan pasangan kita , macam mana kita nak hidup hari-hari dengan dia.. Betul tak ?

Antara aku & Shah memang banyak sangat perbezaan sebenarnya , dari segi sikap , karakter , bidang kerja , cara bergaul , background , education, pemikiran , pendapat & bla..bla.. Boleh kata ada 1001 perbezaan antara kami.. Masa mula2 dulu macam anjing & kucing , ada je yang tak betul kat mata dia , tak betul kat mata aku.. Ramai jugak yang menganalisis (wah macam ayat ekonomi ) hubungan kita orang takkan sampai ke jinjang pelamin.. huhuhu 

Tapi kadang-kadang aku terfikir jugak kalau aku berkahwin dengan orang yang banyak persamaan dengan aku, mesti huru hara jugak hidup aku kot.. 

Contoh : Karier
kawen dengan photographer ( sebab dulu aku photographer kan ) mesti topik kita orang pasal cara nak amik gambar , job wedding , teknik amik gambar , boss kat ofc , event yang pergi siang tadi & bla..blaa... 

So bila shah keje bidang It , aku keje bidang perniagaan kitaorang share benda yang totally berbeza setiap hari.. Keje aku jumpa orang yang berlainan setiap hari , tapi dia akan hadap laptop yang sama setiap hari.. hahahha bosan sungguh ! Bila balik aku sibuk nak cite sales kat kedai , stock kasut baru sampai , customer yang cerewet , tapi dia takde benda nak cite .. sebab dia memang ditakdirkan untuk jadi pendengar setia aku sampai mati.. whuawhuawhua 

Sikap : Peramah
Dapat pasangan yang peramah jugak , pergi mana-mana dua2 sibuk nak bercakap.. Tegur orang tu , tegur orang ni , dah lambat nak pergi keje pon sempat tegur jiran sebelah , sembang dekat 1/2 jam pasal topik pokok bunga jer punnn .. ( ini adalah aku yer ) Bila kita nak bercakap dia pon nak bercakap.. hehe kalau dua2 cakap siapa nak dengar ? Betul tak ?

Tapi ada satu sikap aku yang teruk : Pelupa 
So keje Shah ada lah menjadi reminder aku untuk semua perkara.. Sampai urusan bisnes aku pon banyak benda dia ingatkan. Sebelum nak pergi mana2 pon dia akan tanya aku satu-satu , make sure aku takde tinggal barang.. hehe kalau sebelum kawen , memang tak sah kalau aku tak tinggal barang kat rumah ! So sekarang , Shah ada lah pelengkap aku .. ibarat macam PA aku laa .. hehe 

Begitu indah percaturan Allah kan, itu yang kita sedar , yang kita tak sedar sebenarnya lagi banyak.... orang kata , kalau kita sibuk mencari kekurangan pasangan kita sampai bila pon kita takkan nampak kehebatan dia.. so kalau cacat sana sikit sini sikit tu jangan merungut laa, sebab diri kita pon banyak celanya juger.. last but not least , pesanan penaja , hargailah pasangan anda & sentiasa hargai apa pun yang dia buat untuk kita walaupun sebesar kuman..  =) 



No comments:

Post a Comment