Thursday, 2 January 2014

Lunch With Birthday Girl

Assalammualaikum ! 

Amacam sambutan new year korang ?? Meriah ke tidokk ? hehe aku malam new year tu keluar dinner jer kat ss 15 subang , tak koser nak masuk KL or damansara.. Itupon lepas makan terus balik , otw back tu ada laa nampak fireworks letup2 dari jauh.. hehe jadilaa u alls, dah kertu sangat rasanya nak feeling2 tengok fireworks ni.. 

Okey bukan nak citer pasal sambutan new year pun , tapi nak story mory pasal birthday akak aku yang jatuh pada hari new year .. huhu tarikh yang cantek , kalau orang kawen boleh jugak planning nak date new year ni , tapi kalau date hari jadi ni memang orang yang bertuah jer okeyy.. =)) sebelum tu aku nak show off gambar akak aku dengan imej terbaru dia .. hehe cantek sangat akak aku berhijab , sejuk mata memandang.. ^_^ 


Selalunya malam new year tu aku memang takkan kacau akak aku , sebab aku tau kawan2 dia akan sibuk nak ajak celebrate bagai.. 1st jan pulak aku kene kerja , so tak dapat jugak nak jumpa akak aku.. So alkesahnya semalam la aku culik akak aku kita orang gi lunch & shopping.. walaupun sebenarnya aktiviti ni dah kerap sangat we all buat , tak payah tunggu hari jadi .. huhu tapi semalam feel dia lain laa skit sebab mood birthday girl very the ceria gituu ! hohoho motif sgt !

 walaupun adik beradik tapi muka kita orang jauh beza .. 

my best friend forever ! 

Jenuh pikir nak lunch kat mana , sebab dah kerap sangat keluar lunch together2 sampai blur nak makan kat mana.. tapi disebabkan akak aku nak gi butik micheal kors kat The Garden , we all decide cari jerlaa restoran apa2 kat The Garden or Midvalley nanti.. 

Belum pun sempat nak survey restoran mana nak makan , awal-awal dah terjebak masuk butik Gap .. rembat sehelai dua baju , sebab tak tertahan dengan sales yang mengiler...! Choii sangat tau.. dasar pompuan ! hohoho

Lepas dah abis pusing kat The Garden , ternampak The Garden Cafe kat bridge yang sambung ke Midvalley tu .. malas nak jalan lagi , we all decide lunch kat situ sajork ! Perut pun dah lapar , asal tengok menu semua nampak sedap.. hehe tapi memang sedap punn ! 

tatila chicken 

salmon baked

So ini yang we order , makan sambil gosip , borak-borak walaupun dah ulang gosip yang sama banyak kali.. hahaha korang ada kakak macam ni ?? kalau ada kire korang tergolong dalam orang yang bertuah jugaklaa sama macam aku..


Kadang-kadang aku pernah cuba dalam sehari tak contact or dalam seminggu tak nak jumpa akak aku.. Konon nak buat-buat bzz,  tapi dalam bzz macam mana pun still aku akan hegeh2 text or roger dia nak gi lepak minum kopi or teman aku makan.. Sekarang dah jadi business partner lagi laa , boleh kata hari -hari we all akan lunch sama, padahal aku dari setia alam , dia nun kat sri hartamas.. haaa imagine laa berapa jauhnya , sekarang baru aku sedar kenapa monthly petrol aku banyak.. hohoho mengalahkan orang bercinta ! 



posing malu2 hanjeng namanyaa ni.. sebab mat salleh tepi aku dah pandang2.. eeuuu malu akak ! 

Kadang-kadang Shah pun pelik apa laa yang aku sembang dengan akak aku , setiap hari jumpa tak pernah abis topik .. huhu sian laa dia tu , adik beradik dua orang jerk , adik dia plak pompuan so tak faham relationship sisterhood macam mana.. Susah nak explain dengan perkataan.. 

Okey lepas perut kenyang , akak aku ingat nak cari tudung .. Al maklumlaa , orang baru pakai tudung mestila nak cari tudung buat koleksi . btw aku suker sangat & bersyukur atas penghijrahan akak aku sorang ni.. Kalau laa arwah mak aku ada , mesti dia suka tengok anak pompuan dia dua2 orang dah bertudung litup.. 

Tak sampai berapa langkah keluar dari The Garden Cafe tu , kitaorang dah nampak butik Arzu Scarf kat belah kanan.. Laju jer kan akak aku masuk butik tu , sekali masuk hamekk ko sehelai shawl dia plaing murah yang aku tengok pun RM 179.. 

Akak aku rembat 3 helai shawl , harga dia toksah citerlaa .. boleh beli 30 ke 40 helai kalau beli tudung on9 or kat kioks tepi jalan.. ^_^ tapi takpelaa bak kate akak aku hadiah hari jadi untuk diri sendiri.. hehe Terus dia nak tukar pakai terus shawl yang dia baru beli tu , cina kedai tu pun terus tolong lilitkan shawl kat kepala akak aku.. huhu 




Kagum aku dengan cina ni pandai pakaikan orang tudung , tak tau laa dia just keje or owner arzu ni.. Kalau dia owner pun aku memang tak heran , sebab orang cina memang pandai amik peluang , dorang rasa jual tudung ni untung sebab tu dorang buat bisnes tudung.. Apa yang menguntungkan mesti dorang akan jual.. 

Ini laa hasil lilitan amoi cina kedai arzu tu ! inner dalam tu arzu bagi free gift .. cantek tau, aku nak beli pon depa tak jual.. kejam ! 

Tapi honestly memang superb laa kain tudung dia , aku mungkin akan beli tapi tunggu raya ke , ada wedding ke boleh la.. takat nak pakai gi keje tak payah , pakai jer shawl 25hengget !! hohoho 

Aku kalau bab tudung ni tak koser nak beli memahal , sebab tau akan pakai 2,3x jer.. cepat boring ! huhu dasar pompuan sangaattt ! Tapi bila try inner neck dia , perghh terus aku jatuh cinta , sebab aku memang tak suka pakai inner yang boleh buat muka aku nampak bulat macam bulan.. hohoh so bila try inner neck arzu ni memang aku rasa suker sgt laah ! terus aku rembat 6 helai pelbagai kaler.. hamek kooo.. =D 

Aku pun sama terus tukar inner arzu pakai dengan tudung.. Lepas tukar baru rasa match & outstanding..! kuikuikui


Hadiah aku untuk akak aku belum beli lagi , aku tak suka kasi surprise ni .. Lebih baik tanya nak apa , pastu gi cari sama-sama.. Baru laa puas hati ! nanti kalau aku main beli jer dia tak suka , pastu tak pakai sia2 jerk .. akak yang sentap nanti.. heheh 

Semalam aku sempat tanya akak aku nak apa untuk birthday gift , dalam hati fuhhh jangalaa dia mintak yang mahal2.. hahahah nak tau apa , tunggu yer nanti dah beli baru boleh citer !  =D 

Anyway tq for reading this entry u alls ! 

No comments:

Post a Comment